Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO’ HAJI MOHD TAIB

(SDHMT)

KERTAS CADANGAN : KEJOHANAN FUTSAL 2017

PERSATUAN TINGKATAN ENAM (PERTINAM)

0|Page
1.0 PENDAHULUAN

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan

FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah

satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di

atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di

Montevideo, Uruguay, apabila JuanCarlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk

pertandingan belia YMCA.Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas

pantas,hantaran tepat dan cekap minda,ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan

mencabar bagi remaja mahupun dewasa.

Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan

terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan denganhantaran bola rendah, memerlukan

pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.

Saya selaku pengarah dalam kejohanan pertandingan futsal sesi 2017 ingin menjalankan

kejohanan tersebut dengan pemberian hadiah/hamper kepada para pelajar/peserta yang

terlibat secara langsung kerana kami menganggap ini sebagai satu tanggungjawab sosial

sebagai pelajar dan penganjur.

1|Page
2.0 OBJEKTIF

- Mengeratkan hubungan antara sesama para pelajar SDHMT.


- Mewujukan suasana yang ceria di SDHMT.
- Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
- Menyihatkan tubuh badan melalui sukan futsal.
- Memberi kesedaran tentang kepentingan semangat kerjasama secara berpasukan dan
mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
- Merasai pengalaman,kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
- Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam
sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.
- Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
- Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
- Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan sosial.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

- Tarikh pertandingan:
- Tempoh pelaksanaan:
- Tempat Pertandingan:

4.0 SKOP PERTANDINGAN FUTSAL

2|Page
4.1 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN FUTSAL
- Pertandingan akan dijalankan dalam sistem permainan liga berkumpulan
dan peringkat kalah-mati (Separuh Liga)
- 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding.
- Peraturan permainan 'out ball' serta 'corner kick' diguna pakai.
- Tiada 'sliding tackle',' hard tackle', 'tackle from behind', ’body holding’
dan'body contact' dibenarkan di dalam permainan futsal.
- Jaringan gol adalah dikira di mana-mana kawasan’pitch’ (walaupun
jaringandilakukan dari kawasan sendiri).
- Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola di luar kawasan D sendiri.
- Jaringan secara balingan terus oleh penjaga gol adalah tidak dikira kecuali
terdapat sentuhan dari mana-mana pemain sebelum bola masuk ke gawang
gol.
- Sepakan terus dari permulaan perlawanan tanpa disentuh dan terus masuk
kegawang gol adalah dikira GOL.

4.2 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


- Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat
perlawananakan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan
- Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
- Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan
mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti
berikut:- Pasukan lawan mendapat kemenangan 3-0.
- Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah
sesuatu Perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat
atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
- Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak
dibenarkan merokok.

3|Page
- Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja
dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
- Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah
olehpenganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang
akan bertanding.
- Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
4.3 MASA PERMAINAN
- Masa bagi permainan pusingan liga dalam kumpulan ialah 7 minit separuh
masa tanpa rehat.
- Masa permainan pusingan kedua atau suku akhir ialah 7 minit separuh masa
tanpa rehat.
- Masa permainan separuh akhir dan akhir ialah 10 minit setiap separuh masa
dan 1 minit masa rehat.Bagi perlawanan pusingan separuh akhir dan akhir.
- Jika kedudukan seri. Setelah masa tamat,5 tendangan penalti akan diberikan
untuk menentukan pemenangnya dan Jika masih seri tendangan penalti
(sudden death) dijalankan.

4.4 PENGGANTUNGAN
- Pemain yang menerima kad merah atau diperintah keluar padang oleh pengadil
dengan automatik digantung 2 perlawanan.
- Pemain yang LA 2 kad kuning dalam perlawanan yang sama dengan sendirinya
digantung 2 perlawanan.
- Jika terdapat pergaduhan yang melibatkan lebih dari 3 orang pemain pada satu-
satu perlawanan maka pemain atau pasukan tersebut akan digantung terus
dari pertandingan.
Merujuk Keputusan Pengadil*

