Anda di halaman 1dari 14

RUMUSAN (KPS3014)

TOPIK 1
Sosiologi adalah kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial
manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi adalah untuk
mengetahui struktur-struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama
yang dapat melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang ada untuk membentuk
kehidupan sosial mereka. Terdapat dua perspektif sosiologi iaitu makro dan mikro. Makro
merujuk kepada sosiologi bersifat besar, bercorak organisasi, dan kompleks seperti peperangan
dan pengangguran. Mikro pula merujuk kepada sosiologi bersifat kecil dan individu.
Terdapat tiga teori utama sosiologi antaranya Teori Fungsionalisme yang dipelopori
oleh Auguste Comte (1798-1857). Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-
kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat. Seterusnya, Teori Konflik yang
dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). Teori ini adalah untuk menganalisis konflik yang
terjadi dalam masyarakat dan menimbulkan pelbagai persoalan. Selain itu, Teori
Interaksionisme Simbolik yang Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini
mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-
masing dalam masyarakat
Pendidikan bermaksud merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan
lebih berguna dan lebih selamat lagi. Menurut John Dewey pendidikan ialah proses
perkembangan individu, Menurut ilmuan islam Syed Muhammad Qutb, pendidikan proses
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Kita boleh melihat pendidikan sebagai
satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil). Dari segi proses, pendidikan bererti bagaimana
seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan
pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya. Daripada
perspektif sosiologi iaitu ahli masyarakat diajar secara formal atau tidak formal untuk
menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan sebagainya dalam konteks sesuatu masyarakat
itu. Seterusnya, perspektif atrologi. Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli
sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak
yang sesuai dalam masyarakat itu. Selain itu, Perspektif ekonomi. Pendidikan sebagai satu
‘pelaburan’ yang dijangka akan membawa pulangan menguntungkan pada masa hadapan.
Seterusnya, perspektif sains dan politik iaitu bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan
membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang
hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
Kesimpulanya, sosiologi adalah sangat berkait rapat dengan manusia. Oleh itu, manusia
dan soiologi adalah perkara yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Fenomena-
fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam
perspektif sosiologi.
Rujukan:
Fathmalyn Abdullah; Sosiologi dan pembelajaran https://missugliest.blogspot.com/p/bab-1.html
01-04-2019
TOPIK 2
Interaksi dalam bilik darjah adalah tindakan yang berlaku antara satu sama lain yang
sekurang-kurangnya mempunyai dua pihak. Galakan daripada guru-guru untuk untuk
mendorong pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain
semasa proses P&P adalah sangat penting. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku dalam
bentuk lisan atau bukan lisan.
Shahabuddin (2007) menyatakan bahawa terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah
antaranya interaksi sehala. Interaksi sehala mengamalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada
kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain dan kaedah mengajar cara lama dan pasif. Seterusnya,
interaksi dua hala yang merupakan bila guru bertanya pelajar menjawab atau sebaliknya. Ini
akan menjadikan pelajar bosan kerana terlalu banyak fakta yang dimasukkan. Selain itu,
interaksi kumpulan iaitu berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek,
perbincangan, simulasi, dan lain-lain. Seterusnya, interaksi antara kumpulan iaitu berbincang
dalam kumpulan, mengadakan pembentangan dan kumpulan lain boleh bertanyakan soalan.
Komunikasi ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber
penerima maklumat. Terdapat beberapa bentuk komunikasi antaranya komunikasi lisan, tanpa
lisan, persuratan dan visual. Terdapat juga beberapa jenis-jenis komunikasi antaranya,
komunikasi intraperibadi, komunikasi antara peribadi, komunikasi kumpulan dan komunikasi
keorganisasian. Terdapat beberapa elemen komunikasi antaranya penghantar, mesej, enkod,
saluran, penerima, dekod, maklumbalas, dan gangguan dalam proses komunikasi.
Interaksi dan komunikasi berkesan memerlukan kemahiran untuk memastikan proses
interaksi serta komunikasi berjalan lancar dan berkesan. antara kemahiran yang ada ialah
kemahiran tingkah laku, kemahiran menimbulkan minat orang, kemahiran memberi perhatian,
kemahiran mendengar, kemahiran pemerhatian, kemahiran mengemukakan soalan dan
kemahiran memberi maklum balas serta kemahiran memberi refleksi perasaan.
Kesimpulanya, interaksi dan komunikasi adalah sangat penting dalam mempengaruhi
suasana pembelajaran di bilik darjah. Dengan adanya interaksi dan komunikasi yang baik dan
berkesan hubungan murid dan guru akan menjadi lebih erat dan guru dapat memotivasikan
murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran disamping itu juga guru dapat mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan
dengan mudah.

Rujukan
Megala Devi Naidu Arumogam; Membina komunikasi dalam bilik darjah
http://cikgumegala92.blogspot.com/ 03-04-2019
TOPIK 3
Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar adalah didefinisikan sebagai Proses
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
Kepentingan dalam kajian ini adalah menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan
kerja guru, menambahkan produktiviti, dan mendapatkan keredaan Allah. Pengurusan bilik
darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi
sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi
kendiri murid (Burden 2003).
Terdapat tiga strategi pengurusan pembelajaran antaranya berpusatkan guru, iaitu
guru perlu menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dan guru mengarah pemikiran dan
penglibatan pelajar. Contohnya, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru.
Seterusnya, berpusatkan bahan. Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang
diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya dan murid digalakkan untuk melibatkan secara
aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas serta
pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan
secara keseluruhan kelas.
Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus tujuh jenis
pengetahuan iaitu pelajar, pedagogi, kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran,
konteks pendidikan di malaysia, tujuan dan falsafah pendidikan di malaysia. Terdapat beberapa
ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir. Antaranya, Sekolah dan
sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya
manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Kumpulan sasaran manusia- kanak-kanak
dan remaja yang kompleks. Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan
berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
Pendidikan merupakan sistem. Menurut Aristotle (384 S.M. – 322 S.M). Pendidikan
ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi. Pendidikan juga
ialah proses. Menurut John Dewey (1993) Pendidikan sebagai proses membentuk
kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama
manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang
dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat. Pendidikan juga merupakan penambahan
ilmu. Menurut Stuart Mill (1983) Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk
menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat
pada bakat dan watak seseorang. Pendidikan juga ialah mendidik. Menurut Ducasse (1999)
Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar,
latihan dan indoktrinasi.
Kesimpulanya, saya dapat memahami mengenai proses merancang,mengelola untuk
mengawal ahli-ahli organisasi untuk mencapai matlamat. Bagi memastikan keberkesanan
pengurusan pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada strategi yang berpusatkan guru,
berpusatkan bahan dan berpusatkan pelajar. Berdasarkan bab ini juga, saya dapat memahami
mengenai pengurusan sekolah dimana sekolah merupakan satu sebuah institusi yang terdiri
daripada organisasi pengurusan dan pentadbiran. Hal ini dimana, berdasarkan bab ini saya
dapat memahami mengenai carta pentadbiran sesebuah sekolah dan juga organisasi
kokurikulum.
TOPIK 4
Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha
menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill 1950). Kepimpinan juga
satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap
sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain (Kellerman 1984). Manakala organisasi
adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah mencapai
matlamat yang sama, sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama
dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan
organisasinya serta himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri
mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Ciri organisasi adalah identiti, hierarki, pembahagian tugas, peraturan, dasar dan sistem.
Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah mengurus dan
mentadbir sistem pendidikan negara, dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan
pentadbiran negara serta sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan
berpusat. Struktur organisasi KPM adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada
lima peringkat iaitu eksekutif, pengurusan, penyeliaan, teknikal, pelaksana, struktur. Visi KPM
adalah Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi KPM ialah melestarikan
sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri
(Pendaftar) dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah. JPN bertanggungjawab terhadap
pelaksanaan program-program, projek-projek, aktiviti pendidikan dalam negeri masing-
masing, terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Manakala Di Sarawak dan Sabah, Pengarah
Pendidikan Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri. Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar,
membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum, mengenal pasti guru-guru yang perlu
menghadiri kursus, membantu lembaga peperiksaan dalam urusan peperiksaan, dan kemasukan
murid ke sekolah dan pertukaran murid.
Terdapat empat gaya kepimpinan dalam pembelajaran iaitu Autokratik iaitu orang
bahawan tidak diberikan peluang untuk memberikan cadangan. Seterusnya, demokratik adalah
dasar atau keputusan aktiviti adalah hasil daripada perbincangan. Selain itu, laissez-faire iaitu
ketua memberikan sepenuhnya keputusan kepada orang bahawan untuk membuat keputusan
dan kontingensi iaitu mengikut keperluan dan keadaan. Untuk menjadikan seorang guru
mempunyai kepimpinan guru maka kepimpinan bilik darjah dan kepimpinan pengajaran
