Anda di halaman 1dari 1

Gejala sosial di kalangan remaja pada hari ini

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas
bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umu
mnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu da
n tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam
mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja,
menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap p
erkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama den
gan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat s
ehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anakâ tidak lagi terpakai. Sebal
iknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anakâ . Kemahiran mendengar
dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk an
ak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebi
h berkesan.
Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan sek
sual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual
. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu b
apa dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada ala
m kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. J
ika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan m
asalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak
difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford)
merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.
Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi
rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa
berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah a
kan diingati sebagai `pemerintahâ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik buka
n sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan g
urunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses
pembelajaran.
Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan
liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti
minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Perseki
taran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu
sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding
semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru h
ares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran
tanpa kawalan?
Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang k
eruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang
berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk ditelada
ni. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liput
an mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Ol
eh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul
masalah sosioekonomi yang lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai