Anda di halaman 1dari 3

Rawatan untuk mengawal diabetes atau kencing manis lazimnya diberikan secara suntikan atau oral.

Insulin diberikan secara suntikan kepada pesakit diabetes jenis 1 dan sesetengah diabetes jenis 2.

Terdapat pelbagai sediaan insulin dalam pasaran. Doktor akan mempreskripsikan jenis insulin dan dos
yang bersesuaian dengan paras gula di dalam darah pesakit.

Terdapat dua jenis pen insulin iaitu:

NovoPen.

Humapen (hiu-ma-pen).

Berikut adalah teknik pemasangan katrij insulin untuk pen insulin.

Jika anda menerima NovoPen, langkah pemasangannya adalah seperti berikut:

Pemasangan Katrij Insulin.

Putar dan tanggalkan penutup pen insulin.

Buka pemegang penfill.

Pusingkan kembali rod omboh ke arah pusingan jam sehingga ianya masuk sepenuhnya.

Periksa insulin dan pastikan insulin yang betul dan tarikh luputnya masih sah.

Golekkan penfill dengan kedua tapak tangan.

Masukkan penfill ke dalam pemegang penfill. Pastikan bahagian penutup berkod warna dimasukkan
dahulu.

Putarkan bahagian pemegang penfill sehingga ketat.

Pemasangan Pen dan pemilihan dos.

Tanggalkan jalur pelindung pada jarum dan pasangkan jarum pada penfill berkod warna.
Tanggalkan penutup luar dan penutup dalam jarum. Simpan penutup luar untuk memindahkan jarum
selepas suntikan.

Sebelum menyuntik , putarkan pemilih dos kepada 2 unit. Pegang pen insulin dengan jarumnya
menghala ke atas. Jentik pemegang penfill beberapa kali dengan perlahan dan tekan butang suntikan
sepenuhnya dengan ibu jari. Setitik insulin sepatutnya keluar di hujung jarum, jika tidak, ulangi langkah
yang sama sehingga setitik insulin keluar.

Pastikan pemilih dos menunjukkan angka 0.Putarkan pemilih dos sehingga ia menunjukkan unit insulin
yang ingin disuntik.

Setelah menyuntik insulin pastikan jarum ditanggalkan daripada pen dan buang jarum di tempat yang
selamat. Pasang semula penutup pen.

Pen dan insulin yang telah digunakan hanya perlu disimpan pada suhu bilik.

Sekiranya anda menggunakan HumaPen, langkah pemasangannya adalah seperti berikut:

Pemasangan kartrij insulin.

Buka penutup pen.

Longgarkan pemegang katrij.

Pasangkan skru ke dalam pen. Skru mungkin tidak tertanggal apabila anda melonggarkan pemegang
kartrij.

Periksa insulin dan pastikan insulin yang betul dan tarikh luputnya masih sah.

Golek penfill insulin secara perlahan dengan kedua tapak tangan.

Masukkan penfill insulin ke dalam pemegang katrij.

Putarkan bahagian pemegang penfill sehingga ketat.

Pemasangan pen dan pemilihan dos.

Tanggalkan jalur pelindung pada jarum. Pasangkan jarum dalam keadaan lurus pada pemegang kartrij.

Tanggalkan penutup luar dan penutup dalam. Simpan penutup luar untuk memindahkan jarum selepas
suntikan.

Putarkan kepada 2 unit dan jentik kartrij supaya udara yang terperangkap berkumpul di atas hujung
kartrij.

Tekan butang suntikan dan perhatikan sama ada terdapat aliran insulin keluar dari jarum.
Putarkan pemilih dos mengikut dos yang diperlukan. Contoh: sekiranya dos anda 10 unit, putar hingga
10 unit seperti ini.

Secara am, dos insulin adalah 1 unit per kg sehari, tetapi dos mungkin akan berubah mengikut
pemantauan paras glukos dan tahap akil baligh bagi seseorang kanak-kanak/remaja.

Setelah menyuntik insulin pastikan jarum ditanggalkan dari pen dan buang jarum ke dalam bekas khas.
Pasang semula penutup pen.

Pen dan insulin yang telah digunakan hanya perlu disimpan pada suhu bilik.

Seterusnya merupakan langkah untuk menyuntik insulin:

Insulin boleh disuntik di bahagian badan berikut:

Abdomen.

Lengan.

Peha.

Punggung.

Bahagian suntikan perlu dijarakkan sejauh 2cm dari bahagian suntikan sebelumnya.

Cubit dengan lembut bahagian yang ingin disuntik dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Kemudian suntik dengan kedudukan jarum menegak dalam posisi 90°. Letakkan ibu jari anda pada
pelaras picagari atau pemilih dos seterusnya tolak dengan perlahan sehingga pelaras picagari atau
pemilih dos berhenti bergerak.

Selepas suntikan, tunggu 6-10 saat sebelum menarik keluar jarum suntikan.

Pastikan selepas setiap suntikan, angka pada pemilih dos menunjukkan ‘0’. Ini dapat memastikan dos
telah disuntik sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai