Anda di halaman 1dari 18

NOTA 1

TIPS DARI

LARRY ASAP

1
1. ANJAKAN DALAM PPPM

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf


antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa


Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus


berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN

2
2. ENAM ASPIRASI MURID
1.KEMAHIRAN MEMIMPIN

Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya


melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan
kepimpinan formal dan informal

2. ETIKA & KEROHANIAN

Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk


mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka,
dengan berani membuat keputusan yang tepat

3.KEMAHIRAN DWIBAHASA

Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai


Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris digalakkan untuk
mempelajari bahasa tambahan

4. IDENTITI NASIONAL

Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama etnik atau status


sosioekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak

5.MALAYSIA PENGETAHUAN

Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan


sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan
yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru

6. KEMAHIRAN BERFIKIR

Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira,


menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan
mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan
Dunia

3
3. 5 ASPIRASI SISTEM

4
4. KEMAHIRAN ABAD KE-21
P/S: Boleh rujuk kepada nota 3 yg kmk ambik dari blog cikgu Hailmi, lbih ringkas.

-Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh


pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru.
-Dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.

1. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang


sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang.
 pendedahan terhadap ICT.
 melibatkan literasi digital.
 Guru membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai
dan mengumpul serta mengulas maklumat.
 Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era
digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya
meningkat.
 Pembelajaran berasaskan projek (project-based
learning). Contoh tugasan projek di mana pelajar perlu
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
seperti google.
 Tugasan ini memupuk komunikasi interaktif. Pelajar
berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek
bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas
talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel,
Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar
pada zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial
seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat
turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini
lebih menarik minat pelajar untuk belajar. Sumber
terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif
seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat
berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk
teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti
telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti
WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter,

5
enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal
perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

2. Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi


 melahirkan pelajar kreatif dan inovatif yang dapat
mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila
berada di dunia pekerjaan.
 PNP akan menjadi lebih menarik dan berkesan kerana berjaya
menarik tumpuan pelajar.
 Misalnya, dengan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), pelajar dapat mengakses maklumat
menggunakan google atau yahoo
 elemen-elemen kemahiran teknologi maklumat dan inovasi
adalah ::
 kreativiti dan inovasi (creativity and innovation),
 pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
(critical thinking and problem solving),
 komunikasi dan kolaborasi (communication
and collaboration), literasi maklumat (information
literacy),
 literasi media (media literacy),
 literasi teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK), ICT (Information, Communications and
Technology) Literacy),
 fleksibiliti dan mempunyai keupayaan
menyesuaikan diri (flexibility and adaptability),
 berinisiatif dan mempunyai haluan diri (initiative
and self-direction)
 kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and
Cross-Cultural Skills).

3. Kemahiran 3M yang meliputi Membaca, Mengira dan Menulis.

 Penguasaan kepada 3M ini adalah asas kepada


perkembangan pendidikan abad ke-21
 langkah mengatasi masalah penguasaan 3M. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza perlu untuk
6
meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.
Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas
untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan
khas, perluasan kempen membaca dan penempatan
kaunselor di setiap sekolah.
 kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan
guru yang mahir mengenainya.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status


negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik
dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan
yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan dan
merupakan salah satu kemahiran abad ke-21. Untuk mencapai hasrat
ini, kita perlu membentuk warganegara kreatif dan berketerampilan
yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti
bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan
berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan teknologi.
Warganegara sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal kepada sains dan
teknologi diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan
juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah. Sebagai satu bidang ilmu
pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak
memahami alam sekeliling mereka.

Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka
dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan
pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi
dan maklumat baru. Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah, sains dapat
memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping
mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan
murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan
semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap hidupan dan
menghargai alam sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah membolehkan murid
mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman dan juga
penyiasatan.

Di samping itu, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga termasuk dalam


kemahiran abad ke 21. Kemahiran interpersonal merujuk kepada kebolehan seseorang itu
untuk berkomunikasi dengan orang lain yang melibatkan penyelesaian masalah. Manakala
kemahiran intrapersonal pula ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.
Komunikasi ini dibentuk dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat.

7
Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi
intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan
maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah
keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam menuju pendidikan abad ke 21.
Walaupun terdapat perbezaan karakter bagi kedua-dua kemahiran ini. Namun, kemahiran
yang mereka gunakan berkesan untuk diri mereka dalam proses pembelajaran.

Kemahiran komunikasi juga merupakan perkara penting dalam kemahiran


abad ke 21. Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen iaitu:
 kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta
komunikasi yang berlainan, kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan
dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
 Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum
balas.
 Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar.
 Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
 Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
 Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya
berlainan.
 Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
 Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Kemahiran-kemahiran ini penting bagi membentuk perhubungan di kalangan pelajar.


Melalui kemahiran komunikasi ini, pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan
akan berlaku sebelum perkongsian idea berlaku untuk kepentingan bersama.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :

 Menguasai pelbagai bidang

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan
diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang
mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang
cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam,
seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan
pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi
memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru)
hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan
yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

 Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.

