Anda di halaman 1dari 3

Amalan Tarekat perlu Tunduk kepada Syariah Berasaskan Al-quran dan Sunnah

Pelbagai reaksi diterima berikutan pendedahan wujudnya tarekat baharu yang mempunyai kaitan dengan
Tarekat Naqsyabandiah yang diharamkan. Apa yang dimaksudkan dengan tarekat? Pada prinsipnya,
tarekat adalah perjalanan kepada Allah SWT seperti mana amalan umum yang diamalkan Rasulullah
SAW, sahabat dan tabi'in. Itulah perjalanan hidup yang menyeluruh dalam kalangan ulama salaf.
Rasulullah SAW dan sahabat adalah mereka yang mendahului atau lebih ke hadapan dalam perjalanan
menuju Allah SWT, justeru, mereka adalah yang terdekat kepada Allah SWT. Dalam ungkapan lain,
tarekat ialah melaksanakan agama Islam dengan teliti, menjauhi serta meninggalkan perkara haram dan
syubhah. Kewajipan yang dituntut Islam dikerjakan dengan sempurna seperti solat lima waktu, puasa
pada bulan Ramadan, zakat, haji dan lain-lain. Selain itu, dikerjakan pula secara bersungguh dan penuh
minat keutamaan yang dianjurkan Islam seperti solat tahajud, solat sunat rawatib, puasa hari Isnin dan
Khamis, aktif membaca al-Quran, berselawat, tasbih, istighfar dan zikir lain.

Puasa Syaaban Latihan Intensif Menghadapi Bulan Ramadan

Syaaban antara bulan yang dihormati Baginda Nabi SAW kerana hampirnya ia dengan Ramadan yang
jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT. Baginda SAW pernah bertanyakan sahabat dalam
sabdanya bermaksud: "Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Sahabat
menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, "Dalam bulan itu
berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Kitab Raudatul Ulama). Ada yang mengatakan bahawa
cabang-cabang ganjaran kebajikan dipercambahkan kerana hampirnya Syaaban dengan Ramadan.
Bagaimanapun, setiap kebajikan akan tetap mendapat ganjaran tanpa mengira masa dan tempat ia
dilakukan. Bagaimanapun, perkara rasional yang perlu diterima pakai ialah berkaitan latihan intensif
kepada sesuatu amalan yang mana ia adalah wajar kerana dengan latihan akan menjurus kepada laluan
kejayaan yang cemerlang.

IS Manipulasi Isu Sebar Propaganda

Kumpulan Negara Islam (IS) umpama suatu fenomena yang melanda dunia. Pengaruh perjuangan
radikal yang dilaung-laungkan bukan setakat menarik orang Islam namun golongan bukan Islam turut
terkena tempiasnya. Jelas betapa berkesannya propaganda kumpulan itu yang satu ketika dikenali
sebagai Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) atau Negara Islam Iraq dan ash-Sham (Syria) (ISIS),
dibentuk pada April 2013 selepas berpecah daripada Al-Qaeda di Iraq (AQI). Ia adalah satu daripada
kumpulan utama jihad yang berjuang menentang tentera kerajaan di Syria dan Iraq. Saiz kekuatan
sebenar IS tidak jelas namun awal tahun ini, wartawan bebas Amerika Syarikat (AS), Mary Anne Weaver
mendakwa separuh daripada pejuang IS terdiri daripada warga asing. Laporan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) pada November 2014 pula menganggarkan 15,000 pejuang IS adalah dari lebih
80 negara.

Didik Generasi Muda Menghargai Barangan Terbuang

BIJI-BIJI Design Sdn Bhd yang ditubuhkan pada November 2012 adalah sebuah perusahaan sosial yang
ditubuhkan oleh empat sahabat yang mempunyai niat murni ingin memulihara alam sekitar. Ia adalah
gabungan idea pengasas bersama syarikat berkenaan, Azam Hisham, 28; Rashvin Singh, 28; Gurpreet
Singh, 28; dan Zoe Victoria, 27; yang ingin mewujudkan entiti berupaya mempengaruhi masyarakat
mengamalkan gaya hidup lestari. Mereka ingin melihat rakyat negara ini mempunyai budaya baharu yang
lebih mesra kepada alam sekitar, mempunyai amalan membuang yang bertanggungjawab dan
mengamalkan kitar semula. Bagaimanapun, mereka sedar ia memerlukan pembabitan masyarakat dan
tidak sepatutnya hanya dilakukan oleh mereka sahaja jika ingin memperoleh hasil terbaik. Oleh itu,
syarikat ini menggunapakai konsep Sumber Terbuka (Out Source) supaya idea dan aktiviti mereka dapat
dikongsi bersama sekali gus memberi faedah kepada banyak pihak. Biji-Biji sebenarnya diwujudkan atas
kesedaran bahawa ramai rakyat negara ini masih belum mencapai tahap kesedaran yang mencukupi
untuk menjaga alam sekitar.
Guru, ibu bapa patut Kerjasama Bentuk Sahsiah Pelajar

