Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON

SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA

KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2018/2019

1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

1.1 Etika Pakaian Lelaki

1.1.1 Berpakaian formal, sesuai dan kemas, bertali leher, berseluar panjang
dengan berbaju kemeja (tuck in);

1.1.2 Memakai kasut dan berstokin;

1.1.3 Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;

1.1.4 Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki

1.1.5 Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;

1.1.6 Fesyen rambut tidak keterlaluan;

1.1.7 Rambut tidak boleh diwarnakan.

1 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK


1.2 Etika Pakaian Perempuan

1.2.1 Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;

1.2.2 Baju mesti berlengan panjang melepasi paras siku dan tidak ketat serta
tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;

1.2.3 Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;

1.2.4 Sandal/selipar tidak dibenarkan

1.2.5 Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan

1.2.6 Rambut tidak boleh diwarnakan;

1.2.7 Fesyen rambut tidak keterlaluan.

1.3 Jika calon tidak mematuhi etika pakaian semasa menghadiri temuduga seperti
yang dinyatakan di atas, calon adalah dihalang daripada memasuki temuduga.

2. Membawa Kad Pengenalan/MyKad

Calon diminta membawa kad pengenalan / MyKad ATAU dokumen pengenalan diri yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

2 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK


3. Dokumen Asal

Calon dikehendaki membawa bersama dokumen asal seperti berikut :-

Bil. Perkara

1. Kad Pengenalan/ MyKad Calon


2. Sijil SPM/ Setaraf
3. Sijil Kelahiran Calon
4. Sijil Berhenti Sekolah/ Surat Akuan
5. Sijil STPM/ Setaraf/ STAM/ Matrikulasi/
Diploma
6. Sijil MUET
7. Transkrip penuh akademik – Diploma
8. Akuan Majikan (Jika berkaitan)

4. Membawa Surat Menghadiri Temuduga

4.1 Calon diminta membawa surat menghadiri temuduga;

4.2 Surat menghadiri temu duga boleh dicetak melalui laman web Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (http://www.uthm.edu.my)

4.3 Kegagalan membawa surat temuduga boleh menyebabkan calon dihalang


daripada ditemuduga.

5. Kos Menghadiri Temuduga

Semua perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri.

3 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK

Anda mungkin juga menyukai