Anda di halaman 1dari 24

PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

TOPIK 9 PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan maksud Khalifah menurut al-Quran.


2. Menginterprestasikan secara mendalam peranan manusia sebagai khalifah
Allah menurut al-Quran dan As-Sunnah.
3. Menghuraikan peranan khalifah dalam
- Perkara amar makruf serta mencegah kemungkaran.
- Menjaga agama
- Menjaga diri dan keluarga

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK


Peranan khalifah menegakkan
amar makruf serta mencegah
kemungkaran 9.1 Peranan Manusia Sebagai Khalifah

Definisi
khalifah
Peranan khalifah menjaga
Peranan khalifah Sebagai agama
Hamba Allah

Peranan khalifah menjaga diri


dan keluarga

JAPIM Page 1
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

PENGENALAN

Topik 9 ini adalah berkaitan dengan beberapa persoalan penting dalam aspek yang
peranan manusia sebagai khalifah yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2.
Pelajar akan didedahkan penjelasan mengenai maksud khalifah menurut al-Quran peranan
khalifah sebagai hamba Allah.Topik ini juga akan membantu pelajar untuk menghuraikan
peranan khalifah dalam perkara amar makruf serta mencegah kemungkaran, menjaga agama
serta menjaga diri dan keluarga. maklumat. Diterangkan juga bagaimana cara yang
diperlukan oleh seseorang individu muslim untuk melaksanakan tugas dan tanngungjawab
mereka sebagai seorang hamba Allah di muka bumi.

1.0 DEFINISI KHALIFAH

Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah SWT kepada orang-
orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: Allah
telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan
memberikan khalifah (menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka
bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka.

Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu
seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-
sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya.
1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Mengantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.

Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah
SWT sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini
dengan menjalankan syariah Allah SWT sama ada di peringkat peribadi, keluarga,
masyarakat,negara dan antarabangsa.

JAPIM Page 2
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

1.1 Asas Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah

Allah SWT menentukan tanggungjawab khalifah ke atas manusia berdasarkan


kelayakan dan asas-asas yang kukuh, sesuai dengan penciptaannya untuk menerima tugas
tersebut. Ternyatalah bahawa manusia di beri banyak kelebihan oleh Allah SWT jika di
bandingkan secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan,
haiwan, jin dan para malaikat.
Antara kelebihannya ialah:-
1. Keseimbangan kejadian.
2. Anugerah akal fikiran.
3. Memiliki ilmu pengetahuan.

a. Keseimbangan kejadian manusia

Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah di berikan
oleh Allah SWT dengan berbagai-bagai kelebihan kerana untuk melaksanakan tugas sebagai
seorang khalifah. Firman-Nya :
            
Maksudnya : 'Yang membaguskan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya, dan
Dia(Allah) memulai kejadian manusia dari tanah”
(As-Sajdah :7)

Bentuk badan dan unsur-unsur fizikal manusia yang seimbang dan dikemaskan lagi
dengan perasaan, akal, dan roh. Perimbangan antara rohani dan jasmani menjadikan manusia
amat berbeza daripada makhluk Allah SWT yang lain. Kelebihan ini di berikan oleh Allah
SWT bukannya tanpa sebab tetapi sebenarnya dalam rangka menjadikan manusia sebagai
khalifah bumi. Keelokkan kejadian manusia yang menyerlah dengan bentuk fizikal, susunan
anggota dan fungsinya serta di lengkapi dengan akal dan emosi yang perlu difahami dan di
fungsikan sebaik mungkin oleh generasi manusia.

JAPIM Page 3
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

b. Anugerah akal fikiran

Allah SWT telah berfirman :


          
     

Maksudnya: “Kemudian Dia sempurnakan kejadian(manusia) dan meniupkan ke


dalam(tubuh)-nya roh(ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan untukmu pendengaran,
penglihatan, dan hati (tetapi kebanyakan) kamu umat sedikit bersyukur
(As-Sajdah : 9)

Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah


kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara hidup, pemakanan,
tempat tinggal, susunana masyarakat dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia
sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah SWT yang lain.
Wahyulah yang akan berfungsi untuk memandu akal manusia ke arah yang sepatutnya agar
manusia tetap berada di jalan yang benar di sisi Allah SWT. Batasan kemampuan akal akan
diatasi oleh wahyu agar manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka
bumi dengan lebih berpedoman dan berjaya.

c. Memiliki ilmu pengetahuan

Firman Allah SWT :


        
      

Maksudnya: 'Dan Dia(Allah) mengajar kepada Adam nama-nama(benda-benda)


seluruhnya, yang kemudian mengemukakan kepada para malaikat lalu berfiman:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar.
(Al-Baqarah :31)

JAPIM Page 4
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

Ilmu yang di maksudkan bukan hanya dengan alam tabi'i dan fizikal malah ianya
merangkumi tentang kerohanian dan ghaib. Dengan kejadian dan kelebihan diri yang
dianugerahkan Allah SWT serta sumber yang dikawalnya, manusia sepatutnya menanggani
pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu. Ilmu yang di tuntut bukanlah
semata-mata merupakan "maklumat" dan "kefahaman" berkaitan sesuatu perkara, malah
ianya hendaklah digunapakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang
bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah SWT. yang menciptakannya. Panduan akal dan
wahyu merupakan proses penting menjamin kealsian dan benarnya ilmu yang dimiliki.

Memiliki ilmu pengetahuan menjadi asas penting kepada manusia dalam


menjalankan tugas sebagai khalifah yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali
penghubung dengan Allah yang telah meletakkan tugas / amanah khalifah.
Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya berkaitan dengan alam tabii dan fizikal malah ia
merangkumi :

a. Ilmu tentang alam syahadah


b. Ilmu tentang alam ghaib
c. Ilmu tentang alam fizik
d. Ilmu tentang alam metafizik (ghaib)
e. Ilmu tentang alam benda
f. Ilmu tentang pencipta

Manusia seharusnya menggunakan akal fikiran untuk memperhambakan diri kepada


penciptanya iaitu Allah. Manusia perlu menggunakan akal fikiran untuk mengimarahkan
bumi ini sesuai dengan tujuan ia dijadikan oleh Allah SWT.
Manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya untuk memahami kebesaran Allah
sesungguhnya telah meletakkan dirinya lebih rendah daripada taraf binatang kerana manusia
memiliki kemampuan akal yang tinggi sedangkan binatang memang tidak
berakal atau memiliki akal bertaraf rendah.

JAPIM Page 5
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN


KHALIFAHNYA

Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya
meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut
bolehlahlah dirumuskan seperti berikut:
1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal
soleh dalam bentuk yang sempurna.
2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal
agama Allah serta ajaran Allah SWT.
3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari
dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan
ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas
muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah
kemungkaran. Firman Allah SWT :

       


       

Maksudnya :“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialahorang-orang yang berjaya.”
(Al Imran: 104)

Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas dan menyeluruh dan
dapat memberi kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang
faham akan tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab.

Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga
agama dengan melaksanakan dua perkara:
i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan

JAPIM Page 6
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.

ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan


laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.

5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam
neraka. Firman Allah SWT :
       
         
    
Maksudnya :“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala).
Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang
diperintahkan”
( Al Tahriim : 6)

Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan oleh setiap


manusia yang hidup di atas muka bumi Allah. Seterusnya ia mestilah kembali kepada Islam,
menghayati Islam, kembali kepada beriman dan beramal soleh. Islam telah menentukan
tujuan kewujudan alam ini dan mewujudkan perseimbangan hubungan antara manusia
dengan Pencipta-Nya dan antara Pencipta dengan alam. Kita dapati banyak ayat Al-Quran
yang memaparkan hubungan ini seperti Firman Allah SWT :
         
Maksudnya :“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah Aku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga Aku
meminta mereka memberi Aku makan.”
(Al-Zariyat : 57 )

Demikian juga manusia hendaklah memahami bahawa Allah tidak meredhai hamba-
Nya yang bersikap menjauhi kemewahan keduniaan dengan mengurung diri mereka di dalam
rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat dan bermunajat di mana-

JAPIM Page 7
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

mana sahaja ; di kebun, di tempat-tempat perniagaan, dalam masyarakat atau di mana sahaja
kerana semua munajat itu dapat di dengar oleh Allah dan dengan cara itu juga manusia boleh
mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan
yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk
mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat semasa manusia itu masih
berada di alam roh lagi. Hal ini diceritakan oleh Al-Quran sebagaimana Firman Allah SWT:
         
           
       

Maksudnya :“Bukankah Aku Tuhan kamu ? “ Maka jawab roh, “Ya, kami menjadi
saksi, supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat : Sesungguhnya kami lupa
terhadap hal ini. ”

(Al-A’raf : 172)

Pengakuan dan pengiktirafan itulah menyebabkan Allah mengurniakan kepada


manusia muka bumi ini untuk diperintah dan membangunkannya. Manusia dibekalkan
dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi dan laut serta isi perutnya sebagai
punca rezeki agar manusia sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Pernyataan ini
diperkuatkan berdasarkan Firman Allah SWT. :

            
        
         

Maksudnya: dan kepada kaum Thamud,kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh ,ia
berkata”Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada tuhan bagi
kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dan bahan-bahan bimi,
sera menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah
dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.
SesungguhnyaTuhanku sentiasa dekat,lagi sentiasa memperkenankan permohonan
hambaNya.
JAPIM Page 8
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

(Hud : 61)

Allah SWT menciptakan alam seperti langit, bumi, tumbuhan, binatang, dan
sebagainya untuk kepentingan dan kemudahan manusia dalam melaksanakan tugas sebagai
khalifah. Allah SWT. telah berfirman :
            
 
Maksudnya:“Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit, di antaranya untuk
minuman kamu dan di antaranya untuk tumbuh-tumbuhan ; di sana kamu
mengembala ternakan. ”

(Al-Nahl : 10)

Semua kemudahan tersebut hanya diberikan kepada manusia berbanding makhluk


Allah SWT. yang lain dengan objektif yang khusus iaitu melaksanakan tugas sebagai khalifah
di bumi. Firman Allah SWT :

        


       
 

Maksudnya: :“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan
Kami telah berikan kenderaan di daratan dan lautan serta rezeki yang baik-baik
kepada mereka, dan telah Kami lebihkan dengan sesungguhnya dari kebanyakan
(makhluk lain) yang telah Kami jadikan.Segala kemudahan yang diberikan hendaklah
digunakan dengan sebaik-baiknya dan bersyukur di atas segala kurniaan-Nya.
(Al-Isra’ : 70 )

3.0 PERANAN KHALIFAH MENJAGA AGAMA

Manusia ialah makhluk Allah SWT yang dijadikan seelok-elok kejadian dan dilengkapkan

JAPIM Page 9
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

dengan akal fikiran, iaitu tugas membina dan memakmurkan bumi Allah SWT menggunakan
nikmat Allah SWT untuk menegakkan keadilan, keamanan, kesejahteraan, kebaikan, dan
keamanan mencegah daripada berlaku kerosakan, kekejian, kebinasaan terhadap alam ciptaan
AllahSWT.
Oleh itu, tujuan setiap muslim ialah beribadat kepada Allah SWT. satu daripada
ibadat yang ditugaskan kepada kita ialah amar makruf nahi mungkar, tugas ini wajib ke atas
setiap bahu orang islam dalam tujuan melaksanakan amanah Allah SWT.
Oleh itu setiap hamba Allah SWT di atas muka bumi ini memainkan peranan sebagai
pelaksanaan amanah Allah SWT dengan menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah
yang mungkar. Perkataan khalifah dihuraikan oleh ulama dengan makna mengganti Nabi
Muhammad SAW, selepas wafatnya dalam memelihara agama dan mentadbir dunia
dengannya.
Khalifah Allah SWT yang dimaksudkan ialah manusia diciptakan untuk menjadikan
pemerintah untuk memakmurkan bumi Allah SWT dan membentuk masyarakat manusia yang
diredhai. Dalam hubungan ini ustaz abdul hadi awang dalam kertas kerjanya (konsep dan
matlamat negara islam) menulis daripada pengertian di atas bahawa kita mendapati dua
perkara penting dalam tujuan kejadian manusia:

1. Menjaga agama
2. Mentadbir dunia
1. Menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:

a) Menegakkan Islam, dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat dengan menyatakan apa itu Islam kepada seluruh
manusia dan membuktikan kebaikan ajaran serta hukumnya di samping mempertahankan
daripada musuh.
.

b) Melaksanakan Islam, iaitu dengan mengamalkan perintah-nya dan meninggalkan larangan-


nya serta mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak kepada
sesiapa yang tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan.

2. Mentadbir dunia dengan agama ialah menghayati bahawa urusan dunia itu termasuk dalam
urusan agama iaitu dia mestilah dipatuhi kepada perintah agama.

JAPIM Page 10
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

Manusia sebagai hamba Allah SWT boleh dilantik untuk memegang jawatan khalifah
Allah SWT dan perlantikan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan
tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah antara hambanya maka manusialah yang paling
hampir kepada Allah SWT. Sebagai hakikat, hamba dan khalifahnya maka manusia tidak
berhak mencipta apa yang tidak diizinkan-nya sebaliknya manusia hanyalah menerima,
menyampaikan dan melaksanakan apa yang telah termaktub dan tertulis. Firman Allah SWT:

        

Maksudnya: :"Allah SWT menerangkan kepada kamu, antara perkara2 agama yang dia
tetapkan hukumnya, apa yang telah diperintahkan kepada Nuh, dan juga telah kami (Allah )
wahikan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah kami perintahkan kepada
Ibrahim, Musa dan Isa iaitu tegakkan pendirian agama dan janganlah kamu berpecah-belah
atau berselisih pada dasarnya.")
( Asy-Syura :13)

Terkandung dalam pengertian khalifah ialah mengusai dan memerintah ataupun


mempunyai sifat as-siyadah (ketuhanan), sifat ini diakui oleh Allah SWT dalam al-Quran.
sebagai khalifah, manusia diberikan mandat oleh allah swt seperti yang termaktub dalam al-
quran untuk menjadikan (tuan) ke atas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi
ini. tetapi sifat ini bukan manjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah tersebut
tetapi hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah
tersebut. Abdul Kadir 'Audah menyatakan perlantikan umat manusia menjadi khalifah dan
pemerintahan di bumi ini ada dua bentuk dan coraknya ,iaitu bentuk umum dan bentuk
khusus.

1. Mentadbir dunia dengan bentuk umum.


Perlantikan umat manusia sebagai khalifah di bumi dengan anggapan dan pandangan
bahawa mereka adalah pemerintah yang menjalankan kerja memakmurkan bumi ini dan juga
menjalankan kekuasaan memerintah dalamnya.

2. Mentadbir dunia dalam dua bentuk khusus:

a) Menjadi khalifah untuk memerintah negara dan menjadi khalifah untuk memerintah
individu.

JAPIM Page 11
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

b) Menjadi khalifah di bidang politik dan pemerintahan .

Dalam kedua-dua bentuk di atas, adalah suatu anugerah Allah SWT kepada sesiapa
yang diizin dan diperkenankan-Nya daripada kalangan para hamba-nya , baik dalam bentuk
bangsa, atau individu setelah allah swt kurniakan kepada mereka nikmat menjadi khalifah di
bumi. Firman Allah SWT :

         
  

Maksudnya :"Dan kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum
yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin2 serta hendak
menjadikan mereka orang yang mewarisi.”
( Al Qasas:5)

Menjadi khalifah dalam bentuk memerintah negara memberi pengertian yang


pertama sekali bahawa negara itu mestilah merdeka dan berdaulat, bebas daripada sebarang
penjajahan dan penindasan kuasa asing serta mempunyai kekuasaan dan kedaulatan untuk
melindungi kepentingan dan meninggikan tarafnya.

Dari sini, jelaslah daripada apa yang telah ditegaskan bahawa bukannya setiap hamba
Allah SWT itu dengan sendirinya atau semestinya menjadi khalifah, walaupun manusia itu
pada hakikatnya hamba, tetapi oleh kerana dia tidak melaksanakan konsep pengabdian
kepada Allah SWT dalam hidupnya maka dengan sendirinya dia bukan Khalifah Allah SWT .
Jadi manusia yang layak dan berhak menjadi Khalifah Allah SWT ialah manusia yang
menerima dan mengakui kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian, iaitu
penyerahan diri kepada Allah SWT.

4.0 PERANAN KHALIFAH MENEGAKKAN AMAR MAKRUF DN MENCEGAH


KEMUNGKARAN

Allah SWT mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain. Justeru,
manusia dianugerahkan dengan pelbagai keistimewaan yang seterusnya mengangkat mereka
sebagai khalifah Allah SWT yang mentadbir dunia ini. Oleh itu, manusia terutama umat Islam

JAPIM Page 12
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

ditaklifkan Allah SWT untuk menjunjung segala perintah-Nya sama ada berupa suruhan
mahupun larangan. Antaranya ialah solat, zakat, puasa dan haji serta amalan amar makruf
nahi mungkar.

Ungkapan amar makruf nahi mungkar sering kali diulang-ulang di helaian al-Quran
bagi membuktikan betapa penting dan tingginya amalan itu. Malah, yang lebih menariknya
ialah amalan amar makruf nahi mungkar adalah antara ciri utama sebagai umat yang terbaik.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya :

        


          
     

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang


dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”

(Ali Imran : 110)

Bertitik tolak dari sini, umat Islam wajib menginsafi bahawa mereka sebenarnya
bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar dalam konteks
kehidupan seharian, selain menunaikan amalan fardu seperti solat, zakat, puasa dan haji.
Tambahan pula, konsep amar makruf nahi mungkar ini sebenarnya pendekatan bagi
menyelesaikan segala kemelut atau gejala sosial yang melanda sesuatu masyarakat. Dengan
wujudnya kesedaran masyarakat Islam dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar pasti
akan menghasilkan satu komuniti harmoni dan sejahtera. Sejarah membuktikan bahawa
antara punca kejatuhan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau bangsa kerana berleluasanya
maksiat atau penyakit masyarakat seperti rasuah dan kezaliman.

Sehubungan itu, Allah SWT menegaskan akibat yang menimpa umat terdahulu kerana
kelalaian mereka menegakkan kewajiban amar makruf nahi mungkar ini. Firman Allah SWT:

         


    
JAPIM Page 13
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa
bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu
secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa
Allah SWT Maha berat azab seksanya.”

(Al Anfal : 25)

Jelas daripada inti pati ayat suci itu bahawa perbuatan membiarkan saja maksiat
berleluasa dalam masyarakat akan membawa bala bencana yang bukan saja menimpa orang
berdosa, malah masyarakat keseluruhannya. Oleh itu, setiap Muslim bukan saja diwajibkan
menjauhi dirinya daripada perbuatan dilarang Allah SWT, malah wajib mencegah perbuatan
terlarang itu daripada merebak dalam masyarakatnya.

Kisah kebinasaan kaum Bani Israel cukup menjadi pengajaran kepada umat Islam
terhadap pentingnya amar makruf nahi mungkar dijulang dan ditegakkan bagi memastikan
kelangsungan kehidupan manusia di bumi ini. Kisah mereka dirakam Allah SWT dalam surah
al-Maidah, ayat 78-79 yang bermaksud: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel dilaknat (dalam
kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Mariam. Yang demikian itu
disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-
larangan (sesama sendiri) daripada perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka
lakukan. Dan sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Lanjutan itu, Rasulullah SAW memberikan panduan kepada umat Islam mengenai
adab mencegah kemungkaran apabila dilihat berlaku dalam kehidupan seharian. Sabda
Baginda bermaksud: “Sesiapa daripada kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah
dia mengubahnya atau mencegahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya dia tidak
mampu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) juga dengan
lidahnya. Jika dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” –
(Riwayat Muslim)

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dengan terang mengenai perkara yang
dihalal dan diharamkan kepada umat Islam. Oleh itu, amar makruf nahi mungkar wajib
dilaksanakan selaras dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah
saw. Contohnya, kalau Allah SWT mengharamkan judi, riba, arak, kezaliman, fitnah
memfitnah dan sebagainya, maka janganlah dibiarkan amalan itu dilakukan dan seterusnya

JAPIM Page 14
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

merebak dalam masyarakat Islam. Ini kerana ia jelas larangan Allah SWT. Ringkasnya, apa
saja perbuatan ditegah Islam adalah wajib dihalang dan dicegah agar tidak merebak dalam
sesebuah masyarakat.

Sebaliknya, amar makruf pula lebih menjurus kepada menyeru umat Islam agar
kembali kepada Islam secara keseluruhannya. Firman Allah SWT :

        


       

Maksudnya :“Wahai orang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

(Al Baqarah :208)

Dari sini, jelas bahawa amar makruf mempunyai pengertian luas merangkumi seluruh
ruang lingkup kehidupan manusia. Menyeru manusia agar berakhlak mulia, berilmu dalam
segala disiplin ilmu sama ada duniawi mahupun ukhrawi dan kembali kepada Islam termasuk
dalam skop pengertian amar makruf. Begitu juga menyeru manusia ke arah perpaduan dan
kesatuan ummah, menegakkan keadilan sosial, memerangi kemiskinan dan perjuangan
menegakkan Islam termasuk dalam erti kata amar makruf. Pendek kata, perjuangan ke arah
kebaikan dan kesejahteraan ummah sejagat menurut landasan Islam termasuk dalam
pengertian amar makruf.

Meninjau senario umat Islam mutakhir ini, setiap umat Islam bertanggungjawab
melaksanakan amar makruf nahi mungkar berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada
mereka. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak dalam pemeliharaannya. Anak
mereka wajib diasuh dengan tarbiah Islamiah agar menjadi anak soleh dan bermanfaat kepada
masyarakat Islam. Sebaliknya, kalau anak mereka melakukan sesuatu bercanggah dengan
nilai Islam dan norma masyarakat, maka ibu bapa bertanggungjawab untuk menegur anak
mereka dan memelihara mereka daripada terjebak ke lembah larangan Allah SWT. Andainya
tanggungjawab ini diabaikan, pasti harapan untuk membina institusi rumah tangga yang
bahagia dan harmoni tidak akan tercapai.

JAPIM Page 15
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

Seterusnya, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menyemarakkan amar


makruf nahi mungkar dalam konteks kemasyarakatan. Setiap orang sewajarnya berusaha ke
arah menghidupkan sebuah masyarakat bertolak ansur, bersatu padu dan bekerjasama dalam
segala lapangan hidup. Tidak ketinggalan, setiap orang wajib berwaspada terhadap sebarang
unsur atau gejala negatif yang cuba meruntuhkan kerukunan dan kesejahteraan yang
mengiringi hidup mereka.

Manakala bagi pihak kerajaan pula, dengan kekuasaan yang ada pada mereka boleh
menguatkuasakan akta, enakmen atau undang-undang bagi memastikan amar makruf nahi
mungkar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan pembabitan semua pihak
dalam menjayakan amar makruf nahi mungkar, kerahmatan Ilahi juga yang akan menjelma
memayungi kehidupan ummah sejagat.

5.0 PERANAN KHALIFAH MENJAGA DIRI DAN KELUARGA

Di kalangan seluruh makluk yang Allah SWT ciptakan manusia mempunyai kelebihannya
yang tersendiri. Antara kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada manusia ialah akal fikiran.
Firman Allah SWT :

      

Maksudnya :"Sesungguhnya kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian"

(Al Tin : 4)

Bersesuaian dengan kelebihan yang Allah kurniakan kepada manusia, manusia telah
diberi tanggungjawabnya yang tersendiri iaitu sebagai khalifah di muka bumi ini. Di samping
menjadi khalifah manusia juga mempunyai peranan dan tanggungjawabnya yang tersendiri.
Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap manusia termasuklah
tanggungjawab terhadap Allah SWT, diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

5.1 Peranan dan Tanggungjawab Terhadap Allah SWT

Setiap manusia mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri khususnya bagi orang


islam iaitu tanggungjawab terhadap Allah SWT yang diasaskan terlebih dahulu dengan
akidah dan keimanan. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ialah seperti
menunaikan solat, berpuasa, membayar zakat dan mengerjakan haji. Manakala bagi orang

JAPIM Page 16
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

tidak beriman tidak dipertanggungjawabkan kerana mereka telah ingkar dan tempat mereka
diakhirat kelak ialah neraka.

i) Ibadat Solat.

Perkataan solat berasal dari perkataan Arab yang bermaksud doa dan pujian. Manakala dari
segi istilah solat bermaksud "menghadap jiwa kepada Allah SWT yang menimbulkan rasa
keanggungNya, dengan penuh khusyuk dan ikhlas dalan beberapa perkataan dan perbuatan
yang dimulai dengan Takbiratul-Ihram dan diakhiri dengan salam. Ibadah Sembahyang
merupakan rukun Islam yang kedua yang dilakukan oleh setiap umat Islam lima waktu sehari
semalam. Setiap umat Islam wajib bertanggungjawab mengabdikan diri dan beribadat
menyembah Allah SWT. Umat Islam yang lalai dari tanggungjawab ini akan menerima
balasan dari Allah dihari akhirat kelak. Firman Allah SWT:

          
           
 

Maksudnya: "Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) ; sesungguhnya


sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya) "

(Al Ankabut:45)

Ibadat solat juga melatih seseorang individu dari sentiasa taat dan patuh pada masa
serta dapat menepati masa dengan sewajarnya. Waktu-waktu solat seperti solat Zohor, Asar,
Maghrib, Isyak dan Subuh mempunyai masa-masanya yang tertentu dan terhad antara waktu-
waktu tersebut. Ibadat solat juga dapat melatih individu tersebut supaya mengurus masa
dengan sebaik mungkin. Secara tidak langsung dapat melatih individu dari mementingkan
masa dan mempergunakan masa sebaik mungkin. Ibadat solat juga dapat melatih umat Islam
supaya taat dengan pemimpin. Pemimpin dalam konteks ini ialah imam, manakala rakyatnya
pula ialah makmum.

ii) Ibadat Puasa

Puasa merupakan rukun yang ketiga di dalam Rukun Islam dan ianya dilakukan pada
bulan Ramadhan setiap tahun. Puasa bermaksud menahan diri dari sesuatu bermula dari terbit

JAPIM Page 17
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

fajar sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu kerana Allah Taala. Perintah
yang mewajibkan puasa ini banyak disebut di dalam al-Quran. Antara firman Allah SWT:

         
    
Maksudnya :"Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

( Al Baqarah : 183)

Terdapat beberapa kesan sekiranya ibadat ini dilakukan dengan sebaik mungkin dan
mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antaranya ialah:

a) Berpuasa dapat melatih diri supaya tidak terlalu menurut hawa nafsu dan kejahatan.

b) Berpuasa juga dapat menguatkan iman kepada Allah.

c) Berpuasa dapat menginsafkan diri dan mengetahui bagaimana keadaan orang miskin
yang menanggung kelaparan serta melahirkan perasaan tolong-menolong antara satu
sama lain.
d) Berpuasa juga dapat melatih diri dan bersikap sabar serta kuat menghadapi cabaran.

e) Berpuasa juga dapat melatih diri supaya amanah dan mentaati segala suruhan Allah
SWT.

f) Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih hidup berdisiplin.

g) Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah SWT
kerana menurunkan nikmat dan pemberian yang tidak terhingga pada makluknya.
h) Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas hati dan betul-betul
mengharapkan keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.

i) Berpuasa dapat menginsafkan diri bahawa kita adalah seorang hamba yang lemah di
sisiNya.

j) Berpuasa dapat memperkuatkan kekuatan fikiran dan memberi kekuatan penglihatan


mata hati (basirah).

iii) Ibadat Zakat

JAPIM Page 18
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

Merupakan Rukun Islam yang keempat. Zakat dari segi bahawa bermaksud subur, bersih dan
berkembang. Dari segi syarak, zakat bermaksud mengeluarkan kadar harta yang tertentu
kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Hukum zakat ialah Fardhu Ain ke
atas tiap-tiap orang islam yang cukup syaratnya. Zakat dapat dibahagikan kepada dua iaitu
zakat fitrah dan zakat harta.Islam mewajibkan umat-umatnya yang berada supaya
mengeluarkan zakat iaitu sebahagian kecil atau cukup nisabnya / sukatan / timbangan
daripada simpanan atau perniagaannya / pertanian dan ternakan bagi tujuan membantu orang-
orang miskin. Firman Allah :

       

Maksudnya :"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat"

(Al Baqarah : 43)

Kesan dari amalan berzakat ialah menyucikan diri dan jiwa serta menjauhkan diri dari
sifat tamak haloba dan kedekut, dapat menguatkan hubungan persaudaraan sesama Islam
tanpa mengira darjat dan keturunan dan sentiasa bersyukur dengan kelebihan yang Allah
kurniakan dan sentiasa mengingati orang yang susah dari kita (fakir miskin).

iv) Ibadat Haji

Merupakan kewajipan yang kelima yang dituntut dan disyaratkan ke atas mereka yang
mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan kesihatan untuk sampai ke Mekah dan
pulang ke tanah air. Pengertian Haji dari segi bahasa bermaksud pergi/menuju. Manakala dari
segi istilah pula bermaksud mengunjungi Batiullah dengan niat untuk mengerjakan ibadah
kepada Allah dengan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu serta dikerjakan pada masa-masa
tertentu.Firman Allah :

            
            
  

Maksudnya :"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan


mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. "

(Ali Imran : 97)

JAPIM Page 19
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

Kesan dari ibadat haji ialah dapat mengunjungi kaabah/baitullah di samping menziarahi
makam Rasulullah SAW di Madinah dan melihat tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah
SWT serta memperteguhkan iman dan keyakinan terhadapnya, mengeratkan hubungan
silaturahim dan perpaduan, membentuk disiplin di kalangan umat Islam dan mencegah
larangan dan mengetahui dan mendapat iktibar dari sejarah awal kewujudan Islam.

Kesemua ibadah-ibadah ini harus dilakukan oleh setiap umat Islam supaya dapat
menjadi umat islam yang sempurna dan lengkap dengan segala keperluan yang dituntut.
Untuk mendapatkan hasil yang sempurna kesemua ibadah yang dilakukan ini seharusnya
dengan seikhlas hati dan niat yang betul. Sesungguhnya keikhlasan niat adalah merupakan
salah satu daripada rukun-rukun ibadah.

2. Peranan dan tanggungjawab terhadap diri

Setiap manusia di dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan segala kelebihan dan
keistimewaan jika dibandingkan dengan makhluk lain. Jesteru itu, manusia khususnya umat
Islam seharusnya menjadi sebagai seorang hamba dan khalifah Allah yang baik menurut
lunas-lunas Islam yang sepatutnya. Di dalam hal ini ilmu memainkan peranan yang penting di
dalam memantapkan diri untuk menjadi hamba dan khalifah Allah SWT dimuka bumi ini.
Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah.

a) Ilmu Fardhu Ain

Merupakan ilmu yang berkaitan dengan Allah SWT dan Rasul-rasul. Ilmu ini perlu
didalami supaya mendapat kesempurnaan di dalam hubungan antara hamba dan penciptanya
iaitu melalui ibadah-ibadah khusus.

b) Ilmu Fardhu Kifayah

Berkaitan dengan keduniaan dan bidang-bidangnya adalah berkaitan dengan politik,


ekonomi, sosial dan sebagainya. Selain itu setiap umat Islam juga seharusnya memelihara hak
diri dari soal agama hinggalah aktiviti yang dilakukan seharian. Dengan adanya akal fikiran
yang waras dan ilmu yang mendalam akan dapat mendidik individu di dalam membuat segala
keputusan dan perbuatan mengikut lunas-lunas Islam yang sewajarnya. Dengan adanya ilmu
Fadhu Ain, individu tersebut tidak akan melakukan perkara-perkara yang diluar batas sebagai
umat Islam yang boleh membawa kepada syirik. Mereka akan sentiasa menjaga diri dan
berwaspada serta menjaga maruah diri demi agama suci, iaitu agama Islam.

JAPIM Page 20
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

3. Tanggungjawab terhadap keluarga

Struktur sesebuah masyarakat terdiri dari beberapa kelompok keluarga dan di dalam
sesebuah keluarga terdiri daripada beberapa orang ahli tetap iaitu ibu, bapa, suami, isteri dan
anak-anak. Setiap ahli di dalam keluarga ini mempunyai tanggungjawab dan peranannya
yang tersendiri Antara tanggungjawab yang utama dan paling penting yang harus diberikan
kepada ahli keluarganya ialah memberi pendidikan keagamaan yang secukupnya. Seperti
mana firman Allah :

       


         
    

Maksudnya :"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari api neraka, yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu
(berhala)”

(Al Tahriim: 6)