diperlukan.
Konklusinya, Kepimpinan suatu kemahiran hidup yang perlu untuk menjayakan
sesuatu organisasi mengikut matlamat yang telah dirancangkan dengan mengambil kira faktor-
faktor yang berkaitan. Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah terletak kepada
keberkesanan kemahiran kepimpinan itu sendiri,
TOPIK 5 PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid ini melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan,
pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Hal ini demikian kerana,
pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan
mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti.
Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu
mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan
murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid. Terdapat beberapa
komponen pengrusan murid antaranya menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan
memotivasikan murid.
Menguruskan rekod murid adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru.
Ia merupakan maklumat data murid dalam bentuk rekod. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh seorang guru sebelum merekod data murid antaranya rekod murid perlu
dijaga dengan baik serta merekod dengan sistematik agar memudahkan guru untuk merancang
proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kaedah yang digunakan mestilah kaedah
yang berteknologi canggih agar memudahkan dan data tidak mudah hilang serta selamat.
Rekod murid yang perlu dilaksanakan adalah rekod kehadiran, rekod pencapaian, rekod
mengajar guru dan sebagainya.
Kesediaan murid belajar adalah keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya
untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.
Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat,
ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada
potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang
baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan
belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama. Gunakan
pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid.
Memotivasikan diri dan murid merupakan rangsangan yang membangkitkan minat diri
dan murid ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada
sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu
mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk.
Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan
melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk
daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan
kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.
Kesimpulanya, menguruskan rekod murid ada faedah tersendiri iaitu ibu bapa, pelajar
dan warga seluruh dunia dapat membaca maklumat tentang sekolah dari homepage sekolah
dan mengetahui pencapaian akademik anak dengan hanya melalui internet. Seterusnya, dengan
menggunakan stimulus untuk mengekalkan minat murid, murid akan berada dalam keadaan
bersedia ketika pembelajaran berlaku, Selain itu, motivasi juga adalah penting untuk menjadi
dorongan dan lebih bersemangat dengan sesuatu perkara.
RUJUKAN
Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.
TOPIK 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka
bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang
berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik
darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut
zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Proses
pengurusan bilik darjah melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan
komunikasi dan interaksi antara murid.
Antara isi penting yang saya pelajari dari tajuk ini ialah aktiviti pengajaran
berkumpulan. Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan,
pengelompokan murid dibuat berdasrkan peringkat kebolehan, pelbagai kebolehan dan minat.
Kebiasaannya terdapat tiga peringkat murid, iaitu cerdas, sederhana dan lemah.Antara prinsip
pengajaran berkumpulan ialah guru bersedia menghadapi pelbagai situasi dan perhatian guru
adalah sama rata kepada semua kumpulan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penglibatan
aktif pelajar, memupuk rasa bertanggungjawab serta murid yang cerdas dan pandai dapat
membantu pelajar yang lemah.
Seterusnya, penyediaan bahan pengajaran. Bahan pengajaran ialah apa sahaja yang
digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran. Terbahagi kepada dua iaitu
bahan hidup dan bahan bukan hidup. Bahan hidup ialah manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan. Manakala untuk bahan bukan hidup ialah elektronik (audio dan visual), bukan
elektronik (bahan cetak), bahan-bahan dimensi (semulajadi dan buatan manusia). Ia berfungsi
sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna dan
membantu murid memahami apa yang diajar.
Disamping itu, pengurusan sumber. Satu proses memilih, menyusun, mengguna dan
menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Segala
bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Pengurusan sumber bertujuan untuk mewujudkan suasana dan persekitaran
pendidikan yang hidup dan mencabar dan menimbulkan minat dan semangat untuk murid
belajar. Contohnya ialah, untuk buku terdapat rak buku terbuka.
Kesimpulanya, sebagai seorang insan bergelar guru, kita hendaklah mengetahui apakah
yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya kita dapat
membina organisasi di dalam kelas dengan baik. Guru juga harus bijak dalam memikirkan cara
mengatasi masalah disiplin yang pelbagai yang sering berlaku di dalam bilik darjah.
Seterusnya, penting untuk seseorang guru mengetahui latar belakang dan minat pelajar agar
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan berkesan.

