Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA

JALAN MERAK, BANDAR PUCHONG JAYA

UJIAN FORMATIF 2016


SAINS KERTAS 1
TAHUN 4
MASA : 60 MINIT
40
_________________________________________________________________

NAMA : ________________________________

TAHUN :4 ____________

JAWAB SEMUA SOALAN

1. Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kemahiran proses sains memerhati ?

A. mendengar dan membezakan bunyi kuat dan bunyi perlahan.

B. menjangkakan cuaca pada waktu petang

C. menyatakan apa yang dilakukan dan diperhatikan

D. merangka aktiviti untuk menjalankan penyiasatan

2. Antara berikut yang manakah perlu diamalkan di dalam bilik sains ?

A Membawa peralatan bilik sains keluar tanpa kebenaran.

B Bergurau dan bermain di dalam bilik sains.

C Makan dan minum dalam bilik sains.

D Menyusun kerusi dan peralatan bilik sains dengan teratur


Kucing, arnab dan kura-kura
3.
berkaki empat sementara ikan
tidak berkaki

Merujuk pernyataan di atas, apakah kemahiran saintifik yang digunakan?


A Meramal
B Membuat hipotesis
C Mengelas
D Mengeksperimen

4.

Berdasarkan rajah di atas, apakah kemahiran manipulatif yang diterapkan?


A Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
B Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat
C Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul
D Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

5. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam seminit. Di antara
aktiviti berikut, yang manakah menyebabkan kadar pernafasan menjadi lebih tinggi?
A Menonton Televisyen
B Menulis
C Membaca
D Berlari
x

6. Apakah gas x ?
A Karbon dioksida C Angin
B Oksigen D Asap

7. Antara yang berikut , yang manakah menunjukkan aliran udara ketika manusia menghembuskan
nafas?

A Trakea  hidung  peparu

B Peparu  trakea  hidung

C Hidung  trakea  peparu

D Hidung  peparu  trakea

8. Apakah yang berlaku pada pergerakan dada semasa menarik nafas?

A Dada naik dan mengembang


B Dada turun dan mengempis
C Peparu dipenuhi oksigen
D Peparu dipenuhi wap air
9. Apakah proses yang melibatkan organ diatas ?

A. pernafasan C perkumuhan

B pembuangan D penyahtinjaan

10. Antara berikut yang manakah merupakan organ perkumuhan manusia?

I kulit III ginjal

II peparu IV usus

A I , II dan III C II , III dan IV

B I , II dan IV D I , II , III dan IV

11. Berdasarkan pemerhatian anda, berikan inferens atas tindakan lelaki tersebut.

A bersenam C minum minuman beralkohol

B mengambil ubat D merokok


12. Apakah radas atau peralatan sains yang digunakan untuk menyukat air?
A Penimbang C Silinder penyukat
B Termometer D Pembaris

13. Pilih pasangan deria yang sesuai bagi pemerhatian berikut:

Pemerhatian Deria
A Susu yang dibiarkan di atas meja selama 2 hari berasa masam. Rasa
B Pembakaran terbuka mengeluarkan bau busuk ke persekitaran. Sentuhan
C Air di dalam cawan A lebih manis berbanding dalam cawan B. Penglihatan
D Bunyi nyaring terhasil apabila sudu besi diketuk pada pagar. Bau

14. Pilih tabiat buruk yang memberi kesan secara langsung kepada paru-paru dan mengakibatkan
proses pernafasan terganggu.

A Membuang masa
B Merokok
C Berkaki ayam semasa berjoging
D Menghadap peranti elektronik seperti “ tablet” 3 jam tanpa henti

15. Di antaran berikut, yang manakah perkara yang dilarang di bilik sains?
A Pastikan kerusi disusun dengan teratur
B Murid hanya dibenarkan masuk ke bilik sains dengan kebenaran guru
C Sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah
D Makan dan minum di dalam bilik sains

16. Graf menunjukkan cara murid 4 Seroja datang ke sekolah.


Cara manakah yang paling banyak digunakan oleh murid?

