Anda di halaman 1dari 5

PRINSIP BIL SOALAN JAWAPAN

SOALAN
PERANCANGAN 1. Apakah peranan guru sastera dalam Baiklah,guru apa pun pengurusan sama sahaja kerana dia
pengurusan sekolah? akan cuba mendapatkan GPMP yang terendah dan GPMP
sastera akan dicampur dengan subjek lain.Dan perkara inilah
yang akan menentukan GPS sebab setiap subjek kena jaga
dia punya GPMP dan dicampurkan akan turunlah.Kalau kita
sahaja yang cuba rendah 3 atau 5 tu biasalah.Tapi kalau
subjek lain di atas dicampur pun tak jadi juga.
2. Nyatakan tindakan yang harus Pertama sekali yang dapat kita lihat ialah peranan panitia
dilakukan oleh guru sastera dalam lah. Panitia memainkan peranan penting dan guru haruslah
meningkatkan kemahiran pengurusan mengikut SOP yang dikeluarkan oleh panitia tidak kira
pengorganisasian sekolah? subjek apa sekalipun.Semua subjek tergolong dengan
sastera harus ikut SOP seperti fail mesyuarat
semua...sekiranya mengikut SOP yang betul,in sha allah
tiada masalah lah dalam pengurusan.
PENGORGANISASIAN 1. Sekolah ini pernah menganjurkan Ada la. Baru-baru ni ada buat “Pertandingan Malam Puisi”.
sebarang pertandingan? Jika pernah, Hasil kerjasama dengan guru bahasa. Sebabnya, di sekolah
huraikan bagaimana organisasi itu ni, saya sorang sahaja cikgu Sastera. Oleh sebab itulah, kita
dibentuk dan senaraikan tenaga kerja buat kerjasama dengan guru bahasa. Kita sepakat bahagikan
yang terlibat? tugas. Contohnya, guru Bahasa Melayu buat analisis data
pelajar, cikgu Sastera buat kertas kerja. Untuk nak tahu pasal
gerak kerja tu, kita selalunya buat meeting lepas waktu
sekolah. Masing-maisng bentang gerak kerja. Biasanya
dalam organisasi kalau ada program sebegitu, kita akan
lantik pengetua sebagai ketua. Lepas tu, PKP, PK HEM dan
PK KO sebagai penasihat. Dan barulah ketua panitia
Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu sebagai ketua.
Ketua ini la akan lantik AJK lain di bawah. Walaupun ketua-
ketua panitia jadi ketua, tapi sebarang keputusan pun kita
akan bincang dengan orang-orang atasan dan juga bincang
untuk persetujuan bersama untuk tak timbul sebarang
masalah.
2. Apakah cabaran yang dihadapi oleh -Jumlah calon sastera semakin berkurang
guru terhadap pengorganisasian
panitia kesusasteraan melayu -Pandangan pentadbir sekolah/ masyarakat yang memberi
anggapan Mata pelajaran sastera yang tiada nilai ekonomi-
peluang- kerjaya yang terhad

-Sumber kewangan yang terlalu terhad- PCG untuk seorang


murid panitia Kesusasteraan Melayu hanya diberi RM2.00
seorang murid/ tahun
KAWALAN 1. Apakah tindakan dan kawalan Oooo kawalan ni saya buat jika ada program atau kawalan
sebagai ketua Panitia Kesusasteraan pada pelajar dalam kelas. Contohnya, pada awal tahun lalu,
Melayu dan juga guru Kesusasteraan sekolah ada buat Hari Bahasa peringkat sekolah. Dia macam
Melayu di sekolah? pertandingan, ada pantun, ada sajak supaya pelajar lebih
terdedah dengan nilai sastera ini. Jika ada program sebegitu,
saya ada bahagikan tugas dengan cikgu BM untuk buat
kerja. Dah bahagikan tugas, baru kita buat kawalan.
Kawalan tu kita juga buat pada pelajar Kesusasteraan
Melayu ting 4 dan 5. Contohnya, kawalan dari segi kelas
tambahan, kehadiran pelajar ke sekolah dan sebagainya.
Kawalan ini kita buat untuk pantau prestasi pelajar sebabnya
kita tidak mahu ada pelajar yang tak faham cikgu mengajar,
tak mahu buat aktiviti dalam kelas, tak mahu ada yang tidur
dalam kelas. Kawalan tu penting sebab kita sebagai guru,
kita ada kuasa untuk kawal pelajar.
PENSTAFAN 1. Berapa ramaikah bilangan guru, dan Di sekolah ini terdapat kira-kira 68 orang guru dan 10 orang
staf di sekolah ini? staf.
2. Apakah tindakan yang dilakukan oleh -Memberi taklimat kepada pelajar lepasan PT3
guru panitia kesusasteraan melayu di Contohnya, selepas tamat PT3 saya sebagai guru yang
sekolah ini bagi mengelakkan kelas mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu akan
sastera ditutup? memberikan taklimat serba sedikit berkaitan pakej mata
pelajaran. Antara yang diterangkan ialah kelebihan
mengambil mata pelajaran ini dan peluang kerjaya selepas
tamat persekolahan.
-Diperingkat panitia pula, kami menjalankan aktiviti bahasa
dan Kesusasteraan . Hal ini kerana ianya merupakan satu
inisiatif yang boleh dilakukan bagi menarik minat pelajar
untuk mengenali bahasa dan sastera. Selain itu, Program
Bulan Bahasa diadakan serta guru-guru menggalakkan
penyertaan untuk menyertai program-program berkaitan
bahasa dan kesusasteraan melayu di peringakta daerah dan
negeri.
Contohnya: Program Bakat Tunas Remaja. Program ini
dapat mencungkil bakat pelajar dalam penulisan cerpen dan
puisi. Ianya merupakan kerjasama dengan Dewan Bahasa
Pustaka/ Persatuan Penulis

-Memastikan pencapaian pelajar sastera capai KPI/ ETR/


menghampiri ETR. Kami juga akan memastikan pelajar
sekurang-kurangnya Lulus 100%- .

