Anda di halaman 1dari 10

ISU ASIA TENGGARA

Cabaran ASEAN tangani isu global, lokal


Kadir Dikoh bhnews@bh.com.my Ahad, 12 November 2017 | 6:57am

DUA puluh pemimpin dunia berhimpun di Manila mulai hari ini untuk
menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 serta Sidang Kemuncak yang
berkaitan, dengan tuan rumah menggerakkan 60,000 anggota keselamatan
bagi mengawal setiap sudut, terutama di lokasi sidang serta hotel
penginapan.

Semua ketibaan dan pelepasan pemimpin menggunakan Lapangan


Terbang Clark seperti diarahkan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte
selaku Pengerusi ASEAN, bagi mengelak sebarang gangguan di Lapangan
Terbang Antarabangsa Manila. Lapangan Terbang Clark pernah menjadi
pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS) paling besar di luar negara
sehingga ditutup pada 1991 dan diserahkan kepada Kerajaan Filipina.

Sudah semestinya, kesesakan bandar Manila berkurangan kerana baru-


baru ini Malacañang mengumumkan 13 hingga 15 November sebagai hari
cuti untuk kawasan metro Manila, Pampanga dan Bulacan disebabkan
Kegiatan berkaitan ASEAN di kawasan terbabit. Ini mendapat bantahan,
terutama daripada pekerja bergaji hari, yang mendakwa kehilangan
pendapatan untuk bebe-rapa hari.

Tukar pandangan isu wilayah, antarabangsa

Namun, buat kali pertama pada Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang
Kemuncak berkaitan ialah kehadiran Presiden AS, Donald Trump,
manakala Malaysia diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
selain kehadiran Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), Antonio Guterres.

Dengan tema 'Perkongsian Bagi Perubahan, Mendepani Cabaran Dunia',


Duterte mempengerusikan sidang pleno di mana pemimpin ASEAN
dijangka membincangkan pelaksanaan Wawasan Komuniti ASEAN 2025,
selain pelantikan Setiausaha Agung baharu pertubuhan dianggotai 10
negara itu. Mereka juga akan bertukar pandangan mengenai isu penting
mengenai wilayah dan antarabangsa.

Selain sidang kemuncak ASEAN, turut diadakan ialah Sidang Kemuncak


Peringatan ASEAN Ke-40 bersama AS, Kanada dan Kesatuan Eropah
(EU); Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga kali Ke-20; Sidang
Kemuncak ASEAN-China Ke-20; Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Ke-19;
Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun Ke-20; Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-

1
12; Sidang Kemuncak ASEAN-India Ke-15 dan Sidang Kemuncak ASEAN-
PBB Ke-9.

Semua sidang kemuncak ini akan menilai dan melihat hala tuju masa
depan kerjasama dalam kerangka mekanisme ini. Pemimpin ASEAN akan
menandatangani Konsensus ASEAN mengenai Perlindungan dan Promosi
Hak Pekerja Imigran, dokumen bersejarah yang akan memperkukuhkan
perlindungan sosial, akses kepada keadilan, kemanusiaan dan layanan adil,
selain akses kepada perkhidmatan kesihatan untuk pekerja migran Asia
Tenggara.

Pada acara penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 dan sidang


kemuncak yang berkaitan, Duterte akan menyerahkan secara simbolik
jawatan Pengerusi ASEAN kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien
Loong untuk tempoh 2018.

Yang pasti menjadi tumpuan sidang kali ini ialah isu ketika berkaitan
senjata nuklear Korea Utara, keganasan dan kemungkinan isu etnik
Rohingya turut disentuh. Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 sebelum ini
antara lain menampilkan komitmen memerangi ekstremisme, selain
pengedaran dadah, pemerdagangan manusia dan jenayah perairan,
termasuk kedaulatan Laut China Selatan.

Tidak pasti bagaimana isu Rohingya di wilayah Rakhine akan dibincangkan


kerana pendirian ASEAN sendiri ialah tidak masuk campur dalam urusan
dalaman negara anggota, tetapi sesetengah pihak menyatakan ia isu
kemanusiaan dan memerlukan pembelaan.

