Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) SAM LAM, SIBU

KERTAS KERJA
PROGRAM KELAS
PENYAYANG PETANG
( KELAS TAMBAHAN
SELEPAS SEKOLAH )
TAHUN 2017

( JANUARI HINGGA OKTOBER )


KERTAS KERJA PROGRAM KELAS PENYAYANG PETANG
( KELAS TAMBAHAN SELEPAS SEKOLAH )
SJK SAM LAM, SIBU
1.0 PENGENALAN

Murid-murid SJK Sam Lam, Sibu memerlukan bimbingan dan galakkan untuk terus maju
dalam pelajaran mereka. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
memperkembangkan potensi diri individu dari pelbagai aspek maka pendidik di SJK Sam Lam
percaya bahawa dengan mengadakan Program Kelas Penyayang Petang ini dapat membantu
mereka meningkatkan persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR mahupun
kelas ujian yang disediakan oleh SCTA dan pihak sekolah sendiri nanti.

Dan program ini amat perlu dilaksanakan di SJK Sam Lam, kerana 90 % ke atas murid-murid
sekolah ini adalah orang tempatan, dan kebanyakan ibu bapa mereka berpendidikan rendah
atau hanya setakat sekolah rendah pada zaman mereka. Oleh kerana ibu bapa tidak dapat
membimbing anak-anak mereka membuat kerja sekolah di rumah, dan murid-murid ini juga
tidak akan automatk siapkan latihan mereka di rumah. Oleh itu, Program Kelas Penyayang
Petang ini dibuat untuk membimbing semua anak murid mereka pada sebelah petang iaitu
selepas waktu sekolah.

Secara tidak langsung program ini juga menjadi landasan untuk guru-guru mata pelajaran
semua kelas terus melebarkan pengetahuan dan menyediakan diri sebelum menduduki
peperiksaan atau ujian dalaman.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan untuk meningkat prestasi semua anak murid dengan mengadakan
pengayaan bagi murid yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
dan memberi pemulihan dan bimbingan kepada murid yang lemah supaya boleh berjaya
seperti murid-murid lain.

3.0 OBJEKTIF
a. Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam UPSR.
b. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah.
c. Memberi tuisyen kepada semua murid untuk belajar.
d. Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru.
e. Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan lebih berkesan
dalam memperolehi pencapaian optimum.
1
f. Memberi aktiviti pengayaan kepada murid cemerlang.
g. Memberi bimbingan dan motivasi kepada murid yang lemah.

4.0 SASARAN
Semua murid SJK Sam Lam, Sibu.

5.0 TARIKH & MASA CADANGAN


Program Kelas Penyayang Petang ini akan dijalankan mula pada 9 Jan 2017 hingga 16
Oktober 2017 untuk kelas Tahun 1 hingga Tahun 5, Dan bagi murid Tahun 6 akan berhenti
minggu sebelum UPSR, iaitu pada 7 September 2017. Hari-hari yang terlibat adalah dari hari
Isnin hingga hari Khamis. Masanya adalah dari pukul 1:00 petang hingga 2:15 petang.

6.0 JADUAL WAKTU, MATA PELAJARAN, TEMPAT DAN GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB

Hari
Isnin Selasa Rabu Khamis
M/P Tempat
(BM) (BI) (BC) (MT)
Kelas

Pusat Sumber
Tahun 1 – 3 Hii Ing Yeu Kiu Joo Ping Guru Besar -
Sekolah

Chua Sing Nie


( Kumpulan A )
Tahun 4 - 5 Guan Siew Ling Tiong Yong Lin Bilik Komputer
Wong Ching Ching Tiong Pau
( Kumpulan B ) Wen
Alina Ting Sing Kelas
Tahun 6 Gwee Hui Kiang Sii Leh Ping
Guey Tahun 6

Perubahan Jadual Waktu Selepas UPSR


Hari
Isnin Selasa Rabu Khamis
M/P Tempat
(BM) (BI) (BC) (MT)
Kelas

Pusat Sumber
Tahun 1 & 3 Hii Ing Yeu Kiu Joo Ping Guru Besar -
Sekolah

Tahun 2 Guan Siew Ling Wong Ching Ching Sii Leh Ping - Kelas Tahun 6

Tahun 4 Gwee Hui Kiang Bilik Komputer


Tiong Pau
Alina Tin Sin Guey Tiong Yong Lin
Wen
Tahun 5 Chua Sing Nie Kelas Tahun 1

2
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM KELAS PENYAYANG PETANG

Pengerusi : Loh Ming Wen ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : Wong Ching Ching ( PK 1 )
Setiausaha : Chua Sing Nie

Jawatankuasa Kerja
Semua Guru
8.0 PENGISIAN PROGAM

Melalui Kelas Penyayang Petang ini, murid-murid diberi latihan tambahan, bahan rujukan
tambahan dan format soalan-soalan terkini oleh guru yang bertanggungjawab. Bahan-bahan
ini akan disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing sebelum kelas tambahan
dijalankan. Topik-topik kritikal bagi setiap mata pelajaran akan diberi bimbingan dan tuisyen.

9.0 PENUTUP

Program ini merupakan satu usaha guru-guru SJK Sam Lam bersama-sama bagi membantu
semua murid yang tidak berkemampuan untuk mengikuti kelas tambahan luar kerana
sekolah terletak di luar Bandar. Melalui kelas tambahan yang diadakan di sekolah, murid-
murid akan siapkan semua kerja sekolah dengan bimbingan guru.

Dan juga berharap pelaksanaan program ini dan komitmen daripada semua warga SJK Sam
Lam, Sibu dapat meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………………
Chua Sing Nie Wong Ching Ching
Setiausaha Jawatankuasa Penolong Kanan Pentadbiran
SJK Sam Lam, Sibu SJK Sam Lam, Sibu

Disahkan oleh,

…………………………………
Loh Ming Wen
Guru Besar
SJK Sam Lam, Sibu
3