Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Fenomena pencemaran alam sekitar semakin meningkat di Malaysia. Dalam usaha mengejar
kemajuan Negara, Pencemaran alam sekitar tidak dapat di elakkan kerana pembangunan negara
setaraf dengan negara yang maju. Kebajikan terhadap alam sekitar perlu dipelihara untuk
masyarakat untuk masa depan. Masyarakat pasti mahukan alam sekitar yang indah dan terbaik
walaupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Isu-
isu tentang alam sekitar kerap dipaparkan dalam surat khabar, televisyen dan juga media
elektronik .Pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di negara kita ialah pencemaran air,
udara, dan tanah. Esei ini ditulis bertujuan untuk menerangkan tentang isu-isu pencemaran dan
cara-cara mengatasi masalah ini.

Isu – isu pencemaran

Pencemaran air
Masalah aliran sisa industri disebabkan pembangunan yang tidak terancang serta pembuangan
sampah di sungai menyebabakan pencemaran air di Malaysia. Berdasarkan pemantauan Jabatan
Alam Sekitar, Kualiti air sungai di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan, dengan
229 daripada 473 sungai di seluruh negara didapati tercemar akibat kesan pembuangan sisa-sisa
industri. Selain itu pembuangan najis oleh penternak juga menyebabkan pencemaran air.
Contohnya , Sungai Semenyih merupakan sungai tercemar disebabkan pembuangan najis babi
sekitar tahun 1980 – an. Sungai ini akan mengalir ke laut lalu membawa kepada pencemaran
laut.

Pencemaran Udara
Malaysia banyak bergantung kepada industri pembuatan seperti getah, kimia dan juga elektronik.
Namun kadar pengeluaran asap yang tinggi ini menyebabkan penambahan kepada pelepasan
pencemaran gas bukan organik dan organik , bahan-bahan kimia dan juga habuk yang beracun.
Berbagai-bagai jenis industri akan melepaskan bahan cemar yang berbeza. Selain itu, kenderaan
motor seperti kereta, lori dan bas menggunakan tenaga yang banyak. Bahan api fosil yang
dibakar oleh kenderaan bermotor akan menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara.
Di Malaysia kenderaan berdaftar semakin meningkat, perkara ini bermaksud pencemaran udara
semakin meningkat dari semasa ke semasa. Di samping itu, pembakaran terbuka juga merupakan
satu sebab berlaku pencemaran udara. Segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab suka
membakar sampah sarap kerana mereka malas membuangkan ke dalam tong sampah. Selain itu,
pembakaran hutan untuk meneroka tanah juga salah satu punca pencemaran udara. Contohnya,
masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara
seolah-olah diselubungi 'asap'.

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bererti perubahan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya
pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Bahan buangan berbentuk pepejal atau cecair yang
menyebabkan berlaku pencemaran tanah. Selain itu, Pencemaran tanah juga terjadi kerana
kebocoran limbah cair atau bahan kimia industri. Menurut Pengarah Alam Sekitar negeri, Rosli
Zul, kejadian di Tasik Manja, Selangor Kediaman yang dibina di atas bekas tapak pelupusan
sampah, tanah berkenaan tidak diketahui statusnya. Kebanyakan besi kerangka dan struktur
bangunan berkarat disebabkan oleh tindak balas pembebasan bahan kimia daripada tanah yang
tercemar. Perkara ini membuktikan pencemaran tanah membawa masalah yang serius kepada
manusia.

Penyelesaian

Pihak kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang – undang . Manakala , Undang –


undang sedia ada perlu diketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan
kesalahannya . Contohnya , pihak – pihak yang melakukan kesalahan pencemaran alam ,
sekiranya disabit kesalahan , boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 , iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk
tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua – duanya sekali .

Selain itu, Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap
positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu dia akan
sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.
Pendedahan media masa juga merupakan salah satu cara yang boleh di ambil untuk
menangani isu pencemaran. Pada hari ini, media masa memainkan peranan yang penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media masa
tentang isu pencemaran alam, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah
pencemaran.

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber
makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan. Ia turut berperanan sebagai
sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua
lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar
supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

RUJUKAN / REFERENSI

1) Ong Wei Jun. (2010). Pencemaran tanah. Diperoleh Ogos 15, 2013 dari
http://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html
2) Isu semasa alam sekitar. Diperoleh Ogos 18, 2013 dari
http://k0t4k87.blogspot.com/2010/08/isu-semasa-tentang-alam-sekitar.html

3) http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/urus-tanah-tercemar-akibat-bahan-
kimia-1.388328#ixzz5NCgFyRiv

4) http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/kualiti-air-sungai-malaysia-
membimbangkan-1.334427#ixzz5NCLpFYZI
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/angkat-isu-alam-sekitar-ke-tahap-tertinggi-
1.447261#ixzz5N7k0VQ6p

Anda mungkin juga menyukai