Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PERGURUAN

ILMU KHAS,
KUALA LUMPUR

NAMA : NOSHAKIRA BINTI ABDUL RASID


NO KAD PENGENALAN : 890118-08-5060
KUMPULAN : J 3.8
KOD MATA PELAJARAN: EQ3311D1
PENSYARAH : ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABDUL KADIR
TAJUK : KEMAHIRAN GENERIK (KOMPETENSI KECERDASAN
EMOSI)
Definisi kecerdasan emosi

Sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta


membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan
seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan
tindakan orang itu . ( Young, 1996 )

Konsep kecerdasan emosi


Kecerdasan emosi banyak dipelajari sepanjang hidup dan kompetensi di
dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup.

 Kecerdasan emosi dipanggil EQ ( emotional Quotient )


 IQ ( Intelligence Quotient )

Daniel Goleman (1995)

 EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ , bermaksud IQ


tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak
akibat daripada kecacatan emosi

Di dalam bukunya, ‘working with emotional intelligence’ menyatakan bahawa


penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan
intelektual ( IQ ) tetapa adalah lebih penting kecerdasan emosi ( EQ ). EQ
meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan
seseorang individu termasuk aspek kesihatan dan sosial.

IQ bersifat relatif tetap manakala EQ dapat berubah dan dapat dibentuk.


Terdapat 3 model kecerdasan emosi yang utama iaitu model

 Reuven Bar On
 Mayer dan Salovey
 Goleman

Di dalam ketiga-tiga model kecerdasan emosi. Model KE mengikut Mayer dan


Salovey bertepatan dengan situasi yang dialami oleh watak Shaari dalam petikan
” berat hati serah cucu”.

Kecerdasan Emosi mengikut Mayer dan Salovey

1. Persepsi emosi dan pengekspresannya – kebolehan mengenal pasti


emosi dan meluahkannya dengan tepat
2. penggunaan emosi – kebolehan menggunakan emosi secara konstruktif
dalam membuat keputusan
3. kefahaman emosi – kebolehan maksud-maksud pelbagai emosi,
tujuannya dan hubungannya dengan pemikiran dan perasaan serta
kesannya pada interaksi antara satu sama lain
4. pengurusan emosi – kebolehan mengurus emosi supaya ada peningkatan
dalam aspek personal dan sosial

Situasi yang dialami Shaari adalah tekanan perasaan akibat daripada


perselisihan faham dan masalah rumah tangga dengan isterinya. Perkaitan
masalah Shaari dengan model kecerdasan emosi Mayer dan Salovey ialah yang
pertama

Persepsi emosi dan pengekspresannya – kebolehan mengenal pasti emosi dan


meluahkannya dengan tepat. Shaari tidak dapat mengenal pasti emosinya
dengan betul dan tidak mampu untuk meluahkan dengan tepat kerana
kegagalannya untuk mengawal emosinya sendiri .

penggunaan emosi – kebolehan menggunakan emosi secara konstruktif dalam


membuat keputusan. Keputusan yang dibuat oleh Shaari telah dikuasai oleh
emosinya sendiri sehingga dia sanggup melakukan perkara yang di luar
jangkaan
kefahaman emosi – kebolehan memahami maksud-maksud pelbagai emosi,
tujuannya dan hubungannya dengan pemikiran dan perasaan serta kesannya
pada interaksi antara satu sama lain. Shaari perlu tahu akan kesan serta akibat
perbuatannya terhadap orang lain yang berkaitan dengan apa yang
dilakukannya. Shaari perlu memahami emosinya sendiri serta tujuannya tentang
perkara yang akan dilakukannya ,

pengurusan emosi – kebolehan mengurus emosi supaya ada peningkatan


dalam aspek personal dan sosial. Shaari boleh menguruskan emosinya dengan
betul supaya berlaku peningkatan dalam aspek personal dan sosial. Maka
perkara buruk seperti ini tidak akan terjadi jika Shaari mempunyai kecerdasan
emosi yang tinggi.

Kesimpulan berdasarkan model kecerdasan emosi mengikut Mayer dan


Salovey. Masalah ini yang berkaitan dengan Shaari adalah kecerdasan emosi
yang lemah dan ia dapat dikaitkan dengan model KE Mayer dan Salovey.