4|Page
5.0 Struktur Organisasi

 Pengarah :
 Naib Pengarah :
 Setiausaha :
 Bendahari :
 Persiapan tempat :
 Peralatan :
 Pengadilan :
 Aturcara :
 Dokumentasi/jurugambar:
 Hadiah :

6.0 BORANG PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP

Borang penyertaan boleh didapati daripada :-


Yuran penyertaan pasukan perlulah dibayar pada :-
Tarikh tutup penyertaan adalah pada :-

6.1 BORANG PENYERTAAN


- Lampiran B

5|Page
LAMPIARAN A

7.0 ANGGARAN PENDAPATAN /PEMBELANJAAN

7.1 ANGGARAN PENDAPATAN

Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah(RM)


1 Yuran Peserta
 (Setiap Pasukan) RM24.00 20 RM480.00
JUMLAH RM 480.00
7.2 ANGGARAN PEMBELANJAAN
Bil PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH(RM)
1 Hadiah Pemenang
 Hamper
- Johan RM 80.00 1 RM 80.00
- N.Johan RM 50.00 1 RM 60.00
- Ketiga RM 35.00 1 RM 40.00
 Medal
- Johan (8 Keping) RM 5.00 8 RM 40.00
- N.Johan (8 Keping) RM 5.00 8 RM 40.00
- Ketiga (8 Keping) RM 5.00 8 RM 40.00
 Sijil RM 0.60 24 RM 14.40
2 Makanan dan minuman
 Minuman peserta bertanding RM 50.00 1 RM 50.00
 Makanan Urus Setia RM 5.00 10 RM 50.00
3 Keperluan Pertandingan & lain-lain RM 30.00 1 RM 95.60
 Kertas A4
 Marker Pen
 Pita
 Wisel

6|Page
 Lain-lain
JUMLAH RM 480.00

8.0 KEPERLUAN

Bil PERKARA HARGA KUANTITI TINDAKAN


1 Padang - 1 Kelulusan Pengetua
2 Gelanggang Bola Keranjang - 1 Kelulusan Pengetua
3 Alatan Padang Kelulusan Pengetua,
- Tiang Gol 4 Bilik Sukan dan Bilik
- Jaring Gol 4 Darjah
- Bola Futsal 4
- Meja 5
- Kerusi 20
- Papan Putih 2
- Papan Kenyataan 1
- Lain-Lain -
4 Alat Siar Raya - 1 Kelulusan Pengetua
dan Bilik P.A

7|Page
LAMPIRAN B
BORANG PERYERTAAN

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN FUTSAL 2017
ANJURAN PERSATUAN TINGKATAN ENAM

NAMA PASUKAN:

NAMA KETUA PASUKAN(KAPTEN):


NO TELEFON:

BIL NAMA KELAS NO K/P


1
2
3
4
5
6
7
8

Saya/Kami ingin meyertai kejohanan seperti yang dinyatakan dan menyerahkan yuran
penyertaan bernilai RM24.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Sahaja).

Tarikh:

8|Page
PENUTUP

Pertandingan futsal yang akan diadakan pada kali ini diharap dapat memberikan manfaat
kepada semua yang terlibat dalam penganjuran dan memberikan impak yang baik kepada
pembangunan permainan bola sepak .Usaha-usaha dan kerjasama dari semua pihak yang
terlibat dalam penganjuran program ini diharap dapat menjadikan program ini antara program
terbaik yang pernah dianjurkan oleh sekolah ini. Jawatankuasa pertandingan ini akan
menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi melancarkan program ini. Kami
juga berharap supaya program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Akhir kata
semoga pertandingan ini mendapat restu dari AllahS.W.T dan program ini dipelihara olehNya
dari awal hingga ke akhir perjalanan program ini.

9|Page
Disediakan Oleh, Disokong Oleh,

_________________________ _________________________
(Wan Muhammad Mukhzim ) ( )
Persatuan Tingtkatan Enam(PERTINAM) Penasihat
Persatuan Tingtkatan Enam(PERTINAM)

Disemak Oleh, Diluluskan Oleh,

_________________________ _________________________
( ) ( )
Penasihat Pengetua
Persatuan Tingkatan Enam(PERTINAM) Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Haji Mohd Taib

1|Page

Anda mungkin juga menyukai