Anda di halaman 1dari 29

SK TAMAN DESA

BANDAR COUNTRY HOMES

PROGRAM PADU
NAMA:ALIAH QISTINA

BT AZHAR

KELAS:6 DAHLIA

MATA PELAJARAN:

BAHASA MELAYU
SURAT
KIRIMAN
TIDAK
RASMI

1
1.
39,Jalan
Padang Tembak,

Taman Sri Idaman,

36000 Taman Intan,

Perak Darul Ridzuan.

. 3 Mei 2018.

Menemui sahabatku, Nurin Zulaikha yang berada di Jenderam, Selangor semoga


saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Saya di
sihat wal afiat.

Saudari,

Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Tujuan
saya mengutus surat ini adalah untuk menjawab pertanyaan saudari tentang
sambutan Hari Guru di sekolah saya. Untuk pengetahuan saudari,pada tahun ini
sambutan Hari Guru di sini sungguh meriah. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah
acara pentas dan juga acara sukaneka di padang.

Semua murid dan guru berkumpul di dewan sekolah seawal jam 8.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan tuan pengerusi majlis diikuti oleh ucapan
perutusan Hari Guru oleh guru besar.Majlis diteruskan dengan pembacaan ikrar oleh
guru-guru dan seterusnya guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu
tema Hari Guru.
Acara pentas diteruskan dengan persembahan kebudayaan.Guru-guru
menunjukkan bakat dengan menyanyi, mendeklamasikan sajak, bermain alat muzik
dan bermain silap mata. Kami berasa seronok dan besar hati dengan persembahan
guru-guru itu.

2
Kira-kira satu jam kemudian, acara sukaneka diadakan di padang sekolah.
Guru-guru dan murid-murid mengambil bahagian.Acara yang paling menarik ialah
acara lari di dalam guni dan permainan terompah gergasi antara guru dengan murid.
Kerjasama antara peserta sangat erat ketika itu.

Demikianlah serba sedikit tentang sambutan Hari Guru di sekolah saya.


Saya berharap saudari berpuas hati dengan penerangan saya. Sekian dahulu buat
kali ini. Sampaikan salam saya buat keluarga saudari di sana.Sehingga bertemu
lagi di lain masa.

Sahabatmu,

AINA SYAFIQAH

2.
No.2,Jalan Kumbang,

Bandar Bharu Jaya,

84000 Muar, Johor.

9 Jun 2018.

Menemui sahabatku, Sapuan yang kini berada di Kuching, Sarawak dengan iringan
doa semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Saya di sini sihat wal afiat.

Saudara,

Tujuan saya mengutus surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman


saya semasa menyertai pertandingan melukis bersempena dengan sambutan Hari
Kebangsaan yang lalu di Dataran Johor Bahru.

3
Seawal jam 7.30 pagi lagi, saya dan beberapa orang peserta telah berada
di tempat pertandingan. Kami diiringi oleh dua orang guru Pendidikan Seni, iaitu
Cikgu Jurep dan Cikgu Mustaqim. Setelah mendaftar sebagai peserta, saya
mengambil tempat yang telah disediakan. Saya telah memilih Tahun Melawat
Malaysia sebagai tema lukisan. Saya tekun melukis tanpa mempedulikan orang
ramai yang datang berkunjung ke situ.

Sebaik sahaja tamat masa pertandingan, saya menghantar lukisan ke


meja urus setia. Sementara menunggu keputusan, saya menjamu selera di gerai
berdekata. .Tepat jam 12.00 tengah hari, keputusan diumumkan. Kami kurang
bernasib baik kerana hanya saya seorang yang mendapat tempat ketiga manakala
rakan saya mendapat hadiah sagu hati. Namun begitu,kami tetap berpuas hati
kerana ini merupakan pengalaman pertama kami menyertai pertandingan melukis.

Saudara Sapuan,

Saya berasa amat gembira dapat berkongsi pengalaman ini bersama-


sama saudara. Saya berharap, saya akan memenangi tempat pertama di lain
pertandingan.

Akhir kata, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara dan


keluarga. Saya sentiasa menunggu balasan warkah dari saudara. Jumpa lagi di
lain masa.

Sahabatmu,

ARIFIN TARMIZI

4
3.
No.9,Lorong Perdana 5,

Taman Perdana,

12100 Butterworth,

Pulau Pinang.

10 Mac 2019.

Menemui nenda yang kini berada di Baling, Kedah. Harapan cucunda agar nenda
sihat hendaknya. Cucunda sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Nenda,

Cucunda ingin memohon maaf kepada nenda kerana cucunda sekeluarga


terpaksa menangguhkan rancangan untuk pulang ke kampung pada awal cuti
persekolahan ini.

Untuk makluman nenda, penangguhan ini disebabkan cucunda diwajibkan


mengikuti kelas tambahan persediaan UPSR yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Kelas tambahan ini sangat penting kepada cucunda sebagai persediaan awal
sebelum menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Cucunda tidak mahu menggusarkan perasaan nenda dengan menunggu


kedatangan cucunda sekeluarga. Oleh sebab itu, cucunda segera menulis surat ini
untuk mengelakkan tanggapan kurang baik kerana terpaksa membatalkan
rancangan untuk pulang ke kampung.

5
Namun begitu, usahlah nenda bersedih kerana selepas berakhirnya kelas
tambahan ini, cucunda sekeluarga akan pulang ke kampung dengan segera.
Cucunda akan memaklumkan tarikh kepulangan cucunda sekeluarga nanti.Cucunda
sudah tidak sabar hendak menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama nenda.
Bolehlah nenda menyediakan masakan kampung kegemaran cucunda.

Sekian sahaja warkah buat kali ini. Diharapkan nenda memahami situasi
cucunda. Cucunda sekeluarga mengucapkan salam ingatan dan kasih saying yang
berpanjangan buat nenda di kampung.

Cucunda,

FARHANA

6
UCAPAN

7
1.
Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Tuan Mokhtar bin Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri
Gombak, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi
semua. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi


peluang berucap di majlis yang sangat bermakna ini. Terima kasih juga diucapkan
atas kesudian pihak sekolah menganjurkan majlis seumpama ini. Segala kenangan
pahit dan manis, suka dan duka, kejayaan dan kegagalan selama enam tahun kami
berada di sini akan tetap tersemat di hati kami.

Saya mewakili rakan-rakan ingin merakamkan penghargaan yang tidak


terhingga buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik kami. Bermula
daripada tidak tahu apa-apa, kami kini sudah boleh menjadi setiausaha dan
bendahari. Sungguh besar jasamu, wahai guru ! Kami akan tetap mengingati jasa-
jasamu selagi hayat dikandung badan.

Keputusan UPSR telah diumumkan semalam. Seramai 25 orang murid


memperoleh 6A daripada jumlah calon seramai 90 orang. Tuan Guru Besar telah
memaklumkan bahawa sekolah kita mencapai peratusan terbaik dari segi kualiti dan
kuantiti mengatasi sekolah-sekolah lain di daerah Hilir Perak dan menduduki tempat
ke-3 bagi keseluruhan negeri Perak. Satu catatan sejarah telah dicipta di sekolah ini

Tahun ini juga banyak kejayaan dalam bidang kokurikulum yang telah
diraih. Sekolah kita telah menjadi johan di peringkat negeri dalam pertandingan dan
bercerita. Dalam bidang sukan pula, sekolah kita menjadi naib johan di peringkat
negeri dalam acara memanah dan lontar cakera. Semua kejayaan ini hasil daripada
bimbingan dan sokongan guru- guru semua.

8
Sesungguhnya, jasa kalian amat besar kepada kami. Tanpamu guru,
kami bagai si buta kehilangan tongkat. Sebelum mengundurkan diri, saya akhiri
ucapan saya ini dengan serangkap pantun.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan boleh mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.

Sekian, terima kasih.

Contoh 2
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Norliza binti
Samad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bahagia, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi sekalian. Saya sangat berbesar hati kerana diberi peluang
untuk berucap pada pagi yang berbahagia ini.

Guru-guru dan rakan-rakan,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru sekalian


yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai
Ketua Pengawas Sekolah. Hal ini demikian kerana, saya merasakan rakan-rakan
saya yang lain juga berkaliber untuk memegang jawatan ini.

Saya berjanji akan berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan


dengan penuh dedikasi. Saya juga berharap agar guru-guru sentiasa membimbing
dan memberi tunjuk ajar kepada saya ketika menjalankan tugas. Tanpa sokongan
guru-guru tidak mungkin saya dapat membantu pihak sekolah mengatasi masalah
disiplin di sekolah ini.

9
Selain itu, kepada rakan-rakan pengawas yang lain, saya berharap agar kita
akan turut bersama-sama menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Kita perlu sentiasa bekerjasama untuk mengatasi apa jua masalah yang timbul.

Akhir sekali, saya menyeru rakan-rakan pengawas semua supaya


membulatkan tekad untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik
mungkin. Mudah-mudahan dengan kerjasama yang erat daripada semua pihak,
kita dapat mengangkat martabat sekolah ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum saya mengundurkan diri, ucapan teima kasih sekali lagi kepada
semua pihak yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan ini.

Sekian, terima kasih.

3.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Tuan Haji Lizam
bin Parman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bernam, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu
saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah diberi peluang
untuk berucap dalam majlis perpisahan pada petang ini.

Hadirin sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir Cikgu
Shamsul berkhidmat di sekolah ini. Mulai esok, beliau akan ditugaskan di Jabatan
Pelajaran Negeri Perak. Sebelum terlambat, saya mewakili murid-murid di sekolah
ini ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Cikgu Shamsul sebagai pegawai di
Jabatan Pelajaran Negeri.

10
Cikgu Shamsul telah berkhidmat di sekolah ini selama 7 tahun. Selama
beliau di sekolah ini, beliau mendidik kami bagaikan anak sendiri. Beliau
merupakan guru yang sangat berdedikasi semasa menjalankan tugas. Kami tidak
akan lupa segala tunjuk ajar beliau selama ini.

Hadirin sekalian,

Sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Shamsul sangat komited


terhadap tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Segala program dan
perancangannya telah berjaya menaikkan nama sekolah sehingga dikenali di
peringkat negeri. Dalam bidang sukan, beliau merupakan jurulatih pasukan bola
baling yang cukup disegani. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan bola
baling sekolah di bawah bimbingan beliau.

Selama beliau berkhidmat di sekolah ini, sudah pasti ada tingkah laku dan
tutur kata murid-murid yang menyinggung perasaan beliau. Oleh itu, saya mewakili
semua murid di sekolah ini ingin memohon kemaafan jikalau terdapat ketelanjuran
kata dan berharap semoga beliau gembira bertugas di tempat baharu.

Akhir sekali, kami berharap agar Cikgu Shamsul tidak melupakan kami di
sini dan sudilah datang ke sini jika ada kelapangan.

Sekian, terima kasih.

4.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Kamil
bin Mahad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi sekalian. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak sekolah kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berucap pada hari
ini. Tajuk ucapan saya pada hari ini ialah Kanak-kanak Sejahtera.

11
Hadirin sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa tarikh 17 Oktober setiap tahun


merupakan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini adalah untuk
menyedarkan seluruh masyarakat supaya peka akan perkembangan sahsiah kanak-
kanak.

Sebagai kanak-kanak Malaysia, kita wajar bersyukur kerana kerajaan


mengambil berat tentang keperluan pendidikan golongan kanak-kanak. Kerajaan
telah menyediakan pendidikan yang terbaik untuk kita. Oleh itu, janganlah kita sia-
siakan peluang yang ada.

Namun begitu, ketika kita mengecapi keistimewaan ini, janganlah kita


lupa kepada rakan-rakan yang kurang bernasib baik di negara-negara lain yang
dilanda peperangan, bencana alam dan kemiskinan. Mereka tidak mendapat
pendidikan yang sempurna seperti kita di sini. Oleh itu, kita perlu bersyukur dengan
segala kemudahan yang kita miliki.

Sebagai kanak-kanak, kami semua sangat mengharapkan bimbingan


daripada ibu bapa dan guru-guru untuk membentuk kami menjadi generasi yang
berpendidikan dan berwawasan.

Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut


Hari Kanak-kanak. Semoga kita akan menjadi kanak-kanak yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

12
CATATAN

13
1.
Isnin, 4 Januari 2019

8.00 pagi Sudah lebih setengah jam saya bersama ayah menunggu di pejabat

Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Orang yang kami tunggu

masih berucap di perhimpunan rasmi. Perasaan saya semakin tidak

menentu. Hati semakin berdebar dan gelisah seperti duduk di atas

duri.

8.30 pagi Guru besar yang ditunggu kini muncul di muka pintu. Mukanya

berseri-seri dan bertubuh sederhana. Pada tanda namanya tertera

tertulis Haji Sulaiman. Ayah menghulurkan tangannya kepada

beliau dan memperkenalkan dirinya. Mereka berbual-bual dengan

begitu mesra sekali. Kemudian, ayah memperkenalkan saya

kepada guru besar.

9.00 pagi Saya dibawa oleh seorang guru masuk ke sebuah kelas.Tertulis

perkataan 6 Gemilang di atas muka pintu kelas itu. Guru itu

memperkenalkan saya kepada Cikgu Kasmiyati. Selaku guru kelas,

Cikgu Kasmiyati telah menempatkan saya di barisan tengah. Saya

disambut mesra oleh Dalila yang duduk bersebelahan.

14
9.30 pagi Saya diminta untuk memperkenalkan diri di hadapan kelas. Saya

disapa dengan mesra oleh kawan-kawan sekelas baharu saya.

Mereka melayan saya dengan baik. Hati saya yang sedih kerana

meninggalkan kawan lama kembali terhibur. Saya duduk semula

setelah guru Matematik masuk ke kelas untuk memulakan pengajaran

seterusya.

10.15 pagi Apabila loceng berbunyi, saya bersama Dalila ke kantin sekolah.

Saya meninjau keadaan kantin dan mendapati keadaan di situ sangat

teratur dan bersih. Makanan yang dijual juga berkualiti dan harganya

berpatutan. Selepas itu, Dalila membawa saya ke taman sains.

Saya berasa teruja melihat pelbagai jenis tanaman herba yang hidup

subur dan dihiasi dengan kolam ikan yang unik. Pelbagai spesies

ikan air tawar dipelihara di kolam itu.

1.00 petang Kelas telah berakhir setengah jam yang lalu. Saya berbual-bual

dengan beberapa kawan baharu saya yang lain di pondok menungu

yang disediakan. Antara nama yang sempat diingati ialah Hajar,

Azwa dan Nazila. Dari jauh saya melihat kereta ayah sudah tiba.

Saya minta diri dan melangkah ke kereta ayah dengan perasaan

gembira.

15
2.
Ahad, 10 September 2018

6.00 pagi Aku bangun awal hari ini kerana banyak perkara yang ingin aku

lakukan. Setelah mengemas tempat tidur, aku membersihkan diri

dan mengerjakan solat Subuh. Aku berdoa agar diberi ketenangan

ketika menjawab soalan peperiksaan esok.

7.00 pagi Aku mula meneliti jadual peperiksaan UPSR yang akan bermula esok.

Nota-nota ringkas yang telah aku buat selama ini, aku kumpulkan di

Atas meja untuk memudahkan sesi ulang kaji.

8.00 pagi Ibu memanggil aku untuk bersarapan pagi bersama-sama. Menu pagi

ini ialah roti telur dan air Horlicks. Semasa di meja makan, ayah dan

ibu memberikan motivasi dan kata-kata peransang kepadaku untuk

terus berjaya.

9.00 pagi Aku membelek nota-nota ringkas yang telah aku buat beberapa bulan

dahulu. Format penulisan Bahasa Melayu aku teliti satu per satu.

Selain itu, aku juga membuat beberapa latihan kefahaman untuk

mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada.

16
4.00 petang Ayah dan ibu mengajak aku pergi ke taman rekreasi. Ayah

membenarkan aku membuat apa sahaja aktiviti asalkan aku sentiasa

menjaga keselamatan diriku. Hatiku begitu tenang sekali menghirup

udara segar di taman ini.

8.00 malam Selepas makan malam, aku menyiapkan peralatan untuk menduduki

peperiksaan. Aku memastikan pensel, pen, pemadam, pembaris

dan sebagainya telah disimpan di dalam beg.

10.00 malam Tepat pada pukul 10.00 malam, aku pun tidur. Aku berdoa agar dapat

menjawab peperiksaan esok hari dengan tenang.

3.
Sabtu, 21 Ogos 2018

7.30 pagi Semalam, ayah telah memaklumkan bahawa kami sekeluarga akan

Bercuti ke Pulau Pangkor. Aku bangun awal hari ini. Ibu pula sibuk

Di dapur menyediakan bekalan makanan untuk dibawa dalam

Perjalanan nanti. Selepas bersarapan, kami segera bertolak ke

destinasi menaiki Toyota Alphard yang dipandu ayah.

9.00 pagi Kami singgah di Hentian Sungai Bernam untuk berehat seketika.

Aku begitu kagum apabila menggunakan kemudahan tandas di

Hentian ini yang begitu bersih.Tidak hairanlah tandas di hentian ini

telah dinobatkan antara tandas awam yang terbersih di Malaysia.

17
11.30 pagi Kami sampai di jeti Lumut. Setelah membeli tiket, kami sekeluarga

Mengisi perut di restoran berdekatan. Terdapat beberapa deretan

restoran menjual pelbagai jenis makanan dengan harga yang

berpatutan.

12.30 Kami menaiki feri Seri Mesra menuju ke Pulau Pangkor. Feri tersebut
tengah hari sungguh selesa kerana dilengkapi kemudahan penyaman udara,

tandas dan televisyen.

2.00 petang Kami menuju ke tempat penginapan di Teluk Nipah Bay.Kebetulan,

tempat penginapan kami berdekatan dengan pantai. Selepas

meletakkan segala keperluan yang dibawa, aku meminta izin

daripada ayah dan ibu untuk berjalan-jalan mengambil angin.

8.00 malam Setelah menikmati makan malam, kami sekeluarga berehat di tepi

pantai sambil menikmati hembusan udara segar di situ. Ayah pula

leka memancing di sekitar pantai sehingga lewat malam. Inilah

percutian yang paling menyeronokkan yang pernah aku rasai selama

ini.

4.
1 Julai 2018 (Jumaat)

Aku merupakan peserta perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Kadet


Remaja. Sebanyak 40 orang murid dan enam orang guru terlibat dalam
perkhemahan ini. Lokasi perkhemahan ialah Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah.

18
Sebuah bas telah ditempah khas untuk membawa para peserta dan peralatan
perkhemahan.

Setibanya di sana, kami diberi taklimat tentang langkah-langkah


keselamatan, disiplin dan aktiviti perkhemahan oleh Cikgu Hafiz selaku komandan.
Setelah selesai taklimat, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk
mendirikan khemah di lokasi yang telah ditetapkan.

2 Julai 2018 (Sabtu)

Kami bangun seawal pukul 6.00 pagi untuk bersedia mengikuti program yang telah
diatur. Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, kami melakukan senaman
ringan. Selepas bersarapan, kami berlatih kawad kaki sebagai persiapan
menghadapi pertandingan kawad kaki peringkat daerah pada hujung bulan ini.

Selepas itu, kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan


diajar beberapa jenis ikatan menggunakan tali yang disediakan. Kami juga diajar
asas pertolongan cemas seperti balutan luka dan bantuan pernafasan. Pada
sebelah petang pula, kami diberi peluang untuk berbincang tentang persembahan
kebudayaan yang akan dipersembahkan pada malam ini.

Pada sebelah malam, persembahan kebudayaaan untuk setiap kumpulan


diadakan. Pelbagai persembahan dapat disaksikan seperti nasyid, boria, dikir
barat, tarian dan sketsa telah dipersembahkan oleh setiap kumpulan.

30 Julai 2018 (Ahad)

Hari ini merupakan hari terakhir perkhemahan kami. Semua peserta diarah untuk
mengemas peralatan dan kawasan perkhemahan. Kami memastikan kawasanb
perkhemahan itu berada dalam keadaan bersih. Banyak ilmu dapat kami pelajari
hasil perkhemahan paa kali ini. Kami berharap agar aktiviti perkhemahan ini
dijadikan acara tahunan kerana banyak memberi manfaat kepada para peserta.

19
LAPORAN

20
1.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku

Pada hari Sabtu 7 Mac 2019 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai, Sungai Besar telah mengadakan lawatan
sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala
Lumpur. Lawatan ini disertai oleh 35 orang ahli persatuan dan 5 orang guru
penasihat.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan buku-buku


bermutu yang sesuai untuk dibeli oleh murid. Selain itu, murid-murid juga dapat
merasai sendiri suasana sebenar pameran buku itu berlansung.

Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 10.00 pagi.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku
terbaharu. Semasa berada di bahagian ini, kami berpeluang melihat berbagai-bagai
jenis buku yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat penerbitan sama ada dari dalam
mahupun luar negara.

Kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan. Di situ terdapat


penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-
masing. Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang
dipamerkan di setiap gerai.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa


buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami diberi diskaun harga yang istimewa
oleh pihak penerbit buku tersebut. Ada juga rakan kami yang menyertai
pertandingan kuiz sempena pameran buku tersebut.

Pengalaman mengikuti pameran buku terbesar bertaraf antarabangsa sangat


sukar kami lupakan. Sesungguhnya, banyak pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh sepanjang lawatan ini. Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini

21
akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2019

Muhammad Aiman

(MUHAMMAD AIMAN BIN ALI)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai.

2.
Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka

Guru Penasihat : Puan Ruhila binti Rosli

Pengerusi : Mohammad Imran bin Ismail

Naib Pengerusi : Fatin Irdina binti Farouk

Setiausaha : Danial Arman bin Ahmad

Bendahari : Nur Imanina binti Ishak

Ahli Jawatankuasa : Alif Aiman bin Nasir

: Mohd Shahrul bin Syukri

: Dian Anita binti Hanafi

Pada 21 Januari 2019, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan


perjumpaan pertamanya di Kelas 6 Cekap. Sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti
dijalankan dengan jayanya. Hal ini selaras dengan objektif penubuhan persatuan ini,
iaitu untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu dalam

22
kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.

Persatuan ini telah mengadakan perjumpaan mingguannya pada setiap


hari Rabu bermula jam 3.00 petang. Selain itu, pelbagai aktiviti telah dijalanlankan
semasa perjumpaan seperti memilih peserta ke pertandingan bercerita, deklamasi
sajak, syarahan dan pidato pada peringkat daerah.

Pada penggal kedua pula, aktiviti persatuan telah dirancakkan lagi dengan
penganjuran pertandingan kuiz, menulis karangan dan puisi sempena bulan
kemerdekaan. Hasil nukilan ahli persatuan yang berjaya telah dipamerkan pada
papan kenyataan untuk tatapan murid-murid.

Untuk mempelbagaikan lagi aktiviti, persatuan ini telah menganjurkan


lawatan sambil belajar ke Taman Mini Malaysia, Melaka. Di sana, ahli persatuan
dikehendaki mencatat pelbagai maklumat tentang Taman Mini tersebut. Persatuan
juga telah mengadakan jamuan akhir tahun sebagai aktiviti terakhir pada hujung
tahun.

Pada keseluruhannya, semua aktiviti yang dilaksanakan telah mendapat


sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ahli. Diharapkan persatuan ini terus
aktif pada tahun-tahun akan datang.

Disediakan oleh, 24 Oktober 2018


Danial Arman

(DANIAL ARMAN BIN AHMAD)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka, Perak.

23
3.
Laporan Lawatan Sambil Belajar

ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Pada 8 Jun 2018, Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan


Sultan Ahmad telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara,
Kuala Lumpur. Sebanyak 30 orang ahli persatuan telah menyertai lawatan ini dan
diiringi oleh empat orang guru.

Lawatan yang dianjurkan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan


dan pengalaman ahli persatuan berkaitan teknologi saintifik. Selain itu, lawatan ini
juga bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli persatuan tentang penghasilan
bahan pameran yang bercirikan saintifik dan kreatif.

Lawatan pertama kami ialah melihat kawasan pameran alam mesin pintar,
laluan ke alam sains dan gaya hidup digital. Melalui pameran alam mesin pintar ini,
ahli persatuan dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang komputer,
telekomunikasi dan penggunaan robot yang membantu dalam kehidupan seharian
manusia.

Seterusnya, ahli persatuan telah melawat akuarium yang mempunyai


kepelbagaian jenis ikan air tawar tropika serta menyaksikan sendiri kehidupan yang
terdapat di dalam sungai.

Di samping itu, kami juga melawat ke sudut pereka cipta. Di sini, kami
dapat melihat bagaimana sesuatu alat dicipta yang dapat memudahkan kehidupan
manusia pada masa kini.

Tepat pada pukul satu petang, kami pulang ke sekolah semula. Walaupun
keletihan, kami berasa amat gembira. Kami banyak menimba pengalaman dan
pengetahuan.

24
Laporan disediakan oleh, 17 Jun 2018
Raslan

(RASLAN BIN HAKIM)

Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad.

4.
Laporan Kempen Keselamatan Jalan Raya

Sekolah Kebangsaan Taman Perpaduan

Kempen Keselamatan Jalan Raya telah diadakan pada 23 April 2018 yang
lalu di Sekolah Kebangsaan Taman Perpaduan. Inisiatif untuk mengadakan kempen
ini timbul ekoran peningkatan jumlah kes kemalangan di jalan raya yang melibatkan
murid-murid sekolah.

Kempen ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada


murid-murid akan kepentingan sikap berhati-hati ketika berada di jalan raya. Murid-
murid diingatkan agar mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan
mereka.

Kempen ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan


Negeri Selangor. Beliau amat mengalu-alukan kempen seperti ini kerana dapat
memberi kesedaran kepada murid-murid agar berhati-hati apabila berada di jalan
raya. Beliau berharap dengan adanya kempen seperti ini, kadar kemalangan jalan
raya dapat dikurangkan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kempen itu termasuklah ceramah,


pertandingan mengarang yang bertajuk Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan
Jalan Raya, pertandingan pemanduan berkhemah, kuiz keselamatan jalan raya

25
dan pertandingan melukis poster.

Aktiviti yang paling menarik ialah pertandingan pemanduan berkhemah.


Dalam acara ini, para peserta dikehendaki menunggang basikal melalui pelbagai
papan tanda dan dikehendaki mematuhi segala peraturan jalan raya. Peserta yang
paling sedikit mengutip markah penalti dikira sebagai pemenang.

Hadiah para pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Pengarah


Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor. Segala kerjasamayang diberikan
oleh semua pihak dalam menjayakan kempen ini amatlah dihargai.

Disediakan oleh, 5 Mei 2018

Umaira Uzma

(UMAIRA UZMA BINTI UZAIR)

Setiausaha Kempen Keselamatan Jalan Raya,

Sekolah Kebangsaan Taman Perpaduan.

26
Isi Kandungan
a. Surat Kiriman Tidak Rasmi.....1-6

b. Ucapan.................................7-12

c. Catatan...............................13-19

d. Laporan...............................20-26
Penghargaan
Saya bersyukur terhadap ilahi kerana dapat menyiapkan buku skrap ini.

Anda mungkin juga menyukai