Anda di halaman 1dari 4

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas


Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas


a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik


a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau
sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si
mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas


a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh
supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian Mangsa Kemalangan


a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.
b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan
bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling
yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi
keutamaan kepada mangsa yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,
kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.
Peringatan !!!
a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat
mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan
dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan
kecederaan patah.
e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

PEMBEBATAN

Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh
menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama.
Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan
kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasan


a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh


kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di
tempat cedera tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa
kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi


Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana
ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4
meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

Anda mungkin juga menyukai