SOALAN: Pada pendapat anda, kenapa penilaian bimbingan dan kaunseling perlu dibuat?
Penilaian bimbingan dan kaunseling merupakan satu elemen penting yang perlu
dititikberatkan oleh kaunselor. Penilaian mempunyai dua sebab utama iaitu menentukan kemajuan
klien dan membantu kaunselor meningkatkan kemahiran serta membangunkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling pada masa hadapan. Tujuan lain penilaian dilakukan adalah untuk menilai
keberkesanan program. Selain itu, penilaian adalah untuk mengenalpasti sama ada program yang
dilaksanakan mencapai matlamat atau tidak. Dengan penilaian, kaunselor juga dapat mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan pelaksanaan program serta perkara yang perlu dirombak untuk
penambahbaikan. Akhir sekali, bergantung kepada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka
pendek, dengan penilaian, ia akan memberikan hasil yang terbaik.