Anda di halaman 1dari 23

PRAKATA

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya telah memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya untuk menyempurnakan
kajian ini, walaupun beberapa kesusahan dan rintangan yang saya hadapi. Saya
menyedari bahawa kajian ini tersusun bukan semata-mata hasil usaha sendiri melainkan
bimbingan dan motivasi daripada semua pihak.

Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En Ahmad
Fashil @ Ahmad Fazil bin Zainal Abidin sebagai Pensyarah sabjek Morfologi Dan
Sintaksis Bahasa Melayu atas daya usaha beliau memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga merakamkan penghargaan yang sama kepada
semua rakan yang turut memberikan tunjuk ajar serta bimbingan yang berguna.
Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan tugasan ini. Meski pun kajian ini tidak begitu sempurna, diharapkan ia dapat
bermanfaat kepada diri saya dan semua pihak yang membacanya.

Akhir sekali, tidak lupa saya merakamkan terima kasih dan penghargaan istimewa
buat suami dan anak-anak tersayang yang banyak membantu, memberi kerjasama ,
galakan dan sokongan kepada asaya untuk memastikan saya berjaya di dalam pelajaran.

Semoga Tuhan membalas segala pertolongan dan kerjasama daripada anda


semua. Sekian, terima kasih.

-i-
ISI KANDUNGAN

Muka surat.

PRAKATA i.

ISI KANDUNGAN ii.

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Latar belakang 2

1.2 Objektif 3

1.3 Batasan Kajian 4

1.4 Kaedah Kajian 5

2.0 Kajian Analisis Petikan 6

2.1 Definisi Morfologi 7

Definisi Sintaksis

2.2 Analilis Teks.

3.0 Refleksi / Kesimpulan 10

BIBLIOGRAFI iii.

-ii-
1.0 Pendahuluan

1.1 Latar Belakang (2 PERENGGAN/ 1MS)

Bahasa merupakan satu ciri paling khas yang membezakan manusia dari
makluk-makluk lain. Salah satu ciri bahasa ialah alat untuk berinteraksi atau alat
untuk berkomunikasi, dalam erti kata lain , alat untuk menyampaikan fikiran ,
gagasan , konsep atau juga perasaan (Chear dan Agustina, 1995:19). Jadi fungsi
bahasa yang paling dasar adalah sebagai alat berkomunikasi, yakni sebagai alat
pergaulan sesama manusia dan alat untuk menyampaikan pemikiran.

Kajian ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kecekapan


berbahasa setaraf dengan intelek mereka dengan merangkumi aspek
perkembangan bahasa, tatatingkat tatabahasa (morfologi dan sintaksis). Ini juga
bertujuan unuk berkomunikasi yang berkesan , bagi menghayati dan melahirkan
buah fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal persedirian, kemasyarakatan dalam
konteks rasmi ,kreatif dan tidak kreatif dalam penulisan bahasa serta memupuk
daya perkembangan bahasa bagi kepentingan pendidikan dan kerjaya.

-1-
1.2 Objektif

Melalui kerja kursus ini, kita diharapkan akan dapat mengetahui

tentang:

1.2.1 Menguasai kecekapan berbahasa setaraf dengan peringkat intelek


di samping mengukapkan fikiran dengan bahasa yang betul, kemas,
padat dan berkesan secara lisan dan bertulis.

1.2.2 Meningkatkan pengetahuan tentang tatabahasa dan kosa kata


bahasa Melayu serta menggunakan secara berkesan dari segi
sebutan, ejaan, intonasi, tatabahasa , kosa kata , ungkapan, dan
laras.

1.2.3 Boleh berkomunikasi secara berkesan dengan penuh sopan dan


menggunakan dinamika bahasa di samping mendayagunakan nilai
murni masyarakat Malaysia.

1.2.4 Mengetahui aspek pembentukan kata penggunaan imbuhan yang


betul dari sudut bentuk dan makna.
-2-

1.3 Batasan Kerja

Kerja kursus ini membataskan kajian dalam bidang morfologi dan


sintaksis . Bahan kajian yang akan digunakan dalam kajian ini diambil dari
ruangan Minda Pengarang, keluaran Berita Harian ( 28 Oktober 2010 ).

Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu


morfologi dan sintaksis . Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang
mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Maksud istilah morfem dan kata
adalah berbeza dari segi Fungsi dan konsep. Morfem ialah unit terkecil yang
menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit
bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit
atau satu morfem. Misalnya minum.

Antara fokus utama yang akan dibincangkan adalah berkaitan


pembentukan kata berimbuhan . Perbincangan akan berkisar kepada aspek makna
imbuhan awalan kata nama.

Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan bentuk-


bentuk lain yng menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merupakan
morfem terikat yang diletakkan sama ada di awal, di tengah atau di akhir sesuatu
kata akar atau kata dasar untuk membentuk satu kata baru. Morfem terikat
tersebut lazimnya membawa makna kenahuan tertentu yang mengubah makna
kenahuan kata baru yang terhasil (Kamus Linguistik, 1997).

Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan


dan apitan. Semua perkataan adalah morfem tetapi bukan semua morfem adalah
perkataan kerana perkataan adalah bermakna.
-3 -
Sintaksis pula meliputi hal-ehwal susunan perkataan untuk membina
frasa dan ayat. Antara aspek-aspek ayat yang perlu ditekankan termasuklah
Binaan ayat, yang terdiri daripada subjek dan predikat, dan aspek-aspek
pembinaannya.
4.2.2 Jenis-jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan
ayat seruan.
4.2.3 Konsep ayat aktif dan ayat pasif
4.2.4 Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
4.2.5 Pemeringkatan ayat, iaitu proses-proses penerbitan ayat:
(i) ayat tunggal
(ii) ayat majmuk
Jenis-jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan, dan ayat majmuk campuran.

1.4 Kaedah Kajian.

Bagi menyiapkan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah ke


perpustakaan, merujuk laman web dan perbincangan . Segala maklumat
berkaitan yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang
diberikan oleh Tuan Pensyarah, diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik
mungkin bagi menghasilkan kertas kerja yang bermutu. Di samping itu,
menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan pelajar sendiri.
-4-

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk melihat sikap dan masalah guru dalam
pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Sampel kajian terdiri
daripada 46 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap
Dua di enam buah sekolah sekitar Kuching. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah

BUKU berkualiti adalah satu bentuk persiapan minda kepada pembaca apabila input ilmu
dalam bahasa yang teratur mempermudahkan proses pembinaan karakter melalui proses
membaca.

• Didapati, potensi individu berkembang apabila penguasaan ilmu dapat dilakukan


lebih cepat kerana buku yang ditulis dan dibaca di rumah menjadi prapersediaan
kepada bahan bacaan lebih kompleks. Daya penerimaan lebih cepat meningkat
kerana struktur bahasa yang dibentuk akan melalui proses pengukuhan kesan
daripada pengulangan corak yang sama.
•  Kajian Basil menunjukkan kanak-kanak menengah atas yang didedahkan
dengan bahan bacaan dan budaya bertutur dengan bahasa tinggi berbanding
kanak-kanak menengah rendah yang terdedah kepada corak bahasa tempatan yang
menggunakan laras bahasa yang rendah di rumah.
•  Daripada kajian ini, didapati kanak-kanak menengah rendah berhadapan
kesukaran dalam pembelajaran di sekolah kerana mereka tidak didedahkan pada
bahasa tinggi yang terkandung dalam buku pelajaran yang digunakan di sekolah.
•  Akibatnya, kanak-kanak ini secara langsung terperangkap dalam kemiskinan
budaya dan kemiskinan ilmu yang menjadikan mereka tertolak ke belakang.
Malah, kemiskinan ekonomi juga tidak dapat dinafikan kesan daripada kegagalan
menguasai pengetahuan asas.
•  Kajian Basil memberi gambaran kepada kita bahawa jenis pertuturan yang
digunakan oleh ibu bapa kepada anak dan bahan bacaan yang diberikan memberi
kesan kepada pencapaian akademik mereka.
Jika dilihat dari perspektif dunia buku, kajian ini membuktikan bahawa konteks sesebuah
buku dan cara ia ditulis mempunyai kaitan yang rapat kepada penciptaan kedudukan
hiraki sosial pembaca.

• Hasil kajian ini juga memberitahu kita bahawa karya yang ditulis dengan
penggunaan bahasa pasar lebih memberi kesan buruk kepada pembaca. Ia menjadi
mitos yang dipegang oleh penulis tempatan yang percaya gaya penulisan seperti
itu membantu mengembangkan karakter positif dan budaya fikir pembaca.

Lebih menakutkan lagi, penulis tempatan sebenarnya berperanan secara langsung


meletakkan pembaca pada hiraki lebih rendah. Karya yang ditulis membawa pembaca ke
dalam kumpulan sosial yang rendah dan terus kekal dalam kelompok itu. Begitu berkuasa
bahan bacaan yang dihasilkan sehingga mencipta realiti kepada pembacanya.

