Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera.


Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.
Yang diraikan Encik Arifin B Rejab , CG Ali B Zakariya , Guru Besar Sk Penghulu Jusoh,
Yang berusaha, Cg Muhammad Shatir B Shafiee, PK Pentadbiran, YangBerusaha Cg Faizah BT
Hamzah PK HEM, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha


Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin yang Dihormati,


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang
Staf sekolah yang amat kami sayangi dan kasihi.

Pada kami, Pak Pin bukan sahaja seorang staf sekolah tetapi ibarat seorang bapa dalam sebuah
keluarga besar SK Penghulu Jusoh ini.

Hadirin yang Dikasihi,


Memory is a way of holding onto, the things you love, the things you are, the things you
never want to lost. Itulah Pak Pin kita, , lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Pak Pin .
Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah
mementingkan kebajikan murid .
S
ikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk
memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu
urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama
warga SkPJ

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SKPJ merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pak Pin yang tidak pernah mengenal erti jemu
bertugas sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami
murid-murid SKPJ . Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya
kepada Pak Pin.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang
patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan
yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap diingati, kekal abadi , tersemat
di hati.

Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Pak Pin dengan anak-anak
didik dan warga SKPJ akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur
tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh…terima kasih Pak


Pin