A Berbasikal C Menaiki kereta


B Berjalan kaki D Menaiki van sekolah

17. Sekiranya hasil perkumuhan dan penyahtinjaan iaitu bahan yang tidak berguna kepada
badan manusia tidak disingkirkan, bahan ini akan terkumpul di dalam badan dan …

A perlu dipam keluar.


B menjadi toksik atau beracun.
C meleleh keluar melalui mana-mana rongga.
D bertukar menjadi gas karbon dioksida yang akan dihembus keluar

18. Pilih kombinasi rajah, nama organ serta hasil perkumuhan yang betul.

Rajah Nama Organ Hasil Perkumuhan

A Peparu Karbon dioksida, wap air dan haba

B Usus Tinja

C Ginjal Urin

D Kulit Peluh
19.

Berdasarkan rajah di atas, apakah organ deria bagi gerak balas tersebut?

A kulit C hidung
B mata D telinga

20. Antara yang berikut, manakah yang betul menerangkan tentang pewarisan?

A Persamaan kepanjangan rambut yang boleh diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa
B Persamaan keadaan rambut, rupa paras dan warna kulit yang diwarisi daripada
kedua-dua ibu bapa
C Persamaan warna pakaian yang dibeli daripada harta yang diwariskan daripada
kedua-dua ibu bapa
D Persamaan nama adik-beradik yang diwariskan daripada keturunan kedua-dua ibu
bapa.

21. Antara tabiat buruk berikut, yang manakah melambatkan gerak balas manusia terhadap
rangsangan?

I Merokok
II Menghidu gam
III Penyalahgunaan dadah
IV Minum minuman beralkohol

A I, II dan III B I, III dan IV


C II, III dan IV D I, II, III dan IV
X

22.

Rajah di atas menunjukkan suatu organ dalam badan manusia.


Apakah yang akan berlaku jika seorang murid tercekik makananan di bahagian X ?

A. Murid itu akan berpeluh


B. Murid itu sukar bernafas
C. Murid itu akan berdengkur
D. Murid itu sakit kerongkong

23. Penyakit manakah yang mungkin dihidapi jika bahan kumuh daripada ginjal tidak
disingkirkan ?

A. Sakit perut C. Sembelit


B. Batu karang D. Asma

24. Apakah proses yang melibatkan penyingkiran sisa-sisa makanan yang tidak tercerna
daripada badan ?

A. Pernafasan C. Penyingkiran
B. Perkumuhan D. Penyahtinjaan
25.
Nanni sedang berehat sambil membaca buku
tiba-tiba seekor katak melompat ke arahnya.

Apakah gerak balas Nanni terhadap rangsangan diatas ?

A. Memegang katak itu


B. Terkejut dan menjerit
C. Tersenyum melihat katak itu
D. Membaca buku tanpa menghiraukan katak tersebut.

26. Antara berikut, yang manakah amalan hidup sihat?

I Rehat yang mencukupi


II Bersenam
III Makan makanan yang seimbang
IV Elakkan tabiat merokok

A. I dan II C. III dan IV


B. II dan III D. I, II, III dan IV

27. .
Zarul menarik tangannya dengan pantas apabila
tersentuh cerek panas.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah inferens (sebab) yang paling sesuai?

A. Manusia dapat berfikir dengan pantas


B. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan
C. Manusia menjalani proses hidup
D. Manusia berkemampuan mempertahankan diri
28.
X Y

Apakah organ deria yang terlibat dalam kedua-dua situasi di atas ?

X Y
A. mata kulit
B. telinga hidung
C. telinga kulit
D. kulit telinga

29. Rajah di bawah menunjukkan carta palang bagi keputusan larian empat orang murid, P,
Q, R dan S.
Masa untuk berlari sejauh 100m (s)

Murid
P Q R S

Pernyataan yang manakah benar berdasarkan carta palang di atas ?

