Anda di halaman 1dari 11

Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 1 drpd 11

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


EE-021-3 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
PROGRAM /
TROUBLESHOOTING, REPAIRING & MAINTENANCE OPERATION
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3

KOD DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-021-3 CU 3 ELECTRONIC EQUIPMENT PREVENTIVE
COMPETENCY UNIT CODE MAINTENANCE
AND TITLE

1. IDENTIFY THE ELECTRONIC EQUIPMENT TO BE SERVICE


AND MAINTAINED
2. PREPARE THE PREVENTIVE TOOLS AND MAINTENANCE
TOOLS AND MATERIAL
3. IDENTIFY MAINTENANCE SCHEDULE RECORD
4. IDENTIFY LOCATION OF ELECTRONIC EQUIPMENT
NO. DAN PENYATAAN 5. CHECK SERVICE MANUAL AND CONTENTS
AKTIVITI KERJA / WORK 6. CHECK POWER SOURCE
ACTIVITIES NO. AND 7. DISMANTLE ELECTRONICS EQUIPMENT
STATEMENT 8. PERFORM SERVICING ACTIVITIES
9. ASSEMBLE ELECTRONICS EQUIPMENT PART
10. INSPECT THE EQUIPMENT ADJUSTMENT AS PER
SPECIFICATIONS
11. PERFORM FUNCTIONALITY TEST
12. COMPLETE THE TEST CHECK LIST AS PER SPECIFICATION
13. COMPLETE SERVICE BOOK REPORTS

ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-3/CU04/KP(1/3)
COMPETENCY UNIT ID

TAJUK : OSHA

1. OSHA (Occupational Safety and Health Act) atau AKKP (Akta Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 2 drpd 11

2. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan dimana seseorang pekerja
memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain
yang mungkin terjejas aktiviti-aktivitinya.

3. Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
a. Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan
kemahiran yang baik
b. Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja
bebas daripada sebarang kemalangan
c. Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan
keselamatan di tempat kerja
d. Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja
e. Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong
ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
f. Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan

4. ORGANISASI-ORGANISASI OSHA DALAM MALAYSIA


a. JABATAN KESELAMATAN DAN KASIHATAN PEKERJAAN (JKKP)
Aktivitinya:
 Pengilangan
 Perlombongan dan pengkuarian
 Pembinaan
 Hotel dan restoran
 Pertanian,perhutanan,perikanan
Objektif:
 Untuk menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripatisme
dasar, undang-undang ,tata amalan dan garis panduan.
 Untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakkan,latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 3 drpd 11

b. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)


 Memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa luar jangka seperti
bencana,kemalangan semasa perjalanan dan kematian.

c. LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB)


 Menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku
dalam industri pembinaaan .
Contohya:
 Kekurangan tenaga pekerja dan buruh
 Pemasalahan sumber dan pembekalan bahan
 Produktiviti yang rendah
 Peningkatan kadar kemalangan ditapak baru
 Kelemahan pengurusan dan pelaksanaan projek
 Kekurangan muklumat penting dan data dalam pembinaan atau projek

d. INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH)


 Memberi khidmat dalam latihan,sumber maklumat,dan pusat penyelidikan.
 Membantu pelaksanaan dan meyelesaikan permasaalahan berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
 Aktivitinya :
 Keselamatan ditapak pembinaan
 Keselamatan dalam penggunaan bahan
 Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

5. KEPENTINGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


a. Tanggungjawab Majikan
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan,kesihatan dan
kebajikan para pekerja semasa bekerja:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 4 drpd 11

 Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik,
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
 Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan
ketiadaan
risiko.
 Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu
untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya
yang sedang bekerja.

b. Tanggungjawab Pekerja
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :
 Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya
dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa
bekerja.
 Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam
menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan
atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawahnya.
 Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan
atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah
apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatnnya.

c. Setiap senggaraan yang dilakukan terhadap sebarang peralatan elektronik adalah


tertakluk kepada peraturan dan keperluan yang telah ditetapkan oleh OSHA.
d. Sebagai contoh dilampirkan Prosedur Kerja Selamat Bagi Penyenggaraan
Peralatan Teknikal oleh JKKP Kementerian Sumber Manusia sebagai langkah untuk
mematuhi keperluan OSHA. Rujuk lampiran.

