Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH MENGHASILKAN IDEA

INOVASI?
November 27, 2018
LANGKAH MENGHASILKAN IDEA INOVASI?

Pertama:
Kenalpasti sesuatu masalah yang kalian nak selesaikan.
Contohnya: murid tu ada masalah untuk menghafal sifir. Atau ada murid
yang keliru untuk kuasai rumus-rumus tatabahasa. Jadi, bagaimana kita
nak cari jalan penyelesaiannya?
Kita juga perlu kenalpasti masalah ini pada tahap mana? Sama ada tahap
asas? Sederhana? Tinggi? Supaya bahan yang kita hasilkan itu nanti
bersesuaian.Jangan lupa untuk tetapkan sasaran yang ada mahukan untuk
menggunakan inovasi anda nanti.

Kedua:
Selepas dah tahu masalah yang kita nak selesaikan tu, barulah kita nyatakan
objektif atau matlamat yang kita harapkan dari inovasi yang bakal kita
hasilkan.
Contohnya, objektif utama untuk penghasilan inovasi …?.... adalah untuk
menyelesaikan kekeliruan…, meningkatkan daya ingatan…, memudahkan
pemahaman… dan lain-lain. Apapun, kita perlukan keyakinan terhadap
objektif yang kita gariskan supaya bahan inovasi yang dihasilkan nanti
dapatlah memenuhi objektif yang kita mahukan.

Ketiga:
Haaa… peringkat ini paling penting! Kalian perlu banyak membaca,
mengkaji, memahami, menganalisis setiap maklumat yang berkaitan tentang
masalah dan cara nak selesaikan masalah itu. Kalian boleh baca jurnal atau
mana-mana kajian yang telah orang ramai jalankan. Tekan sahaja masalah
yang kalian nak cari tu di Mr.Google, semua ada. Ambillah pandangan
daripada kata-kata tokoh yang berkaliber dalam bidang tersebut. Daripada
situlah kita dapat cari idea untuk olah idea asal dan cuba gabungjalin dengan
teori mana-mana kemudian tambah baik dengan idea sendiri. Ingat! Apabila
kita mengambil sesuatu idea daripada idea asal seseorang…. Maka perlulah
untuk kita labelkan nama pemilik asalnya.
Baiklah, setelah kita faham sesuatu isu dan bagaimana nak selesaikan, kita
bolehlah berbincang dengan rakan sepasukan. Berbincang ini penting
supaya idea masing-masing dapat diluahkan dan ditolak sekiranya tidak
sesuai. Dalam inovasi ini, kita perlukan idea daripada rakan sepasukan.
Sebab? Kalau idea kita seorang, alamatnya syok sendiri la jadinya. Takut
nanti ada sahaja kepincangan dan tak sesuai. Setelah berbincang barulah
kalian tetapkan bentuk inovasi yang kalian hendak jalankan. Sama ada
inovasi itu berbentuk kaedah ataupun berbentuk bahan.

Keempat:
Seperti biasa, bila dah ada idea maka kita hasilkanlah bersama-sama ahli
pasukan. Waktu ini anda perlu catat setiap kos dan tempoh masa
penghasilan inovasi anda. Untuk catat setiap kos anda pastikan anda buka
satu buku kira-kira supaya boleh tahu berapa modal yang kalian laburkan
dan berapa banyak wang yang telah digunakan. Anda juga perlu lakukan
pemerhatian dari segi penggunaan bahan yang tahan lama, menarik dan
berpatutan dari segi kosnya. Untuk masa penghasilan inovasi pula, kalian
perlu sediakan carta Gantt (Lihat gambar dibawah) supaya anda dapat
menyiapkan inovasi anda mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Kelima:
Setelah bahan inovasi atau kaedah inovasi berjaya dihasilkan, anda perlulah
mengujinya. Sebelum diuji, bentangkan dahulu inovasi anda kepada pihak
yang pakar contohnya pensyarah anda ataupun senior anda yang lebih
berpengalaman. Anda perlu kenalpasti kritikan mereka dan cuba tambah
baik sekiranya perlu. Hal ini supaya, semasa kajian rintis dijalankan tidaklah
berlaku kekeliruan dalam kalangan sasaran.
Keenam:
Anda perlu siapkan sebuah buku panduan atau manual pengguna untuk
menggunakan inovasi anda hasilkan. Hal ini demikian kerana, bagi
memudahkan pihak ketiga menggunakannya semasa proses uji cuba.

Ketujuh:
Jalankan kajian rintis di sekolah atau IPT mengikut golongan sasaran yang
digariskan. Setiap kali kajian rintis dijalankan, pastikan anda sediakan ujian
pra/pos, kemudian ajar menggunakan inovasi anda lalu barulah jalankan
ujian pasca/selepas. Setiap data perlu dicatat dengan teliti dan jujur. Setelah
data dikumpul, anda perlu bina graf untuk ujian pos dan pasca untuk
melihat perbandingan setelah menggunakan inovasi anda. Contoh: Graf bar
berganda atau graf garisan berganda.

Kelapan:
Jalankan penambahbaikan jika perlu. Kemudian perkara paling penting
adalah dapatkan pengesahan hak cipta. Contohnya: My IPO. Benda ini
penting supaya bahan inovasi kita atau idea kita tidak digunapakai oleh
pihak yang tidak sepatutnya. Nak dapatkan hak cipta ni bagaimana ye?
Rujuk entri akan datang.
Kesembilan:
Buat kesimpulan, dan bolehlah bersedia kalau nak sertai mana-mana
pertandingan inovasi pdpc jika dianjurkan. Jika nak sertai pertandingan,
anda perlu menghasilkan bahan-bahan lain pula untuk pameran dan
pembentangan. Nanti saya ceritakan pada entri akan datang.

Anda mungkin juga menyukai