Penulis tempatan bukan saja berperanan memperbanyakkan judul buku tempatan. Pada
masa sama, buku yang ditulis hendaklah mematuhi adab berkarya, iaitu mengambil kira
keperluan menulis menggunakan bahasa Melayu tinggi.

• Acapkali, penulis sama ada berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen beranggapan,
penulisan menggunakan bahasa pertuturan mempermudahkan kefahaman dan
penguasaan ilmu oleh pembaca.
• Malah, penggunaan bahasa pertuturan yang bercampur aduk dengan bahasa pasar
yang dibawa ke dalam bentuk penulisan berhadapan dengan risiko jangka hayat
karya yang pendek.

Pada sekitar tahun 1960-an perkataan ‘mambang’ adalah perkataan yang popular
digunakan dalam filem Melayu. Perkataan ‘mambang’ dikaitkan dengan gadis atau
perempuan cantik. Semakin zaman berlalu, perkataan itu menjadi tidak relevan dan tidak
diguna pakai seperti diungkapkan dalam dialog filem Melayu pada ketika itu.

• Banyak karya penulis tempatan yang berkualiti isinya melalui fasa kepupusan
dalam industri buku tempatan. Karya yang mati menjadi kerugian dalam proses
pembinaan ilmu masyarakat. Ia menjadi sebuah karya yang tidak relevan dan
tertolak daripada fungsi asalnya iaitu memperbaiki masyarakat secara
keseluruhan. Keadaan ini berpunca apabila penulis tidak berkarya dengan adab
bahasa yang disarankan.

Kebanyakan penulis tempatan dalam pelbagai genre berhadapan sukar menukar rentak
karya mereka apabila karya mereka sudah lama ditulis dengan rentak bahasa yang tidak
sesuai dengan amalan bahasa Melayu tinggi. Tetapi ia perlu dilakukan demi memastikan
‘survival’ ilmu dan pemetaan pemikiran tempatan bertahan pada jangka masa panjang.

• Apabila tanggungjawab adab berbahasa tidak diangkat oleh penulis tempatan,


maka karya mereka bertukar bukan sebagai ejen pembina bangsa, sebaliknya
menjadi pembunuh dalam senyap yang merosakkan kod budaya yang terkandung
dalam sesuatu bahasa.
• Imbuhan Lengkap Mencipta Gaya Bahasa Lebih
Indah
• Bahasa Melayu Tinggi (BMT) adalah salah satu unsur yang wajib ada dalam gaya
bahasa sastera, maksudnya hanya penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang dapat
menghasilkan ayat-ayat yang indah dibaca.
• Salah satu aspek yang membezakan BMT daripada BMR (Bahasa Melayu
Rendah) adalah penggunaan imbuhan. BMT menggunakan lebih banyak imbuhan,
manakala BMR tidak menggunakan banyak imbuhan.
• Ayat-ayat yang tidak menggunakan imbuhan lengkap akan menghasilkan gaya
bahasa seperti yang digunakan dalam novel-novel picisan. Novel-novel picisan
tidak dapat bertahan berbelas-belas, malah berpuluh-puluh, tahun dalam pasaran.
• Kajian ini menghadkan hanya ragam bahasa Melayu yang telah
dikemukan oleh Pendita tanah air terkenal iaitu Za’aba atau
nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad. Merujuk tulisan atau
kenyataan beliau dalam karyanya ‘Ilmu Mengarang Melayu’
(1965). Bagi menghuraikan setiap klasifikasi ragam bahasa oleh
Za’aba ini, contoh-contoh berkaitan yang diberikan serta
dinyatakan adalah berdasarkan sebuah novel karya Rejab F.I.
yang bertajuk ‘Matahari Di Hujung Malam’. Sehubungan dengan
itu, dihuraikan secara ringkas kepentingan atau keistimewaan
atau kepentingan penggunaan ragam bahasa semasa
berinteraksi.
Walaupun di dalam buku ini mungkin tidak dapat memenuhi
setiap klasifikasi ragam bahasa yang dikemukakan oleh Za’aba,
namun ianya menjadi pilihan atau bahan rujukan disebabkan
tema dan persoalan cerita ini yang menarik. Bertemakan serta
menyingkap persoalan manusia yang sememangnya lupa diri
apabila mendapat sesuatu kesenangan. Kisah seorang guru
yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti kemudiannya
sanggup menyingkirkan pengorbanan isteri, anak, dan keluarga
demi seorang yang lebih istimewa iaitu pensyarahnya sendiri.
Ibarat ‘sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.