8
Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku
khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan
memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu
diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada
melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

 Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran & Pembelajaran).

Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran


abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan
pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau
pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada
guru (teachers-centered). Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21
ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi
di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan
kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif
kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

 Menggunakan Teknologi Terkini.

Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk
melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan
teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.

 Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).

Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat
yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan
kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban
dan tatasusila di dalam hubungannya sesama rakan sekerja.

Kemahiran yang diwujudkan dalam kemahiran abad ke-21 ini sejajar dengan perkembangan
yang dialami oleh negara dalam bidang pendidikan. kemahiran ini penting dalam menuntut
kemajuan yang dapat mencapai matlamat pendidikan pada alaf 21 yang merangkumi pelbagai
aspek.

9
5. PEDAGOGI ABAD KE 21

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan
teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life
and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam
menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;

• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)


• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,

10
Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita
mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi

11
1. KBAT

12
HOTS - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Transformasi ubah pengajaran, pembelajaran
lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal Seremban: Transformasi kurikulum
pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi

13
penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya
melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.

Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas
kemahiran berfikir (lihat grafik) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta,
manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS)
iaitu memahami dan menghafal. Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang
menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global.

Pelajar tak lagi menghafal Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM
berhubung HOTS ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk
menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu menggunakannya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr


Amin Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran dan pembelajaran yang
sebelum ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal.

“Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan
Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak
berada pada tahap memuaskan.

“Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian
yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk HOTS, iaitu bukan
mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya.

“Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya
HOTS diberi penekanan,” katanya kepada BH di sini. Beliau berkata, walaupun HOTS
wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya
konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan pelajar secara semula jadi.

Katanya, pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek Sains,
Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan proses

14
pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar,
malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan.

Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTS Katanya, bagi memastikan pelajar
mengaplikasi kemahiran berfikir, kementerian juga mengubah konsep soalan peperiksaan
dengan memasukkan elemen HOTS dalam soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat.

“Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS dimasukkan


dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016,” katanya.

Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu perlu
mengikuti kursus jangka pendek dalam program i-Think kendalian Agensi Inovasi
Malaysia, bagi membolehkan mereka menguasai teknik berfikir HOTS.

“Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun depan, kita
mahu guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu. “Mereka akan pulang ke
sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan sejawatan seterusnya mengajar murid
menggunakan teknik terbabit,” katanya.

Lebih interaktif Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTS secara tidak
langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih
interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif pelajar dan guru.

“Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar,
manakala murid hanya menyalin dan menghafal. “Sebaliknya guru perlu menggalakkan
murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap
sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan,” katanya. Amin
berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar,
terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS.

15
2. Taksonomi Bloom

p/s kawan2, boleh rujuk nota Taksonomi blooms yg kmk ambik dari blog
wadah pelajar IPG. Sia lebih lengkap. (nota 4)

Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk


tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disoleh Benjamin
S. Bloom pada tahun 1956. Dalam hal ini, tujuan pendidikan
dibagi menjadi beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap
domain tersebut dibagi kembali ke dalam pembagian yang
lebih rinci berdasarkan hirarkinya.usun
Tujuan pendidikan dibagi ke dalam tiga domain, yaitu:

1. Cognitive Domain (Ranah Kognitif), yang berisi perilaku-


perilaku yang menekankan aspek intelektual,
seperti pengetahuan, pengertian, dan
keterampilan berpikir.

16
2. Affective Domain (Ranah Afektif) berisi perilaku-perilaku
yang menekankan aspek perasaan dan emosi,
seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri

3. Psychomotor Domain (Ranah Psikomotor) berisi perilaku-


perilaku yang menekankan aspek keterampilan motorik
seperti tulisan tangan, mengetik, berenang, dan
mengoperasikan mesin.

3. Bagaimana nak mengajar “slow learner”


Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus
" Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung?
Saya : Boleh la.... (tersengih-sengih) "

Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Terasa jelas masih
banyak yang perlu saya pelajari.

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan
beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan
aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa
Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1

1. Edar contoh karangan lengkap kepada murid


2. Guru baca bersama murid
3. Menyalin perenggan demi perenggan

17
4. Semak ejaan/tanda bacaan
5. Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan

Teknik 2

1. Beri gambar tunggal/bersiri


2. Bina ayat berdasarkan gambar
3. Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar
4. Mula mengarang
5. Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan

Teknik 3

1. Edar karangan lengkap


2. Cari perkataan sukar, catat di papan kapur
3. Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut
4. Guru menyebut - murid mengeja
5. Perbetulkan ejaan
6. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja
7. Tuliskan di papan kapur
8. Bina ayat daripada isi karangan
9. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca

Teknik 4

1. Salin contoh karangan


2. Mengambil imlak
3. Latihan mengarang/banyak salah buat semula
4. Baca contoh-contoh karangan
5. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah
6. Kelas pemulihan

18

Anda mungkin juga menyukai