Anda di halaman 1dari 5

TARANUM mengikut istilah bahasa (lughah) bermakna lagu.

Namun ia merupakan satu lagi disiplin ilmu bagi


menentukan kaedah apabila suara dipelbagaikan bunyinya mengikut proses-proses nada, rentak dan irama yang
tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutama bacaan al-Quran.

Sehubungan itu, Persatuan Hafiz Malaysia (Paham) dan Institut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) menganjurkan
Seminar Taranum Al-Quran di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Keistimewaan seminar sehari yang disertai oleh 60
peserta itu dibimbing oleh Johan Qari Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa tahun 2005,
Ustaz Radzi Kamarul Hailan.

Dalam pembentangan kertas kerjanya, beliau berkata, tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi
kefahaman kepada para pembaca dan pendengar mengenai kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta
membantu pelajar menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, roh
serta dapat beramal dengannya.

“Ciri-ciri Taranum al-Quran yang muktabar mestilah terdiri daripada nada iaitu thobaqat (tingkatan) atau tekanan
bunyi suara dan rentak yang melibatkan pergerakan menghidupkan bunyi suara dan irama, iaitu alunan atau
bentuk bunyi. Sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut tidak dikatakan bertaranum,” kata Radzi yang
merupakan Imam Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Sebelum itu beliau memperkenalkan sifat-sifat suara yang lazimnya dimiliki oleh manusia, iaitu sifat yang baik
dan tidak baik. Bagi sifat suara yang baik, ia melibatkan ketepatan nada, tinggi, rendah, garau, lembut, manis,
licin, bersih, terang, lantang dan tajam.

Bagi suara yang tidak baik, sifat-sifatnya seperti sumbang, nipis, lembap, lemah, keras, serak, pecah, parau,
terketar-ketar, tenggelam, tersepit dan tercekik.

“Sekalipun suara tidak baik atau bermasalah, jika ada minat yang besar untuk bertaranum, ia boleh diubahsuai
dan diperbaiki. Cuma ia mungkin memerlukan jangka masa yang agak panjang,” katanya.

Dari aspek sejarahnya pula, asal ilmu Taranum ini diilhamkan daripada unsur-unsur berikut:

1. Bunyi-bunyian geseran kayu;

2. Bunyi-bunyian tiupan angin;

3. Bunyi-bunyi kicauan burung;

4. Bunyi-bunyian air yang mengalir.

Ia kemudian ditalhinkan (digubah) oleh ahli-ahli muzik dan penyair untuk dijadikan pelbagai irama Taranum
mengikut budaya masing-masing.

“Dalam hal ini, Ibnu Arabi berkata, Taranum adalah sebahagian budaya masyarakat Arab silam, sehingga di
mana sahaja mereka berada sama ada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan
Taranum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.

“Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w. menggalakkan supaya umat Islam menukarkan
budaya tersebut kepada budaya membaca al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani
dan dihormati masyarakat,” kata Radzi.

Sejarah Taranum al-Quran bermula dengan turunnya al-Quran (Nuzul al-Quran) di Gua Hira’. Di situ Rasulullah
s.a.w. sendiri membaca al-Quran dengan baik dan elok.

Di kalangan para sahabat, Rasulullah pernah memuji alunan suara yang dimiliki oleh Abu Musa Ashaari dengan
berkata: Sesungguhnya bertuah engkau telah dianugerahkan Allah s.w.t. dengan mizmar (suara cantik) dari jenis
mizmar keluarga Nabi Daud. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini kerana Ibnu Abbas pernah menegaskan yang Nabi Daud pernah membaca kitab Zaburnya dengan 80 jenis
lagu untuk menyuburkan jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang.

