Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN ULANGKAJI SIMPULAN BAHASA

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

Langkah Seribu Jalan Buntu Berbelah Bagi Bintang Terang


Lidah Bercabang Gaji Buta Harga Diri Memeras Otak
Anak Emas Akal Budi Panjang Tangan Mandi Kerbau
Bertemu Bahu Batu Api Hidung Tinggi Ibu Pertiwi
Besar Hati Kaki Bangku Bergadai Nyawa Atas Angin
Darah Daging Bermuka Dua Keliling Pinggang Tidur Mati

1. Budak itu _______________________________ apabila dikejar oleh anjing.

2. Hutang Encik Sani_______________________ kerana terlalu boros berbelanja.

3. Kami berasa ______________________ kerana Perdana Menteri melawat kampung kami.

4. Ain selalu _______________________ pada waktu pagi.

5. Alia sekeluarga mengunjungi negara ______________________________ pada cuti sekolah.

6. Pekerja itu ditangkap oleh pemilik kedai kerana dia disyaki bersikap _______________________.

7. Pergaduhan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi _________________________________.

8. Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana menemui _______________________________.

9. Ahli bomba sanggup _______________________ untuk menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran.

10. Kita bersedia untuk mempertahankan __________________________ daripada ancaman musuh.

11. Ali tidak dapat memasuki pertandingan bola sepak kerana dia ________________________.

12. Siti murid yang _______________________, Oleh itu, ramai orang tidak suka padanya.

13. Ramai pelancong gembira kerana dapat _____________________ di Pulau Langkawi.

14. Perasaan Siti _________________________ sama ada untuk membeli baju putih ataupun baju
hitam.

15. Abang _____________________ untuk menjawab soalan matematik yang sukar.

16. Setiap orang mempunyai _________________________, Justeru kita tidak boleh menyampaikan
kata-kata yang menyakitkan hati seseorang.

17. Keadaan di bas ____________________ kerana ramai penumpang.

18. Pekerja itu selalu curi tulang. Dia makan _____________________ sahaja.

19. Anis ______________________ hari ini kerana memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah.

20. Dengan ______________________ dan keyakinan pada diri sendiri, kita pasti berjaya.