Anda di halaman 1dari 1

Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul

Keperibadian Nabi Muhamad saw


1. siddiq ( Berkata Benar)
2. amanah ( dipercayai )
3. Tabliq ( menyampaikan )
4. fatanah ( bijaksana )

1. Mendapat gelaran Al Amin – sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannya


a. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.
b. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar
Aswad..
c. Menjadi pemimpin unggul.
2. Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak, menampalkan
pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.
3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.
4. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat
sebelah tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.
5. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat)
di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..
6. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq – menjadi tanda pemisah
Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.

Kerasulan Nabi Muhamad saw.

1. Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca. Mula tamadun
Islam yang bersandarkan ilmu.
2. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :
a. Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
b. Bacaan menggalakkan kajian.
c. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika masyarakat
rajin membaca.
d. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
3. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan
mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
4. Cara pertama yang dilakukan ialah
a. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
b. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan
mencuri.

SOALAN

1. Apakah gelaran yang diberi kepada nabi Muhammad SAW


2. Nayatakan sifat-sifat nabi Muhammad SAW
3. Nyatakan 2 surah yang pertama diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dan kepentingan
surah tersebut.
4. Nyatakan kepentingan membaca dalam kehidupan kita

Anda mungkin juga menyukai