Rujukan:
http://www.dosh.gov.my
http://oshpolimas.blogspot.com/2010/12/keselamatan-dan-kesihatan-dalam.html

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 5 drpd 11

PROSEDUR KERJA SELAMAT PKS130

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 6 drpd 11

BAGI PENYENGGARAAN PERALATAN TEKNIKAL

1.0 PENGENALAN
Peralatan teknikal adalah penting bagi meningkatkan mutu pemeriksaan dan
penyiasatan. Bagi membolehkan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa yang
diperlukan, ianya perlu diselenggara dengan baik. Jaminan penyelenggaraan yang
baik memerlukan ianya dibuat menurut prosidur yang standard.

2.0 PEMAKAIAN
Prosidur kerja selamat (PKS) ini adalah terpakai bagi kerja-kerja melibatkan
penyelenggaraan peralatan teknikal berikut :

(i) Alat-alat pengukuran bising (sound level


meter, dosimeter, audiometer termasuk calibrator) ;
(ii) Alat-alat persampelan / cerakinan udara (pam, analytical balance, gas
analyser, dust monitor termasukcalibrator ;
(iii) Alat-alat pengukuran tegasan haba ; dan
(iv) Alat-alat pengukuran kecekapan sistem pengudaraan.

PKS ini meliputi peringkat persediaan, persampelan / pengukuran dan selepas


persampelan. Prosedur ini akan menggariskan prosidur utama di dalam menjalankan
tugas-tugas dan akan memaparkan risiko serta langkah-langkah perlu bagi mencegah
atau mengurangkan bahaya.

3.0 TUJUAN PKS


PKS ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pegawai Jabatan mengenai
prosedur kerja selamat yang perlu diikuti bagi menjalankan kerja penyenggaraan
peralatan teknikal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 7 drpd 11

PKS ini meliputi persiapan awal sebelum bertolak ke premis di mana kerja hendak
dijalankan dan langkah-langkah kawalan keselamatan dan kesihatan semasa dan
selepas menjalankan kerja berkenaan.

4.0 BAHAYA-BAHAYA

4.1 Bahaya Mekanikal


 Luka pada tangan semasa pembaikan dijalankan.

4.2 Bahaya Elektrikal


 Kejutan elektrik dari sumber bekalan kuasa elektrik.
 Kebakaran elektrik.
 Letupan komponen elektronik.
 Kejutan cas statik komponen elektrik.

4.3 Bahaya Kesihatan


 Sentuhan dengan bahan toksik, bahan yang boleh menyebabkan radangan,
bahan pengkakis.
 Terhidu wasap logam semasa pembaikan.
 Terkena percikan timah cair.
 Pendedahan kepada haba daripada pemanas peralatan.

4.4 Bahaya Berkaitan Ergonomik


 Kecederaan dan sakit belakang, kekejangan mata (eye strain).

5.0 TATACARA KERJA DAN LANGKAH KAWALAN


5.1 Persiapan Awal
5.1.1 Tempat Kerja

a) Tempat kerja iaitu suatu bilik yang khas perlu disediakan. Keluasan tempat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 8 drpd 11

kerja ini perlu mencukupi untuk ruang menyimpan barang-barang (alat-


alat untuk kerja penyelenggaraan dan peralatan teknikal), meja kerja yang
sesuai (elektrik dibumikan, kukuh dan tinggi yang ergonomik), bangku
kerja yang ergonomik, ruang untuk pekerja bergerak / bekerja, dan laluan
keluar-masuk.
b) Suhu, kelembapan dan cahaya yang sesuai; serta udara bersih dan sistem
pengudaraan yang mencukupi.
c) Peralatan-peralatan kerja yang sesuai dan mencukupi bilangannya.
d) Pakaian kerja dan kelengkapan perlindung diri yang sesuai dan
mencukupi.
e) Kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api - karbon dioksida.
f) Peralatan mengangkut barang-barang yang berat.
g) Tong sampah dan bekas plastik.

5.1.2 Papan Notis

a) Papan notis perlu disediakan bagi mempamerkan carta aliran kerja, poster,
risalah-risalah, tanda-tanda amaran, prosidur menghadapi kemalangan
termasuk kebakaran dan yang seumpamanya untuk rujukan / peringatan
segera pekerja.

5.1.3 Penggunaan Bahan Kimia

a) Setiap bahan kimia yang digunakan bagi tujuan penyelenggaraan mestilah


dibekalkan dengan Material Safety Data Sheet (MSDS).
b) Suatu prosidur kerja selamat perlu disediakan bagi penggunaan setiap
bahan kimia.

