Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU

SJKT LADANG SUNGAI TIMAH


36000 TELUK INTAN, PERAK
¦Àü§È¡÷ ¬º¢Ã¢Â÷ ºí¸õ
Íí¨¸ ¾£Á¡ §¾¡ð¼ò ¾Á¢úôÀûÇ¢
Minit Mesyuarat PIBG Kali Pertama 2019

Tarikh: 28.03.2019 (Rabu)


Masa : 3.30 petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran: 9/9

Bil Nama Jawatan


1 En.P.Pragaas Guru Besar ( Penasihat )
2 En.P.Netianantham GK Sekolah
3 En.G.Thangaduray YDP PIBG
4 Pn.S.Malaarvily Setiausaha
5 Cik.R.Laavanya Bendahari
6 Pn.S.Santhy AJK
7 En.Subramaniam AJK
8 Pn. Durkha Dewi AJK
9 En.Kangatharan AJK
10. Pn.Poganeswari AJK
1.0 Bacaan ‘ Kadavul vaaltu’
1.1 Majlis dimulakan dengan nyanyian Thevaram oleh En.P.Pragaas.

2.0 Ucapan aluan SU PIBG


2.1 SU PIBG Pn.S.Malaarvily mengalu-alukan semua ahli PIBG ke mesyuarat PIBG kali
pertama bagi tahun 2019.
2.2 Seterusnya, beliau menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan dalam tempoh yang
terdekat. Beliau meminta Guru besar memberitahu isu yang dibincangkan bersama
mereka. Maka, sebagai ahli dan warga sekolah ini perlu semua AJK diminta
berkerjasama untuk mengambil keputusan berkaitan dengan isu yang akan
dibincangkan oleh penasihat Persatuan IbuBapa dan Guru.

3.0 Ucapan Guru Besar


3.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan guru
ke mesyuarat PIBG kali pertama.
3.2 Beliau menyatakan bahawa walaupun sekolah kita sekolah kurang murid (SKM) dan
bilangan murid terdiri daripada 7 orang sahaja, namum sekolah harus mengadakan
aktiviti untuk kemajuan murid dan pembangunan sekolah. Dana PIBG adalah sangat
penting untuk menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan kos tinggi.
3.3 Guru Besar berharap semua ahli ketahui keadaan dan situasi sekolah kita.
3.4 Guru besar dan para ibu bapa telah melantik En.Thangaduray sebagai YDP PIBG
SJKT Ladang Sungai Timah.
3.5 Guru besar meminta semua AJK memberikan pandangan masing-masing dan
cadangan mereka mengenai program PIBG untuk pembangunan sekolah serta
kemajuan murid.
3.6 Guru besar menerangkan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa agar
dapat memantapkan lagi kewajipan murid-murid. Guru besar juga menerangkan
tentang Sarana Ibu Bapa dimana semua ibu bapa harus memberi kerjasama kepada
pihak sekolah agar dapat meningkatkan prestasi sekolah.
3.7 Guru besar dan para ibu bapa telah membincangkan program-program yang harus
dilakukan sepanjang tahun 2019.
3.8 Guru besar dan para ibu bapa juga telah membincangkan masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid-murid dan cara mengatasinya agar dapat menjaga kebajikan para
murid.
3.9 Malah, guru besar memberitahu bahawa perhubungan baik antara pihak sekolah dan
para ibu bapa harus kekal sepanjang tahun 2019. Beliau juga memberitahu bahawa
segala masalah yang dihadapi harus ditangani dengan segera.
3.10 Beliau juga menegaskan bahawa sekolah kita akan membuka satu akaun bank bagi
memudahkan sumbangan PIBG dapat dilaksanakan dengan betul dan teliti.
3.11 Beliau juga memberitahu bahawa sekolah kita telah memohon nombor sijil
pendaftaran PIBG bagi sekolah kita dan menunggu untuk salinannya.

4.0 Hal kewangan


4.1 Jawatankuasa telah memutuskan untuk tidak memungut Yuran PIBG dan disokong
oleh semua AJK PIBG.

5.0 Hal-hal lain


5.1 Jawatankuasa telah memutuskan untuk memberi kuasa mengeluarkan duit daripada
akaun PIBG SJKT Ladang Sungai Timah kepada YDP PIBG, Setiausaha PIBG dan
Bendahari PIBG SJKT Ladang Sungai Timah.

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberi oleh
semua guru dan ibubapa. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

…………………………………… ……………………………………...
(MALAARVILY A/P SHANMUGAM) (THANGADURAY A/L GOVINDARAJOO)
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG

Disahkan Oleh,
…………………………………
(PRAGAAS A/L PERUMALOO)
GURU BESAR
SJK(TAMIL) LADANG SUNGAI TIMAH
PETI SURAT 45, 36000 TELUK INTAN
PERAK DARUL RIDZUAN
Íí¨¸ ¾£Á¡ §¾¡ð¼ò¾Á¢úôÀûÇ¢,
«ïºø ¦ÀðÊ 45, 36000 ¦¾Öì þó¾¡ý.

KOD SEKOLAH: ABD 5111


________________________________________________________________________

“PERAK EXCELLENT”

Mesyuarat PIBG kali pertama 2019

Tarikh : 28.03.2018 (Rabu)


Masa : 3.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Senarai nama AJK PIBG

Kehadiran:

Bil Nama Jawatan Tandatangan


1 En.P.Pragaas Guru Besar ( Penasihat )
2 En.P.Netianantham GK Sekolah
3 En.G.Thangaduray YDP PIBG
4 Pn.S.Malaarvily Setiausaha
5 Cik.R.Laavanya Bendahari
6 Pn.S.Santhy AJK
7 En.Subramaniam AJK
8 Pn. Durkha Dewi AJK
9 En.Kangatharan AJK
10 Pn.K.Poganeswari AJK
SJK(T) LADANG SUNGAI TIMAH

MESYUARAT PIBG

TARIKH: 28.03.2018 (RABU)

Anda mungkin juga menyukai