Anda di halaman 1dari 7

TAJUK : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BARISAN PENTADBIR SEKOLAH.

1.0 PENGETUA

1.1 BIDANG TUGAS PENGETUA

 Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta


memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
 Bertanggungjawab dalanm hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
 Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

1.2 SENARAI TUGAS PENGETUA

1.2.1 Pengurus Kurikulum - Kerja Ikhtisas

 Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian
Pendidikan.
 Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
 Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
 Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data
analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan.
 Menyelia dan mencerap proses P& P.
 Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku
Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.
 Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
 Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
 Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan
dengan berkesan.
 Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.

1.2.2 Pembangunan Diri Pelajar

 Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri,


Kemahiran Belajar dan Motivasi.
 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.

1.2.3 Pengurusan dan Pembangunan

 Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.


 Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
 Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar
dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
 Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
 Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
 Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
 Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

1.2.4 Pengurusan Personal

 Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan


ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.
 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke
semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
 Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
 Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan di
bawah bidang kuasa
 Menjaga kebajikan pegawai.

1.2.5 Kewangan

 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.


 Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod
akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN
DAN ASRAMA.
 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-
dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
 Mengawal stok dan harta benda sekolah.

1.2.6 Kemudahan Fizikal

 Mempertingkatkan keceriaan sekolah.


 Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan
baik.
 Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
 Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselainatan harta benda sekolah.

1.2.7 Pembangunan Organisasi dan Diri

 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.


 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi
peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
 Mengawal “Experiences” berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta
menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences”
pelajar.
 Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
 Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

1.2.8 Pembangunan Kendiri

 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.


 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D).
 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
 Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian /
Jabatan dan Agensi-agensi Iuar.
 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion
Keguruan.

2.0 GURU PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN DAN KURIKULUM)

2.1 BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

 Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.


 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
 Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2.2 SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

2.2.1 Kurikulum

 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.


 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan
bengkel.
 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru
mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
 Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
 Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

2.2.2 Pengurusan

 Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah


 Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf
sokongan.
 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
 Membantu merancang takwim sekolah.
 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
 Menyelaras semua jenis kutipan yuran
 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
 Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
 Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

2.2.3 Pembangunan Diri Pelajar

 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan


kebersihan sekolah.
 Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
 Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

2.2.4 Pembangunan Organisasi

 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
 Mengadakan kursus/latihan personal.

2.2.5 Pembangunan Kendiri

 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.


 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.

3.0 GURU PENOLONG KANAN 2 (PENTADBIRAN DAN KURIKULUM)

3.1 BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM

 Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1


(Pent.)
 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan
kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi
sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
 Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas.
 Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

3.2 SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM

3.2.1 Pembangunan Diri Pelajar.

i Disiplin

 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni


 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
 Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib
dan salah laku.
 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.

ii Program Perlindungan Pelajar

 Meracang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah


dan program lain diperingkat sekolah.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah
dilaksanakan.

iii Kesihatan

 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.


 Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah
dilaksanakan
 Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah.
 Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

iv Skim Pinjaman Buku Teks

 Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.


 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.

v Biasiswa dan Bantuan

 Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.


 Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan
 Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.

vi Pengurusan

 Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.


 Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
 Menguruskan pertukaran pelajar.
 Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti
Sekolah.
 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
 Membantu merancang takwim sekolah.

3.2.2 Ko-Kurikulum

i Sukan dan Permainan

 Membantu merancang , melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan


pada semua perigkat.
 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

ii Kelab/Persatuan

 Menyelaraskan dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak


akademik

iii Unit Beruniform

 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di


peringkat sekolah.

iv Pembanguna Organisasi
 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
 Mengadakan kursus/ latihan untuk personal.

v Pembangunan Kendiri

 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.


 Menghadiri seminar, kursus dan bengkel
 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.

4.0 GURU PENOLONG KANAN 3 (KOKURIKULUM)

4.1 BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/


PK HEM
 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
 Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
kokurikulum sekolah

4.2 SENARAI TUGAS (KOKURIKULUM)

4.2.1 Bidang Persatuan / Kelab

 Merancang kegiatan persatuan dan kelab


 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
4.2.2 Unit Beruniform

 Merancang kegiatan persatuan dan kelab


 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

4.2.3 Sukan Dan Permainan

 Merancang kegiatan persatuan dan kelab


 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

4.2.4 Pentadbiran

 Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit
pakaian seragam
 Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
 Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum
 Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil
 Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program
yang melibatkan kokurikulum
 Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah
 Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk
meningkatkan tahap pencapaian
 Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
 Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan ke Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
 Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum
 Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
menyusun serta merancang latihan untuk mereka
 Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan yang
layak dituntut
 Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti
sekolah (jika perlu)

4.2.5 Tugas-Tugas Lain

 Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
 Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa