Anda di halaman 1dari 4

Page 1

Derma darah

berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya diambil dan digunakan
untuk pemindahan dan / atau dijadikan ubat biofarmaseutikal.

Kepentingan menderma darah

Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya:

· Mangsa kemalangan

· Pesakit yang menjalani pembedahan

· Bayi yang baru lahir yang menghidap penyakit kuning (jaundis)

· Ibu yang mengalami tumpahan darah

· Pesakit Thalassemia dan Hemofilia

Page2
Faedah menderma darah

· Mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi dalam
badan penderma

· dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser

· Dapat mengurangkan kalori di dalam badan

· dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan dan menjadi penderma lebih
produktif dalam melakukan kerja.

Page3

Kriteria menderma darah

Seseorang itu layak menderma darah sekiranya

1. Berumur 18 tahun ke atas

2. berat badan melebihi 45kg

3. tubuh badan yang sihat

· sihat pada hari menderma

· tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah


· tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas

· tidak menerima imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas.

· tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas

· tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun

· tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidap Hepatitis B atau C.

Page4

Larangan menderma darah

Seseorang itu dilarang menderma darah sekiranya:

· menggunakan dadah secara suntikan

· mengamalkan homoseksual/biseksual/bertukar-tukar pasangan seks

· mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri

· pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas.

· merupakan pembawa virus Hepatitis B dan C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Page5

Anda mungkin juga menyukai