Anda di halaman 1dari 1

1.

1 Pengenalan
Sekolah merupakan institusi pendidikan bagi pelajar menimba ilmu pengetahuan
seawal usia 4 tahun sehinggalah berusia 17 tahun. Selain itu, sekolah juga menjadi
tempat bagi pelajar untuk mempelajari dan memupuk nilai-nilai kehidupan dalam
diri. Dengan demikian, keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah dari semua
bidang seperti kurikulum dan kokurikulum banyak bergantung kepada pengurusan
dan pentadbiran pihak sekolah berkenaan. Ini bermaksud pengurusan sekolah yang
baik akan mempengaruhi pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum dan juga
imej sesebuah sekolah itu(Padlon Abdul Rahman, 2004).

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, institusi pendidikan seperti


sekolah turut mengalami impak hebat daripada era globalisasi dan perkembangan
kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malah sistem pendidikan di
Malaysia turut pesat berkembang seiring dengan kemajuan negara dan selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Tugas seorang
guru tidak lagi sekadar mengajar dan menjadi sumber utama pengetahuan tetapi
telah diperluaskan sebagai agen perubahan, pemudah cara dalam pengajaran dan
pembelajaran dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan sumber manusia yang berilmu


pengetahuan dan memenuhi keperluan tenaga kerja agar dapat bersama-sama
membangunkan negara. Oleh itu, perkembangan dan kemajuan negara bergantung
kepada kecemerlangan dan kualiti pendidikan yang dihasilkan. Justeru itu, hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek haruslah direalisasikan (Azman Larut,2005).

Kemajuan teknologi dan maklumat yang berkembang pesat dalam abad ini ternyata
mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita. Saban tahun, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) akan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem
pendidikan yang menuntut ke arah perubahan yang lebih baik. Dalam hal ini, Pusat
Sumber Sekolah (PSS) juga tidak terkecuali. Malah perkembangan ini turut

Anda mungkin juga menyukai