Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK MENCATAT GERAKAN CATUR

Terdapat banyak sistem catatan permainan catur, tetapi yang akan diajar di sini ialah
piawaian terkini yang dipanggil notasi algebra.

Dalam notasi algebra, simbol R digunakan untuk tir (rook), N untuk kuda (knight), B untuk
gajah (bishop), K untuk raja (king), Q untuk menteri/ratu (queen), dan tanpa huruf untuk
bidak (pawn).

Apabila mencatat langkah yang tidak melibatkan buah dimakan atau bidak dinaikkan
pangkat, tulis simbol buah yang digerakkan dahulu. Kemudian tulis lajur (file) ke mana buah
itu bergerak. Lajur "a" adalah lajur paling kiri seperti yang dilihat oleh Putih, manakala lajur
"h" merupakan lajur paling kanan. Seterusnya, tuliskan nombor baris (rank). Baris 1
merupakan baris paling dekat dengan Putih dan baris 8 adalah baris paling jauh.

Mari lihat contoh satu permainan yang masih berlangsung untuk lebih mudah memahami
sistem ini (yang telah hampir tamat).

Permainan mudah

Setiap petak dicam secara unik dalam notasi algebra melalui satu koordinat yang terdiri dari
satu huruf dan satu nombor. Huruf dan nombor ini (yang mewakili lajur dan baris)
dipaparkan di pinggir rajah di sebelah. Sebagai contoh, petak di sudut kiri bawah ialah a1,
manakala petak di kanan atas ialah h8. Raja Putih berada di e1 manakala raja Hitam berada di
f7.

Sekarang ini merupakan giliran Putih. Putih memilih untuk menggerakkan gajah d3 ke c4
untuk mengemat raja Hitam. Jika ini adalah gerakan Putih yang ke-30, gerakan tersebut akan
dicatat sebagai

30. Bc4+

Ini bermakna pada gerakan ke-30 Putih, gajah telah digerakkan ke petak c4. Disebabkan
cuma ada satu gajah yang dapat bergerak ke c4 (kerana cuma ada satu gajah dalam
permainan), petak asal gajah tersebut tidak perlu dicatat. Tanda + menandakan mat (check).
Simbol # (dulu ++) pula menandakan syahmat (checkmate).

Permainan mudah

Akan tetapi, gajah Putih sekarang berada dalam garis nampak Menteri. Hitam memutuskan
untuk memakannya. Jadi gerakan ke-30 Hitam boleh ditulis sebagai

30... Qxc4

Ini bermakna pada gerakan ke-30 Hitam, menteri telah bergerak dan memakan (ditunjukkan
oleh tanda x) buah di petak c4. Apabila gerakan Hitam ditulis berasingan dengan Putih, tiga
titik diletakkan antara nombor dan gerakan, yang demikian: 30...Qxc4. Kadang kala, simbol :
digunakan untuk menunjukkan ada buah dimakan, yang demikian: Q:c4, atau lebih jarang:
Qc4:

Permainan mudah

Setelah kehilangan gajahnya, Putih kini dalam masalah, dan cuba untuk melarikan diri ke f2.
Ini ditulis
31. Kf2

Sekiranya menteri Hitam berhasrat untuk mengemat raja Putih dengan menggerakkan menteri
ke c2, ia ditulis

31... Qc2+

Trengkas anotasi

Jika suatu gerakan diikuti oleh tanda ! ia bermakna gerakan tersebut amat bagus ketika itu.
Sebaliknya jika gerakan itu diikuti oleh ? ia bermakna gerakan tersebut dipersoalkan atau
bukan strategi baik. !! dan ?? membawa maksud yang sama, dengan lebih penekanan. !? pula
menandakan gerakan yang menarik tetapi mungkin bukan yang terbaik, manakala ?!
menandakan gerakan yang diragui tetapi tidak dapat disangkal.

1-0 menandakan kemenangan untuk Putih, 0-1 kemenangan untuk Hitam, dan 1/2 permainan
seri. = menandakan kesamaan kedudukan antara pemain, +/– bermakna yang Putih dianggap
mempunyai kelebihan, manakala –/+ menandakan kelebihan kepada Hitam.

Kadangkala notasi biasa tidak dapat membezakan gerakan dua buah yang dapat bergerak ke
petak yang sama. Oleh itu, menjadi kelaziman untuk menandakan buah mana yang bergerak
dengan menyatakan lajur asal buah tersebut (contohnya Nbd2 bermakna yang kuda
digerakkan ke petak d2 dari lajur b). Sekiranya lajur tidak dapat membezakan kedua-dua
buah, baris pula digunakan (contohnya N4d2).

Gerakan khas

 Perkubuan (castling) ditandakan oleh 0-0 atau 0-0-0, bergantung kepada sama ada
perkubuan terjadi di bahagian raja atau menteri.
 Memakan secara sambil lalu (en passant) ditandakan oleh awalan e.p. sekiranya
terdapat kekaburan.
 Kenaikan pangkat bidak ditandakan oleh gerakan asalnya, diikuti dengan simbol buah
yang menggantikan bidak tersebut. Tanda mat atau !/? diletakkan selepas nama buah
baru.

Anda mungkin juga menyukai