Anda di halaman 1dari 1

Nor Syazana Bt Jamaluddin (A159247)

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan
juga agama. Maka dengan itu, dalam pengamalan perundangan dan pentadbiran agama Islam
di Malaysia, tidak dapat dinafikan negara kita ini tidak dapat lari daripada kekeliruan
masyarakat Islam serta bukan Islam mengenai perundangan Islam.

Antara contoh kekeliruan yang jelas dapat dilihat di Malaysia pada masa kini adalah
kekeliruan mengenai hukuman hudud. Masyarakat bukan Islam tatkala mengetahui akan
sistem hudud ini berasa terganggu kerana pada mereka ia merupakan satu bentuk hukuman
yang kejam yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap seseorang individu. Namun begitu,
tidak wajar kita sebagai masyarakat Islam meletakkan kesalahan kepada mereka kerana
sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan yang selebihnya
mengenai hukuman hudu tersebut.

Jadi, langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan pusat mahupun kerajaan
negeri untuk menangani kekeliruan ini adalah dengan menyediakan satu garis panduan yang
menerangkan hukuman hudud ini secara meluas, meskipun ia tidak diamalkan lagi di
Malaysia. Selain itu, kerajaan juga boleh menjalankan forum perbincangan untuk mengupas
isu ini supaya dapat memberi penjelasan yang tepat kepada masyarakat bukan Islam. Akhir
sekali, kerajaan juga boleh melaksanakan kempen bagi memupuk kesedaran bahawa
hukuman hudud ini sekiranya diaplikasikan di Malaysia, hanya terpakai untuk masyarakat
Islam sahaja.

Anda mungkin juga menyukai