Anda di halaman 1dari 3

ASALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA YANG HADIR PADA HARI INI.

KAWAN-KAWAN HENDAK DENGAR CERITA TAK?

Cerita saya hari ini ialah Cangkerang Kura-kura Retak.

Adik hendak tahu mengapakah cangkerang kura-kura retak?Baiklah,dengar cerita ini…..

Di tengah hutan tinggal dua ekor haiwan yang bershabat baik.Mereka ialah Kura-kura dan

Itik .Mereka tinggal di sebuah kolam.

Kura-kura dan Itik bermain bersama-sama.Mereka mencari makanan pun bersama-sama.

Apabila terjumpa makanan,mereka akan berkongsi bersama-sama.

Kura-kura berkata,jika kita bersahabat,kita hendaklah bersama-sama susah dan senang pun

bersama-sama..

Tidak lama kemudian,musim kemarau berlaku.Kolam menjadi kering.Banyak binatang dan


tumbuhan mati kerana tidak dapat air.Makanan semakin kurang.

Itik berasa sedih kerana air di dalam kolam sudah kering.Mereka tidak dapat minum dan
berenang serta mencari makanan.

Mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan.

Itik berfikir bagaimana cara untuk mendapat air.Tiba-tiba ia dapat satu akal.Ia pun
memanggil Kura-kura.

Kura-kura berasa hairan,lalu dia bertanya kura-kura mengapa panggil dia.

Itik mengatakan yang dia ada satu cadangan bagaimana hendak menyelamatkan diri.
Adik-adik nak tahu apa cadangan itik.?

Ya,adik-adik,itik mengajak kura-kura berpindah ke kolam lain.

.Apabila mendengar cadangan itu.Kura-kura menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia berasa


sedih kerana dia tahu yang dia tidak dapat terbang.

Itik ketawa apabila melihat kura-kura muka kura-kura.Kau jangan risau,aku akan bawa kau
terbang.Kura-kura mengatakan bagaimana?

Lalu itik menyuruh kura-kura menggigit sebatang kayu tetapi kura-kura tidak dibenarkan
membuka mulutnya.

Kura-kura berasa gembira dan mengatakan bahawa itik adalah sahabatnya yang bijak.

Adik-adik hendak apa berlaku?

Kura-kura dan Itik bersedia untuk terbang.Kuara-kura menggigit kayu sekuat-kuatnya.Itik


pula memegang kayu itu lalu terbang dari situ.

Semakain lama semakain jauh Itik yterbang,Kura-kura berasa sangat gembira kerana dia
dapat terbang.

Kura-kura masih ingat pesan itik supaya menggigit kayu itu dengan kuat.

Itik terbsng di atas sebuah kampong.Kuara-kura terdengar kata-kata budak-budak.

Budak-budak itu memuji kebolehan Kura-kura.Mereka berasa hairan Kura-kura boleh


terbang.

Kura-kura berasa bangga terdengar pujian ituIa terlupa pesanan itik supaya jangan
bercakap.
Kura-kura pun berteriak dengan kuat mengatakan yang dia boleh terbang seperti burung.

Sewaktu berteriak gigitan Kuara-kura terlepas daripada kayu.

Adik-adik nak tahu apa terjadi?Ya,adik-adik ,tiba-tiba kura-kura berasa melayang-layang di


udara.

Adik nak tahu apa terjadi?Kura-kura pun terjatuh menjunam ke tanah.Itik berasa seduh
kerana tidak dapat menolong sahabatnya.

Itik pun terbang mendapatkan Kura-kura.Rupa-rupa kura-kura selamat kerana ia berlindung


di dalam cangkerangnya.itik mendapati cangkerang Kura-kura retak.

Ya,adik-adik,sejak itu cangkerang kura-kura retak hinggalah ke hari ini.

Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini ialah :- Janganlah kita bangga diri apabila
dipuji.

SEKIAN TERIMA.