SOALAN : Berdasarkan pengalaman ataupun pengetahuan sedia ada anda, senaraikan
seberapa banyak program Bimbingan dan Kaunseling yang kamu tahu
Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada, terdapat banyak program
Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan di sekolah. Antaranya ialah program sekolah penyayang. Program sekolah penyayang dilaksanakan setiap hari untuk menggalakkan murid suka ke sekolah selain mengeratkan hubungan mesra antara guru dengan murid. Selain itu, program yang dijalankan adalah program atau kursus kepimpinan yang melibatkan pemimpin sekolah seperti pengawas, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya. Program ini bertujuan untuk mengasah bakat kepimpinan mereka. Seterusnya ialah program Anti Dadah. Program ini mensasarkan semua murid di sekolah bagi menyemai sikap bencikan dadah. Disamping itu, program lain ialah bengkel kemahiran belajar untuk semua murid supaya mereka tahu teknik belajar yang betul seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang. Akhir sekali, program lawatan ke rumah murid tertentu untuk mengetahui keperluan dan masalah yang dihadapi murid.
Program lain:
Program Motivasi Murid – meningkatkan motivasi murid
Lawatan sambil belajar murid tahun 6 selepas UPSR – menimba ilmu dan pengetahuan melalui pengalaman Bengkel Menjawab Soalan UPSR – berkolaborasi dengan guru panitia untuk membantu murid membuat pecutan akhir Program Sambutan Hari Kanak-kanak Taklimat ke Sekolah Menengah dan Ceramah Remaja – pendedahan dari aspek akademik, psikososial dan emosi Kem Jati Diri – membina jati diri ke arah kecemerlangan