1. terbuka.( aservatif ) win situation 2. saya tahu orang lain tak tahu
Saya tahu orang lain pun tahu. ( kekuatan dan kelemahan)
4. orang lain tak tahu . saya pun tak 3, orang lain tahu. Saya tak tahu
tahu. ( pasif ) ( pentingkan diri )

Dalam kes Shaari. Nombor 2 dan 3 bertepatan dengan kes kerana seperti kata
petikan ” arwah selalu ambil anaknya dengan baik dan tak sangka pula begini
jadinya ” . shaari tahu akan dirinya tetapi orang lain tidak tahu akan dirinya,
manakala petikan bahawa ”Shaari Hamid dan anaknya ditemui mati”
menunjukkan bahawa Shaari pentingkan diri dengan membunuh anak mereka
dan dirinya sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibatnya terhadap orang lain .
Kompetensi personal

Kompetensi personal terdiri daripada 3 subkompetensi iaitu


1. kesedaran kendiri
2. pengurusan kawalan kendiri
3. motivasi kendiri.

Didalam kes Shaari ini. Perkaitan dapat dilakukan dengan kelemahan


kompetensi personal. Shaari tidak dapat mengenali emosinya dan kesannya
terhadap orang lain.dia juga tidak dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat seta
tidak mempunyai keyakinan kendiri dalam menangani masalah beliau,dengan
demikian berlaku kejadian yang tidak diingini.

Dalam aspek pengurusan kawalan kendiri. Shaari tidak menguruskan emosi


yang destruktif.

Manakala dalam aspek motivasi kendiri. Dalam sub optimisme, Shaari tidak
optimisme untuk mencapai kecekalan hati walaupun dibebani halangan dan
masalah. Shaari tidak dapat melihat masalah itu sebagai akibat daripada
keadaan yang boleh diurus bukan dari satu kekurangan personal.
Kompetensi sosial

Terdapat dua sub kompenan iaitu

1. kesedaran sosial empati


2. kesedaran sosial

Kesedaran Sosial.

Empati – bermaksud memahami klien kita dan rakan sejawat serta mengesan
emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat tentang
masalah mereka.

SUBKOMPONEN DEFINISI

Empati Mendorong dan memupuk


kepercayaan , rasa hormat dan
berkongsi tujuan yang sama
Membangunkan orang lain Memulakan hala tuju baru dan
mengurus perubahan
Komunikasi Menyedari perasaan dan perspektif
orang lain dan menunjukkan minat dan
mengambil berat
Pemangkin perubahan Menyedari keperluan orang lain untuk
membangun dan meningkatkan
keupayaan diri
Membina perhubungan Menghantar maklumat yang jelas dan
menyakinkan , mewujudkan suasana
keterbukaan atau telus

Perkaitan masalah Shaari dengan kompetensi sosial boleh dikaitkan dengan


beberapa perkara. Pertama kemahiran intrapersonal dimana watak Shaari tidak
dapat mengawal perasaan dalam dirinya. Maka keadaan sedemikian membawa
dirinya ke dalam suasana yang tertekan dan terdesak dengan masalah.
Sekiranya Shaari mempunyai kesedaran sosial yang tinggi. Maka dia akan dapat
menyelesaikan masalahnya dengan cara yang berhemah.

ANALISIS TINGKAH LAKU WATAK

Watak dalam petikan akhbar yang bertajuk ” Berat hati serah cucu ” ialah Shaari,
ibu mertuanya, anak Shaari dan isterinya, watak utama dalam petikan ini ialah
Shaari. Pada permulaan Shaari berkeadaan baik ketika menjemput anaknya.
Shaari bersifat baik dan berbudi pekerti. Rakan Shaari mengatakan bahawa
Shaari merupakan seorang ceria. Shaari mengalami tekanan apabila mengalami
masalah dengan keluarga. Perubahan sikap Shaari menjadi pendiam dan
bersifat kontra berbanding sikapnya yang asal. Setelah dianalisis Shaari berukar
watak daripada seorang yang aservatif iaitu terbuka kepada pasif dan
mementingkan diri sendiri.

MEMBERI CADANGAN SEKIRANYA ANDA SEBAGAI SHAARI


Sekiranya berlaku keadaan seperti ini kepada saya. Apa yang terlebih dahulu
akan saya lakukan ialah saya akan mengikut model KE Mayer dan Salovey.
Saya akan mengenal pasti emosi sendiri dan meluahkannya dengan tepat .
sekiranya saya marah, saya akan mencari jalan untuk menenangkan diri. Saya
akan menggunakan emosi secara konstruktif dan membuat keputusan dengan
tepat tanpa dibayangi unsur amarah atau tekanan. Saya akan memikirkan akibat
dan perasaan orang lain sekiranya saya melakukan sesuatu perkara dan juga
impaknya terhadap diri saya sendiri. Akhir sekali saya akan mengurus emosi
sendiri agar ada penungkatan dalam aspek personal atau diri sendiri dan sosial
seperti dengan orang kampung, ahli keluarga, sahabat handai dan orang di
sekeliling saya.