Sidang kali ini juga sempena ulang tahun ke-50 ASEAN iaitu tahun yang
menjadi begitu bermakna kepada negara anggota selepas lima dekad
menempuh segala cabaran untuk belajar dan bersaing dengan blok
gergasi lain di dunia.

Dengan lebih 600 juta penduduk, pertubuhan ini sesungguhnya menjadi


elemen penting kepada kuasa besar lain, tambahan lokasi geopolitik rantau
ini yang menjadi jalan perdagangan penting menghubungkan barat dan
timur.

Tidak dinafikan selepas meniti pelbagai cabaran dan ancaman global,


ASEAN berjaya mengekalkan autonomi dan reputasi selaku satu unit padu
yang mampu bangkit dalam abad ke-21 ini.

Beri peluang ASEAN tangani isu serantau

2
Pada peringkat antarabangsa, ASEAN sebenarnya boleh memainkan
peranan pendamai. Misalnya, pada 2011 dalam Sidang Kemuncak ASEAN
di Bali, Korea Selatan dan Korea Utara yang kita sedia maklum langsung
tidak boleh bertemu muka, mampu duduk semeja dan berunding bersama.

China dan India yang tidak sehaluan selama ini boleh 'bersatu' di Bangkok
atas nama ASEAN dan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam mana-
mana pertemuan pada peringkat dunia.

Oleh itu, Komuniti ASEAN harus dilayan dengan adil bagi membolehkan
mereka mempamerkan kredibiliti serta kewibawaan dalam menangani
pelbagai isu serantau.

Menurut bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan, pertubuhan


itu selama ini tidak diberi peluang menonjolkan keupayaannya dalam
menangani isu kritikal walaupun ada ketikanya, ia adalah hal ehwal
dalaman yang seharusnya diselesaikan secara konsensus antara semua
negara anggota.

Najib sendiri pernah mengingatkan supaya ASEAN berfungsi dengan


rentak dan acuan sendiri tanpa meminggir mana-mana rakan yang dilihat
sebagai peringatan bagi memastikan ikatan selama ini tidak diganggu
dugaan seperti dihadapi EU.

Penulis adalah Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH

ASEAN PERLU BERTINDAK


Dr. Syed Hamid Albar 01 Oktober 2017 12:00 PM

PELARIAN Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh yang hidup melarat kerana terpaksa
melarikan diri dari kekejaman kerajaan Myanmar. – REUTERS
ASEAN ditubuhkan untuk melahirkan satu rantau yang aman dan stabil. Hasrat ini
berteraskan kepada prinsip menghormati kebebasan, integriti wilayah dan
kedaulatan setiap negara anggota. ASEAN yang dianggotai sepuluh negara terletak

3
di rantau Asia Tenggara yang mengandungi kepelbagaian agama, bangsa dan
budaya serta banyak jurang perbezaan dalam kalangan anggota ASEAN dari aspek
ekonomi, politik, keselamatan dan sosio-budaya.

Selain dari Kesatuan Eropah, ASEAN boleh dikatakan berjaya dari perspektif
pertubuhan kerjasama serantau, terutamanya dalam bidang ekonomi kerana
berupaya mengubah taraf hidup dan pencapaian perkapita termasuk mengurang
taraf kemiskinan penduduknya. ASEAN boleh dirumuskan sebagai satu pertubuhan
rantau yang unik.

Ramai pemerhati politik, akademik dan diplomatik mengatakan bahawa pencapaian


ini adalah kerana sikap dan prinsip menghormati kedaulatan, tidak campur tangan
dalam hal dalaman anggota serta jaminan tidak akan menggunakan kekerasan
ketenteraan bagi menyelesaikan pertikaian di antara dan dalam kalangan negara ahli.
Dari mula ia ditubuhkan, tujuan dan dasarnya adalah untuk menentukan rantau ini
tidak menjadi pentas persaingan kuasa-kuasa besar dunia.

Pandangan ini dengan sendirinya menjadi seperti satu ‘suntikan’ yang merangsang
ASEAN terutamanya bila berinteraksi secara bilateral dan multilateral di persada
antarabangsa. Rangsangan ini terus disuburkan apabila ASEAN mempunyai seorang
pemimpin bernama Aung San Suu Kyi dari Myanmar yang merperjuangkan hak asasi
manusia dan telah mendapat pengiktirafan dunia yang menyebabkan beliau di
anugerahkan Nobel Laureate.

Banyak lagi boleh di senaraikan tentang kejayaan ASEAN. Namun apakah


pendekatan ASEAN pada hari ini telah berubah mengikut proses globalisasi dan
transformasi yang berlaku dalam lanskap politik antarabangsa?Apakah kejayaan
lepas ASEAN dan ‘pujian usang’ mampu mengatasi krisis baru dan membolehkan
ASEAN menggalas tanggungjawab dari perspektif kemanusiaan sejagat dan lanskap
politik antarabangsa?

Umum telah mengetahui kejayaan ASEAN. Tetapi pada pendapat penulis, kejayaan
lepas tidak menjanjikan kejayaan seterusnya sekiranya kekurangan ASEAN dari segi
nilai, norma dan amalan sejagat tidak diperiksa dengan teliti dari kaca mata yang
objektif. Pada pendapat penulis, krisis Rohingya ini telah mencetuskan persoalan
yang perlu diatasi kerana ia melibatkan pegangan kuat ASEAN kepada prinsip tidak
campur tangan dalam hal ehwal dalaman anggota.

Pegangan ini dengan secara langsung telah mengenepikan isu pelanggaran


Myanmar sebagai negara anggota ASEAN kepada piagam PBB dan undang-undang
antarabangsa terhadap penggunaan kekerasan melampau dan genosid terhadap
masyarakat Rohingya.

4
Natijah daripada pegangan ini telah melimpahkan kesan ke negara jiran dengan
masalah pelarian yang mempunyai impak politik, ekonomi, keselamatan dan sosial.

ASEAN sekarang ini berhadapan dengan cabaran hebat kerana terdapat negara
anggota ASEAN yang mengenepikan cabaran urus tadbir yang belum lagi boleh
dibanggakan, amalan demokrasi yang jauh daripada sempurna dan kebebasan rakyat
serta hak asasi manusia yang masih terkongkong kerana pembangunan ekonomi
dianggap lebih utama.

Kelihatan sikap ASEAN yang berasaskan konsep tidak campur tangan telah
mengizinkan pemerintahan tentera di dua buah negara ASEAN tanpa memberi
komentar supaya perkara itu hanya untuk tempoh sementara. Begitu juga dengan
masalah rasuah yang ketara dan lain-lainnya yang jauh dari tahap memuaskan.

Apakah mungkin hasrat ASEAN untuk menegakkan komuniti sebenar melalui tiga
tunggak yang telah disepakati akan berjaya diterjemahkan? Pada pandangan penulis,
perkara ini telah menjadi terlalu kabur apabila ASEAN gagal mencapai konsensus
atau kesepakatan dalam amalan dan tindakan dalam menangani krisis Rohinga yang
mendapat perhatian dan cemuhan dunia.

ASEAN sudah menjadi rantau di mana genosid telah berlaku.Konflik ketenteraan juga
telah tercetus di antara Thailand dan Kemboja dan ASEAN juga tidak berperanan.
Seterusnya ASEAN sudah mengizinkan rantau ini menjadi pentas persaingan kuasa
besar dalam pertikaian wilayah dan maritim di Laut China Selatan. Walaupun ASEAN
telah menubuhkan pengintegrasiannya sebagai sebuah komuniti yang mesra rakyat
ia hanya kata-kata sahaja kerana masih belum ada identiti ASEAN sebenar.

Penyelesaian
ASEAN belum lagi memantapkan pendirian dan nilai bersama dalam persekitaran
globilisasi dan perubahan lanskap politik dunia.Justeru itu, amat susah sekali untuk
diukur sumbangan ASEAN bagi menjalin dan melahirkan kerjasama keselamatan di
Asia Tenggara. Persoalannya, apakah yang ASEAN telah lakukan di bidang
keselamatan boleh di lihat secara positif ataupun negatif?
Di sinilah kelemahan ASEAN - tiada negara ASEAN yang ingin memainkan peranan
kepimpinan termasuk Indonesia. Yang ketara sekali, negara-negara ASEAN memiliki
pendirian berbeza dan berlainan bagi menangani masalah seperti Taufan Haiyan di
Filipina ataupun Nargis di Myanmar. Negara anggota sering membiarkan respons
dari luar ASEAN untuk mengambil langkah utama.