-Tidak lupa juga, saya sebagai guru akan memastikan


pembelajaran di dalam kelas menarik dan mengikut saranan
kementerian yang terkini iaitu penggunaan ICT. Ini bagi
mengelakkan murid-murid daripada berasa bosan dan
mengantuk. Dengan adanya visual, video atau animasi yang
menarik, murid akan memberikan perhatian untuk belajar.
3. Apakah guru sastera di SMK SLIM -Menurut En Badrul selaku guru kesusasteraan melayu,
RIVER ini mempunyai asas dalam beliau telah menyatakan bahawa tenaga kerja yang mengajar
mata pelajaran kesusasteraan melayu? mata pelajaran kesusasteraan melayu di sekolah tersebut
adalah dari latar belakang pendidikan yang asalnya telah
mempunyai asas dalam mata pelajaran tersebut. Seperti En
Badrul sendiri, beliau sememangnya guru yang mempunyai
asas dalam matapelajaran kesusasteraan melayu. Beliau
telah menamatkan ijazahnya di Universiti Putra Malaysia
dalam major Bahasa Melayu dan minor dalam
Kesusasteraan Melayu. Jadi, bagi beliau adalah tidak
mempunyai masalah untuk beliau mengajar mata pelajaran
tersebut meskipun hanya minor dalam mata pelajaran
kesusasteraan melayu. Baginya lagi, matapelajaran
kesusasteraan melayu ini sememangnya memerkukan guru
yang benar – benar fokusnya terhadap mata pelajaran ini. hal
ini kerana, sekiranya guru tersebut kurang pengalaman
dalam mata pelajaran ini sudah pasti akan ada sedikit
komplikasi dalam mengajar mata pelajaran kesusasteraan
melayu. Peranan guru adalah sangat besar dalam
memastikan pelajar dapat faham dan dapat menghayati
setiap pelajaran yang dijalankan pada hari tersebut. Oleh itu
sememangnya guru yang bakal mengajar mata pelajaran
kesusasteraan melayu seharusnya mempunyai asas dalam
matapelajaran ini agar dapat memudahkan kerja guru itu
sendiri nanti.
Apakah ciri penstafan yang -Menurut Encik Badrul, sememangnya terdapat beberapa
diperlukan oleh organisasi dalam ciri penstafan yang diperlukan dalam orrganisasi
kesusasteraan melayu dalam kesusasteraan melayu di SMK SLIM RIVER. Antaranya
menentukan kelancaran mata ialah seorang guru kesusasteraan melayu mestilah pandai
pelajaran ini? menguasai teks yang terdapat dalam kesusasteraan melayu.
Untuk menjadikan kesusasteraan Melayu penting di sebuah
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum ini, sekolah-
sekolah, IPT dan pusat-pusat ini perlulah menggunakan teks
sastera dan bahasa kebangsaan mereka. Jika teks sastera dan
bahasa lain digunakan, maka usaha untuk melahirkan
bangsa berkedudukan tinggi akan bertukar umbi hingga
boleh menggagalkan impian terhadap kewujudan sebuah
negara bangsa. Seterusnya ialah berkeyakinan. Keyakinan
merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran.
Dengan rasa yakin guru mampu menghasilkan pengajaran
yang baik. Keyakinan pula boleh dipupuk dengan
mengenalpasti faktor-faktor yang dapat membantu mereka
untuk memperoleh keyakinan tersebut. Antara faktornya
adalah seperti pengetahuan kandungan (content knowledge),
pengetahuan pedagogi (pedagogical knowledge) serta
psikologi pembelajaran merupakan aspek-aspek yang
mempengarui keyakinan guru itu sendiri semasa menjalani
mengajar.
Apakah kaedah yang dilakukan oleh -Guru di sekolah turut mengamalkan beberapa kaedah.
guru panitia / guru kesusasteraan Sebagai contoh, kaedah latih tubi. Kaedah ini bertujuan
melayu di SMK SLIM RIVER? untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya
kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya
mereka secara automatik boleh menyebut atau
memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat
demikian. Menurut Encik Badrul, lagi, latih tubi ini
kebiasaannya bila musim peperiksaan. Selain itu, teknik
yang sesuai dalam pengajaran ini juga turut dilakukan.
Antara teknik yang dilakukan adalah seperti teknik
pengajaran tradisional dan juga teknik pengajaran abad ke-
21.
KEPIMPINAN 1. Huraikan gaya kepimpinan yang Kalau saya, saya lebih suka demokrasi la. Sebab dalam
diamalkan oleh guru kesusasteraan organisasi ni kita kena tahu pendapat masing – masing. Lagi
melayu? banyak idea lagi bagus. Dalam kelas pun guru boleh guna
gaya kepimpinan ni sebab dapat melibatkan para pelajar.
Tapi sebelum tu nak jadi guru atau pemimpin yang bagus.
Guru tu perlu la mahir dan ada ilmu. Guru perlulah tahu
semua konsep dan istilah tu. Cikgu kena banyak membaca
dan tahu perbezaan la. Contoh dia tahu beza gaya bahasa
responsif dengan epifora tu apa. Jadi guru kena ada banyak
ilmu dan tahu topik – topik pembelajaran. Pengalaman pun
kena banyak la baru dapat mengajar dan memimpin dengan
baik.