5.1.4 Kakitangan yang Mahir dan Terlatih

a) Kakitangan yang berpengetahuan, mahir dan terlatih mengenai latar


belakang alat - prinsip kerja, operasi, penentukuran, penggunaan,
pembaikan, alat-alat ganti, syarikat-syarikat pembekal, penyimpanan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 9 drpd 11

rekod, dan lain-lain berkaitan perlu ada dan bilangannya mencukupi.

5.1.5 Jadual Penyelenggaraan Peralatan


Perkara-perkara berikut perlu disediakan :

a) Inventori semua alat.


b) Manual operasi dan penyelenggaraan semua jenis alat.
c) Jadual penyelenggaraan berkala sebagaimana yang dicadangkan oleh
syarikat pembuat alat.
d) Carta aliran kerja penyelenggaraan peralatan teknikal.
e) Kriteria penyelengaraan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan atau pihak luar.

5.2 Semasa Bekerja


Penyelenggaraan peralatan perlu dilakukan menurut manual operasi dan
penyelengaaraan bagi setiap jenis alat yang telah disediakan oleh syarikat
pembuat alat. Pada dasarnya, terdapat lima jenis kerja yang terlibat, iaitu
membersihkan, menguji, membaiki, menentukurkan, menyimpan, dan
merekod. Terdapat bahaya-bahaya tertentu dalam setiap jenis kerja. Langkah-
langkah keselamatan dan kesihatan seperti yang dinyatakan di dalam jadual di
bawah perlu diikuti bagi memastikan kerja-kerja dibuat dengan selamat dan
sihat.

Tugasan Masalah / Bahaya Langkah Kawalan

1. Mencuci peralatan Bahan kimia pencuci Hendaklah memakai sarung tangan dan
alat-alat perlindungan mata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 10 drpd 11

2. Menguji alat Kejutan elektrik dari Memastikan keadaan alatan dan kabel sambungan
pemonitoran di makmal sumber kuasa adalah baik.
peralatan elektrik

3. Membaiki peralatan di Kejutan elektrik dari Pastikan wayar hidup ditebat.


bilik peralatan teknikal bekalan kuasa AC

Kebakaran Periksa sambungan dan pasang fius berasingan bagi


tiap alat diuji dan pastikan fius yang betul.

Melecur kulit Balut pemanas dengan salut penebat haba.

Letupan kecil Gunakan perlindungan mata semasa kerja membaiki


komponen elektronik untuk mengelakkan kecederaan mata.

Terhidu wasap Sediakan kipas penyedut wasap.

Percikan timah cair Gunakan pemanas yang boleh dilaraskan suhunya.

Kejutan statik cas Bumikan sebahagian alatuji dan meja kerja.


komponen elektrik

Luka tangan Gunakan perkakas yang betul untuk setiap kerja.

4. Tentukuran Sakit mata Kerja hendaklah dijalankan di bawah cahaya yang


terang dan mencukupi.

5. Penyimpanan alat Sakit belakang Gunakan troli mengangkut alat yang besar dan cara
mengangkat yang betul.

6. Rekod - gunakan buku


log rekod
penyelenggaraan

5.3 Selepas Kerja


i. Bersihkan diri.
ii. Minum air secukupnya untuk mencegah ‘dehydration’.
iii. Sekiranya mengalami kecederaan, dapatkan rawatan segera dan laporkan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan
Kod Kertas EE-021-3/CU03/KP(1/3) Muka surat: 11 drpd 11

kepada jabatan.

6.0 PANDUAN KECEMASAN

a) Jika mendapat kecederaan atau tindakbalas alahan yang serius dapatkan


rawatan dengan segera dan laporkan kepada Jabatan dengan segera.
b) Jika didalam keadaan kecemasan yang boleh menjejaskan keselamatan diri, sila
laporkan kepada Jabatan dengan segera untuk mendapat bantuan polis jika
perlu.

7.0 PENUTUP
Dengan memahami dan mengamalkan Prosedur Kerja Selamat ini, setiap kakitangan
akan sentiasa dapat menjalankan kerja dengan cara yang selamat dan sihat. Kerja yang
sentiasa dijalankan dengan mengikuti cara yang selamat akan dapat menghindarkan
daripada berlakunya kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan yang tidak diingini
dan seterusnya dapat menyumbang ke arah pembentukan budaya kerja selamat dan
sihat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CU03 – Kertas Penerangan