RUJUKAN
Haliza Hamzah. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
TOPIK 7 PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan


sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu
matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber
adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan
menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat
sumber pula ialah tempat, perkhidmatan, koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen
rujukan para pelajar dan guru.
Fungsi pusat sumber adalah Pusat kegiatan belajar dan mengajar. Para pelajar dan guru
akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran kerana terdapat pelbagai koleksi
bahan untuk ko-kurikulum dan kurikulum. Seterusnya, untuk mengisi masa lapang. Para
pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber
tersebut kerana pusat sumber menyediakan kemudahan ict atau sebagainya untuk menggalakan
aktivit membaca dan kemahiran maklumat. Selain itu, pusat perkembangan idea dan kreativiti.
Hal ini kerana pusat sumber menyediakan panduan mencari, mengguna, menghasil dan
mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum.

Ciri-ciri pusat sumber yang diuruskan dengan baik adalah Mempelbagaikan kegiatan
murid, Sumber rujukan senang diperoleh, Menyeronokan murid dan sebagainya. Komponen
pengurusan sumber adalah pengurusan infrastruktur, sumber manusia, kewangan, sumber
pengajaran dan pembelajaran, dan pusat sumber. Kepentingan pengurusan sumber adalah dapat
merangsang minat pelajar, menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat
dengan mudah, menyediakan pengalaman sebenar, dan melibatkan pelajar belajar secara aktif.
Terdapat beberapa jenis sumber pembelajaran iaitu sumber asas yang merupakan buku
dan majalah. Seterusnya, sumber rujukan elektronik yang merupakan rujukan online. Selain
itu, sumber elektronik iaitu menggunakan tenknologi ICT dan sumber pengalaman yang
merupakan lawatan pusat sumber atau pertandingan. Cara untuk menggunakan sumber
pembelajaran yang ada haruslah sesuai dengan situasi pembelajaran murid, dan murid
mendapatkan maklumat daripada pihak sumber untuk mendapatkan maklumat yang diinginkan
dan untuk membimbing.

Kesimpulanya, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan


kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu
penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai.
Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan
pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran

RUJUKAN
Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan. Pearson Prentice
Hall.Abdul Aziz Yusof (2007).
TOPIK 8 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka
bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang
berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik
darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut
zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu.

Unsur fizikal dalam bilik darjah dahulu lima hingga enam pelajar duduk di bawah
sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.
Sekarang, padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah. Jenis-jenis bilik darjah
ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR Dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas
(KBSM), bilik darjah terbuka. Penyusunan bilik darjah selalunya kedudukan murid tidak boleh
diubah suai bagi mengelakkan kekeliruan semasa pembelajaran. Meja guru juga selalunya
berada di hadapan kelas untuk memudahkan pergerakan guru.
Seterusnya interaksi dalam bilik darjah, iaitu dikenali sebagai proses saling bertindak
yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada
ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Terdapat beberapa jenis
interaksi bercorak lisan yang selalu diamalkan di bilik darjah iaitu interaksi sehala atau
tradisional, interaksi dua hala iaitu antara guru dan murid dan sebaliknya, serta interaksi
pelbagai hala antara guru dan murid dan pelajar yang lain. Susunan bilik darjah, keadaan emosi
bilik darjah, sikap guru yang baik dan sebagainya mampu menjadi faktor belakunya interaksi
dalam bilik darjah.
Disamping itu, iklim bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif dapat melicinkan
proses PdPc dengan berkesan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal,
suasana sosial dan suasana emosi. Susunan fizikal bilik darjah melibatkan perancangan,
pengorganisasian, penggunaan kerusi, meja dan sebagainya. Manakala susunan susunan sosial
bilik darjah melibatkan guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri.
Susunan emosi bilik darjah pula ialah seperti suara, kelucuan, kemesraan dan sebagainya.
Kesimpulanya, tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah
adalah sangat berkait rapat dengan strategi pengurusan bilik darjah. Bukan sahaja bilik darjah
yang beperanan, namum guru juga sangat penting dalam memainkan peranan bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran
yang ingin disampaikan.