Rasullullah dalam hadisnya yang lain pernah bersabda: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu
melagukan al-Quran. (Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis lagi baginda bersabda: Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) Arab dan suara
berlahjahkan Arab. Jangan sesekali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya ahli gereja (Kristian dan Yahudi),
demikian juga dengan irama ahli fasik. (Riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Bertaranum al-Quran ini juga melibatkan hukum-hukum tertentu. Sunat hukumnya jika ia dapat
mempertingkatkan syiar Islam, menarik perhatian orang ramai kepada al-Quran, menarik perhatian terhadap
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan dapat melahirkan ketinggian mukjizat kitab suci itu.

Katanya, harus bertaranum jika tidak mencacatkan bacaan al-Quran, tidak mengganggu ketenteraman awam
dan tidak menimbulkan fitnah.

“Bertaranum akan dihukumkan makruh apabila ia didapati mengganggu ketenteraman awam, menghalang
ketenangan ibadah, menimbulkan fitnah, menghalang khusyuk dan bertadabbur.

“Haram pula jika dengan bertaranum itu boleh merosakkan keaslian al-Quran, menjatuh dan menghina al-Quran
dan menghalang kemajuan atau ketinggian kitab Allah ini,” katanya.

Bagi mereka yang berhasrat menguasai ilmu Taranum, aspek penting yang perlu dipelajari ialah jenis-jenis lagu
yang biasanya diamalkan apabila seseorang itu mahu melagukan bacaan al-Qurannya. Jenis-jenis lagu itu terdiri
daripada empat yang asas iaitu Bayati, Hijaz, Rast, Nahwand, Sikkah dan Jaharkah yang lazimnya menjadi
syarat setiap kali diadakan Tilawah al-Quran.

Menurut Radzi, lagu-lagu yang lain ialah Husaini (kecantikan), Kurdi, Soba (rindu), A'jam dan Iraqi.

Lagu Bayati dianggap ibu kepada semua jenis lagu-lagu al-Quran. Bayati yang bererti rumah merupakan satu
jenis alunan Taranum yang dipopularkan oleh qari-qari dari Mesir. Malah, bacaan berlagu belum dianggap
sempurna dan lengkap jika tidak dimasukkan Taranum Bayati.

Taranum Bayati mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Ini termasuklah mempunyai kelembutan di samping
ketegasan, mempunyai kesesuaian dengan thobaqat yang sederhana, mempunyai unsur keharmonian dan
ketenangan dan mempunyai kesesuaian dengan Taranum pembukaan dan penutup.

Taranum Rast pula, menurut Radzi, berasal dari Parsi yang telah diubahsuai dan diguna pakai oleh pakar-pakar
qari dari wilayah Hijjaz dan seterusnya dipopularkan oleh qari dan qariah di seluruh dunia Islam mengikut zuk
yang berlahjah Arab Hijazi.

Sifat Taranum

Antara sifat-sifat Taranum Rast termasuklah mempunyai kelembutan alunan yang mempesona, kelicinan, sesuai
dengan mana-mana thobaqat dan mana-mana ayat yang hendak dibaca.

Taranum Hijjaz pula dipopularkan oleh qari-qari dari wilayah Hijjaz mengikut budaya bangsanya yang hidup di
kawasan padang pasir yang tandus dan berbukit bukau yang kemudian diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut
budaya bangsanya.

“Ini menjadikan Taranum Hijjaz berlahjah Mesr lebih lembut dan menarik, sesuai dengan kelembutan dan
kehalusan lughah al-Quran itu sendiri,” katanya.

Antara sifat Taranum Hijjaz termasuklah gerak lambat tetapi berkesan, ketegasan sebagai pendorong semangat,
bersesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah.
“Jika kita mendengar bacaan al-Quran yang ringan namun lembut mendayu, sesuai dengan ayat-ayat yang
menunjukkan memohon, merayu dan merintih, mungkin ia dilagukan mengikut lagu Soba. Begitu juga dengan
Sikkah yang mempunyai kelembutan yang menusuk kalbu, kesedihan dan merintih,” katanya.

Dalam tilawah al-Quran, Taranum mewakili 25 peratus markah selain aspek tajwid, fasahah dan suara.

