Anda di halaman 1dari 9

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Nama Penulis :

Tarikh :

1
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat

1 Halaman pengakuan

2 Penghargaan

3 1.0 Pengenalan

2.0 Peranan guru di sekolah selaras dengan Falsafah


Pendidikan Guru
4
i. Guru sebagai Pembentuk Akhlak
ii. Guru sebagai Agen Sosialisasi
iii. Guru sebagai role model kepada Pelajar

5
3.0 Rumusan

6 4.0 Rujukan

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum.

Penghargaan ini ditujukan khas kepada semua sahabat handai dan pensyarah

saya iaitu Puan Salinah Binti Pit yang merupakan pensyarah pembimbing kami. Tunjuk

ajar beliau dalam menyiapkan kerja kursus ini amat saya hargai. Segala teknik dan ilmu

pengetahuan yang beliau curahkan, amat bermakna. Selain itu melalui hasil tugasan

saya ini, saya dapat menyimpulkan bahawa tugasan ini cukup bermakna kerana ia dapat

memberikan pemahaman pada saya tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ilmu ini membolehkan saya

berusaha melengkapkan diri sebagai seorang guru kelak. Tidak lupa juga ucapan

sekalung penghargaan kepada ibubapa yang banyak membantu dari segi wang ringgit

dan dorongan dan juga rakan sekelas PIM 2 PDPM (KDC). Justeru itu, ucapan terima

kasih kami ucapkan kepada semua yang memberi dorongan selama ini. Sekian, terima

kasih.

3
1.0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar pendidikan yang telah


dilaksanakan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan
ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan,
Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988 yang berbunyi seperti yang
berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah saatu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi
warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga
bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati
ciri-ciri berikut:
i. Percaya kepada Tuhan
ii. Berilmu pengetahuan
iii. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
iv. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
v. Bertanggungjawab ke atas diri, masyarakat, agama dan Negara
vi. Berakhlak mulia

4
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal dengan tujuan dapat dijadikan panduan
bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat FPG adalah
menghasilkan warga pendidik yang berkualiti. Berikut adalah Falsafah Pendidikan Guru:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menunjukkan aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

Sebagai kesimpulan, berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, adalah difahamkan bahawa pendidikan di
Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu, demi menwujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manakala matlamat pendidikan ialah
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk
keharmonian dan kemakmuran negara.

5
2.0 PERANAN GURU SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

2.1 Guru sebagai pembentuk akhlak

Umum mengetahui bahawa, guru mempunyai sikap bertanggungjawab


sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa
yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Guru
(FPG). Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif
dan memahami peranan utama bagi memastikan kemenjadian murid secara holistik serta
mengembangkan potensi murid ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.

Bagi menerapkan nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam diri pelajar, guru
berperanan sebagai pembentuk akhlak mulia dalam kalangan pelajar. Pada masa yang
sama, guru menjadi suri teladan kepada para pelajar dalam menerapkan nilai dan etika
positif. Tamsilnya, pihak pentadbiran sekolah boleh melaksanakan program menutup
kaunter pada waktu zohor. Yang mana, pada waktu itu, semua pelajar juga kakitangan
sekolah diwajibkan untuk solat berjemaah terutamanya pada waktu zohor. Pada waktu
tersebut, tiada urusan lain berlaku melainkan solat berjemaah bersama di masjid sekolah.
Guru-guru mahupun kakitangan sekolah semuanya terlibat untuk solat berjemaah
bersama di masjid sekolah. Bersesuaianlah dengan konsep guru sebagai pembentuk
akhlak serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Akhirnya, sedikit demi sedikit
para pelajar akan terikut-ikut dengan budaya solat berjemaah itu dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Kaedah qudwah hasanah seperti ini amat penting kerana para pelajar biasanya
akan terikut-ikut dengan gaya hidup mereka di sekolah. Maka, tidak hairanlah guru yang
berkualiti mampu melahirkan pelajar yang akan menyumbang kepada keharmonian
negara kelak. Lantas, membentuk modal insan yang unggul seperti mana yang
dihasratan oleh kerajaan.

Tuntasnya, guru amat memainkan peranan yang sangat penting selaras dengan
Falsafah Pendidikan Guru dalam pembentukan modal insan dan menerapkan nilai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kalangan pelajar kerana guru merupakan agen
perubahan dalam mendidik pelajar memiliki sahsiah terpuji.

6
2.2 Guru sebagai agen sosialisasi

Dalam arus globalisasi ini, sekolah merupakan antara institusi penting yang
berupaya membantu pembentukan perpaduan kaum melalui proses sosialisasi yang
melibatkan pelbagai agen seperti guru dan rakan sebaya. Dalm konteks ini, guru
merupakan agen yang lebih berautoriti, sekaligus dapat memberi impak yang lebih positif
kearah pembentukan perpaduan kaum di sekolah. Para guru terutamanya di peringkat
sekolah rendah merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan
pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Selain itu, seorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi dengan
memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat. Peranan
agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku
murid adalah mengikut nilai dan kehendak masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar
penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras
dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.

Guru sebagai agen sosial yang utama di sekolah perlu untuk membentuk hubungan sosial
yang mesra dan penyayang. Dalam hubungan sosial yang mesra dan penyayang ini setiap
individu memainkan peranan untuk mengawasi, menasihati dan membetulkan tingkahlaku anak-
anak murid yang berada dihadapan mereka. Dalam mewujudkan hubungan sosial yang mesra
guru dapat memberikan motivasi kepada anak didiknya untuk belajar dengan cemerlang, serta
menggalakkan mereka untuk belajar secara aktif didalam kelas. Sokongan daripada guru
merupakan faktor yang kuat dalam membentuk hubungan sosial yang cemerlang khususnya
pelajar sekolah rendah.

Dengan itu, akan lahirlah individu di dalam masyarakat penyayang yang tidak hanya
mementingkan diri sendiri dan melakukan sesuatu perkara jelas yang akan membawa bencana
kepada orang-orang disekelilingnya. Sifat inilah yang diperlukan dalam setiap guru bagi
melahirkan sebuah Negara maju yang berperibadi dan seimbang dengan pembangunan negara
seperti yang dizahirkan dalam amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

7
2.3 Guru sebagai role model kepada pelajar

Seorang guru dianggap “role model” kerana ia dapat dilihat melalui peranan-peranan yang
dipikul oleh seorang guru, sekiranya ia melaksanakan tugasnya dengan cara yang baik dan betul
maka ia layak menjadi “role model” atau ikutan bagi muridnya. Peranan seorang guru bukan saja
dilihat daripada ilmunya, tetapi juga dilihat daripada perangainya sebagai model atau contoh
kepada masyarakat, terutama sekali kepada murid, pelajar dan generasi muda.

Ingin menjadi seorang guru yang baik hendaklah memiliki banyak kebolehan dalam
menghasilkan sesuatu pelajaran. Hal ini kerana, kebolehan dalam mempelbagaikan cara
perlaksanaan pembelajaran dapat mengelakkan kebosanan kepada pelajar dan sekaligus
menimbulkan kekaguman kepada muridnya apabila melihat kesungguhan kepada guru mereka
dan ini tidak mustahil seorang murid itu akan menjadikan gurunya sebagai idola dalam mencapai
kejayaannya. Selain itu, guru juga mestilah memiliki kemahiran profesional serta menggunakan
dan menghasilkan pembelajaran dan bahan pengajaran untuk mempertingkat kualiti pengajaran
pembelajaran.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan di sini bahawasanya guru hanyalah


pemudah cara dan pelajar berperanan meminta dan menerima ilmu daripada guru.
Mereka bukan sahaja menerima ilmu dari guru, malah mereka perlu belajar menjadi
seorang pelajar ataupun individu yang bermoral dan berguna yang boleh menyumbang
kepada agama, masyarakat dan negara. Sementelah itu, guru berperanan sebagai
penyumbang ilmu dan penyubur jati diri kerana mereka lebih berpengalaman dan
bertanggungjawab membentuk modal insan sepertimana yang dihasratkan oleh negara.
Para guru juga banyak berkorban dalam melahirkan generasi berilmu dan berguna
kepada Negara.

8
3.0 RUMUSAN

Anda mungkin juga menyukai