Anda di halaman 1dari 5

1

Teks Pengacara Majlis Khatam Alquran, Sumbangan Asnaf dan Penutupan Ihya
Ramadan

QUE : BACAAN YASIN


QUE :KHATAM QURAN
QUE : SELEPAS KHATAM

QUE: VIP MASUK.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Mohamad Isa bin Mohamad


Basir, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Zon Pelangi Indah diiringi oleh para
pentadbir. Hadirin dipersilakan berdiri.

(selawat)

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Encik Mohamad Isa bin Mohamad Basir, Ahli Majlis Bandaraya
Johor Bahru, Zon Pelangi Indah,

Yang Dihormati, Dr Hjh Yuslina bt Mohamed Yusuf, Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, SK Taman Johor Jaya 3,

Yang Berusaha, Puan Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3,

Yang Dihormati, Puan Faridah bt Abd Rahman Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Mohd Fauzi bin Yusak, GPK HEM,

En. Hisaruddin bin Hamit @ Abd Hamid, GPK Kokurikulum,

Guru-guru SK Taman Johor Jaya 3, ahli jawatankuasa PIBG sekolah,

Tuan-tuan, puan-puan, ibu bapa dan penjaga serta hadirin sekalian.

Ah lan wa sah lan wamarhababikum...


ke Majlis Penutupan dan Khatam Al-Quran serta Penyampaian Sumbangan Asnaf
Program Ihya Ramadan tahun 2019.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis 22 Mei 2019


2

Hadirin yang dimuliakan,


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat
Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita
berhimpun di sini pada hari ini bagi menjayakan Majlis Penutupan dan Khatam Al-
Quran serta Penyampaian Sumbangan Asnaf Program Ihya Ramadan tahun 1440H.

Terlebih dahulu pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang


Berbahagia, Encik Mohamad Isa bin Mohamad Basir, Ahli Majlis Bandaraya Johor
Bahru, Zon Pelangi Indah, diatas kesudian beliau hadir bagi sama-sama merasmikan
program kita pada hari ini. Juga tidak dilupakan kepada semua ibu bapa yang sudi
melapangkan masa bagi sama-sama menjayakan program kita pada hari ini.

QUE : Bacaan Tadarus

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis kita pada hari ini kita mulakan dengan alunan ayat
suci Al-Quran Kareem. Untuk itu, majlis mempersilakan adik Che Irfan Hakimi bin Che
Rahim dari kelas 3 Al-Farabi bagi mengalunkan ayat suci Al-Quran Kareem surah AL-
Imran, ayat 92-99. Majlis mempersilakan.

Amin-amin ya rabba alamin, majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ayat suci AL-
Quran Kareem sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Sesungguhnya,
Kita di bulan Ramdhan,
dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima, doa kita di ijabah
sebelum cahaya syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup,
Insya Allah ,
kita masih diberi kesempatan,
untuk mendapat keampunan dari-Nya.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis 22 Mei 2019


3

QUE : UCAPAN GB

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan. Untuk
itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin,
Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin
Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3.

QUE : UCAPAN YDP

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Dihormati,
Dr Hjh Yuslina bt Mohd Yusof, Yang Dipertua PIBG SK Tmn Johor Jaya 3 .Untuk itu,
majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan .

Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.

-----------selesai ucapan---------------

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

QUE : UCAPAN Ahli Majlis

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis kita pada pagi ini kita teruskan lagi dengan ucapan
oleh tetamu kehormat kita pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berbahagia, Encik Mohamad Isa bin Mohamad Basir, Ahli Majlis
Bandaraya Johor Bahru, Zon Pelangi Indah, untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis pada hari ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan perasmian sebentar tadi.


Dipersilakan.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis 22 Mei 2019


4

QUE : PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Hadirin sekalian kelangsungan majlis pada hari ini kita teruskan lagi dengan
penyampaian hadiah kepada peserta khatam quran dan aktiviti ihya ramadan. Untuk itu,
majlis menjemput, Yang Berusaha Cikgu Maslia bt Mohd Yasin diiringi oleh Yang
Dihormati, Cikgu Faridah bt Abd Rahman, GPK Pentadbiran. majlis mempersilakan.

`` hadiah khatam```
`` hadiah aktiviti ihya Ramadan```

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

QUE : SUMBANGAN ASNAF

Hadirin sekalian, seterusnya ialah sumbangan kepada asnaf sempena ihya Ramadan.
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia, Encik Mohamad
Isa bin Mohamad Basir, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Zon Pelangi Indah,
Diiringi oleh Yang Dihormati, Dr Hjh Yuslina bt Mohd Yusuf, YDP PIBG. majlis
mempersilakan.

`` sumbangann asnaf```

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

QUE : PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada


perasmi diatas kesudian merasmikan dan memberikan sumbangan kepada asnaf.
Untuk itu, majlis mempersilakan, Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin diiringi
oleh Yang Dihormati Dr Hjh Yuslina bt Mohd Yusuf, YDP PIBG untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia, Encik Mohamad Isa bin Mohamad Basir, Ahli
Majlis Bandaraya Johor Bahru, Zon Pelangi Indah, diatas kesudian beliau
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Hadirin sekalian, majlis kita berhenti seketika bagi memberi laluan kepada Yang
Berbahagia, Encik Mohamad Isa bin Mohamad Basir, Ahli Majlis Bandaraya Johor
Bahru, Zon Pelangi Indah, untuk meninggalkan majlis. Para hadirin diminta tunggu
sebentar di dewan untuk aktiviti seterusnya. Majlis dengan ini mempersilakan dif
jemputan di iringi para pentadbir untuk turun ke lobby.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis 22 Mei 2019


5

QUE : PERSEMBAHAN

Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh
Kumpulan nasyid mawaddah dengan lagu yang bertajuk, harapan Ramadan. Majlis
mempersilakan.

```````````````````````````````
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.
QUE : Persembahan

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid-murid SK Tmn
Johor Jaya 3. Untuk itu, majlis mempersilakan 2 kumpulan nasyid untuk menyampaikan
dua buah lagu iaitu lagu Sesungguhnya dan Ramadan Bulan Berkat.
Majlis mempersilakan.

Standby : bercerita __________________

QUE : SALAM

BERSURAI
Hadirin sekalian,

Kami barisan AJK Pelaksana majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua penaja yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.

Pihak majlis juga memohon jutaan kemaafan andai ada silap dan salah semasa majlis
berlangsung.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian, wabillah taufiq wal hidayah wassalam……

Mengumumkan pergerakkan keluar dif-dif jemputan. Hadirin dipersilakan berdiri

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis 22 Mei 2019

Anda mungkin juga menyukai