Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN SKETSA RUKUNEGARA

ANAKKU SAZALI

SMK TELOK MAS,MELAKA

Watak:

 Ah Chai
 Sazali
 Hj Mat
 Kajol ( Pelanggan)
 Pencuri
BABAK 1
Haji Mat: Ah Chai,aku nak minta tolong la.(muka risau )

Ah ChAI : Ape tu haji?risau sahaja Kalau saya boleh tolong,saya tolong…

Haji Mat : Anak aku, si Sazali..dia malas belajar..kerap ponteng sekolah..aku nak beri
pengajaran …suruh dia kerja..baru tahu susahnya cari duit…

Ah Chai.Hmmm..beginilah haji..esok,haji datang kedai saya bawa si Sazali..saya akan


fikirkan kerja apa yang sesuai dengan dia..tapi haji perlu beri kebenaran pada saya untuk
didik dia bagaimana untuk berdisplin dalam bekerja..
Haji Mat : Terima kasih Ah Chai..Aku tahu kau orang baik..suka tolong orang..kerja
kuat..kau ajarla si Sazali ni cara-cara berniaga,displin bekerja dan tahu mengahrgai dengan
apa yang dia ada sekarang..

Ah chai : Haii..Takda apa2 la haji..haji pun orang baik..esok jangan lupa ya..bawa si Sazali
tu..

BABAK 2
Sazali : Ayah, Ali tak mahu kerja la ayah..(sambil garu –garu kepala dan hentak – hentak
kaki)

Haji Mat : Sudah..aku tidak mahu dengar engkau merungut..Aku tahu kalau engkau tak kerja
di sini,motor engkau ayah jual dan ayah tidak akan beri kau duit saku lagi..

Ah Chai : Haa..Sazali…tak baik engkau bercakap begitu pada ayah engkau..Mana adab dan
susila engkau dengan ayah engkau…dengar cakap ayah tu Sazali..uncle dah siapkan tugas-
tugas dah untuk engkau untuk engkau buat..haji..pulanglah dulu..tahulah apa yang saya nak
buat dengan Sazali..

Sazali: menjeling dan mencebikkan muka sambil mulut menggumam tidak puas hati.

Haji Mat : Baiklah Ah Chai..engkau bimbinglah si Sazali ini..harap-harap dia boleh ubah
sikap dia yang malas dan suka ponteng ni..
BABAK 3
Ah Chai : Sazali, uncle nak engkau keluarkan barang-barang dari stor..ikut senarai yang uncle
bagi ni…

Sazali: Baiklah uncle…(muka tak rela..merungut-rungut kecil)

Maka bermulalah rutin Sazali sebagai pekerja Uncle Ah Chai..Tiap-tiap hari dia rasakan
sangat sibuk membantu majikannya..Menyusun barang di rak..mengangkat barang di
stok..Kadangkala, Sazali merasakan dirinya dipergunakan oleh Uncle Ah Chai kerana
membiarkan di bekerja tanpa gaji. Sehingga satu hari dia nekad untuk mencuri sejumlah
wang dari mesin wang kedai Ah Chai..Sazali menyelongkar laci di meja untuk mencuri
sejumlah wang. Petang itu semasa uncle Ah Chai ingin mengira wang dari laci mejanya, dia
berasa pelik mengapa duitnya kurang 200 ringgit. Dia mengsyaki Sazali yang mengambilnya
tapi dia perlu gunakan cara yang betul untuk menegur Sazali atas perbuatannya itu.

Ah Chai : Sazali , engkau percaya Tuhan tak?

Sazali: Mestila percaya..Apsal uncle Tanya macam tu pula?

Ah Chai : Kalau macam tu mesti engkau tahu Tuhan nampak kalau engkau buat dosa
walaupun di tempat yang tiada orang nampak..

Sazali: Errr..mmm(muka seperti orang bersalah sambal menggaru-garu kepala)…Ye


uncle,saya mengaku saya ambil wang uncle…maaf…sebab saya rasa uncle macam nak
gunakan saya …suruh saya kerja tapi tiada gaji..(menundukkan kepala dan takut untuk
berhadapan dengan Uncle Ah Chai..

Ah Chai: Engkau ingat aku ni zalim ke..kenapa tidak minta dan berterus terang?Nah ambil
..ni gaji untuk bulan ini..tambah dengan duit yang engkau ambil tadi..aku kecewa dengan
engkau tapi aku harap benda ini tidak berulang lagi..Ingat,manusia ni berpegang pada
amanah..sekali amanah dikhianati, manusia sudah tiada nilai lagi..

Sazali : Terima kasih uncle..maaf sekali lagi..saya tidak akan menghampakan uncle.

BABAK 4
Seorang pelanggan perempuan persis pelakon Bollywood masuk ke dalam Kedai Uncle Ah
Chai.(.lagu Janam..Janam dimainkan)..

Kajol : Good morning…I would like to buy few things here. Can you please help to get these
things?
Sazali : Err..morning…miss..err..(lidah Sazali kelu bukan sahaja terpegun melihat Minah
Bollywood itu, malah sebab dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh pelanggan
tersebut)..

Kajol : My name is Kajol. I’m a university student from New Delhi and I involved in
International Student Exchange Programs. I lived with Mak Semah. Do you know Mak
Semah?

Sazali : Dalam hati(ape pula la si Kajol ni cakap…padan muka siapa suruh tak belajar dulu di
sekolah..sekarang dah macam ayam dengan itik dah)

Ah Chai : Haa..hello Miss..can I help you?(tiba-tiba uncle Ah Chai datang)

Kajol : Yes uncle..I need these things . Can you please help me uncle..

Ah Chai: Ok..let me see..

Sazali sangat terasa dengan kejadian itu. Dia rasa mukanya merah kerana malu kerana tidak
menguasai Bahasa Inggeris . Segala memori semasa bersekolah di SM Pinang Sebatang terus
berlegar-legar di fikirannya. Dahulu, dia selalu mempermainkan kawan-kawannya yang
bercakap Bahasa Inggeris dengan alasan tidak bermanfaat pun Bahasa tersebut. Dan kini , dia
terasa seperti rakan-rakannya pula seperti mentertawakannya kerana pengetahuannya tentang
Bahasa tersebut memang sifar…

BABAK 5
Sazali : Di dalam hati(sampai bila aku mahu kerja di Kedai Ah Chai..rakan-rakanku pasti
sudah jauh terkehadapan daripadaku) Belajar pelbagai ilmu dan kemahiran untuk masa depan
mereka..dan aku pula di Kedai Ah Chai, hanya menjadi pembantu kedai . Sampai bila aku
mahu begini..aku mahu Berjaya..belajar matematik agar tiada orang nak tipu aku
memulangkan salah baki..belajar Bahasa inggeris agar orang akan pandang rendah pada
aku..Aku nak pergi sekolah..aku dah tak mahu kerja di Kedai Ah Chai lagi..Malam ni juga
aku mahu jumpa Ah Chai..

Sazali terus keluar dari rumah dan menuju ke rumah Ah Chai yang berdekatan dengan
kedainya,

Sazali : Eh siapa pula di depan kedai Ah Chai tu..(lembaga hitam yang berada di belakang
kedai Ah Chai membuatkan dia berasa curiga dan seriau)Ehh!!!..engkau buat apa tu..!!

Pencuri : Dengan riak terkejut..Alah…siapa pula yang dating kedai lewat-lewat malam
begini..Ohh..kuli si Ah Chai rupanya..engkau jangan nak sibuk..aku nak rompak kedai
ni..kalau setakat badan macam engkau..bila-bila aku boleh kasi kau ‘jalan’. Aku ada senjata
ni..Pencuri tersebut sudah bersedia untuk menyerang Sazali..
Sazali : Ehh..negara kita ada peraturan dan undang-undang tau..Mana boleh engkau buat
begini..Kalau engkau kena tangkap,merengkok kau dalam penjara..

Pencuri : Ahh…senyaplah..mari sini aku tibia engkau..

Berlakulah pergelutan antara Sazali dengan pencuri itu.Masing-masing mempertahankan diri


masing-masing..Yang hak berlawan dengan yang batil.

Dengan tidak semena-mena Hj Mat yang sedang mengekori anaknya datang dari arah
rumahnya. Manakala Ah Chai yang terdengar bunyi bising juga muncul.

Hj Mat : Sazali, engkau bergaduh pulak ke malam-malam ni?

Sazali :Pak,ini pencuri pak..tolong tangkap dia.

Pencuri: Alahai …dari mana pulak makhluk dua orang ini.

Pencuri yang cuba melepaskan diri itu tiba-tiba tertikam perut Sazali..

Sazali : Aduh!!!Sakitnya…

Hj Mat : Nak, Sazali…bangun Sazali ..jangan tinggalkan bapak Sazali…Sazali!!!!!

Lagu Anakku Sazali dimainkan….

BABAK 6
Di hospital..

Sazali terbaring di katil hospital..

Sazali Membuka mata perlahan-lahan..)..Aku di mana ni?

Hj Mat : Alhamdulillah…Sazali ..engkau dah bangun nak..bapak ingat engkau dah tinggalkan
bapak selama-lamanya..engkau kehilangan banyak darah dan mujur uncle Ah Chai
mempunyai darah yang sama dengan engkau.Dia yang mendermakan darah kepada engkau.
Sazali : Aduh…ye bapak..bagaimana dengan pencuri tu pak?bagaimana dengan uncle Ah
Chai

Ah Chai : (Tiba –tiba datang )…Sazali,lu dah sedar..uncle manyak terima kasih sama
lu..Kalau lu tiada,pasti kedai uncle sudah kena lompak..

Sazali: Uncle..saya pasti akan jaga amanah yang uncle tanggung jawabkan
pada saya.Tapi,saya nak beritahu uncle yang saya dah tak mahu bekerja dengan uncle lagi.
Saya nak pergi sekolah..Saya nak capai cita-cita saya dan beri ayah saya bangga..
Ah Chai berpandangan dengan Hj Mat sambal terseunyum.

Ah Chai : Bagus..Itu yang uncle hendak dengar.Kamu mesti capai cita-cita kamu, faham.
Hj Mat: Ayah bangga dengan engkau Sazali..Syukurlah, doa ayah dah termakbul….Jadi,bila
engkau nak mula sekolah ni??

Masing-masing tergelak dan sama-sama berpelukan sesama sendiri.

Begitulah kisah Sazali yang mempertaruhkan nyawanya demi amanah yang


dipertanggungjawabkan.. Walaupun berlainan agama dan bangsa, nilai-nilai kemanusiaan
tetap dipegang teguh demi merealisasikan moto satu Malaysia..satu negara…

Kepada anak-anak muda di luar sana,sementara diberi kesempatan dan peluang , buanglah
sikap malas dan leka.Carilah tujuan hidup ini apa..Fikirkan maksud hidup bertuhan ini
bagaimana…Sayangilah negara kita bumi merdeka..Perkukuhkan jiwa dan iman di
dada..Bangsa Malaysia pasti gagah di serata dunia.

 SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai