Kepentingan nasional harus diutamakan kerana di situ letak duduknya kelangsungan kedaulatan negara - Foto
Fail
PERSAINGAN teknologi antara Amerika Syarikat dan China bukti jelas yang
menunjukkan bahawa landskap antarabangsa masa kini bersifat multi unipolar.
Mengapa? Kerana jika tidak, masakan Amerika Syarikat begitu takut akan bayang-
bayang sendiri dengan kehebatan teknologi China melalui syarikatnya Huawei
yang jelas mencabar hegemoni Amerika Syarikat melalui syarikat ikoniknya dalam
dunia teknologi komunikasi, Apple.
Sekiranya terdapat pendapat yang menyatakan bahawa dunia masih lagi bersifat
unipolar yakni hanya Amerika Syarikat sahaja satu-satunya kuasa dunia yang tidak
tercabar, maka sudah tentu Amerika Syarikat tidak mengendahkan Huawei kerana
ia tidak memberi apa-apa kesan kepada keunggulan syarikat milik negara Uncle
Sam tersebut.
Namun situasi kini amat berbeza kerana dilema keselamatan Amerika Syarikat itu
sendiri.
1
Situasi ini membawa kepada dua pengertian akan tindakan Amerika Syarikat yang
dilihat begitu terdesak untuk memboikot Huawei, pertama persaingan teknologi
telekomunikasi dan kedua melibatkan keselamatan negara yang didakwa oleh
Amerika Syarikat bahawasanya Huawei adalah senjata China untuk mengintip
Amerika Syarikat.
Teknologi yang diperkenalkan Huawei dilihat sebagai ancaman kepada Amerika Syarikat - Foto Fail
Mungkin bagi Amerika Syarikat hujah ini ada asasnya kerana begitu ramai rakyat
Amerika Syarikat sendiri yang menggunakan peranti pintar keluaran Huawei dan
ini memberikan akses kepada China untuk mengintip dan mengetahui rahsia
kekuatan Amerika Syarikat.
Kebimbangan ini adalah rentetan pembangunan dan kemajuan China yang meledak
dengan hebat khususnya di dalam bidang teknologi, ketenteran dan politik
antarabangsa.
Maka, sebagai sebuah negara yang begitu banyak “berdosa” kepada negara dunia
ketiga.
2
Beliau menambah lagi, Amerika Syarikat mesti menerima hakikat bahawa
kecanggihan teknologi juga boleh ditemui di negara Timur.
Jika Amerika Syarikat selama ini berada di hadapan di dalam bidang teknologi,
namun tidak lagi berada di hadapan kerana dipintas oleh negara lain, mereka tidak
boleh menyekat atau menghantar kapal perang ke sesebuah negara tersebut, bagi
Tun Dr. Mahathir itu bukan persaingan namun adalah ancaman.
Tun Mahathir menganggap kehebatan China dalam teknologi bukanlah ancaman - Foto Fail
Selayang pandang, perang perdagangan dan teknologi ini telah bermula semenjak
dahulu lagi khususnya ketika era Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan
Kesatuan Soviet sebelum Kesatuan Soviet berpecah pada tahun 1991.
Namun persaingan antara kedua-dua kuasa besar tersebut juga telah mengheret
beberapa negara di dunia untuk turut terjebak di dalam Perang Dingin mereka
dengan menjadi negara proksi Amerika Syarikat atau Kesatuan Soviet.
Maka secara tidak langsung ia telah membibitkan rasa tidak harmoni antara
negara-negara dunia ketiga yang acapkali dijadikan sebagai bidak-bidak catur
kedua-dua kuasa besar tersebut pada ketika itu.
Persoalan kepada kita di Malaysia, adakah kita akan terheret sama dengan
persaingan antara kedua-dua kuasa besar ini atau tidak, kerana Malaysia
mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan yang cukup erat dengan
Amerika Syarikat dan juga China.
3
Sekiranya Malaysia begitu aktif membela China, maka Amerika Syarikat dan
sekutunya akan melabel Malaysia sebagai negara pro China, dan begitu juga
sekiranya Malaysia kuat mempertahankan tindakan tidak “gentleman” Amerika
Syarikat, Malaysia akan dilabel oleh China sebagai negara pro Amerika Syarikat.
Sudah pasti Malaysia tidak mahu dilabel pro kepada mana-mana negara kerana
sudah terbukti sekian lama Malaysia sentiasa bercakap dan bertindak berdasarkan
kebenaran dan kepentingan nasional.
Malaysia harus bertindak dengan bijak selain tidak berkompromi dengan isu-isu
yang mampu membangkitkan atmosfera yang tidak harmoni dalam landskap
ekonomi dan politik antarabangsa.
Kerana sekiranya tersilap, maka negara akan mengalami kerugian berikutan aktiviti
perdagangan dan pelaburan oleh syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan China di
Malaysia bernilai berbilion ringgit.
Walau apa pun yang terjadi, kepentingan nasional harus diutamakan kerana di situ
letak duduknya kelangsungan kedaulatan negara di dalam sistem antarabangsa
yang bersifat anarki ini.
*Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Etnik,
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro
AWANI.
KUALA LUMPUR - Dengan perang teknologi yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS)
dan China, syarikat teknologi gergasi perlu mengurangkan unjuran perolehan mereka pada
masa akan datang berikutan kebimbangan mengenai ketegangan antara dua kuasa besar
ekonomi itu.
Malaysia telah dikenali sebagai hab bagi industri elektrik dan elektronik (E&E), dengan
penggiat utama di seluruh dunia memasuki negara ini yang menjadi pintu masuk utama ke
rantau Asia Tenggara yang semakin berkembang.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking memberi
jaminan walaupun perang perdagangan dan teknologi berterusan antara dua negara tersebut,
Malaysia akan kekal neutral dan menyasarkan untuk menjadi hab bagi E&E dan perniagaan
lain.
“Walaupun ketegangan dalam persekitaran ekonomi global, kita optimis Malaysia
mempunyai kekuatan untuk menangani yang negatif daripada keadaan tersebut. Kita masih
dalam aliran positif yang terbukti dengan peningkatan pelaburan dalam sektor pembuatan,
perkhidmatan dan utama.
"Ini didorong terutamanya oleh prestasi kukuh sektor pembuatan, yang merupakan petanda
baik bahawa Malaysia kekal sebagai lokasi menarik untuk pelabur masa depan," katanya.
4
Menteri itu menjelaskan data pelaburan bagi suku pertama 2019 oleh Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 peratus kepada RM53.9
bilion daripada RM52.3 bilion dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.
“Ini disokong oleh pelaburan yang meningkat daripada sektor pembuatan, perkhidmatan dan
utama yang sebahagian besarnya didorong oleh prestasi kukuh sektor pembuatan, yang
melonjak 126.8 peratus berbanding suku pertama 2018.” katanya.
Menurut data MIDA, pelaburan asing meningkat 73.4 peratus kepada RM29.3 bilion daripada
RM16.9 bilion pada suku pertama 2018, manakala pelaburan domestik yang diluluskan pada
suku pertama 2019 berjumlah RM24.6 bilion, menyumbang 45.6 peratus kepada jumlah
keseluruhan.
Sebagai respons kepada perang teknologi yang mula memberi kesan kepada sektor E&E,
katanya penggiat tempatan perlu berusaha mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh
penggiat asing, berikutan Malaysia telah melalui pemindahan teknologi selain mempunyai
tenaga kerja mahir.
Pada Jumaat, Broadcom Inc, syarikat multinasional Amerika Syarikat, dilaporkan
mengumumkan bahawa ia akan mencatatkan kurang US$2 bilion dari segi jualan tahunan
daripada disasarkan disebabkan pertikaian perdagangan antara AS dan syarikat gergasi
telekomunikasi dari China, Huawei.
Syarikat gergasi teknologi itu merupakan syarikat pertama yang mengukur impak kewangan
daripada pertikaian perdagangan yang meningkat antara Washington dan China.
Broadcom Inc, yang terlibat dalam mereka bentuk, membangun, mengeluar dan
membekalkan pelbagai penyelesaian perisian infrastruktur dan semikonduktor serta
menyediakan komponen untuk 5G, mempunyai gudang pengedaran global di Pulau Pinang.
Sementara itu, kerajaan negeri Pulau Pinang menggesa penggiat E&E tempatan meninjau
peluang daripada pertikaian perdagangan itu.
Penasihat Pelaburan Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Kah Choon
berkata, syarikat tempatan perlu melihatnya sebagai peluang kepada mereka untuk mengisi
kekosongan itu, merujuk kepada nilai US$2 bilion yang dilepaskan oleh Broadcom Inc
disebabkan larangan AS terhadap eksport kepada Huawei.
“Ia demi kepentingan kita perang teknologi tidak menjejaskan sektor E&E tempatan.
Bagaimanapun dari segi positif, sektor E&E tempatan akan mempunyai peluang untuk
memenuhi permintaan bagi cip yang diperlukan oleh Huawei,” katanya.
Dari segi pelaburan langsung asing (FDI), Lee, yang juga Pengarah InvestPenang, berkata
walaupun persaingan sengit dari negara-negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam,
Malaysia pada umumnya bukan hanya persekitaran yang diperlukan tetapi juga hubungan
rantaian bekalan global, infrastruktur dan sumber manusia yang sesuai dengan keperluan
syarikat multinasional.
Merujuk sinergi Broadcom Inc di Malaysia, katanya dengan pertikaian perdagangan yang
berterusan antara AS dan China, mungkin terdapat penghijrahan syarikat barat keluar dari
China dengan Malaysia sebagai lokasi menarik untuk penempatan semula.
“Kita perlu menempatkan kedudukan kita dengan jelas sebagai destinasi perniagaan jika kita
mahu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh syarikat barat yang menerima kesan
perang perdagangan, dan saya percaya kita boleh melakukannya,” katanya. – Bernama
Trump sedia kenakan lebih banyak tarif ke atas China Selasa, 11 Jun 2019 |
8:23am
5
ke atas import China sekiranya beliau tidak meraih kemajuan dalam
rundingan perdagangan dengan presiden China di sidang kemuncak G20
akhir bulan ini.
Dalam ulasan kepada pemberita pada Isnin, Trump berkata beliau masih
berpendapat mesyuarat dengan Xi akan berlangsung.
6
Pada 10 Mei, Trump menaikkan tarif sehingga 25 peratus ke atas
barangan China bernilai AS$200 bilion dan kini mengambil langkah untuk
mengenakan duti tambahan ke atas import China bernilai AS$300 bilion.
Dalam temu bual dengan CNBC, Trump berkata pertikaian Huawei boleh
ditangani sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan dengan
China. - Reuters
Lebih dari sekadar dokumen.
Temukan segala yang ditawarkan Scribd, termasuk buku dan buku audio dari penerbit-penerbit terkemuka.
Batalkan kapan saja.