Anda di halaman 1dari 2

Semasa bersembang dengan Syed rakan sekerja di

pejabat, dia bercerita yang semasa dulu dulu, dia suka


menemani Bondanya memasak di dapur sambil beliau
menghisap rokok. Sehinggalah berkahwin, beliau
memasak sendiri dek selalu memerhatikan Bondanya
menyediakan masakan.

Bila dia bercerita cara bondanya memasak masak lemak


cili padi ayam menyebabkan saya menelan nelan air liur.
Dari penceritaan akan teknik memasak, saya boleh
bayangkan keenakannya.

Saya pulak pantang mendengar cerita resepi dan teknik


yang menarik, pasti tidak mahu melepaskan peluang.
Saya tanya satu persatu tips hingga jelas. Siap tanya
melalui mesej lagi. Ya lah semua orang pandai memasak
masak lemak cili api ni tapi tak semua orang tahu teknik
untuk menghasilkan masakan yang enak terutama
mereka yang bukan berasal dari Nogori. Hahaha seperti
saya.

Anda mungkin juga menyukai