RUJUKAN

Mukodi, M. (2016). Bilik-Bilik Demokrasi dalam Pendidikan. SHAHIH : Journal Of Islamicate


Multidisciplinary, 1(2), 113. doi: 10.22515/shahih.v1i2.393.
TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Disiplin adalah Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di


sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Disiplin juga Kesanggupan seseorang murid
menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Menurut Foucault (1997) Suatu bentuk pengawasan
dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki.
Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti
tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah
persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid
akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka
mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah.
Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid
menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu, 2008).
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran
yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-
langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu
tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini,
menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang
positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negative guru perlu membuat pemantauan dan
penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.

Pengenaan denda pula adalah bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang
tidak diingini. Semua hukuman denda harus dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah
menentukan bahawa sesuatu hukuman betul-betul dilaksanakan. Behavioris berpendapat
bahawa tingkah laku yang baik itu diberi ganjaran dan juga pada masa yang sama diberi
hukuman terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Skinner pula berpandangan bahawa denda
itu hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Kesimpulanya, pengurusan tingkah laku ini adalah bermula daripada guru dengan
menunjukkan tingkah laku yang baik terlebih dahulu dan juga disiplin bukan penjara kehidupan
insan yang bergelar pelajar sebaliknya disiplin sebagai prasyarat untuk para pelajar mencipta
kegemilangan dalam kehidupan. Pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini
daripada terus merebak dan berleluasa. Kesedaran di kalangan masyarakat tentang
kepentingan masalah disiplin di kalangan pelajar perlulah dipertingkatkan.

RUJUKAN
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
TOPIK 10 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa
untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek
peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu
khasnya. Manakala kaunseling adalah proses untuk membantu perhubunganberdasarkan
prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika
kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik
dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan
sepanjang hayat klien.
Proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan yang diberikan kepada individu
yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya. Ia dikenali
sebagai ciri-ciri bimbingan.
Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada
diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap
lebih berautoriti kepada orang lain. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk
mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Ia dikenali sebagai ciri-ciri
penasihatan.
Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan
Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif,
bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee. Ia dikenali
sebagai ciri-ciri mentoring.
Kesimpulanya, fungsi seorang guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat
kepada para pelajarnya agar mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan
sebaiknya. Sesi kaunseling terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran mahupun kendiri. Pengurusan penasihatan murid ini
sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi hingga ke
akar umbi.

RUJUKAN

1) Sapora Sipon & Ruhaya Hussin, (2014), Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Universiti
Sains Islam Malaysia.
2) Zainab Ismail, (2016), Praktikum Bimbingan & Kaunseling. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
TOPIK 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Definisi budaya adalah ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan
manusia daripada persekitaran sosial (amir 2002). Definisi pelbagai budaya pula ialah Satu
sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan
kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai
perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka
dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Dari segi hakikat kejadian, manusia memang berbeza antara sau sama lain. Para
pendidik haruslah sedar tentang hakikat ini kerana telah termaktub dalam FPN. Namun terdapat
guru yang mengajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi
dan jangkaan masa yang diperlukan untuk belajar. Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik
pengajaran yang bebeza. Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru
namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan
guru yang minimum.
Kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah. Sekolah memikul tanggungjawab bagi
memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Cara
yang digunakan ialah pendidikan inklusif. Pendekatan pendidikan inklusif ini adalah satu
model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.
Tujuan dan strategi perbezaan. Tujuan perbezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan
pembelajaran. Dengan ini, pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza dapat
membuktikan apa yang mereka tahu, faham dan apa yang boleh mereka lakukan. Ini membuka
peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan releven dengan kebolehan
mereka.
Kesimpulanya, dengan adanya pengurusan pelbagai budaya ini, perpaduan kaum dapat
dicapai dan keharmonian serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. Apabila setiap
kaum bersatupadu, negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