• Dalam kajian ini penulis akan membincangkan semua bentuk binaan ayat kausatif
bahasa Melayu yang mungkin. Bentuk ini termasuklah yang didukung oleh kata dasar
dengan imbuhan {me_(kan/i)} yang wujud dalam kata kerja transitif aktif. Di
samping itu penulis juga akan melihat bentuk kausatif bagi ayat yang mengandungi
dua kata kerja seperti menendang masuk dan lain-lain lagi.
• Data yang digunakan dalam kajian ini adalah diambil dari Kamus
Dewan Edisi ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1995 dan tiga buah novel iaitu Imam tulisan Abdullah
Hussain, Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur, 1995, Empangan oleh Zakaria Ali, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 dan Hujan Debu oleh Rosmini Shaari,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. Kamus Dewan
digunakan untuk penulis mengabstrak semua bentuk men_ yang
berkemungkinan mendukung makna kausatif. Dari lebih kurang 3
000 contoh {men_} yang diperolehi, sejumlah 843 perkataan dasar
yang menerima imbuhan men_ yang mendukung makna kausatif.
Manakala novel-novel digunakan untuk mendapatkan contoh-
contoh ayat bahasa Melayu yang bersifat kausatif.
SRJK Chung Hua No. 1, No. 2, No. 3, No. 4, No. 5 dan No. 6. Taburan sampel seperti dalam
Jadual 1.
Jadual 1. Latar Belakang Responden Latar Belakang Bilangan
Jantina Lelaki 9
Perempuan 37
Umur 20-24 tahun 2
25-29 tahun 4
30-34 tahun 12
35-39 tahun 11
40 tahun ke 17
atas
Pengalaman mengajar BM 1-5 tahun 12
6-10 tahun 8
11-15 tahun 14
16-20 tahun 7
21 tahun ke 5
atas
Latihan Terlatih 44
Tidak terlatih 2
Bidang pengkhususan BM sahaja 14
BM dan lain- 13
lain 17
Bukan BM

2.0 Kajian Analisis Petikan

2.1 Definisi Morfologi dan Sintaksis

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang
bermakna.

Manakala Abdullah Hassan pula menyatakan definisi morfologi dalam buku


Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan iaitu morfem dan
kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu
morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang
berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata
akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan
fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa
morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara
pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :
121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36
iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur
kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language
yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi
bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi
kata – kata dan bahagian kata”.

Menurut Nik Safiah Karim(2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, stuktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.

*Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.

*Melibatkan kajian tentang bentuk, stuktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.

*Selain itu ,kajian sintaksis juga melibatkan perbezaan binaan ayat melalui jenis

ayat dan ragam ayat.

. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri
daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu
(i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
(ii) Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-
unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA)
dan frasa sendi nama (FS).· Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur
(frasa) yang mendasari ayat.
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulang kaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu ke sekolah
Frasa Nama

Frasa Sendi Nama


FN + FS
Fatimah amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§ Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa
endosentrik dan frasa eksosentrik.

Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang
membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat
mempunyai unsur-unsur.
Perhatikan contoh di bawah:
Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian guru senaman

Tipah membeli gula

Suara ketua pengawas itu serak-serak basah

Munainady menoreh getah


Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulang kaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu ke sekolah
Frasa Nama

Frasa Sendi Nama


FN + FS
Fatimah amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
Munainady menoreh getah
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulang kaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu ke sekolah
Frasa Nama

Frasa Sendi Nama


FN + FS
Fatimah amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

POLA-POLA AYAT DASAR

· Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa.
· Dapat menjadi ayat dasar pada ayat-ayat lain.
· Daripada pola-pola ayat dasar itu terbit ayat lain iaitu:

>AYAT TUNGGAL >AYAT PANJANG


>AYAT MAJMUK >AYAT AKTIF
>AYAT PENDEK >AYAT PASIF

4 pola ayat dasar:

~Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


~Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
~Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
~Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

Contoh pola ayat di atas adalah:

FN + FN; FN + FK; FN + FA; FN + FS


Pola Ayat
Subjek
Predikat
FN + FN
Abang
>Abang sulung saya
Doktor
>Doktor haiwan
FN + FK
Pelajar
>Pelajar-pelajar Tingkatan 5
Berhimpun
>Berhimpun di dewan besar
FN + FA
Anjing
>Anjing peliharaan jiran saya
Garang
>Sangat garang
FN + FS
Bapanya
>Bapanya yang baru bersara
di hospital
>dirawat di hospital daerah
Dicatat oleh RAMLI BIN YAHYA di 06:10

KONSEP AYAT TERBITAN


v Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat
dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.
v Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah
struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi
mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

TAJUK: PROSES PENERBITAN AYAT


PROSES PENGGUGURAN
v Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan
unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek.
Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh,awak semua pergi dari sini
= pergi dari sini.
Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh,Dia sangat pandai kerana dia
rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat.
FK yang serupa. Contoh, Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.=
Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
FN yang serupa. Contoh, Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambing
Negara = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lanbang Negara.
FA yang serupa. Contoh, Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik
Ali sangat rajin.
Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh, Dua masih di kampung dan isterinya masih di
kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.
Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari =
Dia boleh menyanyi dan menari.
Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, Daud memukul penjahat itu dan Daud
menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh,
kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan
Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.

Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai
serban itu bapa saya.
Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh, kegiatan
bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA


Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis
yang baharu.
Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.
Tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Penyusunan semula.
Berlaku melalui proses transformasi pasif. Contoh, Ali memendang bola itu = bola itu di
tendang oleh Ali.
Penyusunan semula FN sebagai objek
Mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contoh, Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku =
Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.
Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab. Contoh, Orang tua itu pergi
ke sungai =Ke sungai orang tua itu pergi.

PROSES PELUASAN
Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.
Peluasan FN sebagai subjek
Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh, Budak itu adik saya.Budak itu
membaca buku = Budak yang membaca buku itu adik saya.
Peluasan frasa predikat
FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan. Contoh, Ali
mengusik budak itu.Budak itu cantik = Ali mengusik budak yang cantik itu.
Peluasan dengan kata hubung.
Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.
Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun.menghasilkan
ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh, Ali pergi ke sekolah.Osman pergi ke sekolah = Ali
dan Osman pergi ke sekolah.
Peluasan melalui proses komplementasi
Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan
peluasan kepada ayat. Contoh, Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat = Dia melaporkan
bahawa Ali sakit tenat.
Dicatat oleh RAMLI BIN YAHYA di 06:14

Imbuhan merupakan morfem terikat yang diletakkan sama ada di


awal, di tengah atau di
akhir sesuatu kata akar atau kata dasar untuk membentuk satu kata
baru. Morfem terikat
tersebut lazimnya membawa makna kenahuan tertentu yang
mengubah makna kenahuan
kata baru yang terhasil (Kamus Linguistik, 1997). Berdasarkan definisi
tersebut,
dinyatakan bahawa fokus utama perbincangan kertas ini adalah
berkaitan dengan
imbuhan. Perbincangan akan berkisar kepada aspek makna imbuhan
awalan kata nama
peN-. Za’ba (1965), Abdullah (1987), Asmah (1993), Hashim (1993)
dan Nik Safiah et
al. (1993) antara penahu yang ada membincangkan mengenai
imbuhan peN- ini terutama
yang berkaitan dengan aspek makna. Secara umumnya aspek makna
yang ditonjolkan
melalui penulisan buku tatabahasa mereka sememangnya
memperlihatkan sumbangan
yang begitu besar dalam penghuraian dan pemerian nahu
bahasa Melayu

2.2 Analilis Teks .

3.0 Refleksi / Kesimpulan

BIBLIOGRAFI
http://www.pdftop.com/ebook/definisi+morfologi/

Hashim Hj.Musa,(1990).Sintaksis Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Agensi Penerbitan.

Kamus Dewan(edisi ketiga) Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

1.2 Objektif
Berdasarkan kandungan kertas kerja ini, kita akan dapat mengetahui tentang .
bentuk-bentuk ragam bahasa seperti mana yang diutarakan oleh Za’aba, serta
contoh-contoh setiap klasifikasi ragam tersebut. Di samping itu juga diperihalkan
kepentingan penggunaan ragam bahasa dalam pertuturan khasnya dalam
masyarakat Melayu.

