Anda di halaman 1dari 5

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENGENAL

BAHASA MUZIK BAGI MURID TAHUN 1

FARIDAH BINTI ISMAIL

LAPORAN KAJIAN INI DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA MUDA PENGAJARAN
( PENDIDIKAN RENDAH DENGAN KEPUJIAN )

2010
PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh: Tandatangan:
Nama calon : FARIDAH BINTI ISMAIL
Nombor matrik : 720209025766-002
PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin Nya saya telah berjaya menyiapkan kajian ini.
Mudah-mudahan hasil daripada kajian ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang
memerlukannya.

Kejayaan yang saya perolehi ini adalah dengan kerjasama dan sumbangan
beberapa pihak yang begitu bermurah hati membantu dan membimbing saya untuk
menjayakan kajian ini. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan
kepada pensyarah penasihat Encik Zaaba b Ismail selaku pensyarah yang menyelia kerja-
kerja penyelidikan dan kajian yang saya jalankan.

Jutaan terima kasih juga saya hulurkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar
SK.Sungai Tiang, Pn.Sam’yah binti Ahmad, guru-guru dan murid-murid SK.Sungai Tiang
yang telah memberi kerjasama dan layanan baik sepanjang saya menjalankan kajian ini .
Tidak ketinggalan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya
tujukan khas buat suami dan anak-anak serta ibu bapa yang telah banyak memberi
kerjasama, dorongan dan perangsang kepada saya agar tabah mengikuti kursus ini. Mudah-
mudahan apa yang dicita-citakan akan tercapai.

FARIDAH BINTI ISMAIL


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid
tidak dapat mengenal bahasa muzik dan simbol-simbol muzik . Sumber maklumat yang
berkaitan telah diperolehi dengan pengamatan guru Muzik yang mengajar di Tahun 1
terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang tidak mengenal bahasa muzik.
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang , Pendang, Kedah Darul
Aman. Seramai 40 orang murid dari Tahun Satu Zuhal telah dipilih menjadi subjek
kajian. Pemilihan murid-murid tersebut dilakukan oleh guru kelas tersebut berdasarkan
kepada penjelasan pengkaji kepada mereka mengenai ciri-ciri murid yang diperlukan oleh
pengkaji untuk tujuan kajian. Untuk kajian ini murid-murid akan diuji secara individu dan
berkumpulan oleh pengkaji dengan 5 ujian iaitu:-

1) Ujian Menamakan Not Muzik


2) Ujian Menulis Not Di Atas Garis Baluk.
3) Ujian Menulis Not.
4) Ujian Mengira Nilai Not
5) Ujian Mengenal Simbol
Bab 1
1.0 Pengenalan

Anda mungkin juga menyukai