Anda di halaman 1dari 3

kepelbagaian sosiobudaya ini boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur masyarakat atau

kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Berdasarkan temubual yang
saya melakukan saya mendapatlah di dalam bilik darjah, guru berdepan dengan murid yang
terdiri daripada pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza. Setiap
murid juga berbeza antara satu sama lain dari aspek bahasa komunikasi, latar belakang
keluarga, sosioekonomi kepercayaan dan adat resam. Berdasarkan analisis temu bual yang
saya lakukan, isu kepelbagaian sosiobudaya telah mendatangkan beberapa implikasi
terhadap murid, guru, sekolah dan kurikulum.

Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid adalah masalah menguasai


bahasa kedua. Pengaruh bahasa ibunda yang diperolehi oleh murid mempengaruhi murid
sukar menguasai bahasa kedua serta menjadikan mereka bermasalah berkomunikasi
dengan murid yang berbahasa lain. Terutamanya, murid-murid luar bandar menghadapi
masalah tersebut agak teruk.

Di samping itu, murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh


budaya, agama dan persekitaran. Kewujudan murid pelbagai kaum dan sosiobudaya di
dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup
mereka. Contohnya, murid-murid sengaja bergaul dalam kelompok kaum yang sama dan
disebabkan ketidakfaham terhadap adat resam antara satu sama lain akhirnya
berkemungkinan melanggar pantang larang rakan kaum lain.

Seterusnya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap guru adalah perbezaan


bahasa murid menjadikan berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran,
kurang faham barang yang dibaca dan penerangan guru. Selain itu, guru akan menghadapi
dengan murid-murid yang mengamalkan gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza juga
akan penyerapan ilmu pengetahuan tidak sama dalam kalangan murid.

Seterusnya, faktor kelas sosial murid juga mempengaruhi peluang mendapat pendidikan
yang berbeza. Murid tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah
pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan belajar dan sebagainya. Sebaliknya,
murid golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi berpeluang menghadiri kelas
bimbingan berbayar. Hal ini telah menjadikan tidak keseimbangan tahap pembelajaran di
dalam kelas dan mendatangkan masalah kepada guru untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk semua murid.

Seterusnya, kepelbagaian sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada


pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis Cina dan
Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi
kepelbagaian sosiobudaya ini. Pengurusan sebuah sekolah akan mempengaruhi iklim
sesebuah sekolah. Pengurusan yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra,
memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap kurikulum pula adalah murid belajar


melalui kurkulum tersirat daripada dua aspek berikut iaitu struktur organisasi sekolah dan
budaya sekolah. Terdapat guru tidak dapat menguruskan pembelajaran dengan berkesan
terhadap murid yang berasal daripada budaya dan sistem nilai yang lain, mengakibatkan
berlakunya konflik. Kesannya ialah guru bertindak bias atau prejudis terhadap murid
berkenaan.

Berdasarkan implikasi-implikasi dikata di atas, pihak guru seharusnya memntingkan isu-


isu kepelbagaian sosiobudaya serta memainkan peranannya agar mengatasi isu tersebut.
Contohnya, seperti kata cikgu Lau, sebagai seorang guru akan cuba membawa
pemahaman murid walaupun dengan menggunakan cara “translate”. Tambahan pula, kelas
pemulihan boleh diadakan untuk murid yang berprestasi rendah manakala latihan
pengukuhan boleh diberi kepada murid yang berprestasi sederhana dan tinggi.

Selain itu, rancangan aktiviti pembelajaran guru seharusnya boleh memberi peluang
sama rata kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Aktiviti Kumpulan
sepatutnya dilakukan dalam pdp agar memastikan murid-muridnya dapat ditempatkan
dalam satu kumpulan murid dari pelbagai latar belakang. Seterusnya, sebagai seorang guru
harus menunjukkan teladan yang baik seperti bersikap adil kepada semua murid.
Tambahan pula, guru harus mengkaji serta memahami budaya atau persekitaran murid di
dalam kelas untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan
semua murid.

Kesimpulannya, para guru perlu mengenal dan memahami kewujudan pelbagai budaya
masyarakat Malaysia agar dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya melahirkan wargenegara yang bersatupadu dan harmoni.
Rujukan

Umaa Devi. (2015). Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Sosiobudaya. Scribd.

https://www.scribd.com/doc/267114790/Peranan-Guru-Dalam-Menangani-
Masalah-Sosiobudaya.

Siti Noor Awang. (2010). Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya. Scribd.

https://www.scribd.com/doc/40003857/Implikasi-Kepelbagaian-Sosio-budaya.

Aznal Arief Ramli. (2016). Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya. Academia.

https://www.academia.edu/8584318/Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya

Maryam Ahmad. (2017). Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Guru dan Murid.

Academia.https://www.academia.edu/11877553/Implikasi_Kepelbagaian_Sosio-
Budaya_Terhadap_Guru_dan_Murid.

Chee Yuin. (2016). Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Dari Aspek Guru. Academia.

https://www.academia.edu/6054993/Implikasi_Kepelbagaian_Sosio_Budaya_Dari_
Aspek_Guru.

Anda mungkin juga menyukai