Anda di halaman 1dari 1

Huraikan kepentingan aspek interdiskursiviti dalam sesebuah teks wacana.

Wacana ialah suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat yang lengkap.
Sehubungan dengan itu, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa
bahasa.

Menurut Idris Aman, 2014, interdiskursiviti bermaksud kesalingwacanaan atau kejalinan jenis-jenis
wacana lain dalam wacana semasa . Selain itu, interdiskursiviti juga boleh meneliti orang yang
menghasilkan wacana, orang di belakangnya dan tujuannya. Keinterdiskursifan wacana dapat dilihat
melalui beberapa jenis wacana yang terkandung di dalamnya iaitu wacana jenis laporan, penerangan,
hujahan dan ekspresi. Fairclough (1992) telah memperkenalkan konsep interdiskursiviti di mana beliau
memberi tumpuan mengenai jenis wacana, teks, genre atau jenis aktiviti lain yang dimanfaatkan oleh
pewacana dalam penghasilan wacana atau teks semasanya.

Unsur interdiskursiviti diterapkan untuk merungkai kepelbagaian wacana yang tersirat dalam sesebuah
teks wacana yang baru. Interdiskursiviti tertumpu kepada penghasilan teks untuk mengenal pasti
kepelbagaian jenis wacana, genre, gaya atau ragam retorik yang digunakan dalam pembinaan teks wacana
yang dikaji. Jika diperhatikan, pembinaan sesebuah teks tidak bebas konteks, maka kepelbagaian dan
kerencaman konteks turut mempengaruhi kepelbagaian jenis wacana, genre, gaya atau ragam retorik.

Keinterdiskursifan wacana dapat dilihat di dalam wacana seperti wacana penerangan dan wacana iklan.
Wacana penerangan ialah wacana yang digunakan untuk menerangkan hal-hal yang telah berlaku untuk
tujuan pemakluman dan pemberitahuan agar sesuatu perkara itu dapat difahami dengan lebih terperinci.

Dari dimensi amalan wacana, praktis oksidentalisasi kecantikan diperlihatkan oleh cara pemprosesan
wacananya (meliputi penghasilan yang merangkumi aspek intertekstualiti, interdiskursiviti dan semiotik
wacana). Aspek intertekstualiti memanfaatkan genre soal selidik, jenama korporat, jenama produk,
nama produk, dan tagline. Aspek interdiskursiviti pula menggabungkan bersamanya dua genre wacana
lain, iaitu deskripsi ramuan produk dan deskripsi fungsi produk. Di dalam wacana iklan , genre deskripsi
fungsi produk dan deskripsi ramuan produk telah digembleng bersama.

Konsep dan ciri-ciri itu terserlah dalam pelaksanaan ciri tekstual yang merangkumi aspek
intertekstualiti, interdiskursiviti dan semiotik wacana dan amalan wacana yang meliputi aspek
interdiskursiviti, semiotik dan intertekstualiti yang dimanfaatkan oleh pewacana.dalam teks iklan
kecantikan wanita di Jepun.

Sumber :

https://www.researchgate.net/publication/265301863_Wacana_Dan_Ideologi_Iklan_Produk_Kecantika
n_Berbahasa_Jepun

http://inilahbicaraku.blogspot.com/2015/12/analisis-wacana-kritis-rencana.html

Anda mungkin juga menyukai