RUJUKAN
Wan Hanum Suraya Wan Mohamed. (2015). Pengaruh budaya sekolah, strategi
pembelajaran dan efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 di Perak.
Tanjong Malim: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
TOPIK 12 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk
membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya,
pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang
dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara
fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas.
Murid pelbagai upaya terdiri daripada murid masalah disleksia dan sebagainya.
Disleksia adalah kategori masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. Orang yang
mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar
tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap proses pembelajarannya. Antara ciri-ciri disleksia
yang lain ialah pertuturan yang tidak berstuktur seperti lambat bercakap, gagap dan pelat.
Kanak-kanak yang menghidap disleksia juga tidak dapat mengingat arahan yang diberikan dan
tidak dapat bertindak mengikut arahan, seorang yang tidak teratur atau tidak terurus dan sukar
memahami konsep masa.
Attention Deficit Disorder (ADD) merangkumi hyperactivity iaitu keaktifan
melampau. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu gelisah dengan tangan dan kaki
atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas atau
dalam situasi yang diperlukan dan selalu lari atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai.
Sindrom down adalah didefinisikan sebagai ketidakupayaan yang disebabkan ginetik
dan tidak boleh diubati dengan ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Perkembangan
mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa. Oleh
itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu
mereka berdikari.
Kesimpulanya, Pemulihan ialah pengajaran yang memberi tumpuan secara terus
terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang
menghalangnya untuk berfungsi secara normal. Halangan tersebut merupakan masalah yang
merintangi fungsi normal adalah akibat gangguan dalam diri bukannya disebabkan kecacatan
atau kekurangan motivasi.
RUJUKAN
1) Akta Orang Kurang Upaya 2008. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur
2) Lebar, O. 2009. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
TOPIK 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk
belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Pada mulanya fungsi sekolah
itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis dan berhitung), tetapi kerana
kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi masa kini menyebabkan sekolah tidak hanya
mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata
pelajaran yang lain. Persekitaran pula membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat.
Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.
Persekitaran psikososial adalah amat penting untuk sekolah dan persekitaran.
Persekitaran psikososial dapat melahirkan suasana selesa, mesra, suasana yang dapat
merangsang pembelajaran, menggalakan pembelajaran koperatif, bebas daripada ancaman
bahaya dan dapat memberi peluang kepada semua murid untuk merasakan suasana selesa
dalam pembelajaran.
Seterusnya hubungan sekolah dan masyarakat, Sekolah merupakan satu sistem sosial
yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah
memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah
laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Sekolah sebagai sesebuah organisasi
yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan
pihak luar.
Selain itu, hubunga sekolah dan ibu bapa (PIBG). Hubungn pihak sekolah dengan ibu
bapa adalah sangat penting bagi mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru,
membantu dalam memajukan perkembangan murid, dapat menambahkan sumber kewangan
sekolah dan menjayakan aktiviti program serta program pendidikan.
Kesimpulanya, Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang
saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan
melahirkan masyarakat 1 Malaysia. Ibu bapa juga dapat membantu mencapai matlamat sekolah
malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada
aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).

RUJUKAN
Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)(www.
moe. gov. my).
TOPIK 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana
belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan
tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Kecekapan guru dalam
menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas
yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa persediaan yang harus guru lakukan sebelum melaksanakan sesi
pembelajaran. Antaranya, Dari segi mental, guru perlu memikirkan cara yang kreatif untuk
menarik minat pelajar dan perlu membuat persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran yang
akan diajar. Jika seseorang guru itu kreaitf maka hasil pembelajaran juga akan
memaksimumkan. Jika sebaliknya, sesi pembelajaran tidak mencapai optimum atau
maksimum seperti yang diinginkan oleh murid.
Seterusnya, Dari segi fizikal pula, guru perlu memastikan kelas sebelum mengajar
dalam keadaan teratur dan bersih. Hal ini kerana fizikal bilik darjah merupakan aspek yang
terpenting di dalam proses pembelajaran pelajar. Jika fizikal bilik darjah tidak memuaskan
seperti kotor, bersepah atau gelap maka akan menjadikan pelajar tidak selesa.
Selain itu, guru juga perlu membuat persediaan bahan yang hendak diguna ketika proses
pembelajaran berlangsung seperti menggunakan fassiliti dan peralatan yang disediakan dengan
sebaik yang mungkin. Semasa proses pembelajaran berlangsung pula, guru ditekankan untuk
menggunakan buku teks. Hal ini kerana, didalam buku teks terdapat gambar rajah yang jelas
dan penerangan yang lengkap tentang sesuatu pengajaran.
Kesimpulanya, guru haruslah bersedia sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana untuk memastikan pelajar dapat menimba ilmu dengan
lebih berkesan. Selain itu, seseorang guru juga harus bijak dalam mengenal pasti masalah dan
cuba untuk mengatasi masalah itu semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam
kelas mahupun di luar.

RUJUKAN
Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti
pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd