Anda di halaman 1dari 2

 Masa Penyediaan: 10 minit,

 Masa Memasak:15 minit,

 Jumlah Hidangan:5 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak
buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika
digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian
tulang yang lain.

Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam
kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun
kari sangat memikat selera.

Bahan-Bahan:

 2 ketul besar ayam, bahagian dada


 1/2 tin susu cair
 3 ulas bawang putih, hiris halus
 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
 4 sudu besar mentega
 2 tangkai daun kari
 4 biji cili padi
 Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
o 2-3 sudu besar tepung gandum
o 1 sudu besar serbuk kari
o 1 biji telur
o Sedikit garam
o Air secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.


2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan
menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
5. Cara-cara untuk ayam buttermilk:
1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili
dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang
digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula
secukupnya.

Tips:

 Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang
mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan
tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran

Anda mungkin juga menyukai