Menurut Radzi, lazimnya peserta boleh menghayati lagu-lagu Taranum dengan baik. Kalau ada kekurangan pun
ia adalah dari aspek melembutkan bacaan.
Sheikh Mustafa Ismail
(1905-1978). Dilahirkan di Mit Ghazal. Sebuah kampong berdekatan Tanta(Utara Cairo). Sheik
Mustafa Ismail belajar Al-Quran semenjak kecil dan apabila berumur 15 atau 16 tahun beliau belajar
di Azhar Institued di Tanta.
Beliau mempelajari ilmu science Al-quran dan bercadang meneruskan pelajarannya ke University
Azhar di Cairo. Tetapi berminat menjadi Qari dan membena reputasinya sebagai Qari di Delta dalam
tahun 1930. Beliau mulanya ke Cairo menerima jemputan membaca Al-Quran di beberapa
majlis.Kemudian di jemput oleh Raja Farouk pada bulan Ramadan 1944 untuk mendengarkan bacaan
beliau.Selepas perbincangan yg panjang dan penyesuaian suaranya di radio beliau kemudian
membaca Al-Quran di radio station Mesir. Sheik Mustafa sangat berminat dengan bacaan Sheik
Muhammad Rifcat dan Sheik Abd Al-Fattah Al-Sacsaci namun beliau tetap cenderung dengan cara
bacaan unik beliau itu. Beliau tidak belajar musiz recara formal ,tapi dapat menguasai seni musik dan
seni lagu pada zaman itu. Beliau kerap mengembara dan terkenal di luar negeri Sebagai Qari yang
teratas dalam senarai Qari-Qari Mesir, beliau berjaya merakamkan Al-Quran keseluruhannya dalam
bentuk murattal dan mujawwad. Rakamannya tiada di luar Egypt. Sheik Mustafa menjadi Qari tetap
pada President Anwar Al Sadat dan mengikutinya ke Jurusalem pada 1978. Beliau di anggap
sebaigai Qari terulung zaman ini kerana bacaaannya yang bertaranum dan tajweed yang baik
sekali.Beliau boleh di anggap sebagai inspirasi kepada Qari-Qari yang baru.Semasa beliau
meninggal dunia beliau menjadi Qari di Masjid Al-Azhar. Al-Fatehaa¡K.kepada Sheik Mustafa
Ismail¡K.Ameeen

mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.Nada: tingkatan atau tekanan bunyi
suara.Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.Irama: alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:‫ما أذن ال لشىء ما‬
‫ )رواه البخارى‬.‫“)أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن‬Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan
kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
Sejarah Tarannum
Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya
membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian
terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin
Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari
seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain.
Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra
bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu RasuluLlah SAW
itu.Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat
berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga
membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:A. Misri (Mesir).B. Hijazi
(Mekah dan Madinah).C. Iraqi.D. Kurdi (sempadan Iraq dan Turki).E. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain.Kini
aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang
muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan
sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya
untuk bacaan Al-Quran.
Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri
Aliran Hijazi
• Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi.Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya
tinggi kehangatan.Aliran Misri
• Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya
sederhana kemanisan.
Asal Ilham Tarannum
Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam,
pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan
lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun didalam bahasa arab disebut At-
Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.
Hukum Umum Bertarannum
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum
bertarannum adalah seperti berikut;1. Fardhu (kifayah) – jika hanya dengan berlagu sahajalah
masyarakat ingin mendekati Al-Quran.2. Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu
kesempurnaan hati.3. Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.4.
Makruh – jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.5. Haram – jika
merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-
penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda RasuluLlah SAW:‫ فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون‬،‫ وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق‬،‫اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها‬
‫ )رواه الطبرني والبيهقي‬.‫ ل يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم‬.‫)بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح‬Bacalah al-
Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan
lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik
(Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang
sengaja