Seharusnya, ASEAN dan negara anggota tidak boleh terus mendiamkan diri dengan
mengatakan masalah ‘keselamatan tidak tradisional’ dan krisis kemanusiaan yang
tercetus dalam negara masing-masing adalah soal dalaman negara mereka yang
boleh ditangani secara unilateral.

5
Pada pendapat penulis, krisis yang melanda sekarang ini telah menjadi isu jenayah
antarabangsa merentasi sempadan; Genosid, terrorisme, perdagangan manusia dan
perlarian akibat konflik dalaman tidak lagi dapat dipisahkan di antara isu dalaman
dan rantau kerana kesannya terkeluar dari persoalan dalaman sesebuah negara.

Begitu juga krisis keganasan ke atas minoriti Rohingya dan minoriti lain di Myanmar,
bukan lagi persoalan dalaman Myanmar tetapi melibatkan rantau, negara jiran dan
seluruh dunia kerana tindakan diambil Myanmar di anggap memiliki unsur
pembersihan kaum dan dari segi undang-undang antarabangsa ia melibatkan
persoalan jenayah kemanusiaan antarabangsa dan genosid.

ASEAN gagal memainkan peranan untuk mencari penyelesaian secara rantau


walaupun piagam ASEAN dan PBB membenarkan ia untuk berbuat demikian. Penulis
bersetuju dengan pendapat Rizal Sukma dari CSIS, Indonesia yang mengatakan kini
apa yang dianggap sebagai ‘keselamatan tidak tradisional’ dalam agenda ASEAN
semenjak di tubuhkan pada tahun 1967 perlu di bincangkan secara menyeluruh.

Namun persoalan ini di anggap terlalu kompleks dan sensitif untuk di agendakan
dalam Mesyuarat-Mesyuarat Menteri-Menteri Luar dan Sidang Kemuncak ASEAN
walaupun isu ‘keselamatan tidak tradisional’ merangkumi berbagai isu sosial, budaya,
ekonomi, politik dan ketenteraan.

Lantaran itu Myanmar ataupun ASEAN tidak boleh berselindung di sebalik prinsip
tidak campur tangan dan kedaulatan. Adalah tidak wajar dan munasabah untuk
menangani ancaman terrorisme dengan menggunakan kekerasan berlebihan
bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Wakil Tetap Amerika Syarikat di PBB, Nikki Hayley juga mengatakan mereka (PBB)
menentang kejadian 25 Ogos terhadap pasukan keselamatan Myanmar tetapi pada
masa yang sama beliau juga mengutuk keganasan berlebihan terhadap masyarakat
minoriti di negeri Rakhine. Apa yang kita lihat hari ini ialah serangan tentera
Myanmar yang terlalu berlebihan dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau menganggap apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah kejam
dan satu kempen berterusan untuk membersihkan kaum minoriti tersebut di Rakhine.
Kalau betul apa yang dikatakan oleh pihak Myanmar bahawa mereka sedang
memerangi terorisme, mereka patut membenarkan media dan bantuan kemanusiaan
untuk masuk ke kawasan konflik bagi mengesahkan tuduhan mereka.

Jika benar terorisme adalah masalahnya, pihak tentera Myanmar sepatutnya


menerangkan bagaimana pembunuhan kanak-kanak, wanita dirogol dan mereka
diseksa serta memaksa keluarga keluar dari rumah, serta rumah dan kampung
halaman mereka dibakar akan menjadi Myanmar selamat.

6
Adalah tanggungjawab kerajaan Myanmar untuk menegakkan undang-undang dan
memberhentikan serangan terhadap rakyat sendiri akan menjadi Myanmar lebih
selamat. Adalah tanggungjawab kerajaan Myanmar untuk menegakkan undang-
undang dan memberhentikan serangan terhadap rakyat mereka sendiri

Seharusnya ada usaha melibatkan ASEAN untuk memberhentikan keganasan dan


menyalurkan bantuan kemanusiaan ke tempat-tempat konflik. Lebih menyedihkan
ialah kerajaan Myanmar termasuk Aung Sun Su Kyi masih tidak mahu menerima
hakikat keadaan yang berlaku di Rakhine adalah amat serius.

Pemimpin-pemimpin Myanmar mesti bertanggungjawab dan menerima hakikat apa


yang sedang berlaku di Rakhin adalah kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai
yang terancang.

Adalah wajar untuk ASEAN dan masyarakat antarabangsa untuk tidak sahaja
berpidato tetapi mengambil tindakan ke atas pihak pasukan keselamatan Myanmar
yang telah menyalahgunakan kuasa dan menggalakkan kebencian terhadap orang-
orang Rohingya dan minoriti lain.

Penulis kehairanan bagaimana negara anggota ASEAN, kecuali Malaysia,


mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Myanmar sebagai tindakan
memerangi keganasan sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya.
Krisis ini akan melimpah di seluruh ASEAN.

Justeru ASEAN perlu mengambil tindakan sebagaimana dianjurkan oleh Malaysia.


ASEAN perlu bangkit bersama untuk mengiktiraf kebenaran yang sedang berlaku di
Myanmar dan mencari jalan penyelesaian yang adil dan saksama. Tiada apa lagi yang
perlu ditunggu atau bukti yang diperlukan oleh ASEAN.

Telah sedia terbentang laporan-laporan dan keterangan menunjukkan dengan jelas


pelanggaran undang-undang antarabangsa sepertimana yang disebut oleh Yanghee
Lee, Pelapor Khas PBB ke atas Myanmar dan juga Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi PBB
dan Setiausaha Agung PBB.

International Permanent Peoples Tribunal yang bersidang di Kuala Lumpur juga telah
memutuskan kerajaan Myanmar bersalah melakukan genosid terhadap masyarakat
Rohingya dan minoriti Muslim lain.

Kesimpulannya, ASEAN mesti jujur, berani dan tegas demi keadilan dan hak asasi
manusia.

Penulis adalah mantan Menteri Luar.

7
ASEAN debat isu Rohingya, keamanan di Laut China Selatan
19 Mac 2018 3:00 AM

SYDNEY – Australia dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara


(ASEAN) berikrar meningkatkan hubungan pertahanan di samping
memberi penekanan tentang kepentingan untuk tidak menjadikan Laut
China Selatan zon ketenteraan pada satu sidang kemuncak yang
membincangkan isu Rohingya sebagai agenda utama.

Para pemimpin ASEAN yang menghadiri sidang kemuncak tiga hari di


Sydney itu turut bersetuju bekerjasama lebih rapat dalam menangani
ancaman keganasan dan radikalisme.

Walaupun dalam kenyataan penutupnya, ASEAN bersetuju untuk


melindungi hak ‘asasi rakyat kita’, blok tersebut sebaliknya gagal mengutuk
negara anggotanya, Myanmar kerana menindas etnik minoriti Islam
Rohingya.

Hampir 700,000 penduduk Rohingya meninggalkan Negeri Rakhine dan


berlindung di Bangladesh sejak pihak berkuasa Myanmar melancarkan
kempen ketenteraan enam bulan lalu yang dianggap penghapusan etnik
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Myanmar yang mana pemimpinnya, Aung San Suu Kyi turut hadir pada
sidang ASEAN di Sydney, menafikan semua dakwaan tersebut.

“Kami membincangkan situasi di Rakhine dengan panjang lebar hari ini


(semalam),” kata Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull pada satu
sidang akbar penutup.

“Suu Kyi sendiri bercakap panjang lebar mengenai perkara ini. Ia (isu
Rohingya) merupakan masalah rumit. Semua orang mahu menamatkan
penderitaan akibat konflik ini,” ujarnya.

Bercakap tentang isu sama, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
berkata, krisis Rohingya ‘menjadi kebimbangan semua negara ASEAN’
tetapi ASEAN tidak dapat campur tangan untuk memaksa penyelesaian
dicapai.

Menyentuh isu Laut China Selatan pula, ketegangan di perairan itu


mencetuskan kebimbangan pemimpin rantau ini selepas Beijing berterusan
membina pulau yang mampu menempatkan peralatan dan infrastruktur
tentera.

8
Dalam satu kesepakatan, Canberra dan ASEAN mengulangi ‘kepentingan
untuk mengekalkan dan menggalakkan keamanan, kestabilan, ke-
selamatan maritim serta kebebasan belayar serta penerbangan di Laut
China Selatan tanpa menyebut nama Beijing. – AFP

Isu serantau, antarabangsa antara tumpuan AMM/PMC Ke-51


Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my Selasa, 31 Julai 2018 | 12:19pm
PUTRAJAYA: Isu serantau dan antarabangsa antara tumpuan
perbincangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-51 / Pasca
Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN Dengan Negara Rakan Dialog
(AMM/PMC Ke-51) dan mesyuarat berkaitan bermula 30 Julai hingga 4
Ogos ini di Singapura.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini, berkata Menteri Luar, Datuk
Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke AMM/PMC Ke-51
itu dan ia juga mesyuarat ASEAN pertama dihadiri beliau selepas
memegang jawatan.

"Mesyuarat AMM Ke-51 akan didahului dengan beberapa mesyuarat


persediaan di peringkat pegawai kanan. Semasa mesyuarat Menteri-
Menteri Luar ASEAN akan membincangkan isu berkaitan dengan Komuniti
ASEAN, pelaksanaan Rangka Tindakan Politik-Keselamatan ASEAN 2025 ,
serta persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 yang akan
diadakan pada November ini.

"Menteri-Menteri Luar bakal berbincang dan bertukar pandangan mengenai


isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama
seperti perkembangan di Laut China Selatan, situasi di Rakhine, situasi di
Semenanjung Korea, membanteras ekstremisme dan keganasan
melampau, keselamatan maritim dan isu keselamatan yang lain.

"Menteri-Menteri Luar ASEAN juga dijadualkan untuk menghadiri


Mesyuarat PMC dengan Rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Amerika
Syarikat (AS), Australia, China, India, Jepun, Kanada, Kesatuan Eropah,
New Zealand, Republik Korea dan Russia," katanya.

Wisma Putra berkata, pada masa ini, Malaysia adalah negara penyelaras
untuk Hubungan Dialog ASEAN-Amerika Syarikat bagi tempoh 2015-2018.

"Saifuddin dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, akan


mempengerusikan secara bersama Mesyuarat PMC+1 dengan AS pada 3
Ogos. Selepas berakhirnya Mesyuarat PMC+1 itu, Malaysia akan
mengambil alih tanggungjawab negara penyelaras untuk Hubungan Dialog
ASEAN-Australia bagi tempoh 2018-2021," katanya.

9
Selain itu katanya, Saifuddin juga akan mengadakan beberapa mesyuarat
dua hala dengan rakan sejawatnya dari ASEAN dan negara Rakan Dialog
untuk berbincang serta mengukuhkan kerjasama dalam isu strategik yang
mempunyai kepentingan bersama.

"Di akhir Mesyuarat AMM/PMC Ke-51 dan Mesyuarat Berkaitan, Menteri-


Menteri Luar Negeri dijangka memperakukan beberapa dokumen hasil,
termasuk Kenyataan Bersama AMM Ke-51 yang mengetengahkan
perbincangan serta keputusan strategik dan penting yang dibuat semasa
Mesyuarat itu.

"Menteri-Menteri Luar ASEAN juga dijadual untuk menyaksikan majlis


menandatangani Instrument of Accession untuk Perjanjian Persahabatan
dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) oleh Argentina dan Iran.

"TAC berfungsi sebagai kod tatalaku dan panduan untuk mengekalkan


hubungan antara negara di Asia Tenggara, yang bertujuan untuk
mempromosikan keamanan dan keselamatan rantau ini," katanya.

Tambah Wisma Putra, selain daripada Mesyuarat AMM Ke-51 dan PMC,
Menteri-Menteri Luar ASEAN juga akan mengambil bahagian dalam
Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
(SEANWFZ), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN+3 Ke-19
(APT FMM Ke-19), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Sidang
Kemuncak Asia Timur Ke-8 (EAS FMM Ke-8) dan Forum Serantau ASEAN
Ke-25 (ARF Ke-25).

10