Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu
murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada
pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga
dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang,
pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di
Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Matlamat Program

Program Transisi Tahun Satu akan dapat :

1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.

2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran,


guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Nama Program
Program transisi tahun 1 2019

Tempoh Pelaksanaan: tiga minggu (1 Januari 2019 – 17 Januari 2019)

Tempat : Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2

Objektif

Di akhir program, murid-murid dapat:

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran

yang formal.

1
2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi

kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata

pelajaran.

3. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di sekolah.

4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan lancar dan berkesan.

Sasaran peserta
Murid Tahun 1 2019

TEMA PROGRAM

MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir
secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu
dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang
awal lagi menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga
diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang
mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu
melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan
tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-
nilai murni yang ada atau yang dibawa dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYA

2
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar
bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.
Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-
aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru
mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata
bercahaya mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

JAWATANKUASA
PROGRAM3 TRANSISI
TAHUN SATU 2019
PENGERUSI
Encik Suparman b Samsuri

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Nor Hayati bt Harun

NAIB PENGERUSI 1
Pn. Noor Haizam bt Abd Zahid

NAIB PENGERUSI 2
En Alias b Yaacob

PENYELARAS
Cik Nur Arifah bt Zainal

SETIAUSAHA
Pn Che Sarifah bt Che Mansor

AHLI JAWATANKUASA
Guru Mata Pelajaran Tahun 1

BIDANG TUGAS GURU BAGI

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2017

4
BIDANG TUGAS GURU-GURU MATAPELAJARAN

 Memahami konsep dan tujuan Program Transisi


 Menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid yang berbeza.
 Membantu merancang aktiviti yang memenuhi keperluan JERI murid.
 Merekod dan mengemaskinikan rekod pembelajaran 3M dan dalam aktiviti pra huruf, pra
nombor dan pra warna.
 Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa mengenai perkembangan setiap
murid dalam mata pelajaran mereka.
 Merangka strategi untuk menyelesaikan tahap penguasaan 3M murid yang berbeza.
 Menyimpan hasil keputusan penilaian, pemerhatian dan ujian sepanjang tahun.
 Menjaga dan mengemaskini sudut dan ruang mata pelajaran masing-masing.
 Membuat dan membaiki ABM untuk dipamerkan di sudut atau ruang mata pelajaran.
 Menyediakan rancangan tahunan bertema dan rangka aktiviti untuk minggu transisi.

BIDANG TUGAS GURU KELAS

 Memahami konsep dan tujuan Program Transisi.


 Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika.
 Melukis pelan bilik darjah.
 Menyediakan sudut ruang mata pelajaran.
 Menjaga dan memantau keceriaan dan kebersihan kelas berdasarkan garis panduan yang
diberikan.
 Prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan murid semasa di sekolah dan bertanggungjawab
kepada ibu bapa dan penjaga murid.
 Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah
 Mengumpul maklumat untuk tujuan pengrekodan daripada ibu bapa atau penjaga murid.
 Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid.
 Membahagikan murid kepada kumpulan mengikut kecerdasan dan tahap kemampuan murid
selepas minggu transisi.
 Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutin dan peraturan
dalam bilik darjah secara berterusan.
 Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga.

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS TAHUN SATU

 Merangka dan menyelaras aktiviti untuk tiga minggu (sepanjang Program Transisi dijalankan).

5
 Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, Majlis Suaikenal Tahun Satu 2015 dan Majlis
Penutupan Minggu Transisi 2015.
 Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang.
 Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir.
 Mengemaskini fail perlaksanaan program transisi secara berterusan.
 Membantu menyedia dan mengedar bahan edaran kepada ibu bapa penjaga.
 Membantu memantau sepanjang perlaksanaan program.
 Bertindak sebagai pakar rujuk.

BIDANG TUGAS SETIAUSAHA AJK KERJA

 Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak.
 Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal murid
Tahun Satu dan Majlis Penutup Minggu Transisi.
 Menyedia dan mengedarkan aturcara bagi setiap majlis formal sepanjang program diadakan.
 Mengedar surat edaran dan jemputan kepada pihak yang berkenaan.
 Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang
dikehendaki.
 Menyimpan fail dan rekod perlaksanaan program.
 Menyediakan laporan bertulis mengenai perlaksanaan program di akhir tahun.

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1

6
RANCANGAN PROGRAM TRANSISI
& GURU PENYAYANG TAHUN SATU
2019
7
HARI : SELASA MINGGU 1 (ORIENTASI) TARIKH: 1 JAN 2019

MASA AKTIVITI CATATAN / TINDAKAN


7.30 – 8.00 PERHIMPUNAN AWAL TAHUN Perhimpunan
 Bacaan doa mingguan di dewan
 Nyanyian sekolah
 Ucapan Guru Besar
 Memperkenalkan semua guru kepada murid SEMUA GURU
8.00 – 8.30 TATACARA MASUK KELAS
 Beratur GURU JADUAL
 Ucapan selamat
 Guru memperkenalkan diri
 Tertib tempat duduk murid dan belajar
 Nyanyian lagu tema
8.30-9.00 TATACARA PENGGUNAAN TANDAS DAN LAWATAN
 Cara pergerakkan ke tandas GURU JADUAL
 Bacaan doa masuk dan keluar tandas
 Cara mengggunakan tandas yang betul
 Penerangan peraturan tandas
9.00 – 9.30 UCAPAN BERTATASUSILA GURU JADUAL
 Ucapan salam (Selamat sejahtera, Good morning, Kad imbasan
Terima kasih, Thank you dan sebagainya)
9.30 – 10.00 TATACARA REHAT/MEMPERKENALKAN KANTIN
 Beratur di luar bilik darjah GURU JADUAL
 Cuci tangan
 Atur cara membeli makanan
 Doa sebelum dan selepas makan
10.00 – 10.30 REHAT GURU BERTUGAS
10.30 – 11.30 LAWATAN Lawatan ke aras
 Pejabat (bilik guru besar, bilik GPK) bawah, satu, dua dan
 Bilik Guru/Kelas tiga
 Perpustakaan
 Bilik Astro/Bilik MBM/MBI/Bilik J-QAF/Surau/Pusat GURU JADUAL
Akses/Bilik Rawatan/Bilik Gigi/Dewan
11.30 – 12.15 MENGENAL DAN SAYANGI SEKOLAH Lirik lagu
 Mengenal lencana sekolah Gambar lencana
 Mewarna lencana sekolah
GURU JADUAL
 Melukis gambar sekolah saya
12.15 – 12.30 PENGURUSAN KELAS UNTUK PULANG
 Mengemas beg GURU JADUAL

8
 Membersihkan bilik darjah
 Bacaan doa dan mengucap terima kasih
HARI : RABU MINGGU 1 (ORIENTASI) TARIKH: 2 JAN 2019

MASA AKTIVITI CATATAN / TINDAKAN


7.30 – 8.00 PENGURUSAN KELAS LEMBARAN KERJA
 Murid melakukan rutin harian (kutip sampah, susun Menamakan dan
meja/kerusi, mengelap tingkap mewarna alatan
 Aktiviti mewarna (alatan kebersihan) dan tunjuk cara kebersihan
menulis nama dengan betul dan kemas.
 Nyanyian lagu tema GURU JADUAL
8.00 – 8.30 UCAPAN BERTATASUSILA LEMBARAN KERJA
 Doa-doa harian
 Adab belajar GURU JADUAL
 Adab makan
 Adab dengan guru
 Adab ketika belajar
8.30 – 9.00 BUDAYA SEKOLAH Membuat demonstrasi
 Memberi salam kepada guru, pekerja sekolah dan antara murid dan guru
pelawat
 Mengucapkan terima kasih GURU JADUAL
9.30 – 10.00 TATACARA REHAT
 Berdiri dan ucap terima kasih GURU JADUAL
 Beratur dan berjalan dengan senyap ke kantin
 Membasuh tangan
 Tatacara membeli makanan
 Duduk di bangku dan membaca doa makan
10.00 – 10.30 REHAT GURU BERTUGAS
10.30 – 11.00 PENGURUSAN DIRI – KEBERSIHAN DIRI Penerangan tentang
 Penerangan tentang kebersihan diri rambut, kuku, pakaian,
 Penjagaan kuku dan rambut kasut (lembaran kerja)
 Pakaian yang bersih dan kemas
 Menamakan alat kebersihan diri GURU JADUAL
11.00 – 11.30 NYANYIAN
 Negaraku/Lagu Negeri Johor/Lagu Sekolah GURU JADUAL
 Cara menyanyi dan cara berdiri dengan betul
 Mewarna
11.30-12.15 PROGRAM BIMBINGAN KAUNSELING GURU JADUAL
TEMA:Pembangunan Budaya Sekolah GPK HEM
 Peranan murid di sekolah GURU BIMBINGAN DAN
 Sosialisasi KAUNSELING
 Komunikasi/interaksi
 Lagu bimbingan kaunseling
 Mengenali rakan sebaya
 Mengenali budaya sekolah

9
12.15 – 12.30 PENGURUSAN KELAS UNTUK PULANG
 Mengemas beg GURU JADUAL
 Membersihkan bilik darjah
 Bacaan doa dan mengucap terima kasih

HARI : KHAMIS MINGGU 1 (ORIENTASI) TARIKH: 3 JAN 2019

MASA AKTIVITI CATATAN / TINDAKAN


7.15 – 8.00 BUDAYA AL-QURAN Bacaan yassin di dewan
PENGURUSAN KELAS LEMBARAN KERJA
 Murid melakukan rutin harian (kutip sampah,
susun meja/kerusi, mengelap tingkap) GURU JADUAL
 Nyanyian lagu tema GURU BERTUGAS
8.00 – 9.00 PROGRAM SAYANGI GIGI LEMBARAN KERJA
 Penerangan mengenai penjagaan gigi
 Demonstrasi memberus gigi dengan betul. GURU JADUAL
 Melukis dan mewarna gambar peralatan GURU UNIT KESIHATAN
penjagaan gigi.

9.00 – 9.30 BARANGAN PERIBADI LEMBARAN KERJA


 Mengenal beg/kotak pensel/ botol air.
 Kegunaan barangan peribadi GURU JADUAL
 Kepentingan menjaga barangan peribadi

9.30 – 10.00 TATACARA REHAT GURU JADUAL


 Berdiri dan ucap terima kasih
 Beratur dan berjalan dengan senyap ke kantin
 Membasuh tangan
 Tatacara membeli makanan
 Duduk di bangku dan membaca doa makan
10.00 – 10.30 REHAT GURU BERTUGAS
10.30 – 11.30 LAWATAN KE PERPUSTAKAAN Orientasi PSS
 Peraturan penggunaan perpustakaan
 Cara menggunakan perpustakaan dengan betul GURU JADUAL
CIKGU BOOJESWARI
11.30-12.15 PERATURAN SEKOLAH DAN PAKAIAN SERAGAM Murid bersama guru di
 Penerangan tentang peraturan sekolah dewan
 Pakaian seragam yang lengkap
GURU JADUAL
 Peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa ke
GURU DISIPLIN
sekolah GURU PENGAWAS

12.15 – 12.30 PENGURUSAN KELAS UNTUK PULANG

10
 Mengemas beg GURU JADUAL
 Membersihkan bilik darjah
 Bacaan doa dan mengucap terima kasih

Lagu Tema Minggu Orientasi Dan Transisi Tahun 1

Kami murid baru

Kami ingin maju

Kami sayangkan diri sendiri

Ayuh kawan-kawan kita tunjuk bukti

Rajin datang sekolah setiap hari

Kami sayang ibu

Kami sayang ayah

Sayang guru dan kawan-kawan

Belajar ikut guru

Kami tidak malu

Kerjasama dalam kumpulan

PENUTUP

Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2017 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak.Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga dapat
menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di kelas pendidikan pra

11
sekolah supaya mendapat pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh. Justeru,segala
perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan: Disahkan:

…………………... ……………………….

(NUR ARIFAH BT ZAINAL) PN NOR HAYATI BT HARUN


Penyelaras Program Transisi Penolong Kanan Pentadbiran
SK Temenggong Abdul Rahman 2 SK Temenggong Abdul Rahman 2

12

Anda mungkin juga menyukai