Anda di halaman 1dari 3

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Peranan Seni dalam Pendidikan


Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R”
adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin
tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas
kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini
iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni
dalam Pendidikan ialah:
a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan


berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah
untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.

b) Memupuk nilai kerjasama


Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur
kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi
secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat
dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan
mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh.

c) Memenuhi keperluan sosial yang asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan
minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat
memenuhi kedua-dua matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai
anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada
masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan,
keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan
yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.

Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin
terhdap dirinya danb menghargai bakat yang dimiliki.

d) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam


proses pengajaran dan pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan
sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi
serta idea dan isi kandungan.

e) Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan
sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu
perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang
menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan,
bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi
persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat
melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain
terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan
supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Kesimpulan:
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan
perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan
yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai