Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri Wacana

Ciri-ciri Wacana adalah seperti berikut:

Tiap wacana mestilah mempunyai tujuan:


Tujuan yang menentukan kalimat
Sekiranya tujuan penutur untuk memperolehi maklumat, kalimat yang timbul tentulah
merupakan ayat tanya manakala tujuan untuk menyempurnakan sesuatu perbuatan,
kalimat yang terhasil tentulah dalam bentuk ayat perintah.

Wacana mestilah berlandaskan hubungan antara penutur atau penulis dengan


pendengar atau pembaca.

Wacana berkait dengan kedudukan penutur yang menuturkan sesuatu lakuan


bahasa dalam masyarakat.
Hal ini akan mempengaruhi gaya wacana dalam lakuan bahasa tersebut sama ada
gaya formal atau tidak formal.
Contoh : Apabila seseorang pelajar berhubung dengan gurunya, dia akan
menggunakan gaya formal tetapi apabila dia berhubung dengan kawannya, dia akan
menggunakan gaya tidak formal.

Wacana mestilah mempunyai ciri-ciri turutan atau susun atur dengan pengertian
unsur-unsurnya dapat disusun misalnya urusan waktu, tempat
Contoh : Sebab akibat
“Oleh sebab dia belajar bersungguh-sungguh, dia mendapat kejayaan yang cemerlang
dan dia telah diberi hadiah penghargaan.”

Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu mempunyai maklumat baru yang
belum ada dalam ayat sebelumnya
Ayat yang mendukung kebenaran akaliah yang terkandung dalam ayat
sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.
Contoh ayat: Saya berkerja sehari suntuk. Saya berkerja dari awal pagi hingga lewat
petang.

Wacana juga tidak boleh memasukkan maklumat yang berlawanan dengan logik
akaliah.
Bertentangan dengan maklumat yang ada sebelumnya.
Contoh : Ayat “Semalam saya bekerja sehingga jam satu tengah hari” tidak boleh
dimasukkan selepas ayat “Semalam saya bekerja sehari suntuk”, demikianlah
sebaliknya.

Wacana mempunyai andaian dan inferensi.


Informasi atau maklumat awal dalam wacana disebut andaian manakala maklumat baru
disebut inferensi.
Inferensi memberikan penokokan maklumat kepada andaian dan dalam ujaran
biasanya bahagian ini diberi penekanan suara yang lebih tinggi.

8.KEJELASAN
•Perenggan yang jelas memberi makna penulisan idea yang terang, nyata, dan dapat
difahami dengan mudah.
•Lawannya adalah kabur, sukar difahami dan gagal menyampaikan ideanya serta tidak
melakukan tugas komunikasi dengan pembaca.
•Kejelasan dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang tepat dan tidak meleret-leret, istilah-istilah
konkrit, tidak kabur dan tidak terlalu umum
KESATUAN
•Perenggan yang berpusat pada satu fokus ialah perenggan yang padu dan berkesatuan.
Ayat atau fikiran yang melencong atau terkeluar dari fokus akan menjadi unsur
gangguan dan menjadikan pembacaan tidak lancar.
•Penulis dapat melihat dan yakin terhadap apa yang dikehendakinya dalam sesebuah
perenggan tidak mempunyai banyak masalah dengan kesatuan.
•Penumpuan terhadap tujuan akan dapat mengawasi urutan fikiran supaya tidak tergelincir
daripada maksud asal.
•Kesatuan akan bermasalah sekiranya kita cuba mendapatkan sesuatu idea melalui ayat.
•Perenggan yang ditulis dengan cara demikian akan memperlihatkan dua kelemahan:
a)Gangguan yang jelas dalam urutan idea yang disebabkan kehadiran buah fikiran yang
tidak berkaitan.
b)Penyelewengan secara perlahan-lahan dari tujuan perenggan yang sebenarnya.Ini berlaku
apabila kita membiarkan setiap ayat bergerak ke arah lain.
KEPAUTAN
•Sesebuah perenggan dikatakan berpaut apabila ayat-ayat yang dibina di dalamnya
bergerak lancar dan orang yang dapat membacanya dengan mudah dari satu ayat ke
satu ayat yang lain tanpa ada ruang kosong atau jurang fikiran atau idea yang tertinggal
serta tidak dikemukakan.
•Perenggan yang lemah kesatuannya akan lemah kepautannya.
• Jika perenggan yang lemah kesatuannya kerana kelemahan rujukan terhadap ayat topik
maka perenggan yang kepautannya disebabkan kelemahan rujukan terhadap ayat-ayat
sebelumnya.
•Kelemahan kepautan bukan hanya disebabkan kelemahan kesatuan dan susunan, tetapi ia
juga disebabkan kelemahan hubungan melalui penggunaan alat penghubung.
•Alat-alat penghubung itu ialah rujukan kata ganti nama diri,pengulangan perkataan penting
dan penanda transisi.
KESEMPURNAAN
•Bermaksud unit fikiran yang lengkap. Perenggan tersebut untuk menjalankan tugas-tugas
yang dijangkakan iaitu mengembangkan idea topiknya dengan sempurna dan lengkap.
• Selepas pembacaan terhadap perenggan atau terhadap tulisan tersebut, pembaca akan
berasa puas hati dan tidak tertanya-tanya akan perkara yang digambarkan dalam ayat
topik.
•Ujian terhadap kesempurnaan dilakukan oleh pembaca. Pembacalah sepatutnya berpuas
hati bukan penulis.
•Penulis hendaklah melihat perenggan itu sebagaimana pembaca melihatnya.
•Alat-alat yang biasa digunakan untuk mencapai kesempurnaan ialahbutiran sokongan,
contoh-contoh dan perbandingan.
•Perenggan yang tidak sempurna ialah perenggan yang tidak lengkap.
•Ada perkara-perkara yang hendak dikembangkan tidak dapat dilakukan ataupun
perkembangan yang dibuat itu tidak mencukupi. Ayat topiknya tidak dihuraikan dan
dikembangkan dengan sewajarnya.
KEBOLEHBACAAN
•Kebolehbacaan atau keterbacaan bersangkut dengan aspek proses membaca iaitu
pemahaman, kefasihan dan minat.
•Pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna tulisan bercetak tapi
bergantung kepada kelancaran atau kefasihan dan tarikan atau minat kita terhadap
bahan yang kita baca itu.
•Aspek keterbacaan menegaskan masalah pemahaman terhadap pengetahuan makna dan
frasa serta boleh menghubungkan bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman-
pengalaman seseorang.

***ada banyak lagi ciri-ciri wacana. Sila rujuk pada buku rujukan seperti: KAJIAN
BAHASA MELAYU,
KETRAMPILAN PENULISAN