Anda di halaman 1dari 1

Bahan Inovasi LETTER TRAIN

Bahan inovasi ini dicipta oleh Tay Ci Xian, dan bahan inovasi ini telah mendapat anugerah emas dalam
Pertandingan Inovasi IPGK Perlis 2013.

Letter Train ini merupakan kereta api abjab. Objektif mencipta bahan inovasi ini adalah untuk
membantu para pelajar mengenal abjad dan sekali gus dapat membaca. Para pelajar dapat sambil belajar
sambil bermain. Belajar sambil bermain adalah satu langkah untuk memahami sesuatu pengajaran.

Bagaimanakah anda berasa anda dapat anugerah emas?

Letter Train ini dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid. Di samping itu, Letter Train ini
akan merangsangkan para pelajar untuk belajar. Letter train ini juga boleh menyediakan dasar yang kukuh
untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak
diperlukan daripada pelajar.

Dalam pasaran kini, kebanyakan kad abjad atau buku “pop-out” yang mengajar abjad namun
semuanya tidak dapat dikatakan sebagai suatu alat mainan. Namun, seseorang kanak-kanak dilahirkan
untuk main, oleh itu Letter Train ini boleh dijadikan alat mainan pelajar dan juga bahan bantu mengajar yang
merangsangkan minat pelajar. Dengan ini, pelajar dapat sambil main dan sambil belajar. Secara tidak
langsung, penggunaan Letter Train ini juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran
dan pembelajaran mengikut kreativiti guru dan tahap penguasaan pelajar.

Pada waktu yang sama, saya telah berusaha mereka bentuk Letter Train ini supaya ia lebih menarik
dan menarik minat murid. Saya telah mengubahsuai beberapa kali supaya ia dapat bergerak dengan lebih
lancar. Selain itu, disebabkan bahan yang digunakan adalah mesra alam, oleh itu, kerja mempercantik amat
susah dijalankan supaya lebih menarik dan dapat berfungsi dengan baik. Di samping itu, saya juga sentiasa
berbincang dengan guru pensyarah saya supaya mendapat idea yang lebih kreatif untuk mempertingkatkan
kualiti bahan inovasi saya ini.

Tambahan pula, saya telah membuat banyak kajian dan memahami teori-teori pembelajaran. Dengan
ini, saya dapat menerapkan konsep teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan inovasi ini semasa
pembentangan saya. Sebelum pertandingan, saya telah mempamerkan kepada rakan-rakan dan cuba
sedaya upaya untuk menjawab soalan mereka. Implikasinya, saya dapat menjawab soalan dengan lebih
beryakin apabila ditanya oleh pengadil.

Senaraikan apa yang dibuat untuk pameran.

1. Bahan inovasi : Letter Train


2. Senarai kos untuk membuat bahan inovasi
3. Pernyataan Masalah
4. Video: Cara murid sambil belajar sambil bermain
5. Perbandingan tahap pemahaman murid sebelum dan selepas belajar menggunakan Letter Train
6. Slaid : Abstrak, Pengenalan, Teori-teori Pembelajaran, Bibliografi

Anda mungkin juga menyukai