Anda di halaman 1dari 5

SK KAMPONG BARU,

JLN ABG SULAIHI,


96800 KAPIT,
SARAWAK

KERTAS KERJA LAWATAN


MURID ASRAMA SK KAMPONG BARU, KAPIT
2019

Tarikh:
10,11,12,13 Oktober(Khamis,Jumaat,Sabtu,Ahad)

Tempat:
Kuching, Sarawak

Anjuran:
Badan Pengurusan Asrama
SK Kampong Baru, Kapit

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUCHING, SARAWAK

SK KAMPONG BARU, KAPIT

TAHUN 2019
1. PENGENALAN
Pengurusan Asrama SK Kampong Baru, Kapit sedang berusaha untuk melahirkan
generasi murid yang berilmu, beriman dan beramal. Melalui pemupukan budaya ilmu secara
pemerhatian dan pengalaman yang realiti merupakan salah satu metodologi yang berkesan.
Justeru itu, Pengurusan Asrama berusaha sedaya upaya menganjurkan lawatan sambil belajar
ke Kuching, Sarawak yang sekaligus akan memberikan pengalaman baru kepada para murid.

2. RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh pelajar
asrama penuh sepanjang mereka berada di sekolah.
2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan di asrama penuh
dengan lebih dekat lagi.
2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi
negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada
masalah sosial.

3. OBJEKTIF
3.1 Menaikkan semangat patriotik murid dengan mengetahui asal usul Negara
Malaysia
3.2 Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan tentang sosiologi masyarakat
3.3 Menyuntik semangat dan keazaman dalam diri murid
3.4 Memberi pengalaman dan pendedahan kepada murid tentang dunia luar
3.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara murid dan pengurusan asrama

4. SASARAN
Murid Asrama Sk Kampong Baru, Kapit.

5. BILANGAN PESERTA / GURU


Seramai 25 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga.
Seramai 10 orang guru dan PPM Asrama SK Kampong Baru, Kapit akan mengawasi
murid sepanjang program ini berjalan.
6. CADANGAN PROGRAM
Tarikh : 10, 11, 12 dan 13 Oktober 2019
Tempat Lawatan : Sekitar kawasan Kuching, Sarawak

7. AJK INDUK
Pengerusi : Pn Seniah Bt Othman
( Guru Besar SK Kampong Baru, Kapit )
Naib Pengerusi : Pn Johani Binti Annuar
( GPK HEM )
Setiausaha : En Mohd Farid Bin Mohd Sa’Aalghani
Bendahari : Pn. Nornazatul Husna Binti Abdullah
Ajk : Pn. Anita Ak Bayu
Pn. Helena Payong Ak Dabang
En. Julis Ata

8. AJK KERJA

Ketua Rombongan : En Aizar Bin Ambi


Fotografi : En. Mohammad Faizzulhelmi Bin Abd Latiff
Pengangkutan : En. Allen Yong Bee Khai
Keselamatan : Pn. Norazimah Binti Ahmad
Penginapan : Cik Siti Rajibah Al-Amiry Binti Amir

9. TENTATIF PROGRAM

Khamis ( 10/10/2019 )
7.30 pagi : Bertolak dari kapit ke Sibu menggunakan bot ekspress
11.00 pagi : Bertolak dari Sibu ke Kuching mengguankan bas ekspress
6.00 petang : Tiba di Homestay di Moyan

Jumaat ( 11/10/2019 )
8.00 pagi : Lawatan ke Kampung Budaya
1.00 petang : Lawatan ke MRSM Kuching
3.00 petang : Lawatan ke Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA)
5.00 petang : Berangkat pulang ke homestay

Sabtu ( 12/10/2019 )
8.00 pagi : Lawatan ke Muzium Kucing
2.00 petang : Lawatan ke Matang Wild Life
4.00 petang : Lawatan ke Petro Sains
6.00 petang : Berangkat pulang ke homestay

Ahad (13/10/2019 )
6.00 pagi : Bertolak dari Kuching ke Sibu menggunakan bas ekspress
2.30 petang : Bertolak dari Sibu ke Kapit menggunakan bot ekspress

10. PERBELANJAAN

Perkara Anggaran perbelanjaan


Sewa Bas ( Sibu – Kuching – Sibu ) RM 5000
Tambang bot ekspress ( Kapit – Sibu –Kapit ) RM 1750
Penginapan ( Homestay di Moyan ) RM 1800
Makanan RM 2380
Wang saku murid RM 500
Bayaran masuk ke Kampung Budaya RM 275
Bayaran masuk ke Matang Wilf Life RM 175
Baju untuk lawatan RM 975
JUMLAH RM 12855

11. PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid asrama Sekolah Kebangsaan Kampong Baru, Kapit. Melalui program ini
juga murid diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-
sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan
hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ………………………………
(MOHD FARID BIN MOHD SA’AALGHANI) (SENIAH BINTI OTHMAN)
Setiausaha Lawatan Guru Besar,
SK Kampong Baru, SK Kampong Baru,
96800 Kapit, 96800 Kapit,
Sarawak Sarawak

Anda mungkin juga menyukai