Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

SK BANDAR SUNWAY SEKOLAH AMANAH MALAYSIA

BIL PERKARA CATA-


TAN

Mengambil * Dipohon kepada hadirin bergerak ke hadapan bagi memenuhkan


tempat
barisan kerusi hadapan

Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila ambil tempat masing-


masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama
dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin


VIP
HM Haniff, perasmi mesyuarat agung PIBG Kali Ke-22 diiringi oleh
Puan Ruslina bt Mohd Yunus, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bandar Sunway, Encik Zubaidi bin Marzuki, Yang Dipertua PIBG,
guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon
berdiri.

Pembuka Hadirin dipersilakan duduk.


bicara

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang kami ucapkan kepada hadirin dan hadirat


sekalian ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Sekolah
Kebangsaan Bandar Sunway Sekolah Amanah Malaysia bagi
tahun 2018.

Persemba- Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini,
han 1
marilah sama-sama kita saksikan persembahan pembukaan iaitu
persembahan tarian dari murid-murid Tahun 4 dan 5.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar


tadi.
Nyanyian Seterusnya, marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan
Lagu
Negaraku
Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Hadirin diminta berdiri.
dan Negeri
Selangor *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Haniff


……………………………………………..

Yang Berusaha Puan Ruslina bt Mohd Yunus, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway

Yang Dihormati, Encik Zubaidi bin Marzuki, Yang Dipertua PIBG


Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway,

Puan Noorhayati bt Mohamad, Guru Penolong Kanan


Pentadbiran,

Puan Rosmah bt Udin, Guru Penolong Kanan HEM,

Encik Zainuri bin Mohd Shafar, Guru Penolong Kanan Ko-


Kurikulum,

Encik Al Rashid bin Harun, Guru Penolong Kanan Petang,

Barisan ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar


Sunway, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan ini bagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22
Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Sekolah Amanah Malaysia.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian


dapat menceriakan lagi majlis kita pada pagi ini.

Kami bagi pihak jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan


kehadiran Yang Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Haniff,
Yang Dihormati, Encik Zubaidi bin Marzuki, YDP PIBG, AJK PIBG,
guru-guru serta ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali
Ke-22 bagi tahun 2018.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Bacaan Hadirin Yang Dimuliakan,


Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama


kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari
Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz ……………………………... untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz ……………… di


atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Ucapan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis
YDP
seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati,
Encik Zubaidi bin Marzuki selaku Yang Dipertua PIBG untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Encik Zubaidi bin


Marzuki atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Guru Besar

Berat Sama di pikul


Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.

Bukan keris tanpa ulunya


Bukan majlis tanpa ucapannya.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berusaha


Puan Ruslina bt Mohd Yunus, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bandar Sunway. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

**************UCAPAN GB*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas


ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis dengan ini berbesar
hati menjemput Yang Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Haniff
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG Kali Ke-22 Sekolah Kebangsaan
Bandar Sunway Sekolah Amanah Malaysia bagi tahun 2018.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Datuk Haji Yusoff bin HM Haniff atas ucapan perasmian sebentar
tadi.

Penyam- Bagi acara penyampaian hadiah, saya dengan ini menjemput dan
paian
hadiah
mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Haniff
diiringi oleh Puan Ruslina bt Mohd Yunus, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bandar Sunway dan Encik Zubaidi bin Marzuki, Yang
Dipertua PIBG untuk naik ke pentas.

Terima kasih diucapkan bagi acara penyampaian hadiah sebentar


tadi.

Persemba- Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-
han 2 dan
3
sama kita saksikan persembahan seterusnya iaitu persembahan
nasyid dari murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 diikuti oleh
persembahan dikir barat dari murid-murid Tahun 3. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan-
persembahan yang begitu menghiburkan dan menarik sebentar
tadi.

Mesyuarat Seterusnya, kami serahkan kepada ………………………………..


untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22
Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway bagi tahun 2018.

Cabutan Hadirin warga dewan yang dihormati,


Nombor
Bertuah
Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan hadiah bagi acara
cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada semua.
Sehubungan dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan
………………………………………………………… diiringi oleh
…………………………………………………….. bagi
menyempurnakan acara cabutan bertuah. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


……………….............................. di atas kesudian
menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi.

Persemba- Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-
han 4 dan
5
sama kita saksikan persembahan seterusnya iaitu persembahan
tarian Bollywood dari murid-murid Tahun 2 diikuti oleh
persembahan koir dari murid-murid Tahun 4,5 dan 6.
Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan-
persembahan yang begitu menghiburkan dan menarik sebentar
tadi.

Cabutan Acara cabutan bertuah diteruskan lagi dengan mempersilakan


Bertuah
……………………………………………………………… diiringi oleh
………………………………………………….. untuk
menyempurnakan acara cabutan bertuah seterusnya. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


……………….............................. di atas kesudian
menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi. Tahniah
kepada semua pemenang yang bertuah pada hari ini. Kepada
yang tidak menang, usah berputus asa. Cuba lagi pada tahun
hadapan.

Ucapan Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Penanggu-
han
Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada hari ini, saya dengan ini
menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik Zubaidi bin
Marzuki selaku YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan
penangguhan bagi mesyuarat agung PIBG kali ke-22 kita pada
hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Zubaidi bin


Marzuki di atas ucapan penangguhan sebentar tadi.
Penutup Dari mana asalnya, usah diusul

Molek budinya menambat hati


Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Bandar Sunway, merakamkan


jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Datuk Haji Yusoff bin HM Haniff di atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke- 22 Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway bagi tahun 2018.
Tidak dilupakan juga kepada YDP PIBG, barisan jawatakuasa
PIBG, ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian.

Dari hati turun ke mata,


Menimbulkan segunung rasa cinta,
Jika ada terkasar bahasa,
Tiada yang lain maaf dipinta.

Sehingga bertemu lagi. Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada


hari ini..Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk


Haji Yusoff bin HM Haniff diiringi oleh Puan Ruslina bt Mohd
Yunus, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway dan
Encik Zubaidi bin Marzuki, Yang Dipertua PIBG untuk bergerak
meninggalkan dewan.

Anda mungkin juga menyukai