1.3 Kaedah Kajian


Bagi menyiapkan kajian ini, digunakan kaedah kepustakaan. Segala maklumat
berkaitan yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang
diberikan oleh Tuan Pensyarah, diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik
mungkin bagi menghasilkan kertas kerja yang bermutu. Di samping itu,
menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan pelajar sendiri.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini menghadkan hanya ragam bahasa Melayu yang telah dikemukan oleh
Pendita tanah air terkenal iaitu Za’aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin
Ahmad. Merujuk tulisan atau kenyataan beliau dalam karyanya ‘Ilmu Mengarang
Melayu’ (1965). Bagi menghuraikan setiap klasifikasi ragam bahasa oleh Za’aba ini,
contoh-contoh berkaitan yang diberikan serta dinyatakan adalah berdasarkan sebuah
novel karya Rejab F.I. yang bertajuk ‘Matahari Di Hujung Malam’. Sehubungan
dengan itu, dihuraikan secara ringkas kepentingan atau keistimewaan atau
kepentingan penggunaan ragam bahasa semasa berinteraksi.
Walaupun di dalam buku ini mungkin tidak dapat memenuhi setiap klasifikasi ragam
bahasa yang dikemukakan oleh Za’aba, namun ianya menjadi pilihan atau bahan
rujukan disebabkan tema dan persoalan cerita ini yang menarik. Bertemakan serta
menyingkap persoalan manusia yang sememangnya lupa diri apabila mendapat
sesuatu kesenangan. Kisah seorang guru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke
universiti kemudiannya sanggup menyingkirkan pengorbanan isteri, anak, dan
keluarga demi seorang yang lebih istimewa iaitu pensyarahnya sendiri. Ibarat ‘sudah
dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.

1.5 Definisi Konsep


Bahasa sebagaimana yang didefinisikan berdasarkan perisian komputer ‘Kamus Eja
Tepat’ edisi 1997, adalah antaranya bermaksud ujaran, pertuturan atau omong,
biasanya yang melibatkan sesuatu komuniti atau masyarakat. Manakala ‘ragam’
bermaksud jenis, aneka atau macam. Oleh itu ‘ragam bahasa’ menurut Za’aba
dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan sebagai beberapa
jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan
kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada faham
pendengar dan pembaca. Dengan kata lain ragaman bahasa ini dapat dikatakan
sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud
tertentu.

2.0 KLASIFIKASI RAGAM BAHASA


Tidak ada bahasa manusia yang tetap, seragam mahupun tidak berubah-ubah.
Semua bahasa manusia menunjukkan kelainan dalaman. Penggunaan sebenar
berbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain, dan antara satu penutur
dengan penutur lain, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata, dan makna
kata-kata tersebut, malah dari segi pemilihan penggunaan ayat khususnya dalam
menyampaikan sesuatu hasrat atau mesej atau untuk menyatakan tujuan-tujuan
tertentu. Pendek kata, wujud pelbagai keragaman dalam berbahasa.
Buku ‘Ilmu Mengarang Melayu’ karya Pendita Za’aba yang diterbitkan pada tahun
1965, menitipkan bahawa terdapat sejumlah lima belas ragam bahasa. Dinyatakan
di sini keragaman tersebut iaitu :

Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu


morfologi dan sintaksis . Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang
mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.Maksud istilah morfem dan kata
adalah berbeza dari segi Fungsi dan konsep. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi
unsur perkaaan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau
nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdirid daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya minum.
Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan
kepada mi dan num . Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua
morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada
beberapa morfem. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:

Morfem

Morfem bebas

Morfem terikat

Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan


1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per,
minum, cuti, sekolah, periksa kan, ber
2. mempunyai makna sendiri 2. Tidak mempunyai makna, tapi
mempunyai fungsi tatabahasa atau
nahu. Boleh mengubah makna sesuatu
kata, dan seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:


Morfem terikat/imbuhan Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya,
membaca, menghafal. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
.Sisipan –
diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).Apitan -
ditambahkan
serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per……..an,
permainan.
Selain meningkatkan usaha pemantauan penggunaan bahasa agar
bahasa kebangsaan diutamakan dalam majlis dan situasi rasmi
negara,
dan agar bahasa yang baik dan betul digunakan, usaha menggerakkan
industri perbukuan negara dan minat membaca warga Malaysia perlu
ditingkatkan bagi memastikan pemupukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara terus mekar.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan tatabahasa bahasa


Melayu di kalangan guru-guru pelatih tersebut adalah sederhana dalam
komponen morfologi dan agak lemah dalam komponen sintaksis. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan memperlihatkan bahawa suatu tindakan harus
dilakukan untuk mempertingkatkan tahap penguasaan tatabahasa bahasa
Melayu di kalangan rakyat Malaysia .