Anda di halaman 1dari 27

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Hubungan Etnik
NOTA KULIAH

COPY RIGHT BY MOHD AMRI DIN


Hubungan Etnik

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP MASYARAKAT

• Masyarakat menurut definasi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
- Masyarakat
- Keluarga
- Kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat

• Pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan rotong royong, bersama-sama
merayakan sesuatu perayaan dan lain-lain.

• Kekerapan pergaulan ini membina satu kepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit
sosial. (hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina masyarakat
Malaysia yang teguh.)

• Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan
rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.

• Budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, ini adalah berasaskan fakta sejagat bahawa
manusia sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab mecipta, mengubah, menokok
dan melestari budaya dan telah menurunkan daripada generasi kepada generasi untuk jutaan
tahun.

• Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi


- Generasi menurunkan budaya
- Generasi menerima budaya

• Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya


- Budaya metarial – tembok besar china, pyramid di Mesir
- Bukan metarial – kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan dll.
• Kita perlu memahami secara jelas konsep Masyarakat itu sendiri atas sebab-sebab berikut:
a) Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi
untuk hidup bermasyarakat;justeru
b) Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.
c) Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan
d) Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain.
Sehubungan dengan itu, sifat ciri-ciri masyarakat juga perlu di ketahui dan difahami
kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik.

• Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut


a) Berkelompok
b) Berbudaya
c) Mengalami perubahan
d) Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
e) Mempunyai kepimpinan
f) Mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas, status dan kasta)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme

• Etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

• Etnik dapat dikelaskan kepada perbezaan budaya, adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

• Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu menganggap bahawa ciri budayanya adalah
sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta
dianggap ganjil ataupun berada di tahap rendah atau tidak bermoral.

• Etnisiti adalah merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu

• Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan
anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik
dan hebat daripada kelompok lain.

Konsep Ras Dan Rasisme

• Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan
kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal.

• Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan wajah
fizikal-biologikal atau ras semata-mata.

• Rasisme wujud dalam dua tahap


- Tahap individu – kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada
yang berstatus lebih rendah.
- Tahap institusi – melibatkan dasar dan perlaksanaan yang bersifat diskriminasi,
seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

Konsep Prejudis Dan Steriotaip

• Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat
dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.
• Sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapat sesuatu yang
terhad.
• Steriotaip wujud apabila prejudis disuarakan.
• Steriotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan
etnik seperti “semua orang arab itu beragama Islam”, “orang Islam itu bersifat kedekut” dan
sebagainya
• Dalam kata lain steriotaip adalah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik
yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik lain.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Konsep Diskriminasi

• Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang
atau sekelompok etnik anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak
yang berpandangan negatif.
• Diskriminasi dalam bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik
cuba mengelak diri daripada individu atau etnik yang diperasangkakan.

KONSEP BUDAYA

• Budaya pada definasi Kamus Dewan (2005) sebagai kemajuan fikiran akal budi (cara berfikir),
kelakuan dan sebagainya.
• Budaya boleh didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu
dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai)
• Budaya boleh dibahagikan kepada dua
- Budaya kebendaan – peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu.
- Budaya bukan kebendaan – kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
• Terdapat dua peranan utama dalam pembentukan sesuatu budaya
- Membina imej negara kearah kewujudan keperibadian serta identiti.
- Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berdirikan kerohanian kemanusiaan
dan spritual dan mental.
• Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah:
i. Dipelajari
ii. Dikongsi
iii. Sejagat
iv. Diwarisi
v. Berubah
vi. Mempunyai perlambangan
vii. Adanya pandangan semesta.

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

• Integrasi merupakan “satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
• Unsur integrasi terdiri daripada
a) Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan
ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Dimalaysia,
tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia barat dengan Malaysia timur dan
Pantai Barat dengan Pantai Timur.
b) Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan
jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik;
c) Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.
d) Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program
sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

e) Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang


bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
f) Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui
kerjasama dan pembahagiaan kuasa politik.

Konsep Segregasi

• Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
• Pemisahan berlaku dari segi
- Tempat tinggal
- Persekolahan
- Pengangkutan
- Kemudahan awam

Konsep Akomodasi

• Proses yang menyebabkan setiap kumpulan menyedari serta menghormati norma dan nilai etnik
lain dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
• A+B+C=A+B+C
• Pelbagai kumpulan hidup secara harmonis dengan menghormati antara satu sama lain.

Konsep Akulturasi

• Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza.
• Unsur budaya asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri dan tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat menerima.

Konsep Asimilasi

• Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
• A+B+C=A (A mewakili golongan dominan)

Konsep Amalgamasi

• Budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
• Perkahwinan campur
• Wujud satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Pengenalan

• PLURALISME adalah pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar telah melahirkan satu
ciri fenomena sosial yang istimewa.

PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU

• Dua konsep utama pluralisme alam melayu iaitu:


- Alam melayu sebagai wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai bangsa dan
pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.
- Ketika dijajah pluralisme di alam melayu berlaku dengan cara paksaan.
• Pluralisme tidak dapat dielakkan dalam kajian mengenai jangka masa tersebut yang
merangkumi kepelbagaian budaya dan tradisi bewarna-warni.
• Pada konsep pertama alam melayu hidup dalam kepluraltian semulajadi kerana ianya terjadi
tanpa paksaan.
• Sebelum kedatangan penjajah, pluraliti berlaku dengan semulajadi dimana kedatangan orang
luar ke alam melayu adalah dengan suka rela dan penetapan mereka adalah secara sukarela
bersama keluarga.
• Terdapat unsur-unsur akomodasi kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman ini.
• Berlaku Amalgamasi dimana mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan
• Imperial Eropah memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan
masyarakat pluralistik.
• Penghijrahan masuk orang cina dan india ketanah melayu digalakkan oleh British untuk
memajukan sektor ekonomi-politik british, maka asimilasi budaya dan cara hidup antara
kumpulan etnik tidak berlaku.
• Berlaku permisahan antara agama dan pemerintahan, pemerintahan di kawal oleh britsh
manakala agama dan istiadat dibawah kuasa sultan.
• Penjelmaan dari segi metarial dan bukan metarial dapat dilihat:
a) Perubahan bukan metarial
i. Sebelum kedatangan British ilmu pengetahuan di Alam Melayu lebih banyak
berasaskan epistemologi bercorak metafizik (metafizik ialah ilmu bersumberkan
alam ghaib)
ii. Salah satu contoh mengenai ilmu metafizik ialah perbomohan menggunakan
jampi serapah.
b) Perubahan metarial
i. Kedatangan British mengubah epistemologi bersifat bukan metarial kepada
metarial. Iaitu epistemologi fizikal yang bersifat rasional atau saintifik.
ii. Asas epistemologi ini adalah berdasarkan pembuktian sesuatu pengetahuan
melalui pancaindera san sebagainya.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU; KESULTANAN MELAKA

• Zaman ini adalah zaman kemuncak dan keemasan kerajaan melayu.


• Melaka dijadikan tempat pertemuan antara pedagang dari seluruh pelusuk dunia.
• Berlaku perkahwinan campur antara sultan melaka dengan anak perempuan pemerintah negara
china.
• Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana penghijrahan
berlaku secara semula jadi tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.
• Pedagang dari Arab, China, India dan negara lain telah berakomodasi dengan penduduk
tempatan. Dan akhirnya wujudnya masyarakat yang tidak pernah wujud seperti masyarakat
baba.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK OLEH PENJAJAH

• Apabila penjajah British datang menjajah Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu, Eropah telah
mengalami perubahan epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama.
• Semasa Pertelingkahan antara agamawan dan saintis di Eropah:
i. Bagi barat, faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan agama
hanya perlu pada individu sahaja ialah agama dianggap sebagai penyumbang kepada
perselisihan pendapat dalam kalangan manusia dan seterusnya akan membawa kepada
pergaduhan dan perperangan.
ii. Bagi barat, ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang boleh menyatukan manusia
dibawah payung kefahman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara
aman damai.
• Di Alam Melayu, penjajah british meneruskan dasar ini:
i. Pihak British mengusai pentadbiran – memperkenalkan sistem pentadbiran mengikut
kehakiman, eksekutif dan perundangan.
ii. Hal ehwal Agama (Islam di Tanah Melayu) dan adat istiadat Melayu diletakkan dibawah
pengawasan sultan.
• Ketibaan pemerintah kolonial telah membawa pertemuan menarik antara “agama” (dibaca
Islam) dan “negara” (pentadbiran kolonial British).
• Bernard Cohn mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang
fizikal; apa yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang
epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

• Pluraliti di Malaysia kerap kali tertumpu pada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan
India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum dan suku lain di Malaysia.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

• Perusahaan bijih timah Pada pertengahan abad ke 19 dan perusahaan getah pada awal abad ke
20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah
Melayu.
• Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara kamuniti etnik Melayu, Cina dan India.
Keharmonian hubungan etnik ini wujud berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama
berjuang mendapatkan kemerdekaan.
• Bristish memberi dampak yang sangat besar terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dalam
bentuk material mahupun bukan metarial. British menyumbang kepada penambah baikan
kehidupan rakyat Malaysia.
• Apa yang amat jelas ialah perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama daripada
urusan sekular seperti politik, pentabiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Politik

• Politik Malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh aspek etnik.
• Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi peringkat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk
bersatu dalam satu pakatan parti, iaitu parti perkatan. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO,
MCA, MIC.
• Selepas era 60-an, kerjasama perti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah
berkembang dengan peningkatan keahlian.
• Rekod Barisan Nasional yang terus kekal memerintah sehingga kini sebahagiannya adalah
kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya.
• Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan
perhubungan etnik melalui formula tolak telah berjaya mengekang pihak tertentu seperti
pembangkang yang cuba memecah belahkannya.

Perlembagaan

• Terdapat persekutuan berlapis iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia,
dimana Persekutuan Malaysia adalah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
• Dari segi Sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu
i. Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat
dan raja. (Perjanjian diantara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba)
ii. Berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh
pihak british untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. (sering dikaitkan
dengan kontrak sosial ini ialah soal kerakyatan)
• Pada 1949 telah terbentuk hubungan antara kaum (Communities Liason Commitee-CLC)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Pendidikan

• Zaman penjajahan sistem pendidikan di persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada
tiga peringkat:
i. Pendidikan British rendah dan menengah -dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan
melayu dan hartawan cina dan india.
ii. Sekolah melayu peringkat rendah – untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih
baik sedikit daripada ibu bapa mereka.
iii. Sekolah Venakular Cina dan India.
• Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata
pelajaran serta orientasi matlamatnya.
• Era pascamerdeka telah berubah corak yang beorientasikan unsur-unsur tempatan.
i. Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,
sukatan mata pelajaran dan orientasi.
ii. Matlamatnya adalah membentuk identiti kebangsaan Malaysia melalui dua laporan
1. Penyata Razak tahun 1956
2. Penyata Rahman Talib tahun 1960
iii. Matlamat kedua-dua penyata ini adalah untuk menyatukan kanak-kanak daripada
berbilang bangsa etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu.
• Penyata Razak tahun 1956
i. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
ii. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama.
iii. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Wajib bag semua sekolah rendah dan menengah.
iv. Penubuhansatu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
v. Guru-guru adalah berkelayakan
vi. Sistem sekolah adalah – Menengah bawah, Menengah atas dan Pra Universiti.
• Penyata Rahman Talib 1960
i. Pelajaran diseolah rendah adalah percuma
ii. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
iii. Murid naik darjah secara automatik
iv. Pendidikan agama Islam perlu sekirannya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang.
v. Pendidikan akhlak dititikberatkan.
• Akta pendidikan 1957
i. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing
dibenarkan.
ii. Oleh sebab bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan
Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran;
iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku teks yang lain mestilah
berteraskan Malaysia.
iv. Bukan lagi berteraskan nega China atau India.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Ekonomi

• Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk
mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan sosiopolitik.
• Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat:
i. Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu
(1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)
ii. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Racangan Persekutuan Tanah Melayu
Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970);
iii. Perancangan dalam era Dasar ekonomi Baru; dan
iv. Dasar Pembangunan Negara hingga kini.

• Sistem ekonomi Malaysia berasas laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang
diadaptasi daripada warisan British.
• Terdapat dua sistem ekonomi.
i. Ekonomi Moden
a) Sistem ekonomi moden yang mendominasikan organisasi pengeluaran terutamanya
berasaskan getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan budaya
bandar.
b) Corak pengurusan dan teknik organisasi berteraskan bandar.
c) Dibawah kawalan British dan firma asing.
ii. Ekonomi tradisional
a) Sektor ekonomi pertanian – padi dan perikanan.
b) Etnik Melayu juga tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu sebagai pekebun
kecil, kelapa, pesawah dan lain2.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

• Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara


membangunkan yang akan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
• Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa.
• Pengwujudan kebudayaan Kebangsaan akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip
yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu:
i. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
iii. Islam Menjadi unsur yang penting dalam penbentukan kebudayaan Kebangsaan
• Ketiga-tiga prinsip asas diatas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971.

Objektif Kebudayaan Kebangsaan

• Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting
untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu.
• Dengan tujuan demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan kebangsaan Malaysia adalah
bertujuaan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
i. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
ii. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan’; dan
iii. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
• Strategi dan perlaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
i. Pemulihan pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;
ii. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya
sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
iii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia;
iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya dan
v. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Badan-Badan Yang Perlu Menjayakan Kebudayaan Kebangsaan

• Peranan kementerian/jabatan, kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain


adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini dalam pengurusan harian dan
perlaksanaan dasar-dasar semasa.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

• Peranan pihak swasta dan pertumbuan kebudayaan kian diperlukan dimana badan-badan ini
boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di
peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-
projek kebudayaan.

Pencapaian dan Masalah

• Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kerajaan yang
boleh dibanggakan
• Pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan
penerinaannya mengambil masa yang lama, melangkaui satu generasi ke satu generai yang lain.
• Pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telahpun
dilaksanakan.
• Identiti kewarganegaraan dan senu budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaan-perayaan
antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat rasmi
atau tidak rasmi.
• Identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur.
• Antara kelemahan-kelemahan dan masalah yang wujud kebelakagan ini adalah berpunca
daripada perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana perhubungan luar secara
terbuka dan tidak terhad.
• Kejayaan perlaksanaan Dasar kebudayaan kebangsaan ini adalah bergantung kepada
peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendalikan dan
melaksanakan dasar ini.
• Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua pihak adalah penting bagi kejayaan
program dan aktiviti-aktiviti dasar ini.

Penutup

• Penggubalan dan perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara
Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang
mengamalkan budaya yang berbeza.
• Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang
bersatu padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa.
• Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita
perlaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja kebudayaan kebangsaan akan dapat
dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
• Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-
batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Melayu itu sendiri sebagai
negara yang merdeka dan bermaruah.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

PERLEMBAGAAN

• Merupakan dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi dalam usaha mewujudkan


satu bentuk pentadbiran yang adil dan saksama kepada masyarakat.
• Undang-undang tertinggi dan menjadi punca kepada segala perundangan lain dalam sesebuah
negera. Semua undang-undang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
• Perlembagaan mengadungi peruntukan-peruntukan umum tentang:
i. Corak pemerintahan negara.
ii. Hak asasi manusia
iii. Kewarganegaraan
iv. Agama
v. Bangsa.
• Perlembagaan mengandungi undang-undang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan
semasa.

Perlembagaan Persekutuan

• Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan dan hak rakyat.
• Perlembagaan adalah suatu kumpulan undang-undang yang menentukan bagaimana
pemeritahan sebuah negara mesti dijalankan.
• Perlembagaan persekutuan adalah perlembagaan bertulis yang mana sebagai perlembagaan
tertinggi dalam negara.
• Perlembagaan yang wujud hari ini adalah berdasarkan Perlembagaan persekutuan Tanah
Melayu 1957.
• Kemudian dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan singapura, sabah dan
sarawak kedalam Persekutuan Malaysia.
• Setiap negeri perlembagaan tersendiri untuk mecorakan pemerintahan negeri tersebut.
• Perlembagaan persekutuan mengandungi 181 perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian.
• Di Malaysia pembentukan perlembagaan turut dipengaruhi oleh beberapa faktor utama:
i. Sebagai negara raja berpelembagaan
ii. Sebagai negara demokrasi berparlimen
iii. Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-
undang.
iv. Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-
undang.
v. Perlembagaan memperuntukan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang pentadbiran.
Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi daripada
yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawap yang berbeza, dan
perlembagaan memperuntukan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas
daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif
untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam Perlembagaan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Suruhanjaya Perlembagaan

• Suruhanjaya Perlembagaan ini dibentuk pada bulan mac 1956 dan dipengurusikan oleh Lord
Reid dari Britian.
• Suruhanjaya ini ditugaskan mengubalkan satu pelembagaan bagi tanah melayu yang berasaskan
kepada pemerintahan demokrasi berparlimen:
i. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa keatas negeri-negeri.
ii. Menjelaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan
iii. Melantik seorang ketua negara yang dipilh dikalangan Raja-raja Melayu.
iv. Mewujudkan satu rupa bangsa bagi seluruh negara.
v. Mengekalkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.
• Bagi mengubal perlembagaan ini sruhanjaya reid telah menerima pemrundangan daripada
pelbagai pihak sama ada secara bertulis atau lisan.

Perlembagaan Persekutuan sebagai Mekanisma Perpaduan


• Perlembagaan ini adalah hasil daripada tolak ansur kaum melayu, cina dan india. Ianya sejajar
dengan syarat yang dikenakan oleh british untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah
melayu sekiranya wujud perpaduan masyarakat pelbagai kaum.
• Dalam permuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin-pemimpin kaum utama di tanah
Melayu akhirnya melahirkan ‘Pakatan Murni’ dalam erti kata tolak ansur dalam aspek
menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
• Masyarakat melayu memiliki beberapa kelebihan dalam Perlembagaan seperti:
i. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
ii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
iii. Raja-raja Melayu sebagai tonggak pemerintah
iv. Hak-hak istimewa orang Melayu.
• Sebaliknya masyarakat bukan melayu mendapat keistimewaan dari segi kewarganegaraan yang
membolehkan mereka mendapat layanan yang sama dalam masyarakat.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Kesultanan Melayu
• Merupakan satu element penting dalam sejarah pembentukan Perlembagaan.
• Institusi beraja dikatakan bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-buddha ke alam
Melayu.
• Kedatangan Islam telah mengubah persepsi asal-usul raja daripada dewa-dewa kepada tokoh-
tokoh agama Islam.
• Kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoalkan dan di ganggu gugat oleh sesiapa. Raja masih
dianggap sebagai orang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan antara rakyat dengan
tuhan.
• Sesiapa yang membantah perintah raja seolah-olah melanggar perintah Allah.
• Dalam sistem beraja, raja dianggap sebagai simbol negara dan pemerintahan yang bedaulat
serta mempunyai kedudukan tertinggi dalam kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong


• Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu pada 31 ogos 1957.
• Merupakan seorang raja berpelembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan
kepada baginda oleh perlembagaan.
• Berada di kemuncak bidang ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
• Dipilih dari kalangan sembilan orang raja Melayu oleh Majlis raja-raja mengikut aturan yang
terkandung dalam jadual ketiga.
• Setiap raja boleh dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali baginda belum cukup
umur atau sengaja tidak mahu dipilih atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan
undi sulit atas sebab lain.
• Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan selama 5 tahun melainkan baginda meletakkan
jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja.
• Baginda akan bertindak atas nasihat kabinet atau seorang menteri yang bertindak dibawah
kuasa am kabinet.
• Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan negara perlu mendapat
persetujuan Yang dipertuan Agung.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Agama Islam
• Agama Islam dijadikan sebahagian daripada perkembangan sejarah konsep pemerintahan
beraja. Oleh sebab itulah ianya terkandung di dalam perlembagaan.
• Sudah menjadi imej kepada orang melayu bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu adalah
Islam. Malah ada yang memberikan gelaran melayu kepada bangsa lain yang memeluk agama
Islam.
• Agama Islam telah menjadi agama orang melayu sejak 500 tahun dahulu. Agama Islam dikatakan
dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berasal dari Timur Tengah yang datang ke Melaka
dalam abang ke 15.
• Hak agama Islam diperuntukkan dibawah perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang
mengistiharkan bahawa “Islam merupakan Agama bagi persekutuan”, iaitu agama rasmi negara.
Tetapi agama lain masih boleh dianuti oleh penganut-penganut agama Hindu, buddha, kristian
dan lain-lain.
• Dalam Perlembagaan Persekutuan hal ini disebut seperti
i. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk
kepada fasal (4), mengembangkan agamanya.
ii. Tiada sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu
adalah diperuntukan khas sama ada kesemuanya atau sebahagian bagi maksud-maksud
sesuatu agama yang lain daripada agama sendiri.
iii. Tiap kumpulan agama adalah berhak;
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
b) Menubuhkan dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama
atau khairat, dan
c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang.
• Disebabkan hak istimewa Agama Islam sebagai agama persekutuan, maka kerajaan Pusat dan
Kerajaan negeri mempunyai kebebasan untuk menubuhkan dan menyengarakan atau hanya
membantu penubuhan dan penyengaraan institusi-institusi Islam atau mengadakan serta
membantu mengadakan ajaran dalam agama Islam.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Bahasa Melayu
• Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
• Taraf kebangsaan yang diberikan kepada bahasa Melayu adalah lebih luas dan memberikan
kesan yang mendalam berbanding dengan pengiktirafan sebagai bahasa rasmi sahaja.
• Kesan yang paling ketara adalah bahasa melayu akan menjadi bahasa pengantar dan digunakan
dalam semua perkara-perkara rasmi.
• Perkara 152 dalam perlembagaan Malaysia adalah peruntukan-peruntukan yang berkaitan
dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
a) Perkara 152 (1) memperuntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan , tetapi
tidak seorang pun dilarang dari bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Pada tahun
1967 satu akta telah digubal iaitu Akta Bahasa Kebangsaan yang memperuntukan
bahasa melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan seterusnya pada tahun 1969 nama
bahasa melayu ditukar kepada bahasa Malaysia.
b) Perkara 152 (2) menyebut bahawa penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi selama sepuluh tahun selepas kemerdekaan dan selepas itu, kecuali jika
diperuntukan sebaliknya oleh Parlimen bahawa bahasa Inggeris boleh digunakan
didalam Parlimen dan apa sahaja maksud rasmi yang lain.
c) Perkara 152 (3) memperuntukan naskah sahih bagi rang undang-undang dan akta
Parlimen hendaklah dalam bahasa Inggeris.
d) Perkara 152 (4) menyatakan perbicaraan kes mahkamah hendaklah menggunakana
bahasa Inggeris, ianya disebut dengan jelas dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1969.
• Pindaan kepada Perlembagaan 1971 telah memperuntukan bahawa status bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipertikaikan dan dipersoalkan. Sesiapa yang
mempersoalkan akan didakwa dibawah kesalahan Akta Hasutan, 1984.
• Alasan utama disebalik penguatkuasaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi
negara adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan kaum-kaum dibawah satu bahasa
yang sama, iaitu bahasa Malaysia.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Kedudukan Istimewa Orang Melayu


• Kedudukan Istimewa orang melayu adalah unsur tradisi keempat. Perkara 153 memberikan
tanggungjawap yang berat keatas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan
Istimewa orang Melayu dan bumiputera sabah dan sarawak serta kepentingan sah perjanjian
kaum-kaum lain.
• Perkara ini berbangkit setelah kerajaan British mahu Raja-Raja Melayu menurut telunjuk British
dalam semua perkara kecuali dalam adat dan istiadat Melayu dan agama Islam. Perkara ini
menyebabkan hak dan keistimewaan orang melayu telah berkurangan sedikit demi sedikit tanpa
disedari.
• Penubuhan Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu merupakan percubaan pihak Inggeris
menukar taraf negeri-negeri tanah Melayu daripada status naungan kepada tanah jajahan.
- Dibawah perlembagaan ini, bukan sahaja tidak disebut akan hak keistimewaan orang
Melayu, malah apa jua kuasa, keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh Sultan
Melayu telah dihapuskan oleh kerajaan British. Sultan hanya mempunyai hak mutlak dalam
hal ehwal keagamaan serta ada istiadat orang-orang melayu.
- Dalam Malayan Union, ia memberikan hak kewarganeraan yang longgar kepada kaum bukan
Melayu. Dibawa prinsip Jus Soli, kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada:
i. Orang asing yang berumur18 tahun keatas dan telah bermastautin ti Tanah Melayu
selama 10 tahun daripada 15 tahun;
ii. Semua orang yang dilahrikan di Tanah Melayu selepas penubuhan Kesatuan Malaya.
• Apabila Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang
Melayu mendapat kembali kedudukan dan temat mereka dinegara ini.
• Persuruhjaya Tinggi Persektuan di bawah perlembagaan baru ini bertanggungjawap untuk
melindungi “kedudukan orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain”.
• Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tanggungjawap telah
diletakkan ke bahu Yang di-Pertuan Agong dan kaum bumiputera negeri sabah dan sarawak
apabila kedua negeri ini menyertai Persekutuan Tanah Malaysia pada tahun 1963.
• Yang di-Pertuan Agong melindungi hak Istimewa orang melayu dari segi
i. Jawatan dalam perkhidmatan awam
ii. Pemberian biasiswa
iii. Bantuan dan kemudahan pelajaran
iv. Permit untuk perniagaan dan perdagangan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

• Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak tetapi di seimbangkan dengan kepentingan
sah kaum-kaum lain termasuklah hak-hak mendapatkan
a) Kewarganegaraan Malaysia.
b) Hak untuk menganut agama masing-masing.
c) Hak untuk menggunakan bahasa ibunda
d) Hak untuk mendapat layanan yang sama rata.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

• Digubal bagi mengurangkan ketidakseimbagan sosioekonomi antara kaum dan wilayah untuk
perpaduan negara.
• Kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara yang ketara dalam pendapatan, guna
tenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya
membantu merapatkan jurang antara kaum.
• Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi
matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
• Dasar ini adalah untuk merelisasikan matlamat oleh kerajaan untuk melahirkan golongan
usahawan dikalangan bumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan ‘Malay
Middle class’ setanding dengan masyarakat bukan melayu.
• DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan
oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua bagi memperbaiki
ketidakseimbangan sesoiekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama.

DEB dalam Membasmi Kemiskinan

• Kemiskinan orang melayu adalah disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka
semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman
untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang.
• Penglibatan orang melayu adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam diperingkat
persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris.
• Diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu juga dilakukan oleh golongan
pedagangan dan industri yang dikawal oleh orang bukan Melayu.
• Punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan perkerjaan yang produktif.
Mengakibatkan berlakunya penganguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan
pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan.
• Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan
meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa
sawit dan kelapa, nelayan dan pekerja ladang.
a) Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam
pekerjaan produktiviti rendah sama ada dibandar dan luar bandar dengan
memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah
dan modal yang perlu untuk membasmi penganguran.
b) Mewujudkan peluang perkerjaan yang secukupnya untuk mengurangkan paras
penganguran dan seterusnya mencapai tingkat gunatenaga penuh.
c) Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan
etnik.
d) Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin diluar bandar
melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat
kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan reakriasi.
e) Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat
Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindutrian negara.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

f) Menstrukturkan pola gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai-
bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum.

Penyusunan Semula Masyarakat

• Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan
kedudukan kawasan dapat dihapuskan.
• Matlamat DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-
aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah.
• DEB adalah untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan dan
perusahaan.
• Beberaepa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat.
Serentak dengan program membasmi kemiskinan terutama sekali dikawasan luar bandar dan
bandar.
• DEB di rangka untuk menyusun semula masyarakat seperti berikut:
a) Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar
melalui permodenan kawasan luar bandar.
b) Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur gunatenaga yang terdapat
sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi dan peringkat
pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini.
c) Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian
rakyat malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham
sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. Perhatian berat
akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang ada pada masa ini memiliki bahagian
modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk.
d) Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan
mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan
perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta
menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.
• Kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat-
peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang-
kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990.
• Penyediaan intensif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang
sesuai serta kepakaran pengurusan.]
• Program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak usahawan
bumiputera di peringkat koporat.

Mengapa DEB Penting Kepada Bumiputera Melayu?

Masalah yang dihadapi oleh orang melayu

• Pada peringkat awal orang melayu masih tidak terdedah dengan konsep-konsep perniagaan
yang kompleks. Mereka hanya menjalani kehidupan sebagai:
i. Nelayan
ii. Menanam buah-buahan dan tanaman
iii. Hasil-hasil hutan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

iv. Membuat ikan kering dan kelapa kering.

• Orang melayu tidak mempunyai satu tempat yang khusus untuk tujuan proses atau memasarkan
hasil-hasil keluaran. Mereka menjalankan perniagaan ditepi jalan.
• Akibat daripada ketiadaan usaha yang berterusan ke arah memupuk budaya niaga di kalangan
orang Melayu telah mengakibatkan tahap pencapaian ekonomi orang Melayu semakin merosot,
lebih-lebih lagi dengan kehadiran golongan migran seperti Cina dan India yang dibawa masuk
oleh British ke Tanah Melayu.
• Jaringan perhubungan yang agak mundur turut menyumbang ke arah kegagalan network
peniaga-peniaga Melayu untuk memperluaskan hasil jualan mereka.
• Kedudukan perkembangan usahawan Melayu sebelum merdeka masih tidak membayangkan
satu pencapaian yang memberangsangkan. Ini didasari oleh pelbagai faktor terutamanya dasar
penjajah British yang tidak mahu melihat kemajuan dikalangan orang melayu pribumi.
• Modal dan Instrument ekonomi orang-orang Melayu yang rapuh turut menghalang sebarang
perkembangan kegiatan keusahawanan.

Dasar Ekonomi Baru Penting Untuk Perpaduan Kaum Dari Aspek Ekonomi

• Tindakkan yang diambil kerajaan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi selepas 13 mei 1969
adalah berdasarkan keperluan untuk berkempromi didalam politik dan akhirnya telah
mendorong pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik.
• DEB yang bertindak sebagai pemangkin kepada peningkatan penyertaan orang Melayu dalam
bidang perniagaan dan perdagangan.
• Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah:
a) Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan
terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui
program-program yang dirangka kepada seluruh peringkat produktiviti. Perkembangan
peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti rendah
keperingkat yang lebih tinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya
dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-
kumpulan yang berpendapatan rendah.
b) Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan
pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah
pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti bandar yang pesat dan
seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat
industri dan komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan
kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara.
• Perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi,
perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan
pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar.
• Terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu
dalam perlaksanaan DEB iaitu lahir golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap
istimewa sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB.
• Pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat kerajaan untuk menjamin agar ekonomi
Melayu tidak ketinggalan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Dalam Membantu Proses Kemunculan Golongan Peniaga dan Keusahawanan Melayu

• Kerajaan telah melancarkan DEB dengan tujuan dapat mewujudkan masyarakat Bumiputera
Melayu yang berkecimpung dalam arena perdagangan dan perniagaan.
• DEB tidak terdedah kepada pemilikan harta semata-mata tetapi yang paling penting adalah
mewujudkan satu masyarakat pengusaha dikalangan orang-orang Melayu.
• Pelbagai intensif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dikalangan
pengusaha-pengusaha Melayu. Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk
memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta dapat
menjalankan perniagaan sendiri.
• Perlaksanaan DEB oleh pihak kerajaan pada tahun 1970 melalui rancangan-rancangan jangka
panjang turut berperanan membantu ke arah membentuk satu generasi usahawan Melayu yang
dinamik serta berdaya saing.
• Sejak dua dekad kebelakangan ini, semakin ramai usahawan melayu dapat dihasilkan yang
memperlihatkan mereka dapat memecah dominan penguasaan golongan bukan Bumiputera
dalam bidang perdagangan.
• Golongan bumiputera telah berjaya mencapai lebih dari 50% milikan modal saham. Seiring
dengan strategi DEB yang menggariskan penyusunan masyarakat, perkembangan positif
golongan usahawan melayu membayangkan adalah tidak mustahil untuk meraka mencapai
sasaran tersebut.
• Perkembangannya suatu budaya baru yang menyerlah sikap saling mempercayai dan saling
bergantung telah wujud dikalangan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera
• Kerjasama daripada dewan-dewan perniagaan ini telah mencetuskan lebih ramai usahawan
Melayu yang toleransi, dinamik dan berdaya saing.
• Antara yang terpenting adalah memperbetulkan keseimbangan ekonomi dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
• Usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya meniaga serta semangat
bekerja yang gigih.
• Kesungguhan kerajaan dalam mengatur pelbagai program terutamanya dalam kongres Ekonomi
Bumiputera memberi impak yang positif dalam usaha memperkembangkan kegiatan usahawan
Melayu di negara ini.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

ISLAM HADHARI

Asas Pemikiran Islam Hadhari

• Ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
• Penggunaan istilah ‘hadhari’ telahpun digunakan oleh ilmuwan Islam sejak dari dahulu lagi
seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya ‘Al-Muqaddimah’ dan pemikir al-jazair iaitu Malik
Bannabi yang cenderung menggunakan Istilah Hadhara yang membawa maksud keseimbangan
kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spritual.
• Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan
tamadun menyeluruh- menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing
bangsa Melayu dan umat Islam amnya.
• Islam hadhari merupakan perlaksanakan Islam secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai
dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini, tanpa membelakangi asas akhidah yang amat
unik.
• Perubahan dalam mengikuti perkembangan manusia tidak beerti bahawa orang Islam
seharusnya juga mengubah asas ajaran Islam seperti pegangan dan penghayatan akhidah.
• Matlamat Islam Hadhari seharusnya memfokusnya kepada pembentukan manusia yang utuh
fizikal dan spritualnya serta berkemampuan tinggi dalam menggunakan minda dan pemikiran
untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Prinsip Islam Hadhari

• Sepuluh prinsip utama telah digariskan dalam melaksanakan pendekatan Islam Hadhari untuk
membawa negara dan rakyat ke arah perlaksanaan Islam yang lebih meluas demi pencapaian
ketamadunan yang mampan. Prinsip-prinsip ini adalah
1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemuliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan

Pendekatan Islam Hadhari

• Menerusi Islam hadhar, modal pembangunan insan menjadi antara agenda yang diberikan
perhatian penting. Ia merangkumi pembangunan aspek kerohanian dalam usaha mewujudkan
insan berkualiti dan dinamik.
a) Iman dan Taqwa Membuahkan Akhlak Mulia dan Berwatak Perihatin
Penekanan kepada penyuburan iman dalam diri setiap individu akan menjana
ketakwaan kepada Allah hingga melahirkan akhlak yang mulia dalam diri indvidu itu.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

Individu yang memiliki akhlak mulia akan pritahin terhadap masyarakat sekeliling;
gembira dengan kesenangan orang lain dan sedih dengan penderitaan orang lain.

b) Keperihatinan Terhadap Golongan lemah, Terabai, Kumpulan Minoriti dan Wanita


Perasaan keperihatinan ini akan mendorong seseorang untuk menghormati dan
bertolak ansur dengan individu lain seta membela yang lemah dan terabai, termasuk
membela hak kumpulan minoriti dan wanita. Perasaan keperihatinan ini juga mampu
melahirkan individu yang peka dengan kepentingan budaya tempatan dan kedudukan
moral dalam masyarakat yang akan menjadi amalan hidup, didokong dan
dipertahankan.

c) Keperihatinan Mendorong Penguasaan Ilmu dan Kemahiran dalam Menuju


Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Mampan serta kehidupan Berkualiti
Individu yang prihatin ini juga akan terbina jiwa merdekanya hingga terpanggil untuk
mempelajari dan menguasai ilmu agama, kemasyarakatan, sains dan teknologi.
Mempelajari ilmu-ilmu ini adalah tuntutan agama. Manakala penguasaan kemahiran
ilmu-ilmu itu pula akan membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tindakan-
tindakan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada diri dan masyarakat tetapi
juga ganjaran pahala yang akan menentukan darjatnya di akhirat.
Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran mengurus kehidupan dan tamadun, seseorang
akan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang seimbang dan
komprehensif dengan meningkatkan keupayaan diri dan juga keupayaan institusional
dalam masyarakat. Dengan terbangunnya keupayaan individu dan institusional dalam
masyarakat, pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan holistik boleh diambil di
mana pembangunan pertanian, bioteknologi, ICT, perindustrian, dan lain-lain dapat
dilaksanakan.
Hasil dari pembangunan yang seimbang dan mampan ini akan membuka peluang
pekerjaan, mengurangkan kemunduran, kemiskinan dan ketidaksamarataan hingga
kualiti hidup seseorang itu meningkat.

d) Kepentingan Kehidupan dan Keperihatinan Diri Penjaga Alam Semulajadi


Untuk menjamin kualiti hidup dapat ditingkatkan secara berterusan, sumber-sumber
alam semulajadi yang digunakan untuk dijadikan bahan makanan dan keselesaan hidup
manusia mesti diurus dengan efisien. Perkiraan kepentingan hidup dan keperihatinan
yang terbina dalam diri seseorang individu itu akan menjadi pendorong utama bagi
melahirkan kesedaran dan tindakan yang akan menyelamatkan kesuburan alam
semulajadi di sekelilingnya.

e) Jiwa Merdeka, Individu Bermaruah dan Patriotik, Negara Selamat


Iman dan takwa akan membina seseorang memiliki jiwa merdeka, terbina maruah dan
jati diri. Individu sedemikian bukan sahaja kental kendirinya tetapi memiliki semangat
cinta akan negara dan patrotisme yang tinggi. Selain memiliki individu yang bermaruah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

dan patriotik, setiap negara juga perlu memiliki kekuatan teknologi ketenteraan yang
canggih bagi menangkis ancaman dari anasir-anasir jahat yang boleh memiliki senjata
pemusnah dengan begitu mudah sekali pada masa kini. Gabungan individu bermaruah
tinggi dan teknologi ketenteraan yang canggih mampu menjaga keselamatan negara
untuk memastikan negara kekal stabil, makmur dan sejahtera.

f) Individu Berakhlak Tadbir Urus Negara Adil dan Saksama


Dengan iman dan takwa menjadi kuasa penggerak tingkah laku individu, manusia yang
baik dan cerdik ini dapat berperanan dalam masyarakat dan negara hingga lahir budaya
kerja yang adil, saksama dan efisien. Jika menjadi rakyat, dia akan menjadi rakyat
berjiwa merdeka dan jika dia berperanan dalam masyarakat sebagai guru, peniaga atau
pentadbir, dia akan mengurus kerjayanya dengan adil, bertanggungjawab dan efisien.
Peningkatan keupayaan diri melalui iman dan takwa untuk mengukuhkan kerohanian
diri serta penguasaan ilmu dan kemahiran bagi membina intelek akan melahirkan
individu yang mampu mengurus diri akan membangun tamadun. Individu yang memiliki
jiwa murni dan kemahiran kerja ini adalah permata yang boleh digembeleng untuk
membangun institusi dalam masyarakat hingga lahir keluarga bahagia, pendidik
cemerlang, peniaga yang efisen, ahli profesional yang berjaya, pentadbir yang adil dan
cekap dan lain-lain. Hanya dengan terbinanya keupayaan individu dan institusi, tadbir
urus negara boleh berjalan dengan lancar untuk merancang dan melaksanakan progam-
program pembangunan negara hingga kemunduran, pengangguran, kemiskinan dan
ketidaksamarataan di kalangan rakyat.

Islam Hadhri Ke Arah Integrasi Masyarakat

• Kajian perhubungan kaum di Malaysia menunjukkan bahawa semenjak negara mencapai


kemerdekaan, punca konflik antara kaum berlaku akibat jurang sosioekonomi dan kemiskinan
bandar. Contoh konflik antara kaum adalah
i. Konflik Melayu-cina pada tahun 1969
ii. Konflik di Kg Rawa, Pulau Pinang dalam tahun 1997
iii. Peristiwa Kg Medan tahun 2000
• Untuk mengatasi jurang sosioekonomi antara kaum Melayu dan Cina, dasar pembangunan
negara dengan mengutamakan ‘Pembangunan Ekonomi dengan Pengagihan’ telah dilaksanakan
melalui DEB dari tahun 1970 hingga 1990-an.
• Ini bermakna penekanan kepada prinsip pembangunan ekonomi yang seimbang dan mampan
dalam pendekatan Islam Hadhari mempunyai kaitan yang rapat dengan pembinaan masyarakat
yang berintegrasi kerana jurang sosioekonomi dan kemiskinan antara kaum, agama dan wilayah
sentiasa menjadi agenda pembangunan negara.
• Kerajaan yang adil dan saksama adalah penting demi memastikan setiap lapisan masyarakat
akan mendapat hak mereka dan yang lemah dan terabai sentiasa dibela. Ini dapat dilihat
kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan pembangunan ekonomi teragih di kalangan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN
Hubungan Etnik

kelompok sosial yang memerlukan. Ini kerana terdapat perselisihan antara kaum akibat
pengembelengan kaum demi mempertahankan kepentingan material dan kedudukan sosial
masing-masing.
• Dalam bersaing dengan individu lain, terdapat induvidu yang berkepentingan telah
menggunakan stereotaip terhadap individu dari kaum lain dengan nilai negatif seperti
menganggap malas, tidak bercita-cita tinggi dan lain. Penekanan pembentukan rakyat yang
berakhlak mulia dan prihatin akan mampu membina kesedaran terhadap keburukan amalan
stereotaip dan diskriminasi terhadap kaum lain hingga menjadi penghalang kepada amalan
buruk ini.
• Penekanan dalam membina keupayaan individu dan institusi berpaksikan penguasaan ilmu
pengetahuan dan kemahiran boleh menjamin kehidupan rakyat berkualiti hasil pembangunan
negara yang seimbang dan mampan.
• Kekuatan pertahanan, dimana setiap kaum akan bersama sama mempertahankan negara ini
supaya rakyat akan merasakan hidup yang makmur dan selesa. Ini akan menjadi benteng
negara daripada ancaman dalam atau luaran.

Kerajaan Malaysia Menguruskan Agama dalam Pemerintahan

• Malaysia tidak menerima acuan politik pemerintahan barat yang memisahkan agama dari politik
pemerintahan.
• Acuan kerajaan Malaysia meletakkan agama sebagai dimensi teras dan malaysia juga tidak
mengikut kehendak kumpulan agama kerana pemutus keputusan pemerintahan terletak di
tangan kerajaan.
• Malaysia memberikan ruang untuk wacana manusia tentang agama diperbahaskan dalam majlis
ilmu, ceramah dan seminar tetapi hanya menerima tafsiran yang diterima oleh majlis fatwa
kebangsaan.
• Kerajaan Malaysia telah berjaya mengasingkan komponen sensitif dan emotif dalam agama dari
ruang umum dalam masyarakat dan pemerintahan negara. Kesannya, agama boleh berperanan
ke arah pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan kedudukan asasnya dalam
kehidupan manusia terus kekal.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MOHD AMRI BIN DIN

Anda mungkin juga menyukai