Di sini jelaslah bahawa Allah telah mengingatkan setiap umat Islam supaya
menyelamatkan diri dan keluarganya dari api neraka iaitu melalui cara mematuhi dan taat
mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Walaupun pada dasarnya
tanggungjawab ini amat berat namun ia seharusnya dilakukan dan dimulai oleh ketua
keluarga dengan ini ahli-ahli keluarga yang lain akan cuba menuruti apa yang dilakukan oleh
ketua keluarga ini. Selain itu, ketua keluarga juga boleh menyusuli dengan nasihat tunjuk
ajar. Dengan ini secara tidak langsung ketua keluarga telah memainkan peranan dan
tanggungjawab terhadapnya. Antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan dalam keluarga
dan masyarakat:

a) Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.


b) Tanggungjawab anak kepada ibu bapa
c). Tanggungjawab suami terhadap isteri.
d). Tanggungjawab isteri kepada suami

4. Tanggungjawab terhadap masyarakat.

Terdapat beberapa tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap umat Islam di dalam
masyarakat iaitu :

JAPIM Page 21
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

i) Doa mendoakan

Lafaz salam antara sesama Islam misalnya ketika berjumpa seharusnya memberi salam atau
merupakan doa yang bermaksud "selamat sejahtera ke atas kamu"

ii) Sayang menyayangi

Setiap umat Islam hendaklah sentiasa menyayangi sesama Islam seperti mana
menyayangi dirinya sendiri ataupun membencinya seperti membenci diri sendiri. Seperti
mana sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim "Orang mukminin itu
diumpamakan dalam keadaan saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi; sebagaimana
sekujur badan, apabila salah satu anggotanya mengaduh sakit, seluruh anggota yang lain
sama-sama merasai demamnya dan berjaga malam"

iii) Tidak menyakiti hati dan tidak menyebarkan keburukan kepada orang lain.

Setiap umat Islam tidak menyakiti hati umat Islam yang lain, baik dari perbuatan
mahupun lisan atau percakapan. Perbuatan yang menyakiti hati umat Islam seperti
mengumpat, menghina berdusta dan sebagainya. Umat Islam juga dilarang sama sekali untuk
menyebarkan keburukan orang lain ini adalah bertujuan untuk menjaga maruah individu
tersebut.

iv) Tidak sombong dan membesarkan diri

Setiap umat Islam seharusnya bersifat merendah diri dan menjauhi diri dari sifat
sombong atau membesarkan diri, angkuh dan sebagainya. Allah melarang umat Islam supaya
jangan bersifat sombong.

5. Tanggungjawab terhadap negara

Umat Islam adalah khalifah Allah dimuka bumi ini dengan itu, sesuai dengan
tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap individu Islam iaitu menjaga dan
mempertahankan negara dari ancaman dalam dan luar negara. Mereka yang telah dilantik
untuk menjadi pemimpin seharusnya lebih bersifat bertanggungjawab dan menjaga negara
dari dijajah baik dari segi fizikal mahupun mental.

6. Tanggungjawab terhadap alam

Alam adalah anugerah Allah. Kita sebagai Khalifah Allah seharusnya menjaga dan
memelihara anugerah Allah ini dengan sebaik mungkin. Misalnya di dalam melaksanakan
JAPIM Page 22
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

hubungan dengan tumbuhan, kita sebagai manusia tidak boleh sewenang-wenangnya


menebang sesuka hati, sekiranya ianya dilakukan juga kemungkinan akan menyebabkan
kemusnahan alam seperti berlakunya banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Begitu juga halnya
dengan hubungan manusia dengan haiwan dimana kita seharusnya tidak menyeksa haiwan-
haiwan ini. Sekiranya perlu membunuh seharusnya dilakukan dengan sebaik mungkin tanpa
membuat penyeksaan ke atas haiwan tersebut.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh di buat dalam tajuk "Manusia Sebagai Khalifah Allah SWT di muka
bumi" ini adalah, manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan
manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu
juga harus sedar bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. ,
Oleh sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta
meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat hubungan
baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil dalam segala hal.
Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan
dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah
perlulah mempunyai sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya.
Khalifah mestilah mempunyai keadaan fizikal yang sihat dan baik. Ini kerana
kesihatan juga diambil kira sebab ia adalah penting untuk seseorang itu memerintah dengan
cara yang betul dan tegas yang berlandaskan hukum Islam. Keselamatan masyarakat yang di
perintahnya juga menjadi faktor yang penting supaya kawasan atau tempat yang
diperintahnya sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat bagi membentuk masyarakat
yang berdisplin serta mengagungkan Allah SWT dalam semua hal.
Khalifah juga harus terdiri daripada orang yang bijak pandai supaya kawasan yang di
tadbirnya sentiasa dalam keadaan harmoni dan maju kehadapan. Ilmu pengetahuan adalah
faktor yang penting bagi seorang khalifah, kerana ianya merupakan satu bonus terhadapnya
supaya dia dapat memutuskan sesuatu masalah dengan teliti dalam hal yang berkaitan.

JAPIM Page 23
PENGANTAR ILMU AKIDAH (PIM 1024)

JAPIM Page 24