Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 1: Isu Pemerdagangan Manusia

Sejak akhir-akhir ini, kes pemerdagangan manusia merupakan masalah global atau isu
antarabangsa yang kian meningkat jumlah statistiknya.Amat menyedihkan apabila Malaysia dilihat
sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktiviti mereka.
Pemerdagangan manusia ini telah menjejaskan reputasi negara dan usaha telah dijalankan oleh pihak
berkuasa untuk menjaga imej negara.

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau


bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-
kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah,
perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan
permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan. Nilai meindungi hak kanak-kanak dan nilai
menghormati hak wanita perlu diamalkan.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah perdagangan manusia ini
adalah penguatkuasaan undang- undang yang lemah, kurang pendedahan mengenai jenayah
pemerdagangan manusia,kemiskinan atau kesempitan hidup, terpengaruh tawaran kerja, kurang didikan
moral atau agama, materialistik dan sebagainya.

Jenayah pemerdagangan manusia ini banyak memberi kesan buruk kepada negara. Langkah
berkesan amat perlu untuk membendung masalah ini. Antara kesan buruknya adalah meningkatkan kes
berlakunya jenayah dalam negara, menyebabkan imej negara tercemar di peringkat dunia, masalah sosial
meningkat, penyakit berjangkit merebak dan banyak berlakunya penindasan.

Walau bagaimanapun Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi
membendung isu pemerdagangan manusia ini. Kerajaan mengambil tindakan yang lebih teratur melalui
Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam
usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang.

Berikutan itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dipinda bagi memasukkan kesalahan
penyeludupan migran untuk dijadikan akta baru yang kini dikenali sebagai Akta Anti Pemerdagangan
Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang dikuatkuasakan. Kerjasama maksimum daripada
orang awam dan agensi penguatkuasa juga dipertingkatkan. Pihak polis akan mengambil langkah
berterusan memerangi pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha
menyelamatkan mangsa sindiket.

Ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan panas sindiket itu seperti di perairan negara di
Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk utama sindiket itu sebelum
mangsa diperdagangkan ke negara destinasi.Kita perlu rasa bangga dengan komitmen ini.

Kesimpulannya, ditelan mati emak, diluah mati bapa, Oleh itu, kerjasama serantau amatlah
diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana. Aktiviti pemerdagangan orang ini
mempunyai jaringan dan sindiket profesional yang harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak
dibanteras secepat mungkin kerana ianya boleh menjejaskan imej, prestasi dan nama baik negara di mata
dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

1
2

Anda mungkin juga menyukai