Pada 16 Mei setiap tahun, negara menyambut Hari Guru, bagi mengenang serta menghargai segala
jasa, sumbangan serta pengorbanan diberikan warga pendidik yang banyak mencurah bakti, masa serta
tenaga untuk mendidik. Tidak dapat dinafikan, kehidupan dunia masa kini amat memerlukan tenaga
manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran serta ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, peranan
dimainkan warga pendidik semakin penting bagi menyalurkan segala ilmu pengetahuan yang dapat
memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar sebelum mereka menempuh alam realiti. Tema
sambutan Hari Guru yang dipilih tahun ini ialah Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Sesuai
tema dipilih, penting bagi pendidik terutama guru memastikan bahawa selain ilmu duniawi serta
kemahiran yang dicurahkan kepada pelajar, penting juga bagi mereka menyalurkan lmu yang dapat
membentuk sahsiah serta keperibadian pelajar ke arah lebih baik serta yang boleh dibanggakan semua
peringkat dalam masyarakat.

Sistem Kesihatan sedia ada patut Dikekalkan

Peningkatan tahap pendidikan dan kesedaran terhadap pelbagai isu sosial, ekonomi dan kesihatan
membuatkan ramai lebih berhati-hati dan bertindak bijak dalam membuat keputusan, terutama yang
membabitkan kos. Isu kesihatan adalah antara perkara yang dapat perhatian. Kebanyakan kita berusaha
mendapatkan rawatan kesihatan efektif, mudah tetapi masih dengan kos yang terjangkau. Maklum balas
pesakit yang hadir di klinik swasta mendapati, mereka bersetuju bahawa klinik atau hospital kerajaan
mampu memberi rawatan baik dengan kos rendah tetapi disebabkan angka penggunaannya agak tinggi
pada satu-satu masa, mengakibatkan masa menunggu untuk mendapat rawatan panjang seterusnya
menyebabkan ramai berpindah ke klinik swasta. Kebanyakan pesakit tidak sanggup membazir waktu
menunggu kerana mereka mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. Menurut mereka, biaya
rawatan dan perubatan di klinik swasta secara relatifnya masih murah. Kadar perundingan doktor klinik
swasta masih rendah dan terjangkau, sebanding dengan pemeriksaan yang lengkap dan terperinci serta
nasihat dan tip kesihatan diberikan. Walaupun ramai masih tidak sedar mengenai hakikat biaya
perundingan, ada yang tahu bahawa biaya perundingan itu jauh di bawah paras ditetapkan Kementerian
Kesihatan. Mereka juga tahu bahawa doktor swasta terikat dengan beberapa akta kesihatan dan
tidak boleh menaikkan caj perundingan sewenang-wenangnya.

Rohingya: Ke mana mereka harus pergi?


BARU-BARU ini, isu pelarian Rohingya sekali lagi menjengah arena liputan berita antarabangsa. Da-
lam ikhtiar terdesak untuk meneruskan kehidupan, pelarian Rohingya ini meninggalkan kampung
halaman beratus-ratus kilometer jauhnya, bersesak di dalam ruang bot yang sempit dan usang dengan
sedikit atau tiada makanan dan air minuman.
Rohingya adalah penduduk Muslim di wilayah Rakhine di barat laut Myanmar, bersempadan dengan
Bangladesh, yang amat berbeza dari segi etnik, budaya dan bahasa dengan suku etnik lain Myanmar.
Walaupun ada menyatakan Rohingya kaum asli di wilayah Rakhine, banyak ilmuwan sejarah menolak
fakta ini dan berpendapat mereka ialah kaum pendatang dari Bengal dan menetap di Rakhine sebagai
pedagang seawal kurun ke-15. Rohingya tiba di Myanmar beramai-ramai sewaktu zaman penjajahan
British pada kurun ke-19 sebagai buruh murah. Migrasi ini berakhir setelah Myanmar mencapai
kemerdekaan pada 1948.

Selesaikan isu penyokong merusuh


KEGANASAN oleh segelintir penyokong tegar pasukan Terengganu dalam perlawanan kedua Piala FA
melawan pasukan Singapura (Lion XII) adalah sesuatu yang amat memalukan kita semua sebagai rakyat
Malaysia yang cintakan keamanan. Peristiwa ini telah mengakibatkan kemusnahan harta benda, selain
merosakkan kemudahan lain. Nasib baik tiada kecederaan serius dalam kalangan penonton.
Pengorbanan Malbatt dihargai
DENTUMAN letupan dan tembakan senjata, bersilih ganti, memecah keheningan petang di UNP 2-1
Marakah. Serentak itu, sekumpulan anggota lengkap bersenjata dengan menaiki kenderaan perisai
kebanggaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), APC Condor, menerjah ke tengah padang kawad, bagi
menyelamatkan rakan sepasukan yang terperangkap akibat serang hendap.
Ketangkasan dan kecergasan yang ditunjukkan oleh anggota Malbatt turut membuktikan tahap
kesiagaan operasi pasukan yang berada di tahap yang optimum. Pengorbanan itu besar terutama dalam
memastikan keamanan dan kestabilan tercapai di selatan Lebanon walaupun terpaksa berada jauh dari
negara asal.

Jangan biarkan imej bola sepak tercemar


BEBERAPA kejadian pergaduhan dan provokasi melampau dalam kancah bola sepak tempatan baru-
baru ini cukup merisaukan dan mula mencemarkan imej dan nama baik sukan popular itu.
Apa yang pasti pergaduhan, ketegangan dan rusuhan seperti ini bukanlah pertama kali berlaku di
negara kita. Sebelum ini, beberapa kejadian seumpama ini sudah berlaku di beberapa stadium yang jalan
ceritanya hampir sama di mana sama ada penyokong tidak berpuas hati kerana pasukan mereka kalah
ataupun tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang digambarkan sebagai kontroversi
mahupun berat sebelah.

Pencerobohan Lahad Datu selepas 2 Tahun

LAHAD DATU: Beberapa struktur rumah di Tanduo dan lokasi dua anggota komando VAT69 terkorban
ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu masih dikekalkan, biarpun kawasan itu telah dijadikan kem
tentera. Ia bagi mengingati betapa insiden itu adalah tragedi hitam kepada negara dan pasukan
keselamatan yang kehilangan tiga perwira ketika bertempur dengan pengganas yang menggunakan
nama sebagai Royal Sulu Force (RSF). Mengimbas kembali insiden pada 1 Mac 2013 di Tanduo,
selepas beberapa hari rundingan mengusir keluar penceroboh itu dilakukan, pertempuran berlaku antara
kumpulan penceroboh itu dengan anggota pasukan keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis
komando VAT 69. Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia turut terbunuh bertempur di Sungai
Nyamuk, Tanjung Batu dan seorang lagi terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung
Bakapit semasa operasi di Lahad Datu. Sehari selepas itu, Kampung Sri Jaya Simunul di Semporna pula
bermandikan darah apabila enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap penceroboh. Setelah
tragedi hitam itu berakhir, Tanduo dijadikan Kem Tentera pada 15 Mac 2013 di bawah Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan pengwujudan kem tentera adalah usaha kerajaan
memantau anasir jahat khususnya memastikan insiden Tanduo tidak berulang. Bersempena genap dua
tahun insiden pencerobohan Tanduo pada 12 Februari dan Ops Daulat dilancarkan oleh ATM pada 5
Mac, wartawan Bernama antara wakil media menyertai program anjuran ESSCom bagi melihat sendiri
kem tentera yang terletak di kawasan Felda yang terjejas dengan insiden pencerobohan pengganas
Sulu. Apa yang ketara, biarpun Tanduo dijadikan kem tentera beberapa bekas rumah penduduk
kampung dan kawasan sekitarnya masih dikekalkan. Lokasi dua anggota VAT69 ditembak pengganas
ditandakan dengan bendera termasuk mengekalkan empat pokok kelapa sawit menjadi kawasan
pertempuran selepas pokok kelapa sawit yang lain ditebang untuk penanaman semula oleh Felda. Turut
ditandakan adalah lokasi bekas tiga kubur digunakan pengganas Sulu mengkebumikan 12 anggotanya
yang mati ketika bertempur dengan pasukan keselamatan. Selain itu, kesan letupan bom oleh pesawat
tempur jenis F18 dan Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang dilancarkan ketika serangan ke
atas Kampung Tanduo pada 13 Mac 2013 turut ditandakan. Bagi wartawan Bernama yang turut terlibat
dalam liputan Tanduo pada dua tahun lepas, berada di Tanduo mengingatkan semula betapa gentingnya
situasi ketika insiden itu berlaku khusus selepas kumpulan penceroboh menembak anggota VAT 69
hingga mengorbankan dua daripada mereka. Turut dikekalkan adalah surau di pesisir pantai Tanduo,
menjadi lokasi pertama kumpulan penceroboh berkumpul selepas mendarat dengan menaiki bot. Di
dalam kem tentera Tanduo pula, beberapa rumah penduduk kampung tidak dirobohkan termasuk surau
kecil, yang turut digunakan kumpulan pengganas Sulu ketika melakukan pencerobohan. Sebuah pondok
kecil turut digunakan sebagai galeri menyimpan gambar kesan pencerobohan pengganas sulu, pakaian
seragam Royal Sulu Force digunakan oleh pengganas sulu dan Replica peta kawasan Tanduo.

Anda mungkin juga menyukai