Anda di halaman 1dari 5

Soalan:

Huraikan lima prinsip grafik dalam menghasilkan bahan bantu mengajar. (5 markah)

Jawapan:

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik
supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai
suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam
menghasilkan sesuatu rekaan visual yang baik. Enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu:

- simplisiti
- dominan
- pola
- seimbang
- variasi
- harmoni
Soalan:

Bincangkan kekuatan dan kekangan penggunaan bahan sumber 3D dalam bilik darjah. (10
markah)

Jawapan:

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai dimensi panjang, tinggi
dan lebar. Bahan tiga dimensi ini mempunyai bentuk dan menyerupai bahan yang sebenar.
Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Bahan-bahan 3D yang digunakan
oleh guru sebagai media pengajaran antara lain termasuklah Realia, Model, Diorama,
Akuarium, Boneka, Mobile dan Topeng.

Kekuatan

1. Konsep yang betul dibina kerana boleh melihat benda yang sebenar
2. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar
3. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda
dengan lebih baik
4. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan
5. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada pembelajaran
melalui pengalaman

Kekangan

1. Kekurangan masa guru untuk menghasilkan bahan pengajaran 3D


2. Kekurangan pakar dalam penghasilan bahan bantu mengajar menggunakan 3D
3. Memerlukan peruntukan kewangan
4. Lambakan kerja guru
Soalan:

Bincangkan Proses Penerbitan Bahan Video untuk Penerbitan. Berikan contoh dalam setiap
proses bagi menyokong jawapan. (20 markah)

Jawapan:

Teknologi canggih yang dilengkapi dengan kamera video dan computer pada hari telah
memberikan ruang kepada individu yang kreatif menerokai kreativiti tanpa had. Sebagai
seorang guru, kemampuan seperti ini sepatutnya kita gunakan bagi menghasilkan
persembahan video untuk tujuan P&P yang berkaitan dengan tugas kita. Video adalah
merupakan salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik
dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan:

 Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam


seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan
melambatkan masa.
 Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik
gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
 Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah
atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik
darjah.
 Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh
memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh
murid-murid

Video memainkan peranan yang penting dalam merangsangkan pengajaran dan


pembelajaran. Media yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat
meningkatkan prestasi pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya.

Proses Penerbitan Video

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif:


- Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video.
Siapakah kumpulan sasarannya dan bagaimanakah bahan itu akan digunakan
dalam pengajaran? Perlu diingat, objektif P & P yang dinyatakan perlu dicapai.
2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan:
- Bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebagainya yang
anda fikirkan berguna untuk penggambaran dikumpulkan terlebih dahulu.
3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai:
- Bahan yang anda kumpulkan mungkin terlalu banyak. Pilih bahan yang difikirkan
benar-benar perlu dan releven.
4. Menulis Skrip:
- Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.
5. Bersedia Membuat Penggambaran:
- Sediakan jadual Penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan,
tetapkan tugasan masing-masing.
6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik:
- Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran
dimulakan. Jika tidak, hal ini akan mengganggu kelancaran penggambaran.
7. Sediakan Bahan dan Peralatan:
- Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.
8. Mulakan Penggambaran:
- Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan
kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.
9. Menyunting:
- Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
10. Membuat Rakaman Audio:
- Langkah ini adalah untuk memasukkan narration, kesan bunyi dan muzik latar.
11. Prebiu:
- Rancangan perlu dipratonton oleh sekumpulan kecil dan kemudian perbaiki
kesilapan sekiranya ada.
12. Gunakan Dalam Pengajaran:
- Di sinilah anda menggunakan klip video yang telah dihasilkan bagi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran anda. Galakkan perkongsian sumber ini
dengan rakan-rakan sejawat yang lain.
13. Penilaian:
- Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Jika perlu, buat penambahbaikan bagi memastikan
objektif penyediaan bahan tercapai.
Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

1. Menetapkan tujuan dan objektif dalam pengajaran


2. Menjalankan penyelidikan
3. Memilih bahan (fakta) yang sesuai
4. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai
5. Menulis Skrip melalui format papan cerita (story board)
6. Membuat persediaan untuk membuat penggambaran
7. Menyediakan bahan dan peralatan
8. Memulakan pnggambaran
9. Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip
10. Membuat Rakaman Audio
11. Menyunting dan mengadun audio dan video
12. membuat prebiu hasil rakaman
13. Mengubahsuai /menyunting
14. Menukar ke format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage)
15. Menggunakan dalam pengajaran
16. Memberi maklum balas dan membuat penilaian

Anda mungkin juga menyukai