A. S paling laju
B. P lebih laju daripada Q
C. R lebih perlahan daripada Q
D. Q lebih laju daripada P tetapi lebih perlahan daripada R
30. Rajah di atas menunjukkan keluarga Encik Ibrahim sedang berjoging.
Apakah bahagian organ yang aktif menghasilkan bahan kumuh dalam aktiviti tersebut ?

K – Usus besar

L – Ginjal

M – Peparu

N - Kulit

A. K dan L C. L dan M

B. K dan M D. M dan N

31. Maklumat berikut adalah aktiviti yang berlaku di dalam bilik Sains.

J – Makan aiskrim bersama rakan-rakan

K – Membuang sampah ke dalam bakul sampah

L – Menyusun kerusi dengan teratur

M – Bermain di dalam bilik Sains

Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan murid tersebut mematuhi peraturan bilik
sains ?

A. J dan K C. K dan M

B. K dan L D. L dan M
32. Maklumat yang berikut adalah hasil catatan yang direkodkan oleh Alina.

Saya tidak tahu bekas tersebut berisi air panas.


Apabila saya diberi bekas tersebut, secara
spontan saya melepaskannya dari tangan saya.

Apakah kesimpulan terbaik berdasarkan catatan ini ?

A. Manusia memerlukan air untuk terus hidup

B. Manusia boleh bertindak balas secara spontan

C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan

D. Manusia merupakan makhluk yang istimewa

33. Pernyataan yang manakah betul mengenai X dan Y ?

X Y

Air kencing Najis

A. X dan Y ialah hasil penyahtinjaan

B. X dan Y merupakan hasil perkumuhan

C. X dan Y akan menjadi toksin jika tidak disingkirkan daripada badan

D. X dan Y disingkirkan sekali dalam sehari

34. Ciri yang manakah tidak dapat diwarisi ?

A. Keadaan rambut C. Panjang rambut

B. Warna mata D. Warna kulit


35. Bagaimanakah kita dapat mengamalkan budaya hidup sihat ?

A. Tidur lewat malam

B. Merokok hanya sebatang rokok sehari

C. Banyak makan makanan berserat tinggi

D. Kurangkan pengambilan sayur-sayuran

36. Antara yang berikut, yang manakah bukan gerak balas manusia terhadap rangsangan ?

A. Menangis apabila terjatuh dari katil

B. Menangis semasa menghiris bawang besar

C. Menutup mata apabila nampak cahaya terang

D. Menutup telinga apabila mendengar guruh

37. Azizi sudah tiga hari tidak membuang air besar. Makanan yang manakah yang paling
sesuai untuk membantunya mengatasi masalah ini ?

A. Nasi dan ikan goreng

B. Kek dan ais krim

C. Durian dan ayam goreng

D. Pisang dan sayur bayam

38. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai proses penyahtinjaan ?

A. Sisa makanan disingkirkan

B. Bahan toksin disingkirkan

C. Air berlebihan disingkirkan

D. Serat pada sayur-sayuran disingkirkan.


39.

Mengapakah tanda di atas diletakkan di tempat-tempat awam seperti hospital, restoran


dan hotel ?

A. Menyebabkan pakaian menjadi busuk

B. Menyebabkan kebakaran

C. Memudaratkan kesihatan perokok

D. Memudaratkan kesihatan perokok dan orang awam

40. Ramalkan apakah kesan merokok ?

A. Kencing berdarah C. Batu karang

B. Kerosakan hati D. Gila

Disediakan oleh, Disemak oleh , Disahkan oleh ,

_________________________ ______________________ ___________________

SYEREENA BT ABDULLAH NORHABSAH BT HAMID

Guru Sains thn 4 Ketua Panitia Sains


………………